Post on 11-Mar-2018
FAKTOR MEMPENGARUHI PRESTASI PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN
PENGAJIAN KEJURUTERAAN AWAM : SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK KANGAR, PERLIS.
JAMILAH BINTI MOHAMAD NOOR
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Awam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
ii
iii
Teristimewa buat ayahbonda yang disayangi, Encik Mohamad Noor bin Yaacob dan
Puan Selasiah binti Kasim, pensyarah pembimbing yang dihormati, Tuan Haji Mohd. Mohsin bin
Uzir, guru Sekolah Menengah Teknik Kangar yang diingati, Encik Mohamad bin Ismail,
adik-beradik yang dikasihi, Salina binti Mohamad Noor, Firdaus binti Mohamad Noor dan Muhd.
Hilmy Soffi bin Mohamad Noor, sahabat seperjuangan yang banyak membantu dan mereka yang
terlibat secara tidak langsung.
iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim…..
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam ke atas jujungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
Alhamdulillah berkat rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t., Projek Sarjana
Muda ini dapat disiapkan dengan baiknya.
Penghargaan yang istimewa ini saya tujukan khas buat Tuan Haji Mohd. Mohsin
bin Uzir selaku pensyarah pembimbing yang mana telah banyak memberikan saya
panduan dan tunjuk ajar sepanjang menjalankan kajian ini.
Sekalung terima kasih kepada kedua ibu bapa yang tidak jemu memberikan
dorongan dan perangsang samada dalam bentuk mental dan fizikal. Tidak lupa juga
kepada Encik Mohamad bin Ismail iaitu guru dari Sekolah Menengah Teknik Kangar
yang banyak membantu semasa menjalankan kajian. Beliau yang banyak
menyumbangkan idea demi menghasilkan hasil kerja yang baik.
Terima Kasih yang tidak terhingga kerana kalian semua amat berjasa kepada saya.
Kepada Allah s.w.t. jualah saya berdoa agar kalian semua sentiasa di bawah lindungan
rahmatNya. Amin…..
Jamilah binti Mohamad Noor
April, 2006
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi
prestasi pelajar dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam berdasarkan empat
faktor iaitu faktor minat, ibu bapa, guru dan rakan sebaya. Sebanyak 57 pelajar tingkatan
5 di Sekolah Menengah Teknik Kangar, Perlis telah terpilih sebagai responden kajian.
Set soal selidik mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A mengenai latar belakang
responden dan bahagian B mengenai 4 persoalan kajian digunakan sebagai instrumen
kajian ini. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.885. Hasil kajian ini
dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Package For Social Science) 12.0 untuk
mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa
semua faktor yang dikaji berada pada tahap sederhana. Semua faktor yang dikaji
memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi prestasi pelajar dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam.
vi
ABSTRACT
This research was conducted in order to identify the factors that influence
student’s performance in Civil Engineering course. This research also highlighted the
various contributing factors such as interest, parents, teachers and peers. About 57
students form 5 of Sekolah Menengah Teknik Kangar, Perlis were chosen as respondents
for this study. A set of questionnaire comprising of 2 sections namely, section A on the
respondent’s particulars and section B consisted statement on the research scope were
used as research instrument. The reliability of the instrument is 0.885. Data were
processed and analyzed by using SPSS (Statistical Package for Social Science) 12.0 for
windows to obtain frequencies, percentages and means. The result showed that the
factors such as interest, parents, teachers and peers are at medium level. However, those
factors playing an important role in influencing student’s performance in Civil
Engineering course.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Borang Pengesahan Status -
Pengesahan Penyelia -
Halaman Judul i
Halaman Pengakuan ii
Halaman Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Senarai Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Singkatan xiii
Senarai Lampiran xiv
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang 2
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop dan Batasan Kajian 8
viii
1.8 Definasi Istilah 8
1.8.1 Pelajar 8
1.8.2 Mempengaruhi 9
1.8.3 Prestasi 9
1.8.4 Ibu bapa 9
1.8.5 Guru 9
1.8.6 Rakan sebaya 10
1.8.7 Minat 10
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Minat 12
2.3 Ibu Bapa 14
2.4 Peranan Guru 16
2.5 Rakan Sebaya 17
2.6 Sorotan Kajian Lepas 19
2.7 Kesimpulan 20
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 21
3.2 Rekabentuk Kajian 21
3.3 Populasi Kajian 22
3.4 Instrumen Kajian 22
3.4.1 Bahagian A : Latar Belakang
Responden 23
3.4.2 Bahagian B : Faktor Mempengaruhi
Prestasi Pelajar 23
3.5 Prosedur Kajian 24
3.5.1 Keesahan Soal Selidik 24
ix
3.5.2 Kajian Rintis 24
3.5.3 Kajian Sebenar 25
3.6 Analisis Data 25
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 27
4.2 Analisis Data Bahagian A 28
4.2.1 Jantina 28
4.2.2 Bangsa 29
4.2.3 Keputusan Akhir Mata Pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam 29
4.3 Analisis Data Bahagian B 30
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian 1 :
Mengenalpasti Faktor Minat
Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 31
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian 1 :
Mengenalpasti Faktor Ibu Bapa
Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 35
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian 1 :
Mengenalpasti Faktor Guru
Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 38
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian 1 :
Mengenalpasti Faktor Rakan Sebaya
Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 42
4.4 Analisis Keseluruhan 46
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 48
5.2 Rumusan 48
x
5.3 Perbincangan Hasil Dapatan 49
5.3.1 Latar Belakang Responden 50
5.3.2 Faktor Minat Pelajar 50
5.3.3 Faktor Ibu Bapa 52
5.3.4 Faktor Guru 54
5.3.5 Faktor Rakan Sebaya 55
5.4 Cadangan 57
5.4.1 Guru 57
5.4.2 Ibu Bapa 57
5.4.3 Pihak Sekolah 58
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 58
5.6 Penutup 59
RUJUKAN 60
Lampiran A - D
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kelayakan Minimum Memasuki Bidang PKA 4
1.2 Keputusan SPM SMTK Jumlah Cemerlang dan
Kepujian 4
1.3 Keputusan SPM SMTK Jumlah Lulus dan Gagal 5
3.1 Susunan Item Dalam Borang Soal Selidik 23
3.2 Skala Likert 23
3.3 Pertimbangan Yang Digunakan Untuk Menjawab
Persoalan Kajian Yang Berkaitan 26
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut
Jantina 28
4.2 Taburan Bilangan dan Bilangan Responden Mengikut
Bangsa 29
4.3 Taburan Keputusan Peperiksaan Akhir Responden bagi
Mata Pelajaran PKA 30
4.4 Taburan Responden Mengikut Frekuensi( f ),
Peratusan (%) dan Min Bagi Faktor Minat
Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 31
4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi( f ),
Peratusan (%) dan Min Bagi Faktor Ibu Bapa
Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 35
4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi( f ),
xii
Peratusan (%) dan Min Bagi Faktor Guru
Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 38
4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi( f ),
Peratusan (%) dan Min Bagi Faktor Rakan Sebaya
Mempengaruhi Prestasi Pelajar. 43
xiii
SENARAI SINGKATAN
PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
SMTK - Sekolah Menengah Teknik Kangar
PIBG - Persatuan Ibu Bapa dan Guru
xiv
SENARAI LAMPIRAN
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 64
B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Kementerian
Pelajaran Malaysia 69
C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian
Jabatan Pendidikan Negeri 70
D Keesahan Soal Selidik 71
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan dunia pendidikan kini semakin mencabar. Terdapat banyak
pembaharuan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) demi
memenuhi kehendak pasaran semasa. Permintaan terhadap pelajar-pelajar teknikal juga
semakin bertambah-tambah sejajar dengan perkembangan Malaysia yang sedang
meningkat maju. Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam bidang-bidang sediada
ataupun yang baru. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh semua pihak yang berkenaan
demi menyahut cabaran kerajaan di samping memenuhi hasrat murni kerajaan.
Pendidikan juga yang akan menentukan cara hidup pelajar di masa hadapan samada
untuk memilih kerjaya yang memerlukan kelulusan akademik mahupun sebaliknya.
Menurut Mohamed Nor (1990a), pendidikan wujud dalam keadaan berbeza-beza,
sesuai dengan situasi dan keadaan dalam sesuatu zaman. Misalnya, pendidikan pada
zaman primitif berlainan sekali dengan pendidikan zaman ini. Dengan adanya
perkembangan ilmu pengetahuan yang begitu pesat, kemajuan teknologi, pembangunan
ekonomi dan berbagai sistem politik, maka dengan sendirinya terdapatlah pula pelbagai
tafsiran dan pengertian pendidikan.
Pendidikan dan pembelajaran adalah satu perkara yang saling berkaitan. Menurut
Wan Zah (2000), pelajar mempunyai pandangan yang berbeza terhadap konsep
2
pembelajaran. Sebahagian kecil menjurus ke arah memahami dan menghayati
pengetahuan manakala yang lain lebih cenderung untuk memetik fakta dan meluahkan
semula. Namun begitu, pembelajaran bergantung cara seseorang mempelajari, mentafsir,
menganalisis, memahami sesuatu dan mencerap pengetahuan yang diajar. Perbezaan
terhadap konsep pembelajaran boleh diukur melalui keputusan peperiksaan pelajar yang
jelas membuktikan terdapatnya perbezaan pencapaian setiap pelajar. Tahap pencapaian
yang berbeza menjadi punca pelajar mengalami masalah dalam mempelajari mata
pelajaran tersebut. Mungkin disebabkan kadar penyerapan pengetahuan yang berbeza
yang menyebabkan pelajar kurang mampu untuk mengikut sistem pendidikan di sekolah.
Seseorang pelajar dikatakan berjaya sekiranya melanjutkan pelajaran ke
peringkat pengajian tinggi. Penghormatan lebih akan diberikan kepada mereka yang
mempunyai kelulusan yang tinggi. Namun bukanlah mudah seperti mana ynag yang
dilihat dengan mata kasar. Hakikatnya dunia pendidikan penuh dengan cabaran dan
dugaan dalam menuju kepada jalan kejayaan. Setiap tindak tanduk memerlukan kepada
usaha dan pengorbanan bukan sahaja daripada pihak pelajar malahan juga mereka yang
sentiasa memberi sokongan padu.
1.2 Latar belakang
Menurut Mohamed Nor (1990b), pendidikan secara universal adalah untuk
mencari dan menyebarkan kebenaran. Ke arah mencapai matlamat ini, maka kurikulum
sekolah hendaklah mengutamakan tema-tema kehidupan manusia di dalam mata
pelajaran kognitif. Secara tidak langsung ianya mampu menghasilkan pemikiran pelajar
yang rasional, termasuk mata pelajaran yang berhubung dengan kualiti moral, estetika
dan prinsip-prinsip keagamaan. Bagi mencapai hasrat ini, kaedah pengajaran perlu
memberi penekanan kepada ingatan, pembacaan, latih tubi dan ulangkaji. Pendidikan
hendaklah disesuaikan kemampuan dan tahap kecerdasan individu.
3
Pembelajaran ialah satu proses yang beransur-ansur dan kumulatif serta tidak
berlaku secara serentak. Pada peringkat sekolah menengah, kurikulum asas sebaik-
baiknya hendaklah terdiri daripada mata pelajaran sastera, bahasa, sejarah, matematik,
sains, kejuruteraan dan teknikal. Subjek-subjek ini merupakan antara unsur penting
dalam pendidikan liberal dan berfaedah untuk memenuhi keperluan hidup seseorang.
Penguasaan kemahiran dan isi mata pelajaran membolehkan pelajar menjalankan
kehidupan sebagai ahli masyarakat yang produktif. Sejajar dengan itu, pihak KPM telah
menawarkan mata pelajaran teknikal dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik dan
jentera dari peringkat sekolah menengah. Pendedahan awal terhadap subjek teknikal
bertujuan untuk memberi persediaan kepada pelajar bagi melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.
Kejuruteraan awam merupakan bidang yang amat luas skopnya. Dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), pelajar akan didedahkan kepada
pengetahuan asas dalam Kejuruteraan Awam dan faktor-faktor yang mempengaruhi
pembangunan serta kesannya terhadap kehidupan seharian. Antara komponen utama
yang akan dipelajari termasuk proses pembinaan, bahan binaan, struktur kejuruteraan
awam, geoteknik, ukur kejuruteraan, sistem pengangkutan, kejuruteraan jalan dan isyarat
lalu lintas, sumber dan bekalan air, sistem pembersihan dan aturcara kontrak dan
taksiran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003).
Mata pelajaran PKA merupakan subjek elektif Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) yang ditawarkan di Sekolah Menengah Teknik (SMT) KPM. Subjek
ini bukan sahaja menitikberatkan dari segi teori malah ianya melibatkan amali kerja
bengkel dan lapangan serta lawatan industri untuk tujuan memberi pendedahan sebenar
tentang realiti bidang ini. Pendedahan sebenar penting untuk menarik minat pelajar ke
arah memilih kerjaya yang bersesuaian dalam bidang kejuruteraan awam. Pelajar yang
layak untuk mengambil jurusan ini ialah pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dengan kelulusan minimum seperti jadual berikut:
4
Jadual 1.1 : Kelayakan Minimum Memasuki Bidang PKA
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia
MATA PELAJARAN KELULUSAN MINIMUM Bahasa Melayu B Matematik C Sains C Kemahiran Hidup C
Peruntukan masa pembelajaran bagi mata pelajaran PKA ialah selama 4 waktu
dalam seminggu iaitu sejumlah 280 waktu sepanjang tempoh 2 tahun pembelajaran.
Masa yang telah diperuntukkan diyakini mampu untuk memberikan pendedahan secara
menyeluruh berkaitan dengan silibus mata pelajaran ini. Sekolah Menengah Teknik
Kangar (SMTK) merupakan di antara salah sebuah sekolah yang menawarkan kursus
PKA untuk pelajar tahun 4 dan 5. PKA merupakan kursus baru di sekolah ini
memandangkan ianya mula ditawarkan pada tahun 1997 kepada pelajar-pelajar tingkatan
4. Berikut merupakan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata
pelajaran ini untuk tempoh 3 tahun kebelakangan ini bermula pada tahun 2001 sehingga
2003. Bermula pada tahun 2000 peperiksaan SPM adalah secara terbuka iaitu pelajar-
pelajar boleh memilih subjek-subjek yang hendak diambil.
Jadual 1.2 : Keputusan SPM SMTK Jumlah Cemerlang dan Kepujian
Tahun Jumlah Cemerlang Kepujian Calon 1A 2A % 3B 4B % 5C 6C % 2003 64 0 1 1.6 4 12 25.0 13 10 35.9 2002 73 1 2 4.1 4 13 23.3 20 14 46.6 2001 29 0 0 0 2 4 20.7 4 8 41.4
5
Jadual 1.3 : Keputusan SPM SMTK Jumlah Lulus dan Gagal
Tahun Lulus Jumlah Lulus Gagal 7D 8E % Bil % 9G %
2003 13 9 34.4 62 96.9 2 3.1 2002 12 5 23.3 71 97.3 2 2.7 2001 7 4 37.9 29 100.0 0 0
Berdasarkan keputusan peperiksaan di atas iaitu dari tahun 2001 sehingga 2003,
keputusan SPM pada tahun 2001 adalah lulus penuh iaitu peratus lulusnya ialah 100%.
Namun begitu, keputusan peperiksaan SPM sekolah ini menunjukkan penurunan
bermula pada tahun 2002 iaitu sebanyak 2.7% peratus lulus manakala pada tahun 2003
peratus lulus menurun sebanyak 0.4% berbanding pada tahun 2002.Terdapat banyak
faktor yang menyumbang kepada penurunan keputusan prestasi pelajar dalam mata
pelajaran PKA. Peningkatan atau penurunan keputusan prestasi pelajar dipengaruhi oleh
faktor minat pelajar itu sendiri, peranan ibu bapa, peranan guru mahupun faktor rakan
sebaya.
Pada peringkat sekolah menengah pelajar telah menunjukkan minat terhadap
sesuatu kerjaya. Minat ini patut dipupuk dengan berhati-hati untuk mengelakkan
kekecewaan di masa hadapan. Kadang-kadang terdapat pelajar yang tersalah memilih
bidang kerjayanya (Kamaruddin, 1996a). Keadaan ini boleh melenyapkan potensi yang
ada pada diri seseorang pelajar itu dan memberi kesan terhadap penumpuan dan pretasi
pembelajaran pelajar.
Menurut Sumarni dan Borhan (2002a), peranan ibu bapa amat penting dalam
mendidik anak-anak mereka menjadi individu yang baik. Mengabaikan remaja atau
pelajar dalam menguruskan kehidupan harian boleh menyebabkan mereka bosan dan
tertekan kerana tiada tempat pergantungan untuk berkongsi masalah. Kadangkala ibu
bapa langsung tidak bertanya kepada anak-anak mereka tentang masalah-masalah yang
dihadapi di sekolah mahupun di rumah. Pengabaian tanggungjawab ibu bapa sebegini
akan membawa kesan negatif terhadap pembelajaran mereka. Anak-anak menginginkan
6
kasih sayang dan perhatian daripada orang tuanya sebagai dorongan kepada mereka
untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Menurut Kamaruddin (1996b), guru yang tidak tegas akan melahirkan pelajar
yang pasif, gemar menarik diri dan kurang inovatif akan membantutkan
perkembangannya . Pelajar akan mendapat kesan daripada sikap guru di dalam kelas dan
akan menjejaskan pembelajaran pelajar. Justeru itu guru perlu memainkan peranan yang
sewajarnya dalam langkah menghasilkan pelajar yang bermotivasi dan cemerlang di
dalam pelajaran.
Ramai remaja bermasalah tidak tahu bagaimana mengatasi tekanan yang mereka
hadapi. Akibat tiada panduan, mereka suka menyertai apa sahaja yang dilakukan olah
rakan-rakan tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi (Sumarni dan Borhan, 2002b).
Berdasarkan kenyataan ini dapat disimpulkan bahawa begitu kuatnya pengaruh rakan
sebaya dalam kehidupan pelajar. Mereka mengikut sahaja tindakan yang dilakukan oleh
rakan sebaya tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi. Rakan sebaya merupakan
orang yang paling memahami kehendak dan minat remaja. Begitu juga dalam pelajaran,
rakan sebaya banyak mempengaruhi prestasi pelajaran seseorang pelajar.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan permasalahan yang diperolehi di atas, pengkaji ingin menjalankan
satu kajian berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar iaitu
minat, peranan ibu bapa, peranan guru dan rakan sebaya.
7
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Meninjau samada minat mempengaruhi prestasi pelajar.
1.4.2 Mengenalpasti sejauhmana peranan ibu bapa mempengaruhi prestasi pelajar.
1.4.3 Meninjau samada peranan guru mempengaruhi prestasi pelajar.
1.4.4 Mengkaji samada rakan sebaya mempengaruhi prestasi pelajar.
1.5 Persoalan kajian
1.5.1 Apakah minat mempengaruhi prestasi pelajar.
1.5.2 Apakah faktor ibu bapa mempengaruhi prestasi pelajar.
1.5.3 Apakah faktor guru mempengaruhi prestasi pelajar.
1.5.4 Adakah rakan sebaya mempengaruhi prestasi pelajar.
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mencari dan
menghuraikan faktor yang mempengaruhi pretasi pelajar bagi mata pelajaran PKA di
SMTK. Hasil daripada kajian ini, pengkaji mengharapkan dapat menjadi rujukan kepada
pihak sekolah dan guru dalam mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi
prestasi pelajar. Seterusnya pihak sekolah dapat mengambil langkah yang sewajarnya
untuk mengatasi permasalahan ini dan mencari kaedah yang sesuai untuk meningkatkan
prestasi di kalangan pelajar dalam mata pelajaran PKA.
Kajian ini juga memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang pentingnya
peranan mereka dalam mendidik anak-anak. Sokongan daripada mereka amat diperlukan
oleh anak-anak untuk mendorong mereka lebih gigih berusaha untuk meningkatkan
8
prestasi. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada pelajar-
pelajar sendiri tentang pentingnya minat terhadap mata pelajaran PKA dan pemilihan
rakan kerana ianya mempengaruhi prestasi seseorang pelajar. Rasional daripada kajian
ini juga memberi kepentingan kepada pihak KPM dan JPN dalam langkah meningkatkan
prestasi dalam mata pelajaran PKA.