Post on 13-Aug-2015
1.0 Pengenalan
Sebagai seorang pendidik yang memegang tanggungjawab dalam perlaksanaan
kurikulum dan program pendidikan di sekolah perlulah memastikan aspirasi sekolah dan
matlamat sekolah tercapai kerana ini secara tidak langsung Falsafah Pendidikan Negara juga
dapat direalisasikan. Menurut Coopes(1998) menyatakan seorang guru terutamanya guru seni
yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajarannya dapat menguasai
pengetahuan, teori pembelajaran dan psikologi manusia. Di mana beliau dapat mengawal dan
memastikan proses pengajaran dan pembelajarannya mencapai objektif melalui penyediaan
bahan pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya. Contohnya penyediaan rancangan
pengajaran yang berformatkan model ASSURE (Heinich dan rakan-rakannya pada tahun 1982)
iaitu langkah-langkah penyediaan rancangan pengajaran berdasarkan analisis latar belakang
pelajar bagi memudahkan guru untuk menyampaikan pengajarannya dalam sesuatu mata
pelajaran
Menurut Prehn,1980; Daya penarik, pengetahuan, daya inspirasi, jenaka, hubungan mesra
dan pengalaman bukan merupakan pengganti kepada pengajaran yang berterusan dan berkesan
namun ia boleh terus dilihat melalui penghasilan sesuatu karya seni yang dihasilkan. Contohnya
melalui penghasilan corak dan rekaan yang pelbagai melalui bentuk yang pelbagai, warna yang
pelbagai kaedah yang pelbagai yang dapat mencerminkan luahan rasa dan persepsi murid
terhadap apa yang dilalui dan dialami dalam kehidupan hariannya.
Selain itu guru seni yang berpengetahuan dan berkemahiran mempunyai sifat jujur yang
dapat menggalakkan pelajar berinteraksi dalam mewujudkan interaksi positif dalam pelbagai
hala semasa pembelajaran berlaku.
Guru yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran juga sentiasa menggunakan pelbagai
kaedah dan teknik yang membolehkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran dengan kaedah
dan teknik yang betul dan memudahkan mereka memahami proses pembelajaran yang dipelajari.
Guru juga akan sentiasa menerapkan nilai-nilai yang baik serta murni tanpa mengabaikan budaya
sedia ada yang ada pada pelajar.
Melalui tugasan ini kita akan melihat peranan guru dalam menilai perlakuan seni,
persepsi seni dan pengetahuan budaya pada beberapa orang pelajar bagi mencapai matlamat
sekolah dan aspirasi sekolah dalam bidang corak dan rekaan.
1
2.0 Perlakuan Seni, Persepsi Seni dan Pengetahuan budaya Murid Dalam Corak dan
Rekaan
Corak dan rekaan merupakan salah satu bidang yang ada dalam aktiviti seni reka untuk
menghasilkan sesuatu karya seni. Corak dan rekaan boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu
corak terancang dan tidak terancang.
Dengan menggunakan teknik,bahan dan media yang betul dan sesuai, sesuatu karya seni
corak dan rekaan yang menarik akan dapat dihasilkan. Seperti corak cetakan, tiupan, kolaj, catan,
mozek, resis dan banyak lagi.
2
Corak Terancang Corak Tidak Terancang
• Dihasilkan dengan motif yang tersusun
dengan teratur dan dengan susunan
yang tertentu.
• Motif ini menghasilkan corak yang
mempunyai pelbagai jenis susunan
termasuk penggunaan garisan grid
dalam penghasilan corak.
Jenis-jenis susunan
1. susunan ulang sekata
2. susunan selang-seli
3. susunan batu-bata
4. susunan bertimbal
5. susunan bertindih
6. susunan beralun
7. susunan berpusat
8. susunan orgee
9. susunan cerminan
10. susunan turun separa
11. susunan sisik ikan
• Corak tidak terancang dihasilkan secara
bebas tanpa mempunyai motif tertentu.
• Ianya boleh dihasilkan dengan cara
seperti merenjis, meniup, mengayak,
mengolek dan sebagainya.
Teknik corak tidak terancng.
1.Pualaman
2.Tiupan
3.Titisan
4. Ikatan dan celupan
5. Renjisan dan Percikan
6. Lipatan dan guntingan
Tujuan penghasilan corak dan rekaan adalah untuk mewujudkan ciri-ciri dari segi:
a) Perlakuan seni pelajar untuk menghasilkan karya seni.
b) Persepsi seni pelajar dalam sesuatu hasil karya seni.
c) Pengetahuan budaya yang baru mahupun sudah lama diperolehi dan dipelajari oleh
pelajar dalam penghasilan karya mahupun menilai karya.
1. PERLAKUAN SENIi) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.
ii) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.
iii) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
iv) Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan
gubahan seni.
v) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.
vi) Memilih jenis bahan yamg diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.
vii) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.
viii) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.
ix) Membezakan jenis corak tertentu.
x) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.
xi) Mengatur corak.
xii) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.
xiii) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.
xiv) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan
yang baik untuk menghasilkan karya seni.
xv) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci
terhadap ciptaan tersebut.
2. PERSEPSI SENIi) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan ,
kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak.
ii) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
iii) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.
iv) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.
v) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.
3
vi) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
vii) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.
viii) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.
ix) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.
x) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.
xi) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.
xii) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam Susana seni dan menghasilkan
dengan kehidupan mereka.
xiii) Memberikan pertimbangan estika terhadap karya seni.
3. PENGETAHUAN BUDAYAi) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.
ii) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf
tradisional.
iii) Mengenal dan membuat corak0-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat
kegunaan harian.
iv) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional.
v) Menhargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.
Bidang corak dan rekaan adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi
dan kemahiran seseorang individu. Bidang ini melihat kemampuan individu terhadap aspek serta
kegiatan mereka dalam membuat corak dan rekaan dengan menggunakan pelbagai media dan
teknik di mana secara tidak langsung perlakuan seni itu berlaku. Contohnya melalui
penghasilan corak dan rekaan pelajar menghasilkan corak yang diperbuat daripada batang daun
pisang dan membuat bentuk ikan. Dalam proses menghasilkan corak ini, pelajar dapat memilih
dan mendapatkan benda-benda yang boleh memebentuk sirip ikan, ekor ikan dan juga
keseluruhan bentuk ikan. Pelajar juga kreatif dalam mempelbagaikan warna bentuk ikan ini
supaya pemerhati karya dapat melihat perbezaan bentuk selain warna yang pelbagai untuk
mengharmonikan karya seni yang dihasilkan. Pelajar dapat melukis dan menghasilkan sifat
semulajadi ikan tersebut dengan baik. Kesemua proses penghasilan corak ikan menggunakan
batang daun pisang inilah yang seorang guru dapat melihat perlakuan seni pelajarnya.
4
Bidang corak dan rekaan ini juga menekankan dan mewujudkan persepsi seni pelajar
melalui perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri pelajar dalam membentuk sesuatu
karya yang mempunyai maksud tersendiri. Contohnya corak kolaj berbentuk jam. Berdasarkan
karya tersebut berlaku persepsi seni, di mana pelajar dapat mengaplikasi asas seni reka seperti
imbangan, harmoni, kepelbagaian, penegasan, kesatuan dan kontra dalam penghasilan corak.
Selain itu kaitan karya tersebut terhadap keadaan persekitaran dan kehidupan seharian diterapkan
pada corak yang dihasilkan iaitu bentuk jam dan pelajar juga menyedari adanya corak tertentu
pada karyanya iaitu angka-angka yang berlainan bentuk. Melalui karya seni yang dihasilkan,
pelajar ini dapat menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.
Selain itu pelajar yang celik seni dan menghargai budaya warisan bangsa dapat
menerapkan unsur budaya yang dipelajari dan dilihat dari nenek moyang mereka, sudara mara,
rakan-rakan dan seterusnya menerapkannya dalam penghasilan karya . Kesedaran terhadap alam
sekitar melalui pemerhatian pelajar dan juga pengalaman serta pengetahuan budaya tersebut
juga menjadi fokus utama bidang corak dan rekaan ini. Contohnya corak batik yang berunsurkan
suku kaum. Pelajar yang menghasilkan karya ini menerapkan lambang suku kaumnya dalam
menghasilkan corak. Pelajar dapat mengolah dan mengubah unsur-unsur tradisional ini kepada
corak batik. Penggunaan warna juga berunsurkan kebudayaan kebangsaan dengan warna
merah,kuning, biru dan putih. Disini kita dapat melihat pelajar yang menghasilkan karya ini
menghargai lambang kebudayaan bangsanya.
5
Berdasarkan lima karya seni corak dan rekaan yang dihasilkan oleh pelajar berikut, guru
dapat melihat perlakuan seni, persepsi seni dan pengetahuan budaya seseorang pelajar.
Rajah 1: Karya seni cetakan yang dihasilkan oleh Mirzi Jubilin Tahun 6 Cemerlang
4. PERLAKUAN SENI
1. Murid ini memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu iaitu untuk memberi
penegasan pada sirip ikan, ekor ikan, mata ikan dan juga sisik ikan.
2. Murid ini juga mengolah, mengubah suai dan menggunakan bahan yang sama untuk
menimbulkan bentuk dimana pelapah pisang digubah untuk menghasilkan bentuk corak
yang berlainan, perkara ini dapat dilihat dalam penghasilan bentuk sisik, mata, sirip dan
ekor ikan di mana bahan yang sama iaitu pelapah pisang dipotong dan dibentuk berbeza-
beza.
3. Murid mengatur corak dengan baik dan teratur agar hasil karyanya kemas, menarik dan
cantik.
4. Murid melukis corak mengikut sifat semulajadi ikan iaitu terdapatnya sisik dan sirip ikan.
5. PERSEPSI SENI
1. Murid menyedari prinsip seni reka dalam menghasilkan karyanya iaitu dari segi imbangan,
penegasan, kesatuan dan kontras. Murid dapat menyeimbangkan bentuk ikan dengan baik
serta memberi penegasan pada bentuk dimana dengan hanya melihat corak ikan ini kita
dapat mengetahui haiwan kesayangan ataupun kegemaran murid tersebut. Kesatuan warna
dan juga kontras pada bentuk ekor dan juga sirip ikan.
6
2. Melalui karya ini juga murid merujuk pada alam semulajadi sebagai sumber idea iaitu
haiwan dan tumbuhan dimana ia adalah berkait rapat dengan penggunaan pelapah pisang.
3. Berdasarkan tema haiwan kegemaran, dapat dilihat murid menyedari dan menghargai
keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan sehariannya
dengan menghasilkan corak ikan serta menggunakan tumbuh-tumbuhan.
6. PENGETAHUAN BUDAYA
1. Bagi karya yang dihasilkan oleh murid ini, terdapat corak yang berunsurkan pelbagai corak
tradisional iaitu unsur batik. Kita dapat melihat pada susunan siripnya yang kelihatan
seperti seni batik.
7
Rajah 2: Karya seni corak mozek yang dihasilkan oleh Sharonie Tomas tahun 6 Cemerlang
1. PERLAKUAN SENI
1. Murid memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu, dimana karya ini murid
memilih warna yang menarik untuk menimbulkan corak mozek yang menarik.
2. Murid juga dapat mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas seperti segi empat sama
dan segi tiga yang terbentuk dalam karya yang telah dihasilkan.
3. Murid juga dapat mengatur corak yang menarik untuk membezakan objek utama dengan
latar belakang karya.
4. Murid juga melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara
terperinci terhadap ciptaan tersebut. Ini dapat dilihat pada ukuran terperinci yang dibuat
pada saiz bentuk segi empat sama untuk menghasilkan ciptaan yang kemas dan seimbang.
2. PERSEPSI SENI
1. Murid ini menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, ruang dan penegasan. Corak
mozek yang sama besar dan bentuk rumah yang berada di tengah menunjukkan
keseimbangan objek. Ruang juga dimanfaatkan dengan adanya latar belakang pada objek
rumah ini sebagai latar. Selain itu penegasan berlaku berdasarkan penggunaan warna yang
kontra di mana latar belakang diberi warna yang lembut bagi memberi focus pada objek
rumah yang diwarnakan dengan warna yang gelap.
8
2. Murid memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni dengan membuat corak
rumah dimana rumah merupakan nilai estetika yang tinggi kerana ia kekal dan mempunyai
banyak kenangan manis bersama keluarga.
3. PENGETAHUAN BUDAYA
1. Murid mengenal dan membuat corak tradisional yang mudah iaitu corak mozek yang
kelihatan seperi anyaman.
9
Rajah 3: Karya seni corak dan rekaan catan yang dihasilkan oleh Nur Sharmilla Shasi Tahun 6C
1. PERLAKUAN SENI
1. Murid memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. Murid bijak dalam
pengolahan warna untuk menghasilkan corak catan Kolam India yang dihasilkan agar
kelihatan sebenar ataupun semulajadi dan menarik.
2. Murid juga membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak
kerana berdasarkan hasil karya yang dihasilkan bukan mudah untuk melukis motif dan
memilih warna yang sesuai. Ini bermakna murid akan mencari bentuk-bentuk motif yang
menarik dan mengikut tema kemudian mencuba dahulu warna-warna yang akan digunakan
untuk menghasilkan karya seni ini.
2. PERSEPSI SENI1. Murid menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, dan kesatuan dalam penghasilan corak
ini. Ia dapat dilihat melalui corak kepala burung merak yang dilukis
2. Murid juga mengenal unsur corak yang terdapatdi persekitarannya iaitu corak burung yang
dihasilkan.
3. Murid bijak mengatur corak
3. PENGETAHUAN BUDAYA
1. Murid dapat menghargai, mengembangkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan melalui
hasil rekaan corak Kolam India.
10
Rajah 4: Corak rekaan batik mempunyai unsur budaya murut yang dihasilkan oleh Alesia Rechit Ansirun Tahun 6 Cemerlang
1. PERLAKUAN SENI
1. Murid memilih mencipta karya seni yang digemari dan mengenal unsur corak yang
terdapat di persekitaran dimana murid memilih untuk mereka seni kebudayaan batik suku
kaum Murut.
2. PERSEPSI SENI1. Murid dapat melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.
2. Murid juga dapat membezakan jenis corak tertentu.
3. Murid juga bijak mengatur corak.
3. PENGETAHUAN BUDAYA
1. Murid dapat menghargai, mengembangkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan melalui
hasil rekaan corak batik suku Kaum Murut.
2. Murid juga dapat mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur-unsur kraf
tradisional.
11
Rajah 5: Karya corak dan rekaan kolaj yang dihasilkan oleh Bryan Valerian Tahun 6 Cemerlang
1. PERLAKUAN SENI
1. Murid ini memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu iaitu untuk memberi
penegasan pada jarum jam dan angka nombor.
2. Murid ini juga mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan yang sama untuk
menimbulkan bentuk dimana kertas warna digubah untuk menghasilkan bentuk corak yang
berlainan, perkara ini dapat dilihat dalam penghasilan bentuk jam, jarum jam, angka
nombor di mana bahan yang sama iaitu kertas warna dipotong dan dibentuk berbeza-beza.
3. Murid mengatur corak dengan baik dan teratur agar hasil karyanya kemas, menarik dan
cantik.
4. Murid melukis corak mengikut sifat semulajadi jam iaitu terdapatnya jarum jam dan
nombor angka.
2. PERSEPSI SENI
1. Murid menyedari prinsip seni reka dalam menghasilkan karyanya iaitu dari segi imbangan,
penegasan, kesatuan dan kontras. Murid dapat menyeimbangkan bentuk jam dengan baik
serta memberi penegasan pada bentuk dimana dengan hanya melihat corak jam ini kita
dapat mengetahui benda kesayangan ataupun kegemaran murid tersebut.
2. Berdasarkan tema barang kesyangan, dapat dilihat murid menyedari dan menghargai
keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan sehariannya
dengan menghasilkan corak jam.
12
3. PENGETAHUAN BUDAYA
1. Murid mengenal dan membuat corak tradisional yang mudah iaitu corak mozek yang
kelihatan seperi anyaman.
2. Murid juga mengenal dan membuat corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat
kegunaan harian dimana jam adalah kegunaan harian oleh itu murid memasukkan unsur
tradisional pada kolaj jam ini. Jika di perhatikan pada karya ini, adanya unsur anyaman
sekiranya dilihat secara tampak.
13
Rajah 6: Corak tiupan yang bertemakan perayaan dihasilkan oleh Shaznizam Amin
Tahun 6 Cemerlang
1. PERLAKUAN SENI
1. Murid memilih dan menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. Tujuan itu ialah memilih
warna yang sesuai untuk menghasilkan impak bunga api.
2. Dalam karya seni yang di hasilkan ini, murid mempunyai pengamatan yang tajam dan
meningkatkan koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menhasilkan karya seni.
Dimana murid mengenal pasti bahagian-bahagian yang kurang bercorak dan seterusnya
menambah pelbagai warna yang menarik. Selain itu murid juga sabar dalam menghasilkan
karya ini apabila terpaksa menggunakan tenaga yang banyak untuk membuat tiupan.
3. Murid juga memilih jenis bahan yang diperlukan dalam kegiatan pendidikan seni ini
dengan menggunakan bahan yang sesuai iaitu penyedut minuman (straw) untuk membuat
tiupan.
2. PERSEPSI SENI
1. Murid menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni dan kesatuan dalam
penghasilan corak. Ini dapat dilihat pada corak yang dihasilkan oleh murid apabila ruang
kiri dan kanan karya seimbang dari segi corak dan warna. Keharmonian dalam karya ini
juga dapat dilihat melalui penggunaan warna-warna yang harmoni. Terdapat juga kesatuan
dalam karya ini apabila warna-warna corak tiupan menggambarkan semua perayaan
bermain bunga api sesuai dengan tema iaitu tema perayaan.
14
3. PENGETAHUAN BUDAYA
1. Melalui tema iaitu tema perayaan, murid dapat menghargai dan mengekalkan unsur-unsur
kebudayaan kebangsaan, kerana seperti yang kita tahu setiap kali perayaan di Negara kita
ini pasti akan meraikannya dengan bermain bunga apai. Oleh itu, penghasilan karya ini
menunjukkan bahawa budaya bermain bunga apai untuk memeriahkan suasana sentiasa
berlaku. Justeru itu murid dapat mencurahkan pengalamannya dalam menyambut perayaan
yang dirayakannya ataupun perayaan yang dirayakan oleh orang lain melalui corak bunga
api yang dihasilkan melalui tiupan ini..
3.0 Maklumat sokongan
15
Teknik : Cetakan Menggunakan Bahan Alam.
Definisi : Cetakan ialah proses terapan blok atau plat. Proses ini melibatkan penciptaan plat yang dapat menghasilkan pelbagai imej. Kesan permukaan yang dicetak itu boleh dilakukan ke atas bahan seperti linoleum, Styrofoam, logam, kadbod, dan bahan-bahan lain.
Tema : Haiwan kegemaran
Tajuk : Ikan
Bahan Alatan Dan Media : Pelepah pisang, kertas lukisan, pisau, pensel, berus warna dan warna poster.
Proses/ Langkah-Langkah Penghasilan Corak :
1. Potong pelepah daun pisang menggunakan pisau dan asingkan daunnya kerana hanya batangnya digunakan untuk membuat aktiviti mencetak.
2. Buat satu lakaran gambar ikan mengunakan pensel dalam kertas lukisan.3. Potong pelepah batang daun pisang untuk menghasilkan mata, sisik, sirip dan ekor ikan
menurut gambar lakaran ikan.4. Sapukan warna pada permukaan pelepah batang daun pisang yang telah siap dibentuk.5. Mencetak satu persatu bermula dari mata, sisik, sirip dan seterusnya ekor ikan dengan
menggunakan warna berlainan.6. Terbentuklah ikan menggunakan teknik cetakan menggunakan pelepah batang daun
pisang.
Apresiasi seni:
Berdasarkan kolaj yang dihasilkan murid ini menghasilkan corak mengunakan teknik cetakan untuk menghsilkan corak berbentuk ikan. Bandura(1977) menyatakan pembelajaran boleh berlaku melalui pengaruh persekitaran, ini bermakna murid boleh menghasilkan karya berdasarkan pemerhatian sekelilingnya dan juga pengalaman hairannya. Ini bermaksud murid ini mengekspersikan pengalamannya melalui karya ini. Simbol atau bentuk ikan yang dihasilkan ini secara tidak langsung menjurus kepada haiwan kegemaran murid. Simbol ini boleh dikaitkan
16
dengan kehidupan harian ataupun budaya persekitaran murid yang terdedah kepada haiwan ini contohnya murid ini tinggal berdekatan dengan sungai.
Dari segi pengolahan warna pula, murid ini gemarkan warna-warna yang harmoni. Ini jelas sekali murid ini merasa tenang, damai dan harmoni tinggal di kawasan persekitaran yang berdekatan dengan sungai. Melalui warna yang digunakan boleh dianggap bahawa murid ini sayang akan alam sekitar.
Teknik : Mozek.
17
Definisi : Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan dan kepercayaan.
Tema : Kampung
Tajuk : Rumah saya di Kampung
Bahan Alatan Dan Media : kertas lukisan, pensel, pembaris, berus warna dan warna air.
Proses/ Langkah-Langkah Penghasilan Corak :
1. Buat lakaran mozek berbentuk rumah pada kertas lukisan menggunakan pensel dan pembaris. Sebaik-baiknya ukur petak mozek dengan menggunakan pembaris untuk mendaptkan saiz yang sama dan nampak kemas.
2. Warnakan lakaran mozek dengan beberapa jenis warna.3. Terbentuklah hasil mozek rumah.
Apresiasi seni :
Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang
menggembirakan, menyenangkan. Oleh itu berdasarkan karya yang dihasilkan oleh murid ini
dapat ditafsirkan bahawa murid ini amat menyukai rumahnya yang berada di kampung
berdasarkan penegasan terhadap penggunaan warna kontra dimana bentuk rumah diberi
penegasan dengan warna yang gelap berbanding latar blakang objek yang mengunakan warna
cerah.
Secara tidak langsung berdasarkan tema kampung, bentuk rumah ini juga dapat
menggambarkan bahawa murid ini sangat suka berada di kampung walupun rumahnya sudah
lama dan membuatnya merasa marah dan sedih akibat daripada atap rumah yang semakin usang.
18
Ini dapat dilihat pada warna atap bentuk rumah ini iaitu merah dan hitam. Merah menunjukkan
kekesalan dan kemarahan manakala hitam menunjukkan kesedihan kerana atap rumah kampung
tidak kukuh dan semakin usang. Namun murid ini tetap sukakan rumah di kampung kerana
melalui warna latar belakang yang digunakan adalah warna yang lembut iaitu biru dan kuning
maka suasana persekitaran di kampung amat menyenangkan dan jauh daripada kebisingan
bandar.
Teknik : Catan dalam corak dan rekaan.
19
Definisi : Catan adalah hasil bahantara pigmen warna pada permukaan rata seperti kertas, kanvas, dinding, plat, papan board dan sebagainya. Jenis bahan yang sering digunakan intuk menghasilkan catan adalah cat tempera, cat minyak, cat air, cat poster, guache, akrilik dan cat kapur (pastel).
Tema : Perayaan
Tajuk : Kolam India
Bahan Alatan Dan Media : kertas lukisan, pensel, berus warna dan warna poster.
Proses/ Langkah-Langkah Penghasilan Corak :
1. Buat lakaran corak burung merak.2. Warnakan lakaran corak burung merak menggunakan beberapa jenis warna mengikut
warna yang bersesuaian.3. Terbentuklah hasil corak burung merak menggunakan teknik catan dalam corak dan
rekaan.
Apresiasi seni :
Catan merupakan suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya,
membuat interpretasi pandangannya ataupun merakam gambaran yang dirasai. Berdasarkan hasil
rekaan corak burung merak yang mana murid menggambarkan hubungkaitnya dengan
penghasilan corak kolam india burung merak. Murid menginginkan suasana hidup yang harmoni
dan menyifatkan gambaran haiwan ini membawa kepada suasana hidup yang aman dan harmoni.
Ini dapat dilihat pada warna yang digunakan ada lah warna yang lembut dan cerah iaitu hijau,
oren, kuning dan biru.
Melalui karya ini juga dapat menyatakan murid yang menghasilkan karya ini juga
merayakan perayaan ini dan jelas sekali adik Sharmila Sashi mempunyai darah campuran bangsa
20
india dan bangsa dusun. Beliau dapat melukis dan mengolah karyanya dengan baik berdasarkan
pengalamannya itu (Bandura, 1977).
Dari segi ruang dan kesesimbangan, murid ini menggunakan ruang sebaik-baiknya bagi
menyampaikan mesej karyanya selain itu bentuk yang seimbang walaupun mempunyai lekukan
corak yang berbeza. Bentukyang besar dan jelas ini juga menggambarkan betapa besarnya hati
murid ini untuk menunjukkan dan menyatakan bahawa dia amat berbangga dapat merayaakan
perayaan ini.
Teknik : Resis.
21
Definisi : Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air, dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna.
Tema : Batik
Tajuk : Batik Murut
Bahan Alatan Dan Media : Kertas lukisan, warna kapur (oil pastel), pensel, berus warna, kapas dan warna air.
Proses/ Langkah-Langkah Penghasilan Corak :
1. Buat satu lakaran corak batik menggunakan pensil terlebih dahulu.2. Warnakan lakaran corak batik yang dilukis tadi menggunakan oil pastel.3. Setelah corak tadi diwarnakan dengan oil pastel.Sapukan warna air ke seluruh permukaan
kertas lukisan dengan menggunakan kapas ataupun berus.4. Terbentuklah hasil corak batik menggunakan teknik resis.
Apresiasi seni :
Berdasarkan karya yang dihasilkan, dapat kita lihat bahawa murid ini menghasilkan
bentuk budaya suku kaum Murut. Ini menunjukkan murid ini tahu tentang kebudayaan suku
kaum ini. Boleh ditafsirkan juga bahawa murid berbangsa Murut. Murid ini amat menghargai
budaya di Malaysia dengan menerapkan unsur tradisional suku kaum Murut.
Melalui karya ini juga murid ini amat berbangga dengan lambang suku kaum Murut
dengan menjadikan lambang ini sebagai simbol untuk menjadikannya sebagai corak batik.
Terdapat juga unsur perpaduan dalam corak batik yang dihasilkan. Ia dapat dilihat melalui
warna-warna yang digunakan berdasarkan warna bendera Malaysia
Teknik : Kolaj.
22
Definisi : Kolaj ialah suatu rekacipta yang yang melibatkan aktiviti gunting dan tampal. Bahan-bahan yang digunakan ialah bahan-bahan terpakai seperti kertas warna, majalah, surat khabar dan sebagainya.
Tema : Barangan Kesayangan
Tajuk : Jam dinding
Bahan Alatan Dan Media : Kertas warna, gunting, pensel dan gam air.
Proses/ Langkah-Langkah Penghasilan Corak :
1. Buat satu lakaran gambar jam menggunakan pensel.2. Gunting kertas warna mengikut bentuk lakaran jam.3. Lekatkan kertas warna yang siap digunting mengikut lakaran gambar.4. Terbentuklah jam hasil teknik kolaj.
Apresiasi seni :
Berdasarkan karya teknik kolaj ini, murid menghasilkan corak bentuk jam. Murid ini
dapat menerapkan beberapa unsur seni iaitu keseimbangan, penegasan dan juga kesatuan. Dari
segi keseimbangan murid menghasilkan objek yang seimbang dan dapat menarik minat
pemerhati. Dari segi penegasan pula murid memberi penegasan pada penggunaan masa di mana
masa itu sangat penting dan jangan digunakan dengan sia-sia. Dari segi kesatuaan pula murid ini
menngabungkan unsur tradisional pada jam ini iaitu seni anyaman yang boleh dilihat secara
tampak.
Boleh di tafsirkan juga bahawa gabungan seni tradisonal dan jam ini menunjukkan
bahawa walaupun berlaku peredaran waktu, seni budaya tradisional tetap seiring dengan zaman
yang semakin maju. Dengan erti kata lain seni anyaman ‘tidak lapuk ditelan zaman’. Warna yang
ditonjolkan juga adalah gabungan warna-warna harmoni yang membawa maksud murid ini
mengharapkan keharmonian sentiasa ada sepanjang masa agar keadaan sentiasa aman dan
bahagia.
23
Teknik : Percikan Dan Tiupan.
Definisi : Percikan dan Tiupan ialah suatu rekcipta yang melibatkan aktiviti percikan warna ke atas permukaan kertas lukisan seterusnya susulan tiupan ke atas warna yang dipercik untuk menghasilkan suatu corak.
Tema : Suasana perayaan
Tajuk : Bunga api
Bahan Alatan Dan Media : Penyedut minuman(straw), berus warna dan warna poster.
Proses/ Langkah-Langkah Penghasilan Corak :
1. Percikkan berus warna yang telah dibubuh warna air ke atas kertas lukisan.2. Lakukan tiupan ke atas warna air yang dipercikkan.3. Tiupan dilakukan seperti menurut gambaran letupan bunga api.4. Terbentuklah hasil gambaran letupan bunga api dengan menggunakan teknik percikan
dan tiupan.
Apresiasi seni :
Berdasarkan karya seni murid ini, dapat dilihat bahawa murid ini membuat corak letupan
bunga api. Berdasarkan tema yang ditetapkan murid ini sering melihat pemainan bunga api setiap
kali sesuatu perayaan disambut conothnya Hari Raya, Krismas, Tahun Baru Cina dan
sebagainya.
Murid ini dapat mengaplikasi unsur seni dari segi ruang, imbangan dan kesatuan. Ini
dapat dilaihat apabila karya ini sungguh menarik perhatian dan menimbulkan persoalan dalam
perkaitan tema yang diberi.
Warna yang digunakan juga melambangkan keharmonian masyarakat dalam merayakan
sesuatu perayaan. Daripada corak tiupan ini juga kita dapat ketahui bahawa murid ini sangat suka
bermain dengan bunga api.
24
4.0 Kesimpulan
Feldman ( 1996 ) menyatakan bahawa pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan
pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang
dunia dan diri kita sendiri melalui seni.
Pendidikan seni merangkumi pelbagai kaedah dan teknik yang digunakan di dalam
penghasilan produk seni. Lantaran itu, pendidikan seni lebih menitik beratkan pemikiran,
perbuatan dan penilaian yang original di samping memberi kesempatan untuk individu itu
memperkembangkan idea semula jadinya secara teratur menerusi peringkat-peringkat
perkembangan yang artistik. Kesemua itu dapat dilihat melalui perlakuan seni, persepsi seni dan
pengetahuan budaya individu itu semasa menghasilkan seni reka khususnya dalam bidang corak
dan rekaan.
Kesimpulannya, pendidikan seni merupakan suatu sistem pengajaran dan pembelajaran
seni tampak yang terancang dan mempunyai hala tuju serta bermatlamat melahirkan individu
yang celik seni bagi diri dan masyarakatnya. Oleh itu seorang guru pendidikan seni harus tahu
perananya untuk menjadi pendidik yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi
merealisasikan Flasafah Pendidikan Negara Malaysia.
25
5.0 Rujukan
(1998). Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni visual. KBSR. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Elsie Tan. (Tanpa Tahun). Pendidikan Seni KBSM. Seri Kembangan, Selangor:
Cemerlang Publications Sdn. Bhd.,
Kathleen Chee. Pendidikan Seni KBSM Kraf Tradisional & Kraf Semasa,
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni
Visual, KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Ziahidee Hj Arsahd. HBAE 2103 Corak dan Rekaan, Oktober 2011. Seri Kembangan
Selangor: Open University Malaysia (OUM)
http://bloginspirasidiariseni.blogspot.com/p/membuat-corak-rekaan.html
http://sunshinevisualart.blogspot.com/2012/01/bidang-2-membuat-corak-dan-rekaan.html
26