Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan

download Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan

of 23

  • date post

    24-May-2015
  • Category

    Documents

  • view

    2.085
  • download

    10

Embed Size (px)

Transcript of Kbk 3073 kepelbagaian kecerdasan

  • 1. PEMARKAHAN TUGASAN 2 JUMLAHPPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KBK 3073 : MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS TAJUK ESEI ILMIAHTugasan 2 KUMPULAN EL A013 DISEDIAKAN OLEH NAMA LEE CHOUI YEENO. MATRIK D 20112054448NO. TEL 0165403127NAMA TUTOR E-LEARNING : DR. MARZAIDA BINTI BADARUDDINTARIKH SERAH : 4. MEI 2013KBK 3073Page 1

2. Halaman 1.0 Pengenalan12.0 Kepelbagaian Kecerdasan Mengikut Horwad Gardner13.0 Peranan Ibu dan Bapa dalam Membantu Kanak-kanak6Pintar Cerdas 4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh9dilaksanakan terhadap kanak-kanak pintar cerdas 5.0 Masalah Sosial dan Emosi yang Dihadapi oleh Kanak-13kanak Pintar Cerdas 6.0 Rumusan7.0 RujukanKBK 30731617Page 2 3. 1. Pengenalan Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi seseorang murid secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru, semua usaha dan langkah yang diambil dalam pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap murid. Dewasa kini, kanakkanak telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini telah memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, khususnya kalangan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat. Kanak-kanak pintar cerdas merupakan kanak-kanak yang mempunyai potensi dan kepintaran yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya. Menurut Che Mah & Mariani (2001), murid pintar cerdas juga merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan.1 Perkins(2003),mendefinisikankecerdasansebagaikeupayaandalammenyelesaikan masalah yang kompleks, mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang, memantau, dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif. Ini bermaksud individu yang pintar mempunyai kebolehan, bakat dan personaliti yang berbeza. Walau bagaimanapun, sebahagian besar individu yang dikategorikan sebagai pintar dibezakan daripada individu lain berdasarkan kecerdasan yang superior, yang diukur menggunakan ujian kecerdasan. Pada awal abad ke-20, kanakkanak pintar didefinisikan berdasarkan kecerdasan yang diukur menggunakan ujian Intellectual Quotient (IQ) yang standard iaitu kanak-kanak pintar cerdas haruslah berada pada tahap IQ 130 dan ke atas. Golongan kanak-kanak pintar cerdas merupakan satu aset yang bernilai bagi sesebuah negara maka teori kecerdasan yang diperkenalkan memainkan peranan yang penting dalam membentuk individu yang serba boleh melalui pelbagai aktiviti yang bersesuaian.1Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad,(2011). Pengantar Pendidikan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.hlm 199. KBK 3073Page 3 4. 1.1 Definisi Kecerdasan Menurut Catell (1971), kecerdasan dilihat sebagai komposit atau kombinasi ciri-ciri manusia termasuk keupayaan melihat hubungan kompleks, iaitu semua proses yang melibatkan pemikiran abstrak, kebolehan menyelesaikan masalah dan juga kebolehan mempelajari keupayaan yang baru. Pintar cerdas juga dimaksudkan sebagai suatu kebolehan yang membabitkan pelbagai domain seperti intelektual, kerohanian, pemikiran kreatif, saintifik, futuristik, seni halus, kepimpinan sosial, dan motor deria. Pelajar pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, sangat curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap persekitaran serta berupaya untuk menggabungkan beberapa maklumat untuk sesuatu idea (Susan K Golant, 1991). Sehubungan hal ini, pembelajaran yang bersistem merupakan cara yang paling berkesan untuk mengembangkan daya pintar cerdas ke tahap yang optimum (Hassan Hj Mohd Ali, 1996). Kesimpulannya definisi kecerdasan mempunyai pelbagai tafsiran.Adaahli psikologi yang menyamakan kecerdasan dengan kebolehan dan ada juga menyamakan kecerdasan dengan keupayaan. Ada juga ahli menyatakan bahawa kecerdasan adalah diwarisi dan dibina melalui pembelajaran.Dewasa ini,kepelbagaian kecerdasan yang diperkenalkan atau dinyatakan oleh Howard Gardner amat diutarakan.KBK 3073Page 4 5. 2.0 Kepelbagaian kecerdasan mengikut Horwad Gardner. Dr. Howard Gardner memperkenalkan kepelbagaian kecerdasan pada tahun 1983. Beliau merupakan ahli psikologi dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Teori ini adalah hasil daripada kajian beliau yang dijalankan terhadap kanak-kanak daripada pelbagai lapisan masyarakat yang berpelbagai kriteria.Teori Kecerdasan Pelbagai adalah berdasarkan pada pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ujian IQ amat terbatas.Ini disebabkan ukuran IQ menekankan pada kemampuan logical-matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, individu mempunyai caranyayang tersendiri dan unik untukmenyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi mereka. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan lapan jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Lapan peringkat kecerdasan yang dikenal pasti ialah visuallinguistik, logikmatematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis (Gardner dalam bukunya Frames of Mind-The Theory). Sila rujuk carta pai dibawah(dipetik dari Yahoo) KBK 3073Page 5 6. Pendapat yang dikemukakan oleh Dr. Howard Gardner menunjukkan kecerdasan seseorang dapat ditingkatkan melalui pendidikan dan latihan. Menurut beliau, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Jenis-jenis kecerdasan itu adalah :2.1 Kecerdasan Verbal-Linguistik Kecerdasan ini merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkaitan dengan pengusaan bahasa, kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. Seseorang memiliki kecerdasan ini lebih cenderung membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata bersama dengan tarikh. Individu ini juga peka terhadap makna perkataan dan mahir untuk memanipulasikannya. Seterusnya, mereka juga belajar dengan baik iaitu suka membaca, mengambil nota, mendengar kulian dan berbincang dan berdebat mengenai isi kandungan yang mereka pelajari. Selain itu, individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajarai bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi, berkebolehan lisan, mudah memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur. Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri. Individu ini juga terdiri daripada golongan yang cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang bahasa. Mereka juga mempunyai kelebihan dalam berbahasa dan meminati ilmu falsafah dan isu-isu sosial. Seterusnya individu yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik juga kerap membaca serta mempunyai keinginan yang tinggi dalam pengetahuan am. Cara belajar paling efektif untuk individu yang mempunyai kecerdasan ini ialah pengajaran dan penerangan secara lisan. Biasanya individu ini adalah seorang pensyarah, penyair, pemberita, penulis, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik. Misalnya Munshi Abdullah, A.Samad Said, William Shakespeare dan lain-lain.2.2 Kecerdasan Logik-Matematik Kecerdasan ini berkaitan dengan logik, abstrak, penaakulan nombor. Kebolehan dominan di bahagian kiri otak dan membolehkan individu menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual. Kecerdasan ini adalah merujuk seseorang individu yang cemerlang dalam bidang Matematik dan boleh bermainKBK 3073Page 6 7. dengan angka dan tidak mudah keliru dalam masalah pengiraan Matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara. Misalnya, ahli fizik bernama Albert Einstein yang menghasilkan teori tenaga yang berfomula E= mc2. Beliau juga mengemukakan teori atomi dan statistik fizik. Individu ini juga boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis dan menggunakan komputer dengan cekap. Mereka juga berminat untuk melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan mereka berfikir dengan aktif seperti permainan puzzle, penyelesaian masalah, catur, teka-teki dan pencarian formula baru. Cara belajar paling berkesan untuk individu yang memiliki kecerdasan ini ialah kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Kebanyakan individu yang memiliki kecerdasan ini cemerlang dalam kerjaya saintis, jurutera, ahli matematik, doktor dan sebagainya.2.3 Kecerdasan Naturalis Kecerdasan Naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam. Individu ini sangat prihatin terhadap alam, dan mempunyai sikap yang penyayang yang amat tinggi. Kanak-kanak berkecerdasan ini dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan menghabiskan lebih banyak masa diluar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi dan rasa empati terhadap semua benda hidup. Individu ini juga mempunyai kebolehan dalam mengaitkan sesuatu perkara mengikut urutan, membina klasifikasi, menjelaskan dan menggabungkan konsep yang diketahui. Seterusnya,, keberkesanan pembelajaran individu yang mempunyai kecerdasan ini dapat diwujudkan melalui aktiviti di luar bilik darjah seperti lawatan dan kajian lapangan. Kerjaya yang memerlukan kecerdasan ini ialah ahli geologi, ahli biologi, zoology, petani, tukang kebun dan kerjaya yang melibatkan sains.2.4 Kecerdasan Visual-Ruang Kecerdasaniniberkaitanpenghakimanruangdankeupayaanuntukmenggambarkan dengan mata minda. Kecerdasan ini merujuk kepada seseorangKBK 3073Page 7 8. individu melihat sesuatu secara jauh dan mendalam. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga faktor dalam model hirerarki kepintaran. Justeru, individu ini mempunyai imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif serta sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Individu ini berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek-objek dalam ruang. Mereka juga mempunyai k