lemparcakera

Post on 23-Dec-2015

234 views 0 download

description

nm

Transcript of lemparcakera

LEMPAR CAKERA

DISCUS THROW

Disediakan oleh;

X N Y

SEJARAH LEMPAR CAKERA

Lempar cakera ialah lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan.

Ia dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Kuno Greek.

Cakera yang digunakan adalah jauh lebih berat daripada cakera yang digunakan pada hari ini.

Acara lempar cakera mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik pda tahun 1896.

Acara ini telah mengalami banyak perubahan terutama dari aspek peraturan dan gaya lemparan cakera.

Dari lemparan cara berdiri di atas “ pedestal”dalam pentas gaya melempar 90, gaya berpusing, lempar dan sebagainya telah diperkenalkan oleh jaguh- jaguh dunia pada era-era tertentu.

BAHAGIAN CAKERA

a. Simpai logamb. Muka cakerac. Pusat cakera

PERALATAN

KasutKasut

CakeraCakera

Pakaian yang sesuaiPakaian yang sesuai

Asics Hyper ThrowAsics Cyber Throw

JENIS DAN BENTUK CAKERA

Spesifikasi yang ditetapkan oleh IAAF (Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa).

diperbuat daripada kayu atau bahan-bahan sejenis yang sesuai.

Di sekeliling cakera itu dibalutkan dengan simpai atau "rim" logam (besi atau tembaga).

Bahagian tengah cakera hendaklah rata dan mengikut ukuran yang ditetapkan seperti;

Terdapat juga jenis cakera yang diperbuat daripada bahan getah dan plastik.

Jenis cakera ini walaupun menepati spesifikasi yang rasmi, ia hanya sesuai untuk latihan dan tidak untuk pertandingan rasmi.

Cakera untuk acara lelaki beratnya adalah 2 kg, manakala untuk wanita adalah 1 kg.

KAWASAN LEMPARAN CAKERA

Kawasan lemparan cakera seakan-akan sama bentuk dengan lontaran peluru, berbeza dari segi sudut kawasan sektor dan saiz bulatan balingan.

Semua lemparan cakera mesti dibuat dari satu kurungan keselamatan. Kurungan ini merupakan pagar berkawat berbentuk "C" yang dibina khas untuk keselamatan.

TEKNIK PEGANGAN Tekapkan tapak tangan kanan ke atas muka cakera di mana ruas hujung jari yang bengkok melekap kepada bahagian simpai logam (bagi yang melempar dengan tangan kanan).

Ibu jari rehat atas muka cakera.

Jari-jari direnggangkan agak sama jaraknya.

TEKNIK LEMPARAN Terdapat dua kaedah asas untuk melempar cakera, iaitu;

Gaya Berdiri Gaya Berpusing

TEKNIK GAYA BERDIRI

Fasa 1: Persediaan

a) Berdiri, menghalakan bahu kirinya ke arah kawasan cakera mendarat. Kedudukan kaki kanan lebih depan sedikit dari kaki kiri.

b) Cakera dipegang dalam tangan kanan. Badan direndahkan.

Fasa 2: Hayunan Awalan

a) Cakera digerakkan menyilang badan ke depan bahu kiri untuk memulakan hayunan ke belakang, kemudian dihayun ke belakang bahu kanan dengan tangan yang diluruskan dan dihayun ke depan semula dekat bahu kiri.

Fasa 3: Pelemparan

a) Selepas dua atau tiga hayunan, mengilaskan badan ke hadapan, didahului dengan siku kiri dan kepala mendongak.

b) Cakera digerakkan dengan kencang ke hadapan dengan tangan yang lurus. Cakera dilempar ke hadapan secara menaik apabila sampai ke aras bahu kanan.

Fasa 4: Ikut Lajak dan Pemulihan

(a) Ketika melempar cakera, kedua-dua belah kaki menolak tanah dan diluruskan sehingga badan terangkat.

(b) Pelemparan cakera yang kencang akan menyebabkan kaki kanan terangkat ke belakang untuk mengimbangi badan yang condong ke depan. Mata masih memerhatikan pergerakan cakera.

UNDANG-UNDANG Cakera mesti dilempar dari bulatan.

Bagi lemparan yang sah, cakera hendaklah mendarat atau jatuh supaya kesannya dalam kawasan pendaratan yang ditandakan oleh dua garis sektor.

Perserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum cakera itu menyentuh tanah.

Peserta dibenarkan menggunakan bahan pelekat seperti resin di bahagian tangan sahaja (untuk mendapat pegangan yang baik).

LATIHAN ANSUR MAJULATIHAN 1

Tujuan : Mengawal cakera semasa hayunan tangan dan memutar cakera ketika melepaskannya.

(a)Berdiri dengan kaki dijarakkan. Kanan di belakang.

(b)Hayunan cakera berulang kali ke depan dan kebelakang di sisi badan.

(a)Setelah menghayun cakera beberapa kali, condongkan badan ke depan, lepaskan cakera (simpai logam) secara lurus ke depan.

Ansur Maju

LATIHAN 2

Tujuan : Latihan fasa akhir dalam lemparan cakera.

(a)Berdiri dengan bahu kiri ke arah lemparan. Kedua-dua belah kaki dijarakkan. Pegang cakera di hadapan bahu kiri dengan sokongan tangan kanan.

(b)Hayunan cakera ke belakang dengan tangan lurus dan badan mengilas ke kanan. Ketika melakukan pergerakan tersebut, badan berpaksi atas hujung kedua kaki.

(c)Sambil mengilaskan badan dan menghayun cakera ke hadapan, tolak dengan kedua-dua belah kaki dan melempar cakera ke kawasan pendaratan.

Ansur Maju

Gerd Kanter 

Mei 6, 1979 di Tallinn, Estonia

 best throw : 73.38 m 

PEMAIN LEMPAR CAKERA TERBAIK DUNIA

SEKIAN, TERIMA KASIH