Post on 20-Jun-2015
REFLEKSI
NAMA : HARYATI BINTI ISMAIL
NO I/C : 900109-03-5164
AKTIVITI : FESTIVAL PERMAINAN TRADISIONAL (FEPTRA)
Pada 19 April 2012, kumpulan T3 MT3 bekerjasama dengan kumpulan T3 SN2
telah menganjurkan Festival Permainan Tradisonal (FEPTRA) di Sekolah Kebangsaan
Seri Relau. Festival ini merupakan salah satu daripada program yang wajib kami
anjurkan seperti yang telah termaktub dalam pro-forma bagi semester ini. Kami telah
sebulat suara memilih murid Sekolah Kebangsaan Seri Relau sebagai lokasi untuk
mengadakan festival ini setelah melakukan musyawarah serta kolaborasi bersama ahli
kumpulan T3 SN2. Kami turut meminta pandangan serta pendapat daripada pensyarah
pembimbing kami, Encik Aziz bin Zakaria.
Alhamdulillah, Tuhan telah mempermudahkan segala urusan kami sepanjang
sebelum, semasa serta selepas penganjuran festival ini. Namun yang demikian, seperti
kelaziman, tidak sah sesuatu kerja jika tiada aral yang melintang ataupun kekangan
yang terpaksa kami tempuhi. Antara kekangan yang paling mencabar adalah kekangan
untuk mendapatkan kebenaran Tuan Pengarah bagi meluluskan kertas kerja kami.
Kami terpaksa menunda program ini berkali-kali memandangkan kertas kerja kami
ditolak oleh pihak atasan serta Tuan Pengarah. Namun yang demikian, setelah
mendapat bimbingan serta nasihat dan pendapat Encik Aziz Zakaria, kami telah
meminda beberapa butiran di dalam kertas kerja tersebut dan akhirnya kertas kerja
kami berjaya diluluskan. Kami semua memanjatkan rasa syukur terhadap Ilahi.
Selain itu, kami turut menghadapi kekangan masa memandangkan tarikh festival
tersebut ditetapkan sebaik tamatnya tempoh berpraktikum. Kami tidak mempunyai
masa yang cukup untuk membuat persediaan rapi. Namun yang demikian, cabaran ini
tidak saya jadikan halangan untuk tidak melakukan yang terbaik bagi menyambut
program penting ini.
Kami telah melaksanakan beberapa mesyuarat kecil dengan duduk semeja
berbincang sesama rakan sekelas serta rakan T3 SN2 mengenai pengurusan serta
proses dan juga melakukan pembahagian ahli jawatankuasa. Hal ini demikian bagi
memastikan kelancaran perjalanan program. Kelas saya T3 MT3 telah diberi mandat
untuk memegang tiga peranan yang penting iaitu AJK Makanan dan Cenderahati, AJK
Alatan serta AJK Persiapan Tempat. Saya ditugaskan untuk menguruskan persiapan
tempat bersama beberapa lagi rakan yang lainiiatu Afidah, Atiqah, Khairunnisa,
Fadzreen, Ummi, Ikhram, Zulhairi, Hanif dan Ariff. Sekali lagi, saya telah menimba
pengetahuan baru yang sangat berguna iaitu cara mengendalikan mesyuarat.
Saya belajar bagaimana menghasilkan minit mesyuarat, prosedur serta protokol
mesyuarat. Saya sangat gembira dapat menimba satu lagi pengalaman berharga yang
mana pengalaman ini akan saya aplikasikan apabila di’posting’kan ke sekolah kelak.
Saya sentiasa mengingatkan diri sendiri bahawa di dalam tempoh pengajianlah
merupakan waktu yang perlu saya manfaatkan untuk menimba pelbagai ilmu serta
kemahiran agar kelak saya dapat mencurahkan khidmat kepada sekolah dalam segala
bidang. Saya juga berazam untuk menjadi seorang guru yang serba boleh sama ada
dalam bidang akademik, kokurikulum serta berbakat dalam kepimpinan.
Pada 19 April, kami tiba di sekolah kira-kira jam 10.00 pagi serta memulakan
proses menyiapkan tempat dengan serta merta. Kira-kira jam 12.30 tengah hari, kerja
kami ahli AJK Persiapan tempat telah bekerjasama bertungkus-lumus memerah
keringat menghias pondok untuk aktiviti ‘indoor’ serta membahagikan padang bola
baling kepada tiga ’partition’ dan kemudiannya menghias setiap ‘partition’ dengan pintu
gerbang yang diperbuat daripada pelepah kelapa, banting serta batang kayu. Saya
belajar betapa besarnya nilai kerjasama dalam memastikan setiap kerja dapat
dilakukan dengan sempurnadantiada cacat celanya. Sebagai contoh, saya agak
berbakat dalam seni, maka saya dibantu beberapa orang lagi rakan telah ditugaskan
untuk membuat banner menggunakan sehelai kain putih sepanjang satu meter dengan
hanya dibekalkan dengan cat ‘Pelaka’.
Saya bersyukur kerana berjaya menghasilkan banner tersebut seperti yang
dikehendaki dan apa yang lebih menggembirakan saya, banner tersebut mendapat
pujian daripada Miss Loh. Bagi rakan lelaki yang mempunyai fizikal yang tinggi seperti
Hanif dan Hafidzi, mereka berdua ditugaskan untuk menggantung belon serta hiasan
yang tinggi-tinggi. Bagi ahli yang lain pula turut sama-sama memasang banting di
sekeliling ‘partition’. Kerja yang saya sangka mungkin mengambil masa sehari telah
menjadi 2 jam hasil kerjasama jitu setiap ahli T3 MT3. Tiada yang bersikap curi tulang
serta lepas tangan.masing-masing bertoleransi sesama sendiri serta sepakat bak kata
pepatah Melayu ”berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Namun yang demikian, ”harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di
siang hari”. Nasib agak tidak menyebelahi kami kerana huran turun dengan lebatnya
sebaik sahaja kami Berjaya menyiapkan segala hiasan. Kami semua hanya mampu
berdoa agar hujan berhenti sebelum permainan dimulakan pada 2.30 kerana jika
hujanberterusan, permainan tidak dapat dijalankan memandangkan padang akan
menjadi basah dan becak. Jadi, murid berkemungkinan besar akan jatuh serta
tercedera. Jika tidakpun, mungkin juga murid boleh diserang demam ekoran bermainan
di tengah hujan.saya bersyukur serta lega kerana kira-kira pukul 2.00 petang, huajn
berhenti dan permainan dapat dijalankan seperti yang dijadualkan pada pukul2.30
petang. saya belajar bahawa sebaikmana perancangan kita, kita sebagai manusia
biasa yang hanya mampu merancang, namun Tuhan yang menentukan segalanya.
Saya bersama beberapa rakan yang lain iaitu Zulhairi, Atiqah serta Norafidah
telah bertugas mengendalikan permainan galah panjang pada sesi kedua festival. Pada
mulanya, saya berasa sedikit ralat kerana diberikan tugas untuk mengendalikan
permainan ini. Hal ini demikian kerana pada zaman kanak-kanak saya dahulu, saya
tidak pernah bermain permainan ini dan sudah tentu saya tidak tahu cara serta
peraturan untuk bermain. Namun yang demikian, saya tidak terus berputus asa. Saya
telah bertanyakan beberapa rakan saya mengenai permainan ini serta mendapatkan
maklumat mengenai permainan ini daripada laman sesawang. Namun yang demikian,
saya berasa amat kagum kerana semua peserta tahu mengenai permainan ini apabila
saya memberikan taklimat kepada mereka sebelum perlawanan.
Saya berasa seronok pula melihat para peserta begitu bersungguh dan kreatif
mencari jalan untuk melepasi petak terakhir bagi mendapatkan mata untuk pasukan.
Terdapat 8 permainan yang dipertandingkan iaitu 4 permainan “outdoor” iaitu
permainan galah panjang, tarik upih, tuju tin serta chopstick. Manakala 4 permainan
“indoor yang dipertandingkan ialah permainan dam, Mu Torere, Congkak dan .
Festival Permainan Tradisional (FEPTRA) telah berakhir dengan jayanya pada
kira-kira jam 6.00 petang. upacara penyampaian hadiah berlangsung dengangilang
gemilang dengan pasukan merah telah diumumkan sebagai johan keseluruhan. Sebaik
sahaja kami siap mengemas segala alatan, Encik Syed dan Cik Loh telah memanggil
kami semua agar berkumpul di kantin sekolah untuk sesi refleksi.
Secara keseluruhannya, Encik Syed tidak berpuas hati dengan pelaksanaan
festivalini. Beliau menegur beberapa aspek antaranya ialah tempoh bermain bagi setiap
permainan. Menurut beliau, tempoh bermain selama 15 minit bagi satu permainan
adalah sangat lama dan murid akan terlalu letih memandangkan terdapat lapan stesen
permainan kesemuanya dan mereka bermain tanpa henti di setiap stesen. Selain itu
juga, beliau turut menegur tiada sikap bekerjasama antara kumpulan T3 MT3 dengan
kumpulan T3 SN2. Encik Syed turut menegur mengenai pemilihan permainan
tradisional Negara luar sebagai contoh, Mu Torere yang dianggap tidak relevan kerana
ia jelas menunjukkan kami semua tidak mengangkat permainan tradisi Tanah Melayu.
Terdapat beberapa lagi teguran yang beliau utarakan.Namun yang demikian, saya tidak
mengambil segala teguran tersebut sebagai pemaath semangat sebaliknya, saya
mengambil ia sebagai pemangkin agar kami dapat memperbaiki kualiti pengurusan
kami bagi program-programlain kelak. Kami juga akan lebih peka dengan hal-hal remeh
temeh agar tiada ketidakselesaan yang bakal timbul kelak.
Akhir sekali,pada pandangan peribadi saya sendiri, saya sangat bersyukur dan
berbangga keran programini berjalan denganlancar walaupun terdapat banyak
halangan serta kekangan yang mencemburui usaha kami. Walaupun timbul beberapa
permasalahan kecil pada akhir program, saya menganggap ia sebagai asam garam
kerana kami budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. Saya sangat yakin
bahawa Allah tidak melihat sesuatu pada hasilnya tetapi Dia melihat pada usahanya .