Teori Mentalis

Post on 13-Aug-2015

1.374 views 41 download

Transcript of Teori Mentalis

TEORI MENTALIS

PELOPOR : NOAM CHOMSKY      Memperkenalkan analisis bahasa Transformasi generatif (Chomsky)

      Mendokong istilah generatif, kreatif, eksplisit, kegramatisan dan transformasi

      Berandaian teori kod kognitif bahawa P&P bahasa sebagai satu proses kognitif

      Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang

melibatkan aktiviti mental.      Menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia.

      N.Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama

Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisation Device) atau LAD.      Alat ini membolehkan manusia mempunyai kebolehan semulajadi untuk menguasai bahasa.

      Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;

      proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

      proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah

juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama ).      proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak.

      tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

      Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan sedia

ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka

peroleh.      Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa

manusia.      Oleh hal yang demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan

manusia.

CIRI TATABAHASA      Terdiri daripada rumus-rumus yang berurutan dan teratur

      Menghuraikan bagaimana bahasa boleh dihasilkan dan difahami

      Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis

HUBUNGAN TEORI MENTALIS DALAM P&P      Ada dua perkara penting dalam penguasaan bahasa kecekapan dan prestasi

      Prinsip: undang-undang bahasa ditekankan

      Tulisan dan bacaan diutamakan

      Pendekatan Analisis

      Kaedah: kod-kognitif

      Teknik:  hafalanhttp://catatannota.blogspot.com/2011/08/teori-pemerolehan-bahasa.html

Friday, March 8, 2013

Teori Mentalis dalam Teori Pemerolehan Bahasa

Teori mentalis pula menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut

golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam

stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur

berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan

dan makna diberikan penekanan.

Dalam bidang linguistik aliran kod-kognitif  tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau

prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa

prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhadap

pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:

Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran

bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.

Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan

kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus

menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu

membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan

pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran

yang akan diajar nanti.

Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan

yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsip ini mempercayai bahawa kematangan yang sama dalam

kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru itu, guru

hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.

Keempat, penyampaian bermakna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu

huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang

betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam

masyarakat bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan

untuk membolehkan murid-murid menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam sistem

bahasanya dengan baik.

Seterusnya yang kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan

bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasuklah latihan terjemahan bahan daripada

bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya. (bahasa Inggeris diterjemahkan kepada bahasa

Melayu)

Manakala yang keenam pula adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif

(penerangan dahulu,kemudian disusuli dengan contoh) dan tatabahasa disampaikan secara formal dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

http://atiqahaiza.blogspot.com/2013/03/teori-mentalis-dalam-teori-pemerolehan.html

Tiga ciri-ciri Teori Mentalis

(i)       Penguasaan bahasa mempunyai hubungan erat dengan kebolehan mental

(ii)      Manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa

(iii)     Competence dan performance mempunyai daya cipta untuk menghasilkan dan menggunakan bahasa yang diketahui

(iv)     Bahasa dihuraikan melalui  analisis transformasi-genaratif yang mengandungi struktur dalaman dan struktur luaran

(v)      Kesalahan membentuk rumus tidak dianggap sebagai kegagalan sebaliknya sebagai percubaan hipotesis.

http://ppgbm0211.blogspot.com/

 

Prinsip keempat ialah latihan

pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan.Latihan yang dimaksudkan ialah ulangan satu-satu

gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dijalankan

secara bermakna.Manakala prinsip kelima ialah model-model bahasa yang terbaik haruslahdikuk

uhkan. Kanak±kanak menguasai daripada apa yang didengar dan dialami.Oleh itu, dari segi

pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru adalahmodel yang mutlak yang diikuti

oleh pelajar-pelajar tanpa banyak bicara. Jikamodel-model ini menggunakan bahasa matlamat hal

ini akan menguntungkanpelajar-pelajar itu. A

khir sekali ialah prinsip keenam iaitu wujudkan

operasi ransangan dantindak balas dalam proses pembelajaran.Bahasa adalah hasil operasi

dantindakbalas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika sekiranya kedua-dua

unsur ini dapat diwujudkan.3.3 TeoriMentalis (Kod-Kognitif) A

liran ini tidak mencadangka

n sebarang kaedah atau prinsip pengajaranbahasa, namun hasil dari beberapa

pandangan mereka terhadap pemerolehanbahasa maka beberapa andaian

mengenai prinsip pembelajaran dapatdiwujudkan. Terdapat enam prinsip yang 

dikemukakan melibatkan teori ini iaitu:Pembelajaran bahasa merupakan

satu proses mental. Menurut prinsip ini,pembelajaran bahasa adalah

dianggap sebagai satu proses pemikiran danpemikiran itu dilahirkan melalui

penuturan.Prinsip yang kedua ialah semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasakerana

mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semulajadi untuk berbuatdemiki

an. Jadi seorang guru haruslah menyedari bahawa kebolehan semula jadi

untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan merekamenga

nalisa pertuturan yang mereka dengar.Seterusnya ialah dalam keadaan yang

normal, kadar perkembangan bahasaadalah sama bagi kanak-kanak pada

peringkat kematangan yang sama. Prinsipini mempercayai peringkat kematangan

yang sama dalam kalangan kanak-kanak akan mempunyai ciri-ciri

pembelajaran yang sama.D

alam sesuatu huraian bahasa, pencapaian makna lebih

diutamakandaripada struktur bahasa. Prinsip ini menekankan kepada kebolehan untukmengun

akan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa danmakna bagi membolehkan

kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakatbahasa itu.D

alam proses pembelajaran,

tulisan dan bacaan adalah diutamakan. Kajian-kajian bahasa yang dijalankan biasanya berasaskan

bahasa tulisan.Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasadijalankan secara

formal. Ini bermakna penyampaian dijalankan denganmemperkenalkan dahulu kepada pelajar-pelajar

undang-undang atau peraturan-peraturan tatabahasa dan kemudianya

diberi pula contoh-contohhttp://www.scribd.com/doc/36211171/Teori-Huraian-Bahasa-dan-

Teori-Pemerolehan-Bahasa