Post on 25-Oct-2015
Huraikan etiologi, definisi, punca-punca kecacatan, ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial serta langkah pencegahan bagi salah satu kategori kanak-kanak berkeperluan khas.
1.0 PENGENALAN
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang
memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak
normal. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,
keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal.
Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam
aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan
potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak
normal.
Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-
kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi
kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Manakala Garciulo
(2003) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti kenyataan di bawah;
"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy.
These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or
behavioral characteristics. Many of these children may require educational
programs customized to their unique needs."
Selain itu, Garciulo juga telah mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti
berikut:
i. Terencat akal.
ii. Kurang upaya dalam pembelajaran.
iii. Kecelaruan emosi atau tingkah laku
iv. Pintar cerdas dan berbakat
v. Masalah bahasa dan pertuturan
vi. Masalah pendengaran
vii. Masalah penglihatan
viii. Kecelaruan spektrum autism
ix. Kurang upaya fizikal atau masalah kesihatan
Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-
kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada
murid biasa. Murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan,
bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003
dalam Sheila & Samsilah 2006).
Kesimpulan yang dapat menerangkan tentang kanak-kanak berkeperluan khas
adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi ketidakupayaan yang serius sehingga
memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan normal dan pembelajaran serta
perkembangan kognitif mereka (Abd. Rahim 2006).
PENGENALAN KEPADA DISLEKSIA DAN DEFINISI
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA"
bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu
gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya,
masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan
kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah
untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Selain itu, Disleksia juga berasal daripada gabungan perkataan Greek dys yang
bermaksud ‘kesukaran dalam lexis yang bermaksud ‘bahasa’. Definisi terkini disleksia
adalah sebagai suatu masalah kognitif ( Thomson 1984 dalam Sheila & Samsilah 2006)
Mohd. Sharani (2004) menjelaskan maksud dyslexia adalah kanak-kanak yang tidak dapat
membaca kerana tidak dapat menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis
sama ada dalam huruf itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan.
Thomson (1990) mendefinisikan disleksia sebagai “masalah perkataan” yang tidak terhad
kepada bacaan sahaja tetapi merangkumi masalah ejaan, menulis dan aspek bahasa yang
lain.
Word Federation of Neurologi (1998) pula menyatakan bahawa disleksia ialah satu
‘disorder’ dalam kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tidak memperolehi
kemahiran bahasa, bacaan dan ejaan yang setaraf intelek.
Secara literalnya, disleksia bermaksud, “kesukaran dalam berbahasa” (Ott 1997
dalam Sheila & Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan
oleh World Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti
berikut:
“Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui
pengalaman bilik darjah konvensional, gagal mengusai kemahiran bahasa
seperti membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan
intelektual mereka.
Punca-punca Disleksia
Punca disleksia dipercayai akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan
yang normal. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap disleksia, didapati cara
otak mereka memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin
disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan ataupun
daripada kemalangan. Kajian perubatan di barat juga mendapati kanak-kanak penghidap
disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom
berkenaan.
Antara faktor-faktor lain disleksia ialah :
Keturunan / Genetik
Masalah disleksia boleh diwarisi, cuma darjah keterukan disleksia yang
dialami mungkin berbeza.
Kajian telah membuktikan disleksia yang disebabkan oleh kromosom 15, 1
dan 16 diwarisi secara turun-temurun (British Psychological Society, 1991
dan Hammond dan Hughes, 1996)
Biologi
Kesukaran ibu semasa dilahirkan seperti lahir tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau komplikasi yang dihadapi ibu
semasa proses kelahiran. Semua faktor ini berkemungkinan menyebabkan
ketidaksempurnaan perkembangan pada otak yang menyebabkan kanak-
kanak tersebut menghadapi masalah disleksia (Hammond dan Hughes,
1996; 11).
Dejerine (1892) (disunting oleh Spatford dan Grosser) telah membuat
kesimpulan bahawa disleksia adalah berpunca daripada kerosakan pada
‘Corpus Callosum’ dan ‘Visual Cortex’ dalam otak manusia.
Kematangan
Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia.
Ada kanak-kanak yang lebih lambat perkembangannya pada bahagian-
bahagian tertentu dalam sistem saraf jika dibandingkan dengan rakan
sebayanya.
Kanak-kanak lelaki lebih lambat matang daripada kanak-kanak
perempuan. Perkembangan kematangan kanak-kanak lelaki secara
umumnya berlaku secara mendadak dan tidak berperingkat seperti kanak-
kanak perempuan.
Kelewatan kematangan merupakan antara kemungkinan punca kanak-
kanak mengalami disleksia.
Ciri-ciri Disleksia
Umum
Sangat menumpukan perhatian dan komited tetapi gagal
Selalu jatuh – “clumsy”
Terlupa nama benda-benda
Tidak tentu arah
Gunakan jari untuk mengira dan membaca
Sangat kecewa bila selalu gagal di sekolah. Minat belajar tetapi terlalu sukar kuasai.
Tidak merangkak semasa bayi
Nampak pandai tetapi pelajaran lemah
Pandai dalam bidang seni Sering berhadapan dengan bentuk emosi yang tidak
menentu “moody” tanpa sebab-sebab tertentu.
Menulis
Sewaktu menulis, sering mengigit jari, pen dan tenung buku seperti tidak faham.
Sukar menulis atau memindahkan maklumat ke atas kertas
Bentuk tulisan yang berbeza
Tidak dapat menulis mengikut garisan
Lemah atau tidak sama apabila menggunakan tanda baca atau huruf besar
Sukar menyalin maklumat atau meniru dari papan tulis atau buku teks serta yang
diperdengarkan atau disebut oleh guru.
Meninggalkan atau menyelit perkataan
Meninggalkan atau menyelitkan huruf
Keliru dengan perkataan pendek seperti ia, dia, ini dan sebagainya
Menulis terbalik dari kiri ke kanan
Mengeja
Tidak boleh mengeja perkataan asas dan mudah yang seharusnya ada pada
seseorang murid atau tahap perbendaharaan kata mengikut umur . Contohnya murid
tahun 1 sepatutnya boleh mengeja perbendaharaan kata mudah seperti baju, muka,
emak, nama sendiri dan lain-lain lagi.
Keliru huruf yang sama bentuk seperti b-d, u-n dan lain-lain.
Keliru huruf atau bunyi abjad yang hampir sama dalam suku kata.Contohnya almari –
lamari (al / la)
Kelihatan kurang berhati-hati
Kemahiran mengeja yang lemah - ejaan tidak konsisten
Keliru dengan perkataan yang hampir serupa
Menggabung suku kata secara terbalik
Salah menyusun abjad dalam perkataan
Terbalik menulis abjad, keseluruhan perkataan atau meletakkan huruf pada susunan
yang salah. Contoh abjad - b d, u n, m w, p q. Contoh perkataan terbalik – masa
sama, buku kubu, duku kudu.
Tidak suka menulis
Tulisan amat buruk dan sukar dibaca
Menekan semasa menulis
Kerap menggunakan pemadam semasa menulis
Tidak memulakan huruf besar dipermulaan ayat
Selalu terpaksa menyalin daripada rakan
Kesukaran menulis karangan
Hasil kerja tidak kemas.
Sering campurkan huruf besar dengan huruf kecil.
Bentuk abjad tidak jelas.
Tidak ada jarak antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Contohnya
sayamakannasi
Menulis lambat berbanding dengan rakan sebaya
Membaca
Kemahiran membaca lemah – sukar memahami dan menggunakan teks bacaan
Lemah atau tidak sesuai menggunakan intonasi dan ekspresi
Lemah pemahaman dan sering membaca dengan silap
Tidak menghiraukan tanda baca
Menambah perkataan pada bacaannya
Sering melangkau baris semasa membaca
Salah sebutan
Tidak berupaya membaca ayat yang panjang ~ was-was dan kurang yakin salah
atau betul.
Sukar mengasingkan suku kata perkataan yang tidak biasa digunakan
Keliru dengan perkataan dan huruf yang kelihatan sama
Tertinggal atau menambah perkataan semasa membaca
Pura-pura membaca buku berpandukan gambar yang dilihat atau mereka cipta
Teragak-agak semasa membaca
Menunjuk teks bacaan dengan jari ketika membaca
Pembalikan perkataan seperti batu –tuba, gula-lagu dan sebagainya
Keliru kedudukan perkataan seperti makan-makna dan lain-lain
Keliru bahasa Inggeris dan bahasa Melayu seperti jam-jem, cat-cat dan lain-lain
Penambahan seperti bulan-bulang dan sebagainya
Kependekan perkataan seperti bunga-buna
Pembalikan perkataan dalam ayat. Contoh – Pada masa yang sama ~ dapa sama
yang sama
Pembalikan huruf dalam perkataan seperti naik-naki,
Bercakap dan Mendengar
Lambat dalam memproses maklumat
Kelihatan seperti tidak mendengar
Tidak melakukan atau menyusun arahan mengikut urutannya
Menghadapi kesukaran bertutur dan mengeluarkan perkataan yang sesuai semasa
bercakap.
Perkembangan pertuturan dan bahasa yang lambat
Sukar mengikut arahan secara lisan terutamanya arahan yang panjang
Bahasa lisan lebih baik daripada penulisan
Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat untuk membaca sendiri
Suka belajar dengan irama kanak-kanak “nursery rhymes”
Matematik dan Nombor
Sukar dalam menyusun atur maklumat – hari-hari dalam minggu, bulan-bulan dalam
tahun.
Menghadapi kesukaran dalam matematik mental
Keliru tanda dan simbol
Terbalik atau keliru dengan nombor yang sama bentuk 3-5-8, 9-6 dan 45 = 54
Lemah dalam menyelesaikan masalah matematik, mungkin pantas dalam matematik
lisan (congak)
Sukar mempelajari sifir matematik
Keliru dengan konsep masa dan waktu
Sukar memahami konsep wang
Pengamatan dan Tingkah Laku
Keliru dengan konsep arah – depan , belakang, kiri, kanan, atas, bawah
Kerap terasa tertekan
Keliru memakai kasut pada kaki yang betul
Konsep kendiri yang rendah
Sukar menggunakan jalan yang berliku
Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor
Salah membutangkan baju
Sering dilabelkan pemalas dan bodoh kerana kelihatan tidak bermina dalam
pelajaran
Daya tumpuan dan perhatian singkat
Daya pengamatan lemah
Kecelaruan Pandangan dan Penglihatan
Mengeja dengan tidak konsisten
Sering meninggalkan huruf pada pangkal perkataan
Sering menambah huruf pada hujung perkataan
Masalah dalam susunan huruf
Sukar memahami perkataan
Daya ingatan yang lemah
Sukar membayangkan perkataan
Kemahiran Motor
Kemahiran motor halus dan motor kasar kurang memuaskan
Koordinasi yang lemah
Pergerakan pergelangan tangan yang luar biasa
Lambat menulis
Tulisan yang buruk
Sukar memegang pensil dengan betul
Sukar menggunting
Sukar mengimbangkan badan
Sukar menyepak dengan baik
Sukar menaiki tangga dengan betul
Kemahiran Sosial
Tidak mempunyai ramai kawan
Pendiam dan jenis orang yang senyap dan tidak banyak bercakap
Susah hendak bergaul
Bercakap dengan kuat / menjerit
Kemahiran sosial kurang memuaskan
Hyperaktif
Perangai atau perlakuan seharian tidak konsisten
Jenis-jenis disleksia
Disleksia dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu:
Disleksia Visual / Disleksia Pandangan
Disleksia Visual atau lebih dikenali dengan disleksia pandangan merupakan masalah yang
melibatkan penggunaan deria penglihatan di mana seseorang kanak-kanak itu sukar
membezakan apa yang dilihat walaupun penglihatannya baik. Kanak-kanak ini amat susah
untuk membuat interpretasi serta mengingati apa yang dilihat walaupun perkataan.
Disleksia Auditori
Masalah ini merupakan masalah yang mempengaruhi penggunaan deria pendengaran.
Kanak-kanak disleksia auditori dapat mendengar tetapi sukar mendiskriminasikan bunyi,
mengenalpasti bunyi bagi perkataan ataupun membahagikan perkataan dalam suku kata.
Mereka juga tidak dapat membezakan bunyi huruf yang hampir sama. Selain daripada itu,
kanak-kanak ini juga menghadapi masalah untuk membezakan bunyi antara vokaldan
konsonan dan mengaitkan bunyi kepada perkataan yang dicetak atau ditulis. Justeru itu,
golongan ini amat sukar untuk mengeja.
Disleksia Visual-Auditori
Masalah disleksia visual-auditori adalah masalah yang agak serius dan teruk dimana
melibatkan kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran. Disleksia visual-auditori
merupakan masalah yang tidak dapat membantu menginterprestasi apa yang dilihat dan
didengar mereka. Golongan ini mempunyai kesukaran membaca yang amat teruk.
Perkembangan Fizikal, Kognitif Dan Sosial
Perkembangan kanak-kanak merujuk kepada perubahan fizikal dan fungsi
psikologikal yang sistematik yang mengikut usia seseorang kanak-kanak. Perkembangan ini
adalah berbeza-beza dari satu kanak-kanak dengan kanak-kanak yang lain. Contohnya ada
kanak-kanak yang perkembangan kemahiran belajarnya lebih efektif dan spontan dari yang
lain. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,
keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal.
Secara amnya terdapat tiga domain perkembangan kanak-kanak iaitu
perkembangan fizikal, perkembangan kognitif dan perkembangan sosial-emosi.
Perkembangan fizikal kanak-kanak merujuk kepada pertumbuhan fizikal dan kematangan,
asas genetik bagi seseorang dan kebolehannya, perkembangan otak, pemerolehan
kemahiran motor dan tingkah laku . Manakala perkembangan kognitif merujuk kepada
perubahan sistematik yang berlaku di kalangan kanak-kanak dari segi reasoning , konsep,
memori dan bahasa. Perkembangan sosial-emosi pula adalah perubahan-perubahan dalam
perasaan seseorang kanak-kanak dan kebolehan mereka menangani perubahan,
perhubungan sosial dan kefahaman moral seperti kemahiran bersosial dan kepercayaan.
Tidak semua kanak-kanak mengalami perkembangan yang serupa dengan yang lain .Ini
adalah kerana ada kanak-kanak yang dilahirkan tidak sempurna seperti yang lain atau
dengan erti kata lain mempunyai masalah fizikal mahupun mental. Walaupun begitu,
perkembangan kanak-kanak ini akan berbeza dari kanak-kanak yang lain. Ada juga kanak-
kanak yang tidak menunjukkan apa-apa masalah pada awal perkembangan mereka namun
begitu, ketika di alam persekolahan menunjukkan masalah pembelajaran seperti disleksia,
autisma , slow learner mahupun attention deficit hyperactivity disorder atau lebih dikenali
sebagai ADHD. Di sekolah kanak-kanak sebegini dikenali sebagai kanak-kanak dengan
keperluan khas. Ini adalah kerana kanak-kanak sebegini dikenal pasti sebagai kanak-kanak
istimewa yang memerlukan perhatian yang khas berbanding dengan kanak-kanak normal.
PERKEMBANGAN SEORANG PESAKIT DISLEKSIA :
PERKEMBANGANFIZIKAL
X dilahirkan pramatang ketika kandungan mencecah 32 minggu dengan berat badan
sebanyak 1.92 kilogram di Hospital Besar Melaka melalui pembedahan Caesarean. Masalah
kelahirannya telah menyebabkan X menghadapi masalah paru-paru yang lemah dan
didiagnosis sebagai mempunyai masalah asma. Sehingga kini X masih belum sembuh
sepenuhnya dari penyakit asma dan X perlu diberikan rawatan berbentuk inhaler. Walaupun
X dilahirkan dengan berat badan yang kurang, tetapi ketika membesar X mengalami
pertumbuhan yang agak cepat berbanding dengan rakan-rakan sebayanya. Berat badannya
bertambah dengan baik tetapi ketika berusia 22 bulan berat badannya naik secara
mendadak sehingga mencapai tahap obesiti mengikut Carta Perkembangan yang
disesuaikan dengan Carta Denver iaitu mencapai 15.75 kilogram. Sekarang, X mempunyai
berat badan sebanyak 43 kilogram dan ketinggian 98 cm. X dilahirkan pramatang dan
mempunyai berat badan yang kurang dan kini beliau telah disahkan sebagai mempunyai
masalah ADHD. Faktor kelahiran pramatang dan berat badan yang kurang boleh menjadi
penyumbang kepada keadaan X pada hari ini. Ini disokong oleh Deutscher & Fewell (2005)
apabila kajian mereka menyokong kelahiran pra matang dan berat badan yang kurang boleh
menjadi tanda-tanda awal seseorang kanak-kanak boleh mempunyai masalah ADHD di
kemudian hari.
PERKEMBANGAN KOGNITIF
Tahap Sensorimotor ( 0-24 bulan)
Ketika dilahirkan , X mempunyai tindak balas refleks yang baik walaupun diletakkan di
dalam inkubator. Menurut ibunya, X merupakan seorang bayi yang aktif dan terpaksa
diberikan ubat sedatif agar tidak mencabut wayar-wayar yang berselirat di atas badannya. X
juga mampu menggenggam jari ibunya dengan erat walaupun berada dalam inkubator.
Walaupun X tidak diberikan susu secara tradisional iaitu diberikan susu secara intravena
selama hampir 2 minggu sejak kelahiran, X masih mampu menghisap dengan baik setelah
itu. Ini menepati Tahap Perkembangan Kognitif Piaget yang pertama yang menyatakan
bahawa bayi ketika baru dilahirkan mempunyai tindak balas refleks seperti genggaman dan
hisapan.
Pada tahap ini X mengalami perkembangan kognitif yang baik walaupun mungkin lewat
sedikit berbanding dengan rakan-rakan sebaya beliau. Contohnya X mula membalas
senyuman ketika berusia 3 bulan, meniarap ketika berusia 5 bulan, menyebut mummy-
daddy ketika berusia 11 bulan dan menangis ketika lapar dan suka dikelilingi orang. X juga
didapati suka membelek barang-barang permainannya dan seolah-olah membuat
eksperimen dengannya seperti meramas dan membaling .
Tahap Pra-Operasi ( 2 – 6/7 tahun)
Sehingga berusia 2 tahun, bapa X mengatakan bahawa X tidak suka ditinggalkan
berseorangan dan sering menangis jika dibiarkan bersendirian walaupun untuk seketika. X
didapati lebih rapat dengan ibunya daripada bapa. Ketika berusia 5 tahun, X dihantar ke
Tadika Swasta. Di situ X diajar tetapi X tidak menunjukkan minat dan didapati tidak
menumpukan perhatian ketika guru mengajar. Menurut laporan gurunya ketika itu, X
didapati sukar menurut arahan guru dan tidak suka tugasan-tugasan seperti menulis. X juga
didapati mudah teralih arah dan mudah lupa sesuatu perkara. Menurut gurunya lagi X masih
tidak boleh membaca dengan baik walaupun berada di tadika selama 2 tahun. Namun
begitu X boleh bertutur dengan baik. Ibu bapa X menganggapnya sebagai masalah yang
ringan di mana mereka merasakan pada ketika itu, X akan berubah apabila berada di alam
persekolahan. Namun begitu ketika berusia 7 tahun iaitu ketika berada di Tahun Satu, X
masih tidak berubah dan masih tidak mampu membaca dengan baik. Dari segi pergaulan
didapati, X sikap beliau yang kadangkala suka menyampuk menyebabkan beliau kehilangan
kawan dan ini menyebabkan beliau kekurangan kawan. Menurut guru di sekolah pula, ketika
perbincangan di dalam kelas sedang berjalan, X sering tidak menumpukan perhatiannya. X
juga mempunyai masalah daya ingatan di mana beliau mengalami kesukaran untuk
menjawab soalan yang berkaitan dengan apa yang telah dibaca. Mungkin ini disebabkan X
tidak dapat membaca dengan baik lagi. Setelah menjalani beberapa sesi pemerhatian,
meneliti respons ibubapa dan guru-guru yang pernah dan sedang mengajar X, pakar
mendapati X menghadapi masalah ADHD (jenis inattentive) bersama-sama dengan masalah
disleksia dan kemurungan. Dari apa yang dilihat ketika ini X, tidak mencapai Tahap
Perkembangan Kognitif Piaget Peringkat Pra Operasi kerana tidak mempunyai interaksi
sosial yang baik yang membolehkan beliau meluahkan perasaan dan pandangan mereka.
Mungkin inilah yang membawa masalah kemurungan kepada X.
Masalah lain yang wujud bersama-sama dengan ADHD adalah sesuatu yang biasa
(Airaksinen, Michelsson & Jokela, 2004). Ini jelas kelihatan di dalam keadaan X di mana
beliau juga mempunyai masalah dyslexia dan kemurungan. Menurut Gillberg et al. (2004)
masalah obesiti juga berlaku di kalangan kanak-kanak ADHD manakala penyakit asma
sudah lama dikaitkan dengan ADHD dan adalah satu keadaan perkaitan dengan ADHD.
PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI
Sepertimana yang telah dinyatakan di atas, X jelas menunjukkan masalah
perkembangan bahasa dan menghadapi masalah disleksia. Pada mulanya X tidak
menunjukkan masalah perkembangan bahasa yang begitu ketara ketika di peringkat
sensorimotor tetapi menghadapinya ketika peringkat persekolahan di mana beliau tidak
dapat menggarap kemahiran membaca iaitu salah satu dari komponen bahasa. Ketika di
alam persekolahan kebolehan komunikasinya dengan rakan-rakan terjejas kerana masalah
tingkah laku yang suka menyampuk. Ini menunjukkan bahawa X tidak mempunyai
kemahiran berkomunikasi dan interaksi sosial yang baik. X fasih bertutur dalam bahasa a
Inggeris bermasalah dalam bahasa Melayu . Ini kerana bahasa ibunda X dan digunakan di
rumah . Ini menyokong Teori Nativism yang mengatakan bahawa kanak-kanak menguasai
bahasa tertentu hanya jika mereka didedahkan kepada bahasa tersebut, iaitu menyatakan
kepentingan input dari persekitaran. Perkembangan bahasa X juga mungkin terjejas
disebabkan kerana X menghadapi masalah ADHD. Masalah ADHD telah menyebabkan X
tidak menumpukan perhatian dan tidak mendengar apa yang dikatakan oleh orang lain atau
guru, sedangkan perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak adalah sangat berkait
rapat dengan perkembangan kemahiran mendengar (McDewit & Ormrod, 2004).
PERKEMBANGAN SOSIAL DAN EMOSI
Perkembangan sosial dan emosi X ketika tahap sensorimotor adalah baik dan
normal. Tetapi ketika tahap pra operasi, X menunjukkan sikap menyendiri dan tidak mampu
mempunyai kawan untuk jangka masa waktu yang lama. Ini sedikit sebanyak telah
menjejaskan emosinya yang menyebabkan beliau suka menyendiri. Selain dari itu masalah
tidak dapat membaca mungkin telah menambahkan lagi perasaan rendah diri dan
menyebabkan masalah kemurungan. Perhubungan beliau dengan abang dan adik tidak
terjejas kerana masalah ADHD. X menunjukkan sikap kasih sayang terhadap ibu bapa dan
adik beradiknya tetapi beliau suka menyendiri dari bermain-main dengan abang atau
adiknya. Tetapi setelah diberikan rawatan berupa ubat rangsangan, X kelihatan
menunjukkan peningkatan dari segi perkembangan sosial bersama-sama dengan
keluarganya. Ini mungkin juga disebabkan keluarga X sangat prihatin dengan
perkembangan X menyebabkan mereka memberikan perhatian yang sewajarnya dan
bantuan kepada X.
RAWATAN
Sejak X diberikan rawatan profesional beliau telah menunjukkan satu perkembangan yang
baik dan mampu mengadaptasikan diri dengan keadaan persekitaran. Guru-guru X telah
diberitahu mengenai masalah yang dihadapi oleh X dan mereka lebih memahami keadaan
beliau sekarang. Walaupun X masih belum boleh membaca dengan baik, tetapi ibu bapa X
sedang berusaha membantu anak mereka Ketika untuk belajar membaca dengan bantuan
abangnya. Justeru X menunjukkan sedikit peningkatan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR ) menekankan tiga kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira. Pelajar
perlu menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut dalam peringkat sekolah rendah,
sebarang kegagalan dalam penguasaan kemahiran asas tersebut akan mendatangkan
halangan dalam pembelajaran pelajar dan akan menyebabkan pencapaian akademik
terjejas. Di antaranya, ramai pelajar didapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca,
mereka mungkin adalah golongan berisiko disleksia atau berdisleksia.
The National Istitute of Chilld Health and Human Development( NICHD )(2000) melaporkan
bahawa terdapat 17-20 % populasi United States menghadapi tidak upaya membaca, atau
disleksia. Ini bermakna satu dalam lima orang kanak-kanak akan mengalami masalah
pembacaan tersebut dari zaman kanak-kanak hingga dewasa. Selalunya, guru yang
mendidik dan mengajar kanak-kanak adalah orang pertama mendapati kanak-kanak
menghadapi masalah pembacaan tersebut dan intervensi awal dan pemulihan perlu
dibekalkan kepada kanak-kanak tersebut. Pergaulan dengan rakan sebaya masih tidak
begitu merangsang tetapi terdapat usaha ke arah memperbetulkannya oleh guru-guru.
Temu bual dilakukan di rumah bersama-sama ibu bapa dan X, mereka menyatakan bahawa
mereka berasa sangat gembira melihat perkembangan anak mereka walaupun hanya
sedikit. Menurut mereka lagi, yang paling menggembirakan mereka ialah X tidak lagi
kelihatan murung seperti dahulu. Walaupun X kelihatan sangat lemah di dalam aktiviti
membaca, beliau didapati sangat baik di dalam bidang aritmetik. X mempunyai kemahiran
mengira yang sangat baik berbanding dengan rakan-rakan sebayanya. Tetapi menurut
pakar psikiatri di Hospital Putera Melaka kebolehan ini jelas, mungkin disebabkan X tidak
perlu membaca tetapi hanya melihat nombor tersebut dan tanda yang kelihatan dan
membuat pengiraan secara mental mahupun menulis. Kemahiran di dalam bidang
matematik mungkin terjejas apabila X melangkah ke tahap yang lebih tinggi yang
memerlukan beliau membaca untuk memahami permasalahan yang diberikan.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, perkembangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dari satu
sama yang lain. Ini berlaku kerana terdapat perbezaan yang nyata dari segi genetik
yang boleh membezakan seseorang dari segi fizikal. Selain dari itu perbezaan juga
berlaku kerana adanya masalah dari segi perkembangan kognitif . Di dalam kajian
kes ini, seorang kanak-kanak ADHD telah dijadikan sampel dan perkembangan
kanak-kanak ini dilihat dari sejak lahir lagi sehinggalah sekarang.
Attention-Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD) merupakan masalah gangguan
kelakuan yang kerap kali berlaku di kalangan kanak-kanak (American Pscychiatric
Association,2000). Antara ciri-ciri kelakuan yang dikaitkan dengan masalah ADHD
ialah kurang daya tumpuan, hiperaktif dan impulsif (American Pscychiatric
Association,2000). Antara masalah yang dikaitkan dengan ADHD adalah seperti
pencapaian akademik (Barkley,1990), kemahiran sosial (Barkley, 1981) dan
keupayaan menuruti kehendak dewasa (Barkley,1989).
Kanak-kanak yang menghadapi masalah Attention-Deficit/Hyperactivity
Disorder (ADHD; American Psychiatric Association, 1994) mempunyai
kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menghadapi risiko mengalami pelbagai
masalah tingkah laku dan akademik (Barkley,1998; DuPaul & Stoner,2003). Hampir
80 % daripada kanak-kanak yang menghadapi masalah ADHD , mempamerkan
masalah dalam pencapaian akademik (Cantwell & Baker, 1991), termasuk tidak
dapat menyelesaikan tugasan sekolah yang diberi oleh guru. Berlanjutan dari
masalah itu, hampir 20 – 30 % kanak-kanak ADHD telah diklasifikasikan sebagai
menghadapi masalah pembelajaran (LD-Learning Disability) disebabkan tidak
mempunyai kemahiran–kemahiran tertentu yang diperlukan untuk belajar (DuPaul &
Stoner,2003).
Ini sejurusnya akan menyebabkan masalah pencapaian akademik yang
rendah di kalangan kanak-kanak ADHD dan ini memerlukan intervensi di peringkat
awal untuk menangani masalah tersebut. Kebanyakan kanak-kanak ADHD gagal
menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Masalah ADHD ini
bukannya masalah baru di luar negara, namun begitu di Malaysia ianya baru
diberikan tumpuan dan diberikan klasifikasi.
Di Malaysia kanak-kanak ADHD ramai yang tidak dikenal pasti dan ini
menyebabkan kanak-kanak ini mengikuti pembelajaran di kelas-kelas biasa dan
seterusnya mereka gagal menggarap kemahiran-kemahiran untuk belajar dan
menyebabkan kegagalan. Sering kali mereka disalah tafsirkan sebagai kanak-kanak
yang bermasalah disiplin akibat keaktifan mereka yang luar biasa serta sikap impulsif
mereka ataupun sikap mereka yang tidak menumpukan perhatian kepada sesuatu
perkara. Namun begitu X, sangat bernasib baik kerana mempunyai ibu bapa yang
amat prihatin tentang perkembangan anak mereka . Kesungguhan mereka
menyebabkan intervensi awal dapat diambil dan dapat membantu X menghadapi
kehidupan yang normal. Guru-guru sekolah di mana X sedang belajar juga perlu
dipuji kerana cuba memahami keadaan X dan menghulurkan bantuan dari segi
akademik mahupun membantu perkembangan interaksi sosial X dengan rakan-
rakannya serta tidak membiarkan X dan keluarganya bersendirian menghadapi
masalah ADHD.
PENUTUP
Tidak siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas
kejadian yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan inginkan diri
dalam keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Justeru,
terdapat insan yang dikategorikan sebagai insan istimewa atau berkeperluan khas
kerana cacat deria lihat dan dengar, pertuturan, fizikal, mental dan emosi.
Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas tidak semua
mengikuti norma pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak normal.
Masyarakat hendaklah memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka
mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi
dan politik selepas mereka meninggalkan bangku sekolah (Mohd. Sharani 2004).
Hajah Hasnah (1988) menegaskan bahawa tanda-tanda awal yang mungkin
terdapat pada anak-anak perlu diambil berat dan membawa berjumpa pakar
perubatan bagi mengetahui mengesan sebarang kekurangan pada kanak-kanak.
Keprihatinan ibu bapa terhadap anak-anak mereka akan dapat mengurangkan
beban yang ditanggung dan memberi semangat kepada kanak-kanak yang
tergolong kanak-kanak berkeperluan khas untuk terus hidup. Oleh itu, masyarakat
khususnya ibu bapa perlu mendapatkan nasihat, pengetahuan dan bantuan supaya
kanak-kanak khas dapat dibimbing dengan sempurna.
BIBLIOGRAFI
Abd. Rahim Talib .2006. Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah
Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman .2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.
Kuala Lumpur. Quantum Books.
Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Garciulo R.M .2003. Special Education in Contemporary Society: An Introduction to
Exceptionality. United State. Wadsworth Thomson Learning.
Hajah Hasnah Udin. 1988. Bimbingan Kanak-Kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hajah Hasnah Udin & Hajah Aishah Hj. Jaafar .1992. Bimbingan Kanak-Kanak Luar
Biasa. Kuala Lumpur: DBP/Kementerian Pelajaran Malaysia.
Jamila K.A Mohamad .2005. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala
Lumpur. PTS Publiction & Distributions Sdn. Bhd.
Li, Moore & Dennis. 1998. Acceptance of Disability and Its Correlates. Journal of
Social Psychology, 138(1), 13-26.
Messe .2001.HBS1103 Modul Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah
Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia.