Membuat corak dan rekaan titisan
-
Upload
yanfieznal -
Category
Documents
-
view
325 -
download
4
Transcript of Membuat corak dan rekaan titisan
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Tahun : 1
Bidang : Membuat corak dan rekaan
Aktiviti : Titisan
Tema : Alam benda
Tajuk : Baju
Masa : 60 minit ( minggu pertama )
Jenis-jenis media : Alatan : berus, palet, dan gunting.
Bahan : Kertas lukisan, warna air.
Bahan Bantu Mengajar: Contoh-contoh baju yang bercorakkan teknik titisan terancang.
EMK : Elemen kreativiti, dan inovatif
Elemen keusahawanan
Standard kandungan
1. Bahasa Seni Visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.
2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa Seni Visual.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.4. Apreasiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa Seni Visual.
2.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, menamakan dan memahami bahasa Seni
Visual yang terdapat pada karya seni.
2.1.1 Unsur Seni
2.1.1.2 Warna - asas.
2.1.1.3 Jalinan - tampak
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Kepelbagaian –warna kontra
2.1.2.2 Pergerakan ritma
2.2 Aplikasi Seni Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa Seni Visual
dalam menghasilkan karya seni
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan warna air
2.2.1.3 Alatan - berus, palet dan gunting.
2.2.2 Menyatakan teknik penggunaan media dalam penghasilan corak teknik titisan
2.2.2.1 Teknik titisan ( corak tidak terancang )
2.3 Ekspresi Kreatif Murid dapat menghasilkan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran bahasa Seni Visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Mempelbagaikan bahan secara kreatif
2.3.1 Menghasilkan corak teknik titisan tidak terancang.
2.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa Seni Visual.
2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan
2.4.2 Menceritakan karya sendiri secara lisan
2.4.3 Menghargai karya sendiri dan rakan.
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITIPersepsi Estetik
1. Guru menunjukkan kepada murid contoh-contoh baju yang bercorak.
2. Guru menghubungkaitkan baju dengan teknik titisan.
Aplikasi Seni
1. Guru berbincang dengan murid tentang penggunaan warna asas dalam penghasilan corak teknik titisan.
2. Mengedarkan kertas lukisan3. Guru menyediakan bahan warna asas untuk
teknik titisan.
Ekspresi Kreatif1. Murid menghasilkan corak teknik titisan dengan
bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut.
Langkah 1
1. Sediakan bahan-bahan iaitu seperti sekeping kertas lukisan,berus palet dan warna asas.
Bancuh warna asas dengan air berasingan dalam palet.
STANDARD PEMBELAJARAN ILUSTRASI AKTIVITI
Langkah 21 . Murid menitiskan cat air pada permukaan
kertaslukisan.
2. Murid menitiskan cat air dari atas dengan jarak yang berbeza ke kertas lukisan untuk mendapatkan kesan yang berbeza.
3. Murid di minta mengulang langkah satu dan dua dengan menggunakan warna asas bagi mendapatkan corak yang berbeza secara titisan itu.
Langkah 31 Murid mengeringkan hasil kerja sambil dipantau
oleh guru.
Apresiasi Seni
1 Murid mempamerkan dan bercerita tentang hasil kerja sendiri.
2 Guru membuat rumusan dan memberi cadangan agar murid menggunakan hasil karya mereka untuk dijadikan satu baju yang bercorak kreatif.
( Aktiviti akan disambung pada minggu hadapan )