Penglibatan ibu bapa sebagai dr mahani

Post on 05-Dec-2014

8.413 views 5 download

description

 

Transcript of Penglibatan ibu bapa sebagai dr mahani

PENGLIBATAN IBU BAPA SEBAGAI

RAKAN KONGSI PENDIDIK PERMATA

Maksud penglibatan

• Ibu bapa mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dalam hal perkembangan kanak-kanak, • terlibat dalam memahami program yang diadakan di pusat permata dan • turut terlibat dalam aktiviti di pusat PERMATA sama ada aktiviti itu dijalankan di pusat PERMATA atau sebagai sambungan pembelajaran dari pusat ke rumah. • Dalam hal ini ibu bapa mempunyai hubungan yang rapat dengan pusat dan sanggup bekerjasama dengan pendidik permata untuk melaksanakan aktiviti .

MENGAPA IBU BAPA PERLU MELIBATKAN DIRI DI PUSAT PERMATA?

1. Untuk memastikan kanak-kanak mendapat pendidikan yang terbaik.

2. Hasil kerjasama dan hubungan yang rapat dan mesra di antara pendidik permata dan ibu bapa dapat membantu perkembangan anak-anak.

3. Dengan penglibatan ibu bapa secara aktif di pusat PERMATA , anak-anak akan dapat mengetahui betapa ibu bapa mereka menghargai pusat dan pendidikan, dengan ini akan mempertingkatkan peluang kejayaan untuk anak-anak.

Faedah Hubungan Baik Dan Kerjasama Antara Ibu Bapa Dan Pusat PERMATA

1. Boleh mengurangkan pertelingkahan atau salah faham antara rumah dan pusat.

2. Dapat memperkukuhkan pembelajaran anak-anak.

3. Supaya terdapat persambungan apa yang diajar

dan dididik di pusat awal kanak-kanak dengan amalan di rumah.

4. Membolehkan ibu bapa memberi sumbangan kepada pusat awal kana-kanak mengikut kemahiran masing-masing. Ini boleh memberi

faedah kepada kanak-kanak, pendidik permata dan ibu bapa yang lain.

5. Setengah pendidik permata di pusat awal kanak-kanak merasa kecewa apabila ibu bapa tidak menyokong usaha-usaha mereka. Untuk itu mereka perlu mencari jalan dan berusaha dengan lebih gigih untuk melibatkan ibu bapa di dalam pendidikan anak-anak mereka.

6. Ibu bapa lebih mengetahui keperluan anak mereka, penglibatan ibu bapa di pusat awal kanak-kanak akan dapat menjamin dan mempertingkatkan lagi program di pusat-pusat ini.

. Ibu bapa boleh membantu memperbaiki keadaan fizikal pusat awal kanak-kanak lebih-lebih lagi bagi pusat-pusat yang keadaannya amat daif.

8. Penglibatan aktif ibu bapa di pusat pendidikan awal kanak-kanak memberi peluang kepada pendidik permata dan ibu bapa untuk berinteraksi - pendidik permata boleh mengetahui nilai-nilai ibu bapa yang berbeza dari segi status sosial dan dari segi kumpulan etnik.

9. Ibu bapa juga boleh mempelajari tentang perkembangan kanak-kanak.

10. Ibu bapa boleh berkenalan sesama sendiri dan boleh bertukar fikiran mengenai masalah yang mereka hadapi mengenai anak-anak mereka

10. Penglibatan aktif ibu bapa di pusat pendikan awal kanak-kanak akan menimbulkan rasa sayang dan hormat kepada pusat.

11. Mempertingkatkan pencapaian anak-anak.

Halangan-Halangan Dalam Penglibatan Ibu Bapa

1. Ibu bapa mungkin tidak dapat melihat keperluan penglibatan mereka di pusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak khususnya bagi masyarakat yang kurang beruntung. Mereka lebih memikirkan tentang bagaimana untuk mencari nafkah hidup seharian.

2. Mereka menganggap pusat awal kanak-kanak sebagai tempat untuk meletak anak-anak mereka untuk dijaga semasa mereka kreluar bekerja mencari nafkah.

3. Mereka kurang memahami fungsi dan nilai pusat pendidikan kanak-kanak dalam mempertingkatkan perkembangan dan penyuburan kanak-kanak

4. Terdapat juga ibu bapa yang berminat untuk terlibat tetapi mereka tiada masa

• 5. Mungkin kerana perbezaan budaya,

• 6. Mempunyai penghargaan kendiri yang rendah dan merasakan diri mereka kurang berkebolehan.

7. Terdapat juga pendidik di pusat pendidikan awal kanak-kanak tidak memahami latar belakang budaya sosial ibu bapa, dengan itu mereka tidak dapat berhubung dengan baik

8. Penglibatan ibu bapa juga dipengaruhi oleh pengalaman-penglaman sekolah mereka. Jika perasaan rendah diri mereka akibat daripada pengalaman pahit semasa di sekolah dahulu mereka merasa tidak seronok atau merasa tidak selesa berada di pusat pendidikan awal kanak-kanak.

Model Program Kerjasama Antara Ibu Bapa Dan pusat permata

(1) Model sekolah sebagai penyibar maklumat kepada ibu bapa (school to home transmission model

(2) Model Interaktif (intractive model)

( 3) Model perkongsian (Partnership model).

Model Sekolah Sebagai Penyibar Maklumat Kepada Ibu Bapa (School To Home

Transmission Model)

• Model ini berbentuk sehala. • Dalam model ini ibu bapa hanya berperanan sebagai penerima maklumat, mereka mempunyai peluang yang terlalu kecil untuk menyampaikan maklumat kepada pusat permata atau memberi sumbangan kepada pusat permata.

• Model ini menggalakkan ibu bapa menyesuai dan menyokong nilai-nilai yang terdapat di pusat permata, khususnya nilai yang boleh membawa kepada kemajuan anak-anak di pusat permata. Matlamat model ini ditentukan oleh pihak sekolah.

Contoh program dalam model ini seperti:

• Program latihan keibubapaan yang mengajar ibu bapa cara-cara mendidik tingkah laku anak-anak, • Ceramah untuk ibu bapa mengenai perkembangan kanak-kanak, cara bercakap dengan anak-anak dan bagaimana membantu anak-anak membuat kerja rumah.

Model Interaktif (Interctive Model)

• Model ini mengakui wujudnya perbezaan antara keluarga dan pusat permata.

• Model ini menggalakkan komunikasi terbuka dan menekankan tentang pengaruh timbal balik di antara rumah dan pusat permata dalam mendidik anak-anak.

• Model ini diasaskan kepada saling hormat menghormati di antara ibu bapa dan pendidik permata dan menekankan kepada perkongsian objektif dan arah yang sama dalam pembelajaran anak-anak.

• Model ini mempunyai sekurang-kurangnya dua matlamat : untuk mempertingkatkan pencapaian kanak-kanak berdasarkan masyarakat umum, di samping menghargai matlamat dan kepercayaan yang terdapat dalam masyarakat kecil.

• Sebaliknya dalam model Sekolah Sebagai Penyibar Maklumat Kepada Ibu Bapa lebih memberatkan kepada nilai masyarakat umum.

• Model ini tidak memerlukan banyak masa dan tenaga daripada ibu bapa dan pendidik permata. Ibu bapa hanya dikehendaki memperuntukkan sedikit masa untuk berbincang dengan pihak sekolah tentang budaya setempat dan menyumbangkan bakat mereka untuk memperkayakan pendidikan anak-anak mereka.

• Perancang kurikulum dikehendaki mengambil pandangan, nilai, sejarah dan stail pembelajaran yang terdapat dalam keluarga dan dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah. Model ini menghormati kepelbagaian budaya pelajar dan ibu bapa.

Model Perkongsian (Partnership Model)

• Model ini berdasarkan kepada saling hormat menghormati di antara ibu bapa dan sekolah dan ianya lebih eksplisit.

• Kedua-dua pihak iaitu ibu bapa dan pendidik permata sama-sama komited untuk membantu pendidikan anak-anak.

Model ini melihat hubungan ibu bapa dan pendidik permata sebagai aspek penting untuk kejayaan anak-anak.

• Ibu bapa dianggap sebagai aset dan sumber dalam pelaksanaan strategi untuk mempertingkatkan kejayaan semua kanak-kanak.

• Dalam model ini ibu bapa perlu diberi kuasa untuk berkhidmat secara aktif dan penglibatan yang bermakna dalam pendidikan anak-anak mereka

SIKAP IBU BAPA TERHADAP PUSAT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

1. Ibu bapa yang mempunyai perasaan benci kepada pusat pendidikan kanak-kanak kerana pengalaman masa kecil mereka yang tidak menyeronokkan.

2. Ibu bapa yang memerlukan galakan untuk datang ke pusat permata

3. Ibu bapa yang sedia membantu jika mereka dijemput ke pusat permata.

4. Ibu bapa yang merasa seronok dengan penglibatan di pusat permata

5. Ibu bapa yang sukakan kuasa. Terlalu aktif

Berdasarkan sikap dan peribadi ibu bapa, pendidik permata boleh melibatkan ibu bapa mengikut kesesuaiann dengan aktiviti di pusat pendidikan awal kanak-kanak

• seperti menjadi pekerja sukarela,

• pendidik permata untuk anak mereka sendiri di rumah dengan menyediakan bahan untuk mereka,

• pengerusi PIBG,

• menyediakan alat bantu mengajar dan lain-lain.

AKTIVITI LAIN YANG BOLEH MELIBATKAN IBU BAPA DI pusat permata

1. Meminta Bantuan Ibu Bapa Menyediakan Bahan Pengajaran Bilik Darjah

2. Mendapatkan Perkhidmatan Kepakaran Ibu Bapa

PROGRAM-PROGRAM YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH IBU BAPA DI RUMAH

MEMBACA BUKU BERSAMA ANAK-ANAK

Mengikut kajian apabila ibu bapa membaca buku bersama anak-anak atau mendengar anak-anak membaca buku cerita, pencapaian anak-anak akan meningkat .

pendidik permata boleh membantu ibu bapamemilih bahan bacaan yang sesuaiuntuk kanak-kanak

Kesesuaian yang dimaksudkan merangkumi aspek:• Isi kandungan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak, • Saiz tulisan yang jelas dan besar,• Sesuai dari segi bahasa

• Mempunyai unsur moral yang boleh dicontohi oleh kanak-kanak

• Gambar yang sesuai dan menarik

• Tidak terlalu panjang

MEMBANTU ANAK-ANAK MEMBUAT KERJA RUMAH

Ibu bapa boleh membantu anak-anak membuat kerja rumah bersama-sama. pendidik permata menyediakan aktiviti kepada kanak-kanak untuk dilakukan bersama ibu bapa di rumah.

Contoh:

• Pendidik permata membaca cerita kepada kanak-kanak,

• Mminta kanak-kanak melukis mana-mana watak dari cerita tersebut dan mewarnakan lukisan tersebut di rumah bersama ibu bapa.

• Dengan berbuat demekian sekurang-kurangnya ibu bapa dapat mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka di pusat permata.

• Begitu juga pendidik permata dapat mengetahui sejauh mana ibu bapa memberi kerjasama dalam pembelajaran anak-anak mereka. Dengan ini mudahlah bagi pendidik permata untuk membuat tindakan susulan

Berpandukan cerita yang diberi kepada anda rancang aktiviti susulan yang boleh dilakukan oleh

Mewujudkan Pusat/ Bilik Ibu Bapa Di pusat permata

Memandangkan kepada pentingnya kerjasama antara pendidik permata dan ibu bapa, dicadangkan supaya pusat ibu bapa disediakan di pusat permata.

Bilik ini boleh digunakan oleh ibu bapa dan pendidik permata apabila merancangkan dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan ibu bapa di pusat permata.

Antara kebaikan penyediaan bilik ini ialah ibu bapa akan merasa diterima di pusat . Mereka akan merasakan seolah-olah mereka berada di rumah mereka dan mempunyai autoriti dalam merancang dan menjalankan program

PANDUAN UNTUK IBU BAPA DAN PENDIDIK DALAM MENJAYAKAN KERJASAMA ANTARA IBU BAPA DAN PENDIDIK DI pusat permata

Panduan Untuk Pendidik

pendidik permata perlu mendengar pandangan yang diberi oleh ibu bapa kerana ,mereka adalah pakar kepada anak-anak mereka . Ibu bapa boleh memberi maklumat yang penting mengenai tingkah laku anak-anak mereka di luar pusat permata.

pendidik permata sensitif terhadap perbezaan budaya dan stail penjagaan anak

. Jangan cepat membuat pertimbangan terhadap gaya keibubapaan; selalu berusaha untuk menghormati nilai keluarga dan kepercayaan mereka

. Berkongsi maklumat dengan ibu bapa mengenai perkembangan kanak-kanak

. Penyimpanan rekod yang baik dan sistematik dan melaporkannya kepada ibu bapa adalah kunci yang oleh mempertingkatkan komunikasi yang berkesan.

• Sambut kedatangan ibu bapa ke kelas anda. Jemput ibu bapa untuk singgah ke pusat permata untuk bersama-sama minum teh, atau makan malam bersama.

Maklumkan kepada ibu bapa mengenai tugasan yang diberi kepada anak-anak lebih awal. Ini boleh memberi masa kepada ibu bapa untuk menetapkan jadual kerja rumah dengan anak-anak mereka.

Ibu bapa sangat menghargai pendidik permata jika dapat memberi maklumat tentang kemajuan anak mereka lebih awal dengan memberi cadangan untuk mempertingkatkan kemajuan di masa hadapan.

• Adakan konferens dengan ibu untuk menyampaikan maklumat perkembangan anak-anak mereka

• Hantar pekeliling kepada ibu bapa untuk memaklumkan program di pusat permata

• Lawat ke rumah ibu bapa jika perlu untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk menjalinkan persahanbatan dengan ibu bapa selain mengetahui latar belakang anak-anak.

Panduan Untuk Ibu Bapa

• Berjumpalah dengan pendidik permata yang mengajar anak anda. Perkenalkan diri anda dan latar belakang anda. Hanya dengan mengenali di antara satu sama lain persefahaman antara kedua-dua pihak akan wujud dan akan dapat mempertingkatkan kerjasama antara pendidik permata dan ibu bapa

• Dengar baik-baik apa yang diucapkan oleh pendidik permata anak anda anda perlu ingat bahawa pendidik permata banyak mengorbankan masa bersama-sama anak anda dan mempunyai kepakaran dalam perkembangan anak-anak.

Jangan cepat membuat keputusan jika anda menghadapi masalah yang berkaitan dengan anak anda.

• Berterus teranglah dengan pendidik permata. Ingatlah bahawa pendidik permata juga mempunyai keluarga mereka sendiri dan mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga mereka. Oleh itu mereka juga memerlukan masa untuk keluarga mereka. Hormatilah masa mereka.

• Hadiri konferens yang diadakan di sekolah. Dengan ini anda dapat bersua muka dengan pendidik permata yang mengajar anak anda dan dapat berbincang mengenai kekuatan dan kelemahan anak anda.

CONTOH PROGRAM BERSAMA IBU BAPA

1. PERJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA (Konferens) Panduan sebelum

1. Kenal pasti matlamat mengadakan konferens (untuk membuat laporan,

berkongsi maklumat, penyelesaian masalah)

2. Sediakan agenda

3. Semak semula rekod kanak-kanak

4. Sediakan bahan-bahan yang hendak ditunjukkan kepada ibu bapa ( Contoh : Catatan pemerhatian terhadap perkembangan kanak-kanak, contoh hasil kerja kanak-kanak)

5. Tentukan masa konferens yang sesuai dengan ibu bapa

6. Jika boleh jemput kedua-dua ibu bapa

7. Pilih tempat yang sesuai

PANDUAN SEMASA KONFERENS

1. Tunjukkan kemesraan – Wujudkan suasana yang positif

2. Beritahu ibu bapa mengenai program dan jadual kelas

3. Beri komen yang positif mengenai kanak-kanak

4. Bincang mengenai kekuatan dan juga masalah

• Bincang masalah secara khusus• Guna bahasa yang ibu bapa boleh

faham• Beri peluang kepada ibu bapa

untuk bercakap juga mendengar: Jadilah pendengar yang baik.

MESYUARAT DENGAN IBU BAPA

PANDUAN SEBELUM PERJUMPAAN

• Libatkan ibu bapa dalam merancang mesyuarat

• Tentukan masa yang sesuai bagi ibu bapa

• Cari tempat yang selesa untuk untuk perjumpaan

• Beritahu ibu bapa agenda mesyuarat terlebih dahulu

• Hantar notis mesyuarat dengan slip jawapan

• Buat susulan terhadap ibu bapa yang tidak memulangi slip jawapan

• Bincang dengan ibu bapa mengenai minuman

PANDUAN SEMASA MESYUARAT

• Mula dan akhiri mesyuarat tepat pada waktu• Perlu fleksibel dalam mengikut agenda• Aktiviti perlu ada pelbagaian (perbincangan,

ceramah, video )• Beri peluang supaya setiap orang terlibat

dalam perbincangan• Luangkan masa supaya dapat berinteraksi

secara tidak formal di akhir mesyuarat.

PANDUAN SELEPAS MESYUARAT

• Buat catatan terhadap aktiviti yang telah dijalankan

• Rancangkan aktiviti susulan

NEWSLETTERS

MATLAMAT

1. Untuk menyampaikan maklumat kepada ibu bapa tentang perjalanan aktiviti bilik darjah

2. Untuk memberi pengetahuan kepada ibu bapa mengenai matlamat aktiviti pengajaran

• Untuk mempertingkatkan kebolehan kanak-kanak dan ibu bapa dari segi komunikasi

• Untuk menyambung pembelajaran di sekolah ke rumah khususnya dalam aspek perkembangan bahasa.

IDEA DALAM NEWSLETTERS

• Sampaikan maklumat tentang peristiwa khusus yang telah berlaku dan akan berlaku di pusat anda

• Kemaskini maklumat ibu bapa tentang aktiviti yang sedang dijalankan

• Sediakan aktiviti yang kanak-kanak boleh lakukan di rumah bersama ibu bapa. Huraikan aktiviti secara spesifik supaya ibu bapa tahu apa yang harus dilakukan

• Sediakan ruang yang membolehkan kanak-kanak dan ibu bapa berbincang tentang aktiviti (sambungan aktiviti dari pusat awal kanak-kanak)

• Aktiviti di atas yang dikenali dengan (talk about) boleh menggalakkan komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak.

• Minta bahan atau bantuan yang dikehendaki

• Sediakan bahan yang berbentuk artikel atau buku yang boleh membantu ibu bapa.

TUGASAN

Sediakan satu contoh newletter untuk ibu bapa kanak-kanak di pusat permata yang anda kendalikan.

Tugasan ini dilakukan dalam

kumpulan kecil.

LAWATAN KE RUMAH

KEBAIKAN

• Lawatan sebelum - dapat berkenalan

dengan ibu bapa

• Ibu bapa berpeluang bertanya pendidik mengenai program pusat dan jangkaan guru terhadap kanak-kanak

PERANCANGAN SEBELUM LAWATAN

• Buat jadual lawatan. Hantar surat pemberitahuan tentang lawatan. Beritahu ibu bapa jangka waktu kunjungan.

• Tepati waktu• Pastikan ibu bapa mengetahui

tujuan kunjungan.

• Hormati ibu bapa dengan makan dan minum apa sahaja yang dihidangkan

• Jangan terlalu cepat membuat penilaian terhadap persekitaran rumah yang dilawati.

• Bincang tentang program dan rancangan untuk kanak-kanak dalam situasi yang tidak formal

• Dengar, bertanya dan dengar lagi

Perkara Yang Boleh Dibincang• Keperluan dan kecenderungan

kanak-kanak• Perkembangan kanak-kanak• Masalah kesihatan (alergi)• Masalah tingkah laku• Latar belakang guru

Aktiviti yang ibu bapa bolehmelibatkan diri mengikut kepakaran

seperti:• Masakan • Baca cerita• Bawa kanak-kanak untuk lawatan• Cerita tentang pekerjaan masing-

masing

• Bantu kanak-kanak dalam kesihatan, pergigian

• Lain-lain yang sesuai.

SEKIAN

WASSALAM

SELAMAT BERTUGAS KERANA ALLAH DAN BANGSA

SELAMAT MAMJU JAYA

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA KITA