Post on 20-Oct-2015
description
REFLEKSI BIGENG SEW MEI810915-01-5652
Refleksi BIG
Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi
banyak pengalaman yang berguna kepada saya. Saya berasa sangat
gembira kerana berpeluang mengikuti program ini. Saya dan ahli-ahli
kumpulan pelajar PPG yang lain telah berjaya melaksanakan Program
Perkhemahan Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di SJK(C)
Chong Hwa Senggarang, Batu Pahat, Johor. Program perkhemahan yang
diadakan selama 1 hari yang telah disertai oleh pelajar-pelajar PPG, murid-
murid pasukan beruniform Bulan Sabit Merah, Pengakap dan Tunas Puteri
serta guru-guru sekolah berkenaan ini memang menyeronokkan dan manfaat
kepada semua yang terlibat.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
tutor kami iaitu PN. FATIMAH ABD. KADIR atas tunjuk ajar dan bimbingan
yang telah diberikan sebelum program Bina Insan Guru (BIG) yang telah kami
jalankan pada 13 Oktober 2012 hari Sabtu. Selain itu, saya juga tidak lupa
untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang telah
memberi kerjasama bagi menjayakan program BIG ini.
Kumpulan kami terdiri daripada 7 orang pelatih PPG Matematik
Kumpulan 4 Kohort 1 telah mengadakan satu aktiviti perkhemahan yang
melibatkan seramai 171 orang murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 dari Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina, Chong Hwa Senggarang, Batu Pahat, Johor, pada 13
Oktober 2012 ( hari Sabtu ) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Chong Hwa
Senggarang, Batu Pahat, Johor.
Program Bina Insan Guru (BIG) adalah suatu aspek yang sangat
penting dan dititikberatkan dalam program latihan dan pendidikan perguruan
Institut Pendidikan Guru (IPG). Program BIG telah memberi banyak manfaat
kepada para pelajar yang menyertainya. Umpamanya, pelajar-pelajar PPG
1
REFLEKSI BIGENG SEW MEI810915-01-5652
yang menyertai program ini, akan secara langsungnya terlibat dalam proses-
proses perancangan program, membuat minit-minit mesyuarat, surat-surat
kepada pihak berkuasa tempatan yang berkenaan dan sebagainya.
Pengalaman ini amat bermanfaat kepada seseorang guru. Di mana guru akan
mengendalikan sesuatu aktiviti atau program mengikuti prosedur yang lebih
sistematik.
Setelah mendapat tugasan program BIG ini, kumpulan saya telah
mengadakan satu mesyuarat untuk membuat perancangan program, dan
pengagihan tugas masing-masing. Dalam proses ini saya sedar bahawa
betapa pentingnya sifat bertolak ansur di antara satu sama lain untuk
menjayakan sesuatu program. Dengan yang demikian, program yang
dirancangkan baru boleh dijalankan dengan lancar.
Perkhemahan ini telah memberi saya banyak ilmu pengetahuan dan
pengalaman yang tidak terdapat di dalam kelas sekolah ataupun buku-buku
rujukan. Di antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dalam perkhemahan
ini ialah pertandingan menyediakan sandwic, pertandingan kawad kaki
berpasukan dan latihan CPR (kecemasan) . Semasa mendirikan khemah
bersama-sama dengan murid, saya telah dapat mempelajari cara-cara yang
betul untuk mendirikan khemah yang kukuh, cara kawad yang betul dan
sebagainya yang ditunjuk oleh guru latih yang berpengalaman dalam aktiviti
perkhemahan. Selain itu, nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama dan
tolong-menolong dapat dipupuk.
Setelah menyertai program perkhemahan BIG ini, saya telah menjadi
seseorang yang lebih bersikap positif, yakin kepada kebolehan diri sendiri,dan
bersemangat tinggi untuk menghadapi sebarang cabaran. Pada masa yang
akan datang, tugas dan cabaran yang tidak tersangka akan dihadapi oleh
para guru. Oleh yang demikian, perancangan dan persediaan awal diperlukan
oleh saya untuk mengatasi segala rintangan.
2
REFLEKSI BIGENG SEW MEI810915-01-5652
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam program perkhemahan BIG ini samada
secara langsung atau tidak langsung. Di atas kerjasama dan usaha gigih
mereka barulah kumpulan kami dapat menjayakan program perkhemahan
BIG ini. Program ini telah mendorong saya untuk menjadi seorang pendidik
yang lebih cemerlang dan berkeyakinan dalam melaksanakan sesuatu kerja.
3