Post on 06-Apr-2018
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
1/35
1.0 BIODATA
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
2/35
2.0 PERNYATAAN
PROFESIONAL
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
3/35
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
4/35
2.2 PERNYATAAN SEBELUM PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH(PBS)
2.2.1 FOKUS UTAMA TUGASAN
Fokus utama tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semester 1 bagi
guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Perguruan
Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang adalah untuk mengenali persekitaran
sekolah. Selain itu, PBS ini juga bertujuan untuk membiasakan guru pelatih dengan
keadaan dan persekitaran guru-guru di sekolah. Selain itu, PBS ini juga memfokuskan
guru pelatih untuk mendapat gambaran dan mengetahui persekitaran dan iklim bilik
darjah untuk diaplikasikan semasa menjadi guru kelak. Melalui Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) ini, tugasan juga difokuskan untuk mendapat maklumat
mengenai pelaksanaan beberapa kajian tentang proses Perkembangan Awal Kanak-
Kanak mengikut peringkat umur selaras dengan kehendak kerja kursus yang telah
diberikan oleh pihak IPG.
2.2.2 TUJUAN TUGASAN
Tugasan yang dilaksanakan semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)
adalah untuk memberi gambaran awal kepada guru pelatih untuk memahami sekolah
dan persekitarannya sama ada persekitaran sekolah atau persekitaran bilik darjah serta
melihat tingkah laku pelajar sekolah dalam menjalani proses persekolahan dalam
seharian. Melalui PBS ini juga, guru pelatih dapat berinteraksi dengan guru-guru,
kakitangan dan murid sekolah. Hal ini sekaligus dapat meningkat kemahiran
intrapersonal dalam diri seorang guru. Selain itu, guru pelatih dapat mengetahui
peranan dan tugas seseorang guru melalui pemerhatian dan penelitian dokumen yang
terdapat di sekolah. Ilmu-ilmu yang diperolehi di sekolah akan dapat dipraktikkan
semasa guru pelatih menjadi guru yang sebenar kelak.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
5/35
2.2.3 MERANCANG STRATEGI PELAKSANAAN
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan selama 5 hari di sekolah yag
dipilih oleh guru pelatih. Oleh kerana masa yang agak singkat, guru pelatih perlu
merancang apa yang perlu dilakukan pada setiap hari. Antara perancangan yang telahsaya buat ialah:
y Menyediakan senarai semak maklumat yang ingin diperoleh
y Menyediakan soalan-soalan untuk ditanyakan kepada pihak-pihak yang
berkaitan seperti guru besar, guru panitia dan yang lain-lain
y Mencatat aktiviti harian yang telah dijalankan
2.2.4 INSTRUMEN PENILAIAN
Instrumen penilaian yang telah digunakan dalam menjalankan Pengalaman
Berasaskan Sekolah (PBS) adalah senarai semak, pemerhatian, soal selidik dan
temubual. Setiap instrumen yang digunakan ini adalah mengikut kesesuaian aktiviti
semasa menjalankan tugasan ini.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
6/35
2.3 LAPORAN PERLAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUS
Pada hari Isnin tersebut saya sampai awal ke sekolah kira-kira jam 7.15 pagi.
Setelah tiba di sekolah, saya bertanya kepada sekumpulan murid berkaitan lokasi
pejabat sekolah. Sementara menunggu guru besar, saya telah berkenalan dengan guru
penolong kanan satu, En Mustapha bin Ithinin. Oleh sebab setiap pagi Isnin diadakan
perhimpunan mingguan, saya terpaksa menunggu sehingga perhimpunan tamat untuk
berjumpa dengan guru besar. Kira-kira jam 8.00 pagi setelah tamatnya perhimpunan,
saya masuk ke bilik guru besar. Sesi memperkenalkan diri berlangsung selama 30
minit. Selepas itu saya meminta diri untuk meninjau kawasan sekitar sekolah ini dan
berkenalan dengan guru-guru lain serta kakitangan sekolah yang lain.
Selepas rehat saya bertemu semula dengan puan guru besar, Puan Paridah bte
Abu Bakar . Tujuannya untuk berbincang mengenai soalan tugasan peranan pengurus
sekolah dalam memperkembangkan aspek-aspek jasmani, rohani, intelek, emosi dan
sosioemosi. Beliau memberikan kerjasama yang amat baik dan maklumat yang
disampaikan amat membantu.
Kemudian beliau mengarahkan saya untuk berjumpa dengan Ketua Panitia
Matematik agar memudahkan kerja saya. Saya berasa sangat bertuah kerana mentor
saya merupakan seorang guru pakar di sekolah tersebut. Sepanjang seminggu berada
di sana, saya tidak menghadapi sebarang masalah kerana semua warga sekolah
memberikan kerjasama dan tunjuk ajar kepada kami semua. Sememangnya inilah yang
diharapkan oleh kami semua sebagai seorang yang baru. Seminggu berada di sana
sudah cukup bagi kami untuk mengumpulkan data-data yang diperlukan untuk
membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
7/35
2.4 LAPORAN DAN PENILAIAN
Kesimpulannya, Pengalaman Berasaskan Sekolah yang telah saya jalani
bermula dari 21 Mac 2011 hingga 25 Mac 2011 banyak memberi pengetahuan baru
kepada saya dan rakan-rakan. Saya memilih Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang
yang terletak di Sungai Tongkang,Rengit,Johor . Seperti yang kita semua tahu, sekolah
merupakan satu institusi penting dalam mendidik seseorang anggota individu dalam
kelompok masyarakat. Pendidikan yang diterima di sekolah bukanlah hanya
menumpukan kepada aspek intelek sahaja, malahan ianya merangkumi pelbagai aspek
seperti jasmani, emosi, rohani dan sosial. Insan yang seimbang dan harmonis akan
dapat dicapai dengan berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).
Setelah menjalani tugasan ini, saya dapat mengalami sendiri suasana alam
persekolah berbanding sebelum ini, saya hanya mempelajari mengenai sekolah dalam
teori-teori sahaja. Sebagai guru pelatih, pengalaman menjalani tugasan ini tidak
mungkin dilupakan. Jika suatu ketika dahulu saya pernah menjadi seorang murid
sekolah, tetapi hari ini saya telah menjadi seorang guru pelatih. Perasaan yang dialami
tidaklah sama seperti semasa menjadi murid sekolah dahulu. Pengalaman yang dilalui
semasa menjalani PBS yang pertama ini banyak mengajar saya supaya dapat
menyesuaikan diri dengan suasana sekolah.
Melalui persekitaran sekolah, saya dapat melihat sendiri tingkah laku pelajar dan
para guru yang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya,
saya dapat melihat sendiri bagaimana guru mengajar di dalam kelas. Pendekatan yang
digunakan para guru juga berbeza mengikut kepintaran murid kerana murid tidak
mempunyai minda yang sama walaupun mereka sebaya. Saya juga dapat mengetahui
peranan kakitangan sekolah dalam memastikan sekolah berada dalam keadaan terbaik.
Sebagai contohnya, seorang guru besar berperanan penting dalam mencorakkan masadepan sekolah. Usaha ini tidak akan berhasil sekiranya tidak mendapat kerjasama dari
guru-guru yang lain.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
8/35
Bukan itu sahaja, saya juga dapat memerhatikan bagaimana kawalan kelas
sangat penting ketika guru sedang mengajar. Ini kerana purata saiz kelas di sekolah ini
ialah sebanyak 20 orang. Guru-guru tidak boleh mengambil sikap lepas tangan
terhadap murid-murid yang berada di kerusi belakang.
Dalam melunaskan tugasan PBS, saya perlu mengumpulkan data mengenai
sekolah. Data yang telah dikumpul akan direkodkan dalam senarai semak yang telah
dibekalkan oleh pihak Institut. Dengan aktiviti pengumpulan data ini, tugasan ini melatih
kami supaya lebih bersikap proaktif. Data-data yang ingin dikumpul termasuklah
mengenai organisasi sekolah, prasarana sekolah dan kurikulum yang dijalankan di
sekolah. Hal ini sekaligus memberi pengetahuan kepada saya mengenai apa yang
sewajarnya ada dalam satu sekolah.
Selain itu, saya juga menjalankan temubual terhadap pihak pengurusan sekolah,
guru-guru, kakitangan sekolah, dan murid-murid. Berdasarkan isi perbincangan yang
dibincangkan, saya dapat mengetahui peranan mereka terutamanya dalam bidang
pengurusan sekolah dan guru serta melalui kajian kami ke atas para pelajar, kami dapat
mengetahui tahap perkembangan awal kanak-kanak mengikut peringkat yang telah
ditetapkan . Melalui temubual ini juga ianya melatih saya supaya bersikap berani dan
kemahiran interpersonal dapat diwujudkan dalam diri saya.
Kesimpulannya, tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini banyak membina
sikap positif dalam diri guru pelatih seperti saya. Semoga dengan adanya tugasan ini,
kita dapat memantapkan lagi ilmu keguruan untuk dijadikan pengalaman bagi
memantapkan diri serta dapat menjalankan tugasan dengan lebih baik sebagai seorang
guru kelak.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
9/35
3.0 INSTRUMEN
PENGUMPULAN
DATA BERHUBUNG
TUGASAN
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
10/35
3.1 PEMERHATIAN
Dalam menjalankan tugasan PBS ini, saya telah menggunakan beberapa
kaedah yang salah satunya adalah pemerhatian. Apa yang saya dapat melalui
pemerhatian saya adalah mengenai prasarana yang terdapat di sekolah ini. Secara
keseluruhannya, prasarana yang disediakan di sekolah ini adalah sempurna dan
mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang baik terhadap murid-murid di sini.
Walaupun begitu masih terdapat prasarana yang kurang selamat digunakan contohnya
padang sekolah, keadaan padang sekolah yang sempit. Selain itu, budaya memberi
salam masih kurang dipraktikkan dalam kalangan pelajar di peringkat sekolah rendah.
Selain itu, saya juga memerhati kawasan sekolah. Lanskap sekolah yang hanya
berada dalam keadaan memuaskan, mungkin dipengaruhi oleh struktur bangunan yang
lama . Namun begitu, pihak pentadbiran sedaya upaya untuk mewujudkan pelbagai
tumbuhan hiasan dan herba yang telah ditanam di persekitaran kawasan sekolah
tersebut. Terdapat juga mural yang dilukis di dinding-dinding sekolah.
Bukan itu sahaja, saya turut memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di sekolah ini. Saya perhatikan guru-guru di sini mengajar dengan penuh
dedikasi. Sekiranya terdapat guru yang bercuti, waktu P&P tersebut akan diganti oleh
guru ganti. Pelbagai pendekatan yang digunakan oleh guru untuk memberi segala
input kepada murid yang berada di bawah penjagaannya semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berjalan.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
11/35
3.2 SENARAI SEMAK
Selain kaedah pemerhatian, saya juga menggunakan kaedah senarai semak.
Sebelum menjalankan PBS, saya telah mengikuti satu taklimat berhubung dengan
tugasan ini. Semasa taklimat tersebut. Saya telah dibekalkan dengan satu panduan
mengenai tugasan ini. Panduan ini bertujuan untuk memberi garis pandu bagi
melaksanakan portfolio tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah mengikut spesifikasi
yang dikehendaki oleh Unit Pratikum Institut masing-masing
Dalam panduan tersebut, satu senarai semak telah diberikan kepada saya.
Senarai semak tersebut mengandungi isi-isi tugasan yang perlu saya buat seperti
biodata, pernyataan professional, instrumen pengumpulan data berhubung tugasan,
kolaborasi , ilmu atau pengetahuan baru, refleksi dan laporan akhir.
Senarai semak yang dibekalkan dapat memberi panduan kepada saya tentang
perkara yang perlu saya perolehi semasa pengumpulan maklumat berkaitan dengan
segala aktiviti Pengalaman Berasaskan Sekolah. Panduan ini sangat membantu saya
dalam melaksanakan tugasan ini.
3.3 TEMUBUAL
Kaedah temubual juga telah saya gunakan dalam menjalankan tugasan ini.
Saya telah menemubual beberapa orang responden seperti guru besar, guru penolong
kanan pentadbiran, guru penolong kanan kokurikulum (KOKU), guru penolong kanan
hal ehwal murid (HEM), guru kaunseling, guru panitia, guru prasekolah, guru pendidikan
khas, kakitangan sekolah dan murid.
Semasa menjalankan temubual ini, saya telah mengemukakan beberapa soalan
kepada mereka. Kerjasama yang diberikan mereka sangat baik. Saya mendapat
jawapan yang sangat memuaskan berhubung tugasan saya ini.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
12/35
3.4 SOAL SELIDIK
Selain ketiga-tiga kaedah di atas digunakan, saya juga telah menggunakan
kaedah soal selidik. Kaedah ini digunakan bagi mendapatkan maklumat tambahan
mengenai sekolah tersebut. Saya telah menemubual salah seorang pelajar sekolah ini.
Saya menanyakan pelajar tersebut tentang suasana pembelajaran dan apa yang
menarik mengenai sekolah ini.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
13/35
4.0 KOLABORASI
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
14/35
Semua kolaborasi yang dikehendaki dalam tugasan ini telah saya catatkan dalam
lampiran 3 yang disediakan oleh pihak IPGM. Dalam lampiran tersebut, saya telah
mencatatkan isi perbincangan dengan beberapa pihak beserta jawapannya sekali.
Kolaborasi yang dilakukan oleh saya ialah:
4.1 Perbincangan dengan pengurusan sekolah
4.2 Perbincangan dengan guru panitia
4.3 Perbincangan dengan guru-guru lain
4.4 Perbincangan dengan kakitangan sekolah
4.5 Interaksi dengan murid
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
15/35
5.0
ILMU/PENGETAHUAN
BARU
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
16/35
5.1 PEMERHATIAN
Melalui pemerhatian yang telah saya jalankan banyak ilmu baru yang telah saya
perolehi. Setelah beberapa hari menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di
Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang, saya telah memperolehi banyak pengetahuan
baru, melalui pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang berada di sekolah
tersebut. Sebelum ini saya tidak banyak mengetahui berkenaan dengan peranan Guru
Besar, Guru Penolong Kanan, Guru Kaunseling, Guru Kelas dan Guru Panitia dalam
memperkembangkan aspek intelek, jasmani, emosi, rohani, dan sosial murid-murid serta
dalam proses mengetahui perkembangan awal kanak-kanak.
Sebagai contohnya, saya telah mengikut guru semasa beliau menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Semasa P&P dijalankan, banyak ilmu
telah saya dapati. Ilmu baru yang saya dapati adalah proses P&P perlu dijalankan
dengan lebih menarik untuk menarik perhatian para pelajar. Keadaan ini juga mampu
menguji daya kreativiti seorang guru dalam menguruskan kelasnya semasa proses P&P
dijalankan. Hal ini kerana aktiviti P&P yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk
terus belajar suatu mata pelajaran tersebut. Alat Bantu Mengajar juga sangat
membantu para guru untuk mengajar. Oleh itu, sebagai seorang guru, saya
seharusnya lebih kreatif dalam mereka Alat Bantu Mengajar dan merancang strategi
pengajaran yang berkesan. Kelas yang terdapat di sekolah ini juga kemas dari segi
susun aturnya dan dipercayai dapat memperkembangkan pembelajaran murid-murid.
Kawalan bilik darjah juga penting dalam melicinkan proses P&P. Hal ini kerana, jika
guru tidak dapat mengawal tingkah laku pelajar, maka proses pembelajaran tidak dapat
dijalankan dengan sebaiknya sekaligus objektif pembelajaran tidak dapat dicapai.
Selain itu, persekitaran sekolah yang menarik turut memberi kefahaman yang
baru kepada saya. Melalui pemerhatian saya, lanskap sekolah yang menarik mampumengubah suasana belajar menjadi lebih ceria sebagai contoh, penanaman tumbuh-
tumbuhan hijau. Hal ini kerana banyak tumbuhan ditanam di sekitar kawasan sekolah.
Tumbuhan yang ditanam bukan sahaja dapat memperindah kawasan sekolah, malahan
iainya turut dilabel di sesetengah tumbuhan contohnya tumbuhan herba. Dengan
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
17/35
penanaman pelbagai jenis tumbuhan, ianya dapat memupuk semangat cintakan alam
semulajadi dalam kalangan murid-murid sekolah ini.
Bukan itu sahaja, kawasan sekolah turut dihiasi dengan mural yang dapat
menarik perhatian murid-murid. Mural yang dilukis cantik turut disertai dengan pelbagai
kata-kata, formula dan sebagainya. Dengan adanya mural ini, ianya dapat
menambahkan ilmu para pelajar dan menguatkan ingatan tentang sesuatu yang telah
dipelajari. Kebersihan di kawasan sekolah juga sangat memuaskan. Pada hari pertama
saya datang ke sekolah ini, saya agak terkejut kerana pada awal pagi lagi, pekerja
kebersihan sudah menjalankan tugas. Bilik selesa guru turut dihias cantik. Saya juga
turut melawat surau yang terdapat di sekolah ini.Susun atur pakaian sembahyang, Al-
Quran dan meja kecil disusun rapi.
Tambahan lagi, apa yang saya dapati dari pemerhatian saya ialah pelajar di sini
kurang dari segi sahsiah. Kebanyakan mereka kurang memberi salam kepada guru.
Walaupun begitu, tidak semua pelajar berkelakuan sebegitu. Hanya segelintir pelajar
sahaja yang kurang mengamalkan budaya salam dalam kehidupan seharian mereka.
Guru-guru juga menunjukkan sikap komited terhadap tugas yang
dipertanggungjawabkan. Para guru dilihat menepati masa datang ke sekolah meskipun
penggunaan punch card tidak lagi digunakan. Para guru juga mengajar di setiap kelas
pada waktu tang ditentukan dan sekiranya guru tersebut tidak hadir, maka seorang guru
yang lain akan ditugaskan sebagai guru ganti bagi masa tersebut.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
18/35
5.2 SENARAI SEMAK
Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah belajar menggunakan senarai
semak dengan betul. Ketika mencari maklumat berhubung tugasan ini, senarai semak
digunakan sepenuhnya agar tiada perkara yang dikehendaki tertinggal. Senarai semak
merupakan satu borang yang sangat penting dalam menjalankan tugasan atau kajian.
Perkara yang terdapat dalam senarai semak yang perlu saya penuhi adalah
pengurusan dan organisasi sekolah, prasarana sekolah, dan kurikulum. Setiap
bahagian ini mengandungi tajuk-tajuk kecil yang perlu didapatkan maklumat seperti
pelan fizikal sekolah, kemudahan sekolah, nilai-nilai murni, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, kokurikulum, buku rekod pengajaran guru dan sebagainya. Semasa
proses mencari dan mengumpul maklumat-maklumat ini, banyak pengetahuan
mengenai pendidikan telah saya perolehi.
Sebagai contohnya mengenai kemudahan sekolah. Tidak semua kemudahan
yang disenaraikan ada di sekolah yang saya jalani PBS ini, sebagai contoh tempat
untuk menjalani aktiviti kokurikulum. Begitu juga dengan ruang pembelajaran atau
kelas. Sekolah ini merupakan sekolah 1 sesi dan mempunyai murid seramai lebih
daripada 400 orang. Terdapat 2 buah kelas dalam setiap darjah iaitu Bijak dan Gigih.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
19/35
5.3 TEMU BUAL
Melalui temu bual yang saya jalankan, banyak ilmu yang telah saya perolehi.
Dalam temu bual yang telah saya laksanakan, pelbagai topik telah diutarakan yang
kebanyakkannya berkisar mengenai ilmu pendidikan dan sekolah itu sendiri. Banyak
perkara yang saya tidak ketahui berjaya dirungkai. Saya telah menemubual beberapa
pihak seperti Guru Besar, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru kaunseling, guru
panitia, kakitangan sekolah dan murid. Pada mulanya saya agak gementar untuk
menemu bual pihak berkenaan, tetapi lama kelamaan perasaan itu hilang sendiri.
Banyak ilmu yang telah saya perolehi sepanjang menjalankan tugasan
Pengalaman Berasaskan Sekolah ini. Antara yang telah saya perolehi adalah peranan
pihak pengurusan dalam memperkembangkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial (JERIS) dalam kalangan pelajar serta bagaimana proses perkembangan
kanak-kanak di sekolah tersebut di ukur sama ada melalui ujian khas atau ujian yang
dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri. Selain itu, soalan-soalan yang ditanyakan
telah dirangka sebelum saya berjumpa dengan pihak tersebut. Hal ini kerana
mengelakkan sesi temu bual terhenti-henti tanpa ada soalan. Soalan-soalan juga turut
ditanyakan.
Antara soalan yang ditanyakan ialah:
y Apakah peranan guru dalam merealisasikan FPK?
y Bagaimanakah penglibatan kokurikulum dalam kalangan pelajar?
y Apakah bidang tugas yang dilakukan oleh pembantu tadbir?
y Adakah mata pelajaran Bahasa Melayu menyumbang kepada kecemerlangan
akademik?
y Adakah keselamatan sekolah ini terjamin?
y Aktiviti apakah yang telah diperkenalkan oleh pihak sekolah dalam
memantapkan akademik murid?
y Bagaimana perkembangan kanak-kanak diukur?
y Apakah perbezaan Prasekolah, Pendidikan Khas dan Pemulihan?
y Apakah cadangan dalam meningkatkan pendidikan bagi kanak-kanak khas?
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
20/35
5.4 SOAL SELIDIK
Soal selidik yang telah saya laksanakan adalah dapat mengetahui siapa yang
memegang jawatan sebagai Guru Besar, GPK, ketua panitia dan guru bilik darjah. Saya
juga dapat mengetahui peranan dan tanggungjawab masing-masing selepas menjalankan
soal selidik. Selain daripada itu juga, saya juga mengetahui nilai-nilai mumi di kalangan
murid-murid.
Definisi nilai-nilai mumi adalah sifat yang baik yang terdapat dalam seseorang.
Antara contoh nilai-nilai murni adalah keadilan, kejujuran, hormat, keberanian, rasional,
kejujuran, semangat bermasyarakat, berdikari, kesyukuran, baik hati, berhemah tinggi,
berpendirian teguh, disiplin, kasih sayang, setiakawan dan sebagainya. Terdapat murid-
murid yang rajin membantu guru.
Bukan itu sahaja, kami memperoleh maklumat tambahan ini dengan bertanyakan
serba sedikit tentang sekolah ini pada beberapa orang responden. Contohnya, saya
telah bertanyakan para pelajar mengenai pembelajaran yang dialami oleh mereka. Saya
cuba mendapatkan maklumat ini pada masa kelas ganti.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
21/35
5.5 PENGALAMAN DI BILIK DARJAH
Berdasarkan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah ini, saya dapat
mengetahui banyak perkara. Dalam mengenali persekitaran sekolah, saya telah diberi
borang senarai semak yang mengandungi maklumat seperti berikut:
Bil. Perkara Catatan/data
1. Nama dan alamat sekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang,83100
Rengit,Batu Pahat,Johor.
2. No. telefon sekolah 07-4244355
3. Alamat e-mail/web sekolah skst_jba0065@yahoo.com
4. Lokasi Luar Bandar
5. Nama Guru Besar Pn Paridah binti Abu Bakar
6. Nama GPK 1 En.Mustapa bin Ithnin
7. Nama GPK HEM Puan Muhaizah bte Husin
8. Nama GPK Kokurikulum Puan Ruziati binti Othman
9. Nama Penyelia Petang -
10. Gred sekolah B
11. Bilangan guru Lelaki: 7
Perempuan:12
12. Kelayakan profesional guru Siswazah: 4
Bukan siswazah: 15
13. Bilangan kelas 7 termasuk Prasekolah
14. Purata saiz kelas 34
15. Jumlah murid Melayu Cina India Lain-
lain
Lelaki 113 Tiada Tiada Tiadaperempuan 93 Tiada Tiada Tiada
16. Lain-lain maklumat yang
menarik perhatian mengenai
sekolah ini
y Lanskap sekolah
y Penggunaan ABM dalam P&P
y Teknik dan pengajaran guru
206
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
22/35
y Penglibatan murid-murid dalam setiap
aktiviti
Dengan adanya borang senarai semak ini, mudahlah saya untuk merekodkan data-data
yang telah saya perolehi. Selain itu, saya juga mendapat ilmu baru mengenai
persekitaran dan iklim bilik darjah. Sebagai contohnya, melalui pemerhatian saya, bilik-
bilik darjah di sini mempunyai susun atur yang sangat sesuai dalam menjalankan aktiviti
pembelajaran. Begitu juga dengan penggunaan bahan dan sumber pengajaran yang
dipamerkan di bilik darjah. Saya juga dapat melihat penglibatan aktif murid-murid dalam
setiap aktiviti pembelajaran. Berikut ialah ilmu baru yang telah saya perolehi sepanjang
menjalankan tugasan PBS di sekolah ini.
y Pelan bilik darjah
y Bahan dan sumber pengajaran yang dipamerkan dapat digunakan oleh murid
y Bahan dan sumber pengajaran yang mudah digunakan oleh murid
y Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti
pembelajaran
y Pembahagian murid dalam kumpulan tertentu
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
23/35
5.5.1 Pelan bilik darjah
Papan kenyataan
Bakul sampah
Meja murid
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
24/35
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
25/35
bulat, segi tiga dan sebagainya. Apabila bahan seperti ini dipamerkan, ianya dapat
memudahkan pelajar lebih mengenali bagaimana bentuk sebenar sesuatu objek
tersebut. Di belakang kelas pula terdapat satu sudut bacaan yang mempunyai rak buku
cerita. Sudut ini dilengkapi sofa dan meja kecil bagi memudahkan murid untuk
membaca buku cerita. Buku-buku cerita yang dipamerkan mempunyai tajuk-tajuk yang
menarik dan gambar-gambar berwarna yang dapat menarik minat murid prasekolah
untuk membacanya.
Selain itu, bahan pengajaran yang dapat memantapkan rohani dan sahsiah
murid-murid juga turut dipamerkan di suatu sudut kelas. Kebanyakan kelas yang saya
perhatikan mempunyai bahan pengajaran yang sebegini. Sebagai contohnya, terdapat
himpunan doa-doa harian. Apabila setiap hari murid datang ke sekolah membaca doa-
doa tersebut, lama-kelamaan mereka akan fasih. Adab-adab yang perlu diikuti dalam
kehidupan seharian mereka contohnya adab dengan guru,adab makan dan banyak lagi
turut dipamerkan.
Bukan itu sahaja, dalam bilik darjah prasekolah tersebut turut dipamerkan bahan
multimedia seperti radio dan televisyen. Bahan teknologi ini sering digunakan oleh guru
prasekolah untuk mengajar pelajaran yang berkaitan. Contohnya, radio digunakan
untuk memperdengarkan lagu semasa muzik diajarkan kepada murid-murid. Televisyen
pula digunakan untuk aktiviti menyanyi atau menonton cerita-cerita kanak-kanak.
Tambahan lagi penggunaan projector atau LCD dan overhead turut digunakan
dalam bilik darjah. Powerpoint juga digunakan digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Slaid-slaid powerpoint yang dibuat oleh guru perlu kreatif untuk
mengelakkan murid-murid berasa bosan. Penggunaan bahan-bahan pengajaran seperti
ini dapat membantu para guru menjelaskan lagi tentang teori yang diajar kepada murid-
murid. Papan kenyataan yang disediakan di setiap kelas juga mempamerkan bahan-bahan pembelajaran yang berguna kepada pelajar. Pada setiap papan kenyataan
tersebut, ianya dihias cantik dan dilengkapi dengan maklumat mengikut setiap mata
pelajaran yang dipelajari contohnya Bahasa Melayu, Matematik, Pendidikan Islam,
Bahasa Inggeris dan Sains.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
26/35
Kesimpulannya, bahan dan sumber pengajaran pembelajaran yang dipamerkan
di bilik darjah amat berguna untuk proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
darjah. Bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dipamerkan dapat
memudahkan murid untuk belajar sendiri tanpa perlu menunggu guru mengajar.
Bahan-bahan seperti ini wajar dipamerkan dalam bilik darjah kerana ia dapat
meningkatkan perkembangan murid dari pelbagai aspek.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
27/35
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
28/35
televisyen pada masa pengajaran atau pembelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti yang
biasanya dilakukan ialah bercerita dalam bahasa Melayu.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
29/35
5.5.4 Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti pembelajaran
Murid-murid di dalam kelas digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam
setiap mata pelajaran yang sedang dipelajari. Hal ini adalah untuk memastikan setiap
murid mendapat input yang sama daripada guru. Ianya juga adalah bagi memastikan
pencapaian yang seimbang antara murid. .Melalui pemerhatian saya semasa PBS,
para guru banyak menggunakan teknik perbualan. Guru tersebut bertanyakan tentang
sesuatu topik yang ingin diajar dan dikaitkan dengan pengalaman sedia ada pada
murid-murid. Teknik ini digunakan supaya murid dapat memberikan tumpuan
sepenuhnya dalam proses pembelajaran. Melalui teknik ini juga, guru-guru berpeluang
untuk mengenali murid-murid secara lebih mendalam. Murid-murid akan merasa lebih
tertarik dengan aktiviti yang sedang dijalankan.
Murid-murid juga digalakkan untuk bertanya terus jika ada perkara yang tidak
difahami tentang sesuatu pelajaran yang diajar. Kaedah ini melatih pelajar untuk berani
meluahkan pendapat secara terbuka dan mengikis perasaan malu yang masih kuat
membelengu diri sesetengah mereka.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
30/35
5.5.5 Pembahagian murid-murid dalam kumpulan tertentu
Guru-guru akan memastikan tahap pencapaian murid-murid sebelum
pembahagian kumpulan dibuat. Selepas tahap pencapaian murid-murid diperolehi,
barulah pembahagian kumpulan dijalankan. Guru-guru mempunyai strategi sendiri
dalam membuat pembahagian kumpulan. Antara startegi yang dilakukan ialah
pembahagian murid mengikut pencapaian dan pembahagian murid dengan
mencampurkan murid yang bijak dengan murid yang lemah.
Pembahagian kumpulan mengikut tahap pencapaian murid dilakukan dengan
mengasingkan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan tertentu mengikut tahap
kepintaran mereka. Murid-murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan
yang pandai dan kumpulan yang lemah. Pembahagian kumpulan sebegini bertujuan
supaya guru dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada golongan murid yang
berlainan kepintaran. Kumpulan murid-murid bijak hanya perlu diberi tunjuk ajar yang
sedikit sahaja manakala kumpulan murid-murid lemah tadi memerlukan tunjuk ajar yang
lebih daripada guru tersebut.
Kesan yang diperolehi daripada pembahagian cara begini ialah guru dapat
memberikan tumpuan yang lebih kepada golongan murid yang lemah. Apabila
tumpuan yang diberikan oleh guru lebih banyak kepada golongan ini, maka prestasi
pelajar lemah akan mula meningkat. Kesan lain yang diperoleh dari pembahagian cara
ini ialah murid yang lemah akan berasa malu dan rendah diri dengan rakan-rakan yang
lain. Murid yang pandai pula akan berasa bangga dan cuba merendah-rendahkan
kumpulan murid yang lemah itu.
Pembahagian cara kedua ialah guru membahagikan kumpulan dengan
mencampurkan pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak dalam satu kumpulan
tertentu. Guru yang melakukan pembahagian ini memberi peluang kepada semua
murid-muridnya untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sedang dijalankan tanpa merasa
tersisih. Tindakan ini sangat bagus kerana ianya memberi peluang kepada semua
murid-muridnya untuk terlibat sama dalam aktiviti yang sedang dijalankan tanpa merasa
tersisih dan murid yang bijak dapat membantu murid-murid yang lemah.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
31/35
Pembahagian ini memberi peluang kepada semua murid untuk bergaul antara
satu sama lain tanpa ada rasa rendah diri mahupun bangga. Murid-murid yang bijak ini
juga dapat membantu guru dengan menjadi guru kecil kepada rakan-rakan mereka
yang lemah. Sudah menjadi kelaziman kepada para pelajar, mereka takut untuk
bertanya kepada guru kerana takut dimarahi. Oleh itu, murid yang bijak dapat menjadi
guru kecil kepada murid yang lemah. Pembahagian ini dapat membantu guru dalam
meningkat prestasi pelajar.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
32/35
6.0 REFLEKSI
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
33/35
7.0 LAPORAN AKHIR
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
34/35
Apa yang dapat saya simpulkan ialah tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah
amat berguna kepada guru pelatih seperti saya. Ini kerana, tugasan ini memerlukan
saya menjalankan tugasan di sekolah rendah. Dalam memilih sekolah, saya telah
memilih salah sebuah sekolah yang terletak di Kampung Sungai Tongkang,Rengit,Batu
Pahat. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Tongkang. Pemilihan
sekolah ini dibuat kerana ianya merupakan sebuah sekolah yang berada di luar bandar
dan hal ini serba sedikit menambah pengalaman saya untuk melawat ke sekolah yang
bukan dari negeri kelahiran saya. Sekolah ini telah memenangi beberapa anugerah
dalam akademik mahupun kokurikulum. Sekolah ini juga telah memenangi beberapa
pertandingan sepanjang tahun 2010, antara pertandingan yang dipertandingkan adalah
menjadi Naib Johan Daerah Batu Pahat dan mewakili Negeri ke peringkat kebangsaan
dalam acara bola baling, mewakili daerah ke peringkat negeri dalam acara bola jaring,
Naib Johan daerah Batu Pahat dalam acara Public Speaking dan menjadi Johan
Daerah Batu Pahat dalam acara hafazan dan tilawah. Setelah beberapa hari
menjalankan tugasan ini, saya dapati ianya sangat membina sikap positif dalam diri
saya. Antara sikap positif yang saya dapati adalah keyakinan diri. Ianya memupuk sifat
bergaul dengan pelbagai golongan yang ada di sekolah seperti guru-guru, kakitangan,
pengawal keselamatan, pengusaha kantin dan murid-murid. Ketika berhadapan
dengan murid, saya belajar untuk memahami diri mereka dan dapat berinteraksi
dengan mereka. Saya juga belajar bagaimana untuk mengawal keadaan kelas dan
menjalankan peraturan di dalam kelas.
Bukan itu sahaja, malahan saya juga diberi penerangan bagaimana aktiviti
kokurikulum dijalankan di sekolah ini. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan bukan
sahaja merangkumi bidang sukan, malahan kelab dan persatuan serta unit beruniform.
Penglibatan oleh murid-murid dalam bidang kokurikulum adalah menyeluruh. Setiap
pelajar diwajibkan menyertai setiap bidang kokurikulum tersebut. Sekolah ini jugamenyahut seruan kerajaan iaitu 1 Pelajar 1 Sukan. Penglibatan pelajar dalam bidang
sukan juga wajar dibanggakan kerana pernah mewakili sekolah sehingga ke peringkat
nasional dalam sukan sofbol.
8/3/2019 LAPORAN PBS ijad
35/35