larian pecut

Post on 29-Jun-2015

686 views 7 download

Transcript of larian pecut

WAJ 3112 Acara Larian Pecut

100m dan 200m

KUMPULAN 1:

LING WAN XIN

SIEU JIE YING

LOO CHOOI FENG

ONG YEN THENG

PISMP-BC-G4

Pengenalan

• Lari pecut dalam sukan olahraga adalah larian

terpantas dibandingkan dengan acara-acara lain.

• Lari pecut ialah acara olahraga jarak dekat

( 100m, 200m, dan 400m ) yang memerlukan

tenaga tinggi seperti tenaga anaerobik untuk

membuat larian sepantas mungkin.

Peralatan

  1) Kasut• Kasut atau spikes merupakan peralatan

penting para olahragawan bukan sahaja mereka yang mengambil bahagian dalam acara lari pecut, termasuk acara padang.

  2) Blok Permulaan

• Blok permulaan merupakan sejenis alat

yang digunakan untuk membantu para

pelari pecut membuat lonjakan yang

pantas semasa memulakan larian.

PENEMPATAN BLOK DI SELEKOH

- Acara larian 200 m melibatkan bahagian selekoh dan dengan itu penempatan blok permulaan adalah berbeza berbanding dengan acara 100m.

- Blok diletakkan berhampiran dengan garis luar lorong dan bahagian hadapan ditujukan ke garis dalam Iorong supaya bahagian dalam blok adalah tangen kepada garis dalam.

3) Pakaian Sukan • Seperti acara sukan lain, para

olahragawan juga perlu memakai pakaian yang sesuai.

• Para olahragawan akan memakai singlet yang terdapat nombor peserta, negara atau pasukan yang mereka wakili serta nama penaja yang menganjurkan perjumpaan itu.

4) Jam randik

5) Hon atau pistol

6) Kotak dan papan untuk pelepas

7) Kotak lorong

8) Bendera untuk pengadil

TEKNIK MULA LARI PECUT

• Ada 2 teknik iaitu:

1)Gaya berdiri

2)Gaya dekam

Gaya Berdirii) Persediaan

- Peserta bersedia beberapa meter di belakang garisan mula sebelum arahan 'ke garisan' diberi.

ii) Ke garisan

- Pelari bergerak ke hadapan dengan meletak hujung kaki hadapan rapat kepada garisan mula tanpa menyentuhnya, kaki belakang sedikit ke belakang, kira-kira 30-40 cm dan mengimbangkan badan.

- Bengkokkan kaki hadapan dan berat badan lebih pada kaki hadapan.

- Condongkan badan.

- Kedua-dua belah tangan bersedia di sisi dengan tangan bertentangan dengan kaki hadapan. Jika kaki kiri di hadapan maka tangan kanan mesti diletakkan di hadapan.

iii) ‘Sedia‘

- Condongan badan ditambah ke hadapan dan mata pandang ke hadapan’

- Bengkokkan lebih lutut kaki hadapan

- Kaki belakang tolak ke tanah

- Badan tidak bergerak dan tumpu perhatian kepada tembakan pistol ataupun tiupan wisel.

iv) 'Bang' atau ‘Mula‘

- Pelari mula bergerak bila dengar tembakan dengan menolak kuat kaki hadapan.

Ke garisan

Mula

Sedia

(2) Gaya Dekam

- terbahagi kepada 3 iaitu :

1. Gaya pendek atau peluru

2. Gaya sederhana

3. Gaya panjang

Gaya peluru

Fasa PermulaanMemulakan Larian Tanpa Blok Permulaan

Gaya Peluru Gaya Sederhana

Gaya Panjang

a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.

b) hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki hadapan.

c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.

b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan.

c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

a) berdiri rapat kepada garisan dan kira 2 atau 1.5 tapak.

b) lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan.

c) ruang di antara dua tapak kaki adalah seluas buku penumbuk.

= =

Fasa PermulaanMemulakan Larian dengan Blok

Gaya Peluru Gaya Sederhana

Gaya Panjang

a) blok permulaan adalah rapat dengan garis permulaan.

b) blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

a) gaya ini meletakkan blok pertama dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang dua tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

a) blok hadapan diletak dua tapak dari garis permulaan dan blok belakang tiga tapak dari bahagian hadapan blok hadapan.

Fasa Pecutan• Selepas arahan pelepas ‘ke garisan' diberi,

pelari mengambil tempatnya di blok permulaan.

KEDUDUKAN TANGAN:• Tangan adalah lurus dan dibuka seluas

bidang bahu individu. • Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan

luas dan jari-jari lain adalah rapat di antara satu sama lain, diletak di beIakang garis mula.

KEDUDUKAN KEPALA DAN LEHER:• KepaIa dari Ieher didongak sebagai

sebahagian dari 'torso'. • Mata pandang ke hadapan dengan penuh

tumpuan. Selepas arahan 'sedia' diberikan,pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.

PERGERAKAN TANGAN DAN KAKI:• Selepas 'bang' atau tembakan pistol,

pergerakan ke hadapan dimulakan. • Diikuti dengan pergerakan kuat tangan

dan kaki. • Tangan yang bertentangan dengan kaki

belakang memulakan pergerakan ke hadapan.Tangan lain digerakkan: ke belakang dengan kuat. Tangan dibengkokkan 90 darjah.

LUTUT• Lutut belakang digerakkan ke hadapan

dengan cepat dan pada tahap rendah. • Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya.

Fasa pecutan melibatkan larian dalam jarak di antara 30 hingga 60 meter, kedudukan badan berubah dari rendah ke condong ke hadapan.

• Jarak langkah juga turut bertambah dalam fasa ini.

Teknik Penamat

- Faktor yang paling penting untuk menamatkan sesuatu larian ialah untuk berlari 10 meter lebih dari jarak lariannya.

- Cara yang paling baik untuk menamatkan larian ialah untuk menonjolkan bahagian torso ke hadapan.

Tonjolkan bahagian torso

Perbezaan antara 100m dan 200m

• Perbezaan yang ketara di antara acara 100 meter dengan 200 meter adalah dalam daya ketahanan kelajuan (keupayaan mengekalkan kelajuan tinggi merentasi jarak yang lebih jauh).

• Untuk acara 200 meter atlet mesti memperoleh teknik larian yang  betul pada bahagian selekoh kerana jarak 100 meter yang pertama akan berlari pada bahagaian selekoh.

BERLARI ATAS SELEKOH

•  Apabila meningkatkan kelajuan di bahagian selekoh, daya emparan(centrifugal force) mudah menyebabkan atlet tergelincir keluar.

• Untuk mengatasi gaya ini, atlet akan condong ke selekoh dan memusingkan sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri.

• Ini akan menolong badan atlet bergerak dalam gaya yang lebih berkoordinasi.

BERLARI DI LORONG LURUS

• Bahagian kedua perlumbaan 200 meter, adalah berlari 100 meter pada bahagian lorong lurus.

• Atlet dapat berlari dengan terus menuju ke lorong lurus dan mengekalkan kelajuan yang telah dicapai.

Peraturan bagi pelari 100m dan 200m

• Pelari yang didapati menghalang lakuan larian peserta lain akan dibatalkan penyertaan.

• Pelari tidak dibenarkan berlari di kawasan lengkungan dalam trek.

• Pelari hanya dibenarkan lari dalam lorong sendiri sahaja.

• Blok mula mesti digunakan dalam larian 100m dan 200m.

• Apabila dipasang, bahagian-bahagian blok mula tidak dibenarkan bertindih dari garis permulaan atau terjulur ke lorong lain.

• Jika blok mula disediakan oleh JK pengelola, alat tersebut sebagai tambahan, mematuhi spesifikasi berikut:

Blok mula hendaklah mempunyai 2 keping plat penahan kaki semasa atlet berada dalam keadaan hendak berlepas.

Hendaklah dipasang menyendeng supaya sesuai dengan kedudukan kaki atlet yang hendak berlepas.

Pemasangan plat penahan kaki boleh diubah-ubah kedudukannya tetapi tidak boleh bergoyang apabila digunakan.

• Jika perlumbaan melibatkan lebih daripada 10 peserta, saringan akan dilakukan.

• Peserta yang teratas dalam senarai perlumbaan saringan akan bertemu pada pusingan yang seterusnya.

• Seseorang atlet tidak dibenarkan menyentuh garis mula atau sentuh bumi di depannya dengan tangan atau kakinya semasa “ke garisan”.

• Cara mula mendekam dan penggunaan blok mula adalah wajib.

Masa melaporkan diri bagi acara balapan:• Peserta-peserta atau wakil dikehendaki

melapor diri kepada pengawai penyelia peserta 30 minit sebelum acara dimulakan.

• Semua peserta yang melapor diri untuk penyertaan hendaklah memakai lengkap dengan nombor peserta masing-masing.

Lewat melaporkan diri

- peserta yang melaporkan diri 10 minit sebelum acara dimulakan tidak akan dibenarkan mengambil bahagian dan mereka dianggap telah menarik diri.

Semasa Permulaan

• Semua larian bermula dengan tembakan pistol.• Arahan pelepas –bahasa sendiri (Negara

berkenan)• Bagi acara 400m ke bawah- ke garisan, sedia

dan bang (tembakan pistol)• Bagi acara 800m ke atas- ke garisan dan bang

(tembakan) • Setelah dalam kedudukan “sedia ” seseorang

peserta hanya dibenarkan bergerak selepas tembakan pistol.

• Jika peserta memulakan larian sebelum tembakan pistol - dianggap sebagai salah mula.

• Seorang peserta yang melakukan salah mula akan diberi amaran.

• Hanya satu salah mula dibenarkan dalam sesuatu perlumbaan tanpa pembatalan atlet.

• Jika peserta melakukan salah mula lagi akan dibatalkan.

• Selepas arahan “ke garisan” peserta hendaklah mengambil tempat di lorong masing-masing.

• Kedua-dua belah tangan dan sebelah lutut hendaklah mencecah bumi, sementara kedua-dua belah tapak kaki berada di blok mula.

• Pada arahan“sedia” peserta hendaklah serta merta mengangkat lutut mereka, hanya tinggal tangan dan tapak kaki sahaja yang mencecah bumi.

• Semasa arahan “ke garisan”atau “sedia”, pada keadaan tertentu, semua atlet dengan segera dan tanpa lengankan masa mencapai kedudukan tersebut.

• Jika seseorang peserta itu ditolak atau dihimpit keluar dari lorongnya oleh peserta lain, dan sekiranya keadaan tersebut tidak memberikan kelebihan kepada peserta yang ditolak atau dihimpit itu, beliau tidak akan dibatalkan.

• Arah larian adalah mengikut arah bahagian kiri di sebelah dalam arena.

• Lorong akan dinomborkan mengikut ke arah yang sama dan lorong di sebelah dalam arena diberi no.1.

Ukuran Padang Balapan

• Permulaan dan Penamat sesuatu perlumbaan ditandakan dengan satu garisan putih selebar 5cm.

• Lebar lorong ialah 1.22m ± 0.01 m ditandakan dengan garisan selebar 5cm.

• Lebar semua lorong adalah sama. • Jarak larian diukur dari tepi belakang

penamat sehingga ke tepi garisan permulaan balapan.

• Hendak mempunyai 8 lorong

2) Tempat Permulaan larian 100m

3) Tempat permulaan larian 200m

• Tebal lorong : 1.25m

Tugas Hakim Balapan

• Hakim balapan adalah orang yang menentukan pemenang dan kedudukan peserta bagi acara balapan.

• Setiap pegawai yang dilantik menjadi hakim balapan perlu memerhatikan dengan tepat kedudukan peserta apabila sampai ke penamat perlumbaan.

• Hakim balapan hendaklah berada bertentangan dengan garisan penamat iaitu di sebelah dalam balapan perlumbaan.

Tugas Penjaga Masa

•  Tugas penjaga masa ialah untuk mengambil masa yang dicatatkan oleh peserta yang berjaya menamatkan perlumbaan dalam acara balapan.

• Penjaga masa akan menggunakan jam randik dalam menjalankan tugas mereka.

• Kedudukan penjaga masa adalah bertentangan dengan garisan penamat di luar balapan perlumbaan.

• Penjaga masa harus berada sebaris dengan garis penamat dan di luar trek. Jika mungkin, harus ditempatkan sekurang-kurangnya 5m dari lorong yang paling luar.

• Untuk memastikan mereka dapat melihat dengan baik, suatu tempat duduk bertangga harus disediakan.

SEKIAN TERIMA KASIH!