Sajak Rukun negara

Post on 23-Dec-2015

264 views 0 download

description

Rukun negara

Transcript of Sajak Rukun negara

Negara Malaysia Negara MerdekaBerbilang Bangsa pelbagai agamaHidup di bawah satu pemerintahanMendukung murni satu cita-cita Tragedi 13 mei 1969 menjadi igauanSehingga tercetus ideologi negaraYang adil lagi saksamaRukun negara diberi nama 5 prinsip telah termaktubmerangkumi segala aspek dan sudutmengambil kira segala kepentinganmelahirkan masyarakat yang adil lagi demokratik kepercayaan kepada tuhan prinsip utamaperlu didalami sepenuh sukmaagar tidak berada dalam dilemahidup selamat dari hukum karma prinsip kedua perlu dijunjungkesetiaan kepada raja dan negaraYang Dipertuan Agong lambang perpaduanRakyat lambang kesetiaanMembawa satu semangat kebangsaan Kedaulatan undang-undang prinsip ketigaPerlu dihormati, perlu dipatuhiMelindungi hak rakyat paling utamaBagi menjamin kemakmuran dan perpaduan Keadilan terjamin melalui undang-undangTidak kira kaum dan agamaSemua adalah sama disisinyaItulah kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan prinsip terakhirMeminta rakyat berakhlak muliaMoga keharmonian dapat dibinaDalam perhubungan sesama kita Semua prinsip telah termaktubTetapiAda apa dengan rukunKalau tidak menghayatinyaDanAda apa dengan prinsipKalau tidak mengamalkannya