INKUIRI TERBUKA - INERSIA

Post on 09-Dec-2015

169 views 2 download

description

FIZIK TINGKATAN 4

Transcript of INKUIRI TERBUKA - INERSIA

INKUIRI TERBUKACiri-ciri :

1. Situasi diberi.

2. Pelajar boleh bertanya dan berbincang untuk menjalankan eksperimen

Tajuk : Mengkaji hubungan antara jisim dan inersia

Hasil Pembelajaran : Merekabentuk eksperimen untuk menentukan

hubungan antara jisim dan inersia

Seorang lelaki yang berlari secara bengkang-bengkok seperti yang ditunjukkan dalam Rajah (a) dapat mengelakkan serangan seekor lembu liar. Dalam Rajah (b) lelaki itu juga berlari bengkang-bengkok walau bagaimanapun dia tidak dapat mengelak serangan seekor anjing liar yang bersaiz kecil.

Situasi 1 :

Rajah (a) Rajah (b)

Rajah (a) Rajah (b)

Situasi 2 :

Rajah (a) dan Rajah (b) menunjukkan seorang lelaki yang sama berusaha menolak seekor lembu jantan dan seekor anak lembu. Dia memerhatikan bahawa adalah lebih mudah untuk menolak seekor anak lembu berbanding seekor lembu jantan.

Anda dibekalkan dengan bahan dan radas seperti di bawah

A) Cadangkan satu pernyataan masalah yang boleh anda kaji berdasarkan situasi di atas.

Laksanakan penyiasatan secara saintifik (eksperimen)

:

Bilah gergaji, pengapit G, jam randik, neraca tiga alur, plastisin

B) Berdasarkan eksperimen yang telah anda jalankan, tuliskan laporan eksperimen yang mengandungi perkara- perkara berikut :

i) Inferens ii) Hipotesis iii) Tujuan iv) Pemboleh ubah a) Manipulasi b) Bergerakbalas c) Dimalarkan v) Susunan radas vi) Prosedur eksperimen vii) Penjadualan data viii) Analisis data

C) Soalan KBATSebuah lori dimuatkan dengan batang keluli diikuti oleh sebuah kereta di belakangnya di sepanjang jalan raya yang lurus.

1. Apakah yang akan berlaku kepada batang keluli itu apabila pemandu lori berhenti dengan tiba-tiba?

2. Huraikan cara lori itu boleh diubahsuaikan untuk melindungi pemandu semasa pemandu membrek dengan tiba-tiba.

3. Kereta yang mengikut di belakang lori itu berada dalam bahaya jika pemandu lori menekan pedal minyak dengan tiba-tiba untuk memecutkan lori. Jelaskan.

Cadangan Jawapan :

A) Pernyataan masalah : Apakah hubungan antara jisim dengan inersia?

B) Laporan eksperimen

i) Inferens : Inersia sesuatu objek bergantung kepada jisim objek.

ii) Hipotesis : Semakin bertambah jisim, semakin bertambah inersia sesuatu objek.

iii) Tujuan : Mengkaji hubungan antara jisim dengan inersia sesuatu objek

iv) Pemboleh ubah : Manipulasi : jisim Bergerakbalas : Tempoh ayunan Dimalarkan : pemalar daya bilah gergaji

Bahan dan radas:

v) Susunan radas :

vi) Prosedur eksperimen : 1. Neraca inersia disusun seperti yang ditunjukkan dalam rajah. 2. Mata gergaji dikepit dengan ketat dan secara melintang 3. Segumpal plastisin yang berjisim 20 g di hujung mata gergaji 4. Mata gergaji disesarkan dan dilepaskan sehingga ia dapat berayun secara melintang. 5. Masa yang diambil untuk 20 ayunan lengkap, t1 direkodkan. Kaedah yang sama diulang untuk bacaan yang kedua, t2. 6. Kaedah 4 dan 5 diulang dengan menggunakan plastisin yang berjisim 40g, 60, 80g dan 100g

vii) Penjadualan dataJisim, m/g Masa untuk 20 ayunan/s Tempoh,

T/s

t1/s t2/s t purata/s

20.0 8.2 8.2 8.2 0.41

40.0 10.8 11.0 10.9 0.55

60.0 12.4 12.2 12.3 0.62

80.0 13.8 13.8 13.8 0.69

100.0 14.4 14.6 14.5 0.73

0.1

0.2

0.3

0.4

0.5

0.6

0.7

0.8

0.9

T

Kesimpulan :

Daripada graf T melawan m didapati semakin bertambah jisim semakin bertambah tempoh ayunan

C) Jawapan Soalan KBAT

1. Batang keluli akan terus bergerak ke hadapan kerana inersianya dalam keadaan gerakan

2. Sebuah penghalang yang kuat perlu dibina di antara tempat duduk pemandu dengan muatan lori

3. Apabila pemandu memecut lori dengan tiba-tiba, batang keluli akan bergerak ke belakang kerana inersianya menentang perubahan untuk bergerak. Keadaan ini adalah bahaya kerana batang keluli mungkin akan menghentam hadapan kereta itu.