Post on 30-Jul-2015
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAGI MATAPELAJARAN KAJIAN TEMPATAN TAHUN 5
Mata pelajaran : Kajian Tempatan
Kelas : Tahun Lima
Bilangan pelajar : 10 Orang
Tarikh : 16 November 2011
Masa : 0720 - 0750 Pagi
Tajuk : Pelancongan di Pulau Langkawi.
Teknik : SQ3R
Pengabungjalinan kemahiran : Kemahiran membaca dan menulis
Fokus Utama
6. 3 ) Membaca dan mengenal pasti isi utama dan isi sampingan daripada teks.
Aras 1
i ) Membaca dan mengenal pasti idea utama dan idea sokongan yang terdapat dalam teks.
Fokus Sampingan
9. 2 ) Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar atau
dibaca.
Aras 2
i ) Mengenal pasti maklumat dan mencatat nota peringatan.
1
Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid akan dapat ;
1. Mengenali tentang lokasi-lokasi pelancongan yang menarik terdapat di Malaysia.
2. Membaca dengan kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
3. Membaca, menyenaraikan dan menerangkan sekurang-kurangnya lima isi kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
4. Memberikan maksud perkataan yang dihitamkan pada petikan serta membina soalan berpandukan perkataan yang disediakan.
Pengetahuan sedia ada :
1. Murid telah mengetahui sekurang kurangnya satu lokasi pelancongan di Malaysia contohnya Pulau Langkawi sebagai satu tempat
pelancongan yang terkenal di negara ini.
2. Murid boleh mengecam perkataan dan membaca dengan lancar.
Kemahiran Bahasa : i ) Kemahiran membaca dan kemahiran menulis.
Sistem Bahasa : ii ) Sebutan, ejaan dan intonasi ( Menyebut kata yang betul dan intonasi mengikut pola ayat ).
2
Pengisian Kurikulum : i ) Ilmu - Kajian Tempatan
ii ) Nilai – bekerjasama, hormat-menghormati, keberanian, sikap bertanggungjawab dan sebagainya.
Pengisian Bernilai Tambah : i ) KBKK – Menjana idea, membuat keputusan, dan menyelesaikan masalah.
ii ) Pembelajaran Konstruktivisme dan hubungan Interpersonal.
Bahan Bantuan Mengajar : Komputer riba, kertas mahjung, petikan, kad ayat , papan tulis, manila kad, gambar Pulau Langkawi.
3
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
LANGKAH /
MASA
ISI PELAJARAN DAN
AKTIVITI GURU
AKTIVITI MURID CATATAN
Set Induksi
( 3 Minit )
1. Guru menunjukkan gambar tempat yang
menarik terdapat di Pulau Langkawi.
( Rujuk lampiran 1 )
2. Guru bertanyakan soalan kepada murid.
3. Soalan guru;
i. Pernahkah kamu melihat tempat -tempat ini ?
ii. Di mana kamu melihat tempat ini ?
iii. Apakah nama tempat ini ?
1. Murid melihat gambar-gambar yang
ditunjukkan oleh guru pada paparan
di komputer riba.
2. Murid menjawab soalan yang
dikemukakan oleh guru.
3. Jangkaan jawapan murid;
i. Ya, pernah atau tidak cikgu.
ii. Pada rancangan di televisyen,
majalah, buku teks dan surat khabar.
iii. Pulau Langkawi.
o Komputer riba
o Gambar Pulau
Langkawi.
o KBKK:
i. Bersoaljawab
4
Langkah 1
( 5 Minit )
1. Guru menyatakan tajuk yang dipelajari pada
hari tersebut.
2. Guru mengedarkan petikan berkaitan dengan
Pelancongan di Pulau Langkawi.
( Rujuk lampiran 2 )
3. Guru mengarahkan murid membaca petikan
secara senyap.
4. Guru mengarahkan murid untuk meneliti
perkataan yang dihitamkan.
( Rujuk lampiran 2 )
lagenda
menarik
hukuman
Keistimewaan
mercu tanda
1. Murid mendengar penjelasan
daripada guru.
2. Murid menerima petikan
Pelancongan di Pulau Langkawi
yang telah diedarkan.
3. Murid membaca petikan secara
senyap.
4. Meneliti perkataan yang dihitamkan.
5. Memadankan kad perkataan pada
ayat yang mengandungi maksud
perkataan di hadapan kelas.
o Petikan
Pelancongan di
Pulau Langkawi.
o Kad perkataan
o Kertas mahjung
o Papan tulis
o KBKK:
i. Menjana
Idea
5
5. Guru memilih murid secara rawak untuk
memadankan kad ayat pada maksud perkataan
tersebut.
6. Guru membimbing murid untuk mencari
maksud perkataan tersebut.
Langkah 2
( 5 Minit )
1. Guru menunjukkan gambar tempat yang
menarik di Pulau Langkawi .
2. Guru menerangkan secara umum tentang
tempat tersebut.
3. Guru meminta murid membina soalan
berpandukan perkataan yang dihitamkan pada
petikan.
1. Murid - murid memerhatikan
gambar yang dipamerkan oleh
guru di hadapan kelas.
2. Murid mendengar penjelasan
daripada guru.
3. Jangkaan soalan :
i. Apakah lagenda yang terdapat di
Pulau Langkawi ?
o Komputer riba
o Gambar Pulau
Langkawi.
o Petikan
Pelancongan di
Pulau Langkawi.
o Papan hitam
6
4. Perkataan yang dihitamkan:
lagenda
menarik
hukuman
keistimewaan
mercu tanda
5. Guru mengarahkan murid menulis soalan pada
lembaran kerja yang diedarkan.
ii. Apakah yang menjadi mercu tanda
Pulau Langkawi ?
iii. Apakah jenis hukuman yang telah
dijatuhkan ke atas Mahsuri ?
iv. Apakah keistimewaan yang terdapat
di Pulau Payar ?
v. Di manakah tempat yang paling
menarik di Pulau Langkawi ?
o Sistem Bahasa:
i. Maksud
Perkataan
o KBKK:
i. Menjana
idea
1. Guru memilih murid secara rawak untuk 1. Murid membaca petikan dengan o Petikan
7
Langkah 3
( 5 Minit )
membaca petikan.
2. Guru membimbing murid untuk membaca
petikan tersebut.
3. Guru mengarahkan murid mencari jawapan
daripada soalan-soalan yang telah dibina.
4. Guru mengarahkan murid menuliskan
jawapan pada lembaran kerja yang telah
diedarkan.
5. Guru membimbing murid mencari jawapan
bagi soalan yang telah dibina.
6. Guru memerhatikan dan menyemak hasil
kerja murid.
sebutan dan intonasi yang betul
mengikut urutan perenggan.
2. Murid mendapat jawapan daripada
soalan-soalan yang dibina.
( Rujukan Lampiran 3 )
3. Jangkaan jawapan:
i. Lagenda yang terdapat di Pulau
Langkawi ialah Lagenda Mashuri.
ii. Mercu tanda di Pulau Langkawi ialah
Dataran Lang.
iii. Jenis hukuman yang telah dijatuhkan
kepada Mahsuri ialah ditikam
sehingga mati.
iv. Keistemewaan yang terdapat di
Pelancongan
di Pulau Langkawi
o Lembaran kerja
8
Pulau Langkawi ialah banyak
spesies ikan dan organisma laut
yang hampir pupus hidup di sini.
v. Tempat yang paling menarik di Pulau
Langkawi ialah Telaga Tujuh.
Langkah 4
( 5 Minit )
1. Guru mengedarkan lembaran kerja.
( Rujuk lampiran 4 )
2. Guru meminta murid memerhatikan soalan
yang telah diedarkan.
3. Guru mengarahkan murid untuk menjawab
soalan pemahaman pada lembaran kerja yang
telah diedarkan.
4. Soalan pemahaman guru:
1. Murid memerhatikan soalan
pemahaman yang telah diedarkan.
2. Jangkaan jawapan murid:
i ) Tempat menarik:
Tasik Dayang Bunting
Pulau Payar
Telaga Tujuh
ii ) Burung yang menjadi mercu tanda.
o Petikan
Pelancongan di
Pulau Langkawi.
o Lembaran kerja
9
i. Namakan tiga buah tempat yang menarik di
Pulau Langkawi.
ii. Berikan nama seekor burung yang menjadi
mercu tanda Pulau Langkawi ?
iii. Di manakah letaknya Makam Mahsuri di
Pulau langkawi ?
iv. Mengapakah para pelancong berminat untuk
melancong di pulau Langkawi.
v. Tempat apakah yang mempunyai daya tarikan
hidupan laut yang boleh dikunjungi di Pulau
Langkawi?
Burung Helang.
iii ) Lokasi Makam Mahsuri
Bandar Kuah
iv ) Keistemewaan Pulau Langkawi
Spesis ikan dan sumber laut
yang hampir pupus masih banyak
hidup di sini.
v ) Tempat yang menjadi daya tarikan.
Telaga Tujuh
KBKK:
Menjana idea
1. Guru memilih murid secara rawak untuk 1. Murid meneliti lembaran kerja yang o Petikan
10
Langkah 5
( 5 Minit )
membentangkan jawapan.
2. Guru mengarahkan murid untuk menuliskan
jawapan pada ruangan yang telah disediakan.
3. Guru bersama murid menyemak hasil kerja
yang telah dibuat.
mengandungi soalan pemahaman.
2. Murid menuliskan jawapan pada
lembaran kerja yang telah
diedarkan.
3. Murid membentangkan hasil kerja
di hadapan kelas.
Pelancongan di
Pulau Langkawi.
o Lembaran kerja
o Papan tulis
Penutup
( 2 Minit )
1. Guru meminta murid menghantar hasil kerja
masing-masing.
2. Guru membuat kesimpulan terhadap isi
pelajaran yang disampaikan pada hari tersebut.
1. Murid menghantar hasil kerja .
2. Murid mendengar kesimpulan yang
dibuat oleh guru berkaitan isi
pelajaran pada hari tersebut.
Lembaran Kerja
11