Strategi Dan Teknik P&P

Post on 25-May-2015

69.223 views 8 download

description

Strategi dan Teknik P&P dan Aplikasi dalam Pendidikan Kesihatan KBSR

Transcript of Strategi Dan Teknik P&P

STRATEGI & TEKNIKPENGAJARAN & PEMBELAJARAN

DALAM PENDIDIKAN KESIHATAN

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

3 tunjang pembelajaran:1. Kesihatan Diri dan Keluarga.2. Gaya Hidup Sihat.3. Kebersihan dan Keselamatan

Persekitaran.

Tajuk-tajuk: 1. Kesihatan Diri dan Keluarga

(a) Kesihatan Diri(b) Perasaan(c) Kekeluargaan

2. Gaya Hidup Sihat dan Selamat(a) Pemakanan(b) Pengurusan Konflik dan Stres(c) Penyalahgunaan Bahan

3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran(a) Keselamatan(b) Penyakit berjangkit(c) Pertolongan Cemas

STRATEGI PENGAJARAN

KAEDAH

PENDEKATAN

TEKNIK

AKTIVITI

DEFINISI Pendekatan – jalan yang diambil Kaedah – cara teratur, kemas & sistematik Teknik - kaedah membentuk teknik.

Misalnya kaedah bercerita = teknik penyampaian

Strategi - suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8

KAEDAH & TEKNIK P&P

Kaedah pengajaran - beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.

Teknik-teknik pengajaran - kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah

CONTOH-CONTOH KAEDAH & TEKNIK P&P Permainan Simulasi Lakonan Permainan Demonstrasi / tunjuk cara Lawatan Bercerita Projek Tutorial Seni Buzz (membuat keputusan daripada

perbincangan ringkas) Persembahan Fikiran

KLASIFIKASI STRATEGI P&P Strategi pengajaran - rancangan

gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pelaksanaan pendekatan dan kaedah.

Klasifikasi:- Strategi Pemusatan Guru- Strategi Pemusatan Murid- Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU

Guru memainkan peranan penting Komunikasi sehala. Kepimpinan guru secara autokratik Pencapaian objektif guru diutamakan Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan

daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.

Penyampaian fakta secara menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif. Murid-murid kurang kreatif/ tidak berinitiatif. Kaedah & Teknik – penerangan, demonstrasi,

syarahan, bercerita dsb. Contoh: Guru bercerita mengenai kepentingan

menjaga kebersihan diri.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID

Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Menggalakkan murid memberi pendapat. Objektif pencapaian murid diutamakan Perkembangan murid secara menyeluruh/seimbang (j.e.r.i.) Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid. Peluang interaksi di antara murid adalah positif

(bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong) Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk. Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif. Kaedah & Teknik – projek, inkuiri-penemuan, perbincangan,

penyoalan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

Contoh: Guru membimbing murid dalam perbincangan mengenai kesedaran dan tanggungjawab menjaga kebersihan diri.

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN

Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran.

Komunikasi/interaksi berlaku antara guru/bahan atau murid/bahan pembelajaran

Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.

Pengajaran lebih bermakna, menarik dan berkesan. Peluang interaksi antara murid banyak. Sifat sosial yang positif

dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.

Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pembelajaran

Kaedah & Teknik – komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, graf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

Contoh: Guru menunjukkan gambar / video bagi menerangkan cara-cara menjaga kebersihan diri.

PENDEKATAN DAN STRATEGI P&P

KESEPADUAN INDUKTIF DEDUKTIF ELEKTIF TEMATIK MASTERI

PENDEKATAN DAN STRATEGI KESEPADUAN

Penggabungjalinan Ciri-ciri gabugjalin:

Integrasi beberapa kemahiran Prosesnya bersepadu dan menyeluruh Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik Kemahiran utama menjadi fokus Organisasi kemahiran fleksibel Kemahiran diintegrasikan saling kukuh

mengukuh antara satu sama lain.

Penyerapan Ciri-ciri penyerapan :

Mengandungi beberapa unsur ilmu pengetahuan

Berbagai unsur diserapkan dalam satu matapelajaran

Bilangan mata pelajaran dalam penyerapan fleksibel

Organisasi isi kandungan - Unsur utama dan unsur sampingan

Proses penyerapan boleh berlaku serentak dengan proses penggabungjalinan.

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

Prinsip Penggunaan Strategi Pengajaran Induktif Sediakan contoh-contoh yang sesuai Soalan-soalan disediakan untuk membimbing membuat

kesimpulan Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing

untuk mencari kesimpulan Jenis contoh khusus dipelbagaikan tetapi mengandungi ciri

yang sama Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai &

mencukupi. Murid-murid digalakkan memberi contoh yang sama Guru tidak harus memberi contoh sekaligus Sediakan alat bantu mengajar Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti – lihat, dengar,

hidu & sentuh. Pengajaran mengikut urutan yang tepat – contoh-contoh

spesifik membawa kepada kesimpulan umum.

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DEDUKTIF

Proses pengajaran: Prinsip/rumus Kaedah deduktif Aplikasi rumus/prinsip Mendapat rumus baru, prinsip baru dsb. Guru memberi tahu murid objektif pelajaran

pada peringkat awal, Murid dibimbing mengingat kembali hukum,

prinsip, teori, peraturan bagi mendapat kesimpulan yang baru/ menyelesaikan masalah.

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN ELEKTIF

Ciri-ciri:- Elektif bererti pemilihan- Menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif- Banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik- Boleh gunakan strategi Pemusatan guru, murid dan bahan- Digunakan dalam aktiviti pemulihan dan pengayaan

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN TEMATIK

Pokok perbicaraan/topik utama contoh: tema kebersihan diri, tema kebersihan persekitaran

Contoh: Tema dipecahkan kepada sub-topik untuk

perbincangan Tema yang sama dibincangkan Tema yang berbeza tetapi saling melengkapi

Selepas perbincangan, keputusan dibentangkan oleh wakil kumpulan

Membuat rumusan

PENDEKATAN DAN STRATEGI PENGAJARAN MASTERI

Strategi pengajaran – adakan objektif yang jelas dan boleh diukur.

Pilih kaedah & teknik yang berkesan Nilai hasil pembelajaran dengan ujian formatif

(diagnostic) dan ujian sumatif berdasarkan objektif pelajaran bagi melihat tahap penguasaan pelajaran.

Aktiviti pemulihan kepada yang belum menguasai sesuatu pelajaran

Yang lemah diberi pemulihan dan yang berjaya mencapai objektif diberi aktiviti pengayaan.

KESIMPULAN

Strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali.

Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran dan pembelajaran yang paling maksimum.