Post on 27-Oct-2015
description
TugasansoalselidikSSQL1113semesteroktobersesi20122013filerusisayuti Page 1
TUGASAN SSQL 1113 STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL
PJJ SEMESTER JULAI SESI 2013 2014
Pengenalan
Tugasan ini merupakan tugasan individu dan membawa markah sebanyak 20 % daripada markah
keseluruhan.
Arahan
1. Pelajar diberikan soal selidik tentang Kajian Kepuasan Pengisian Waktu Lapang dan
Ketegasan Diri pada pertemuan ke dua (2).
2. Pelajar dikehendaki menentukan tajuk kajian secara spesifik dan isikan pada ruangan (.........)
dalam bahagian hadapan soal selidik. (contohnya ... Kajian Kepuasan Pengisian Waktu Lapang
dan Ketegasan Diri dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Kubang Pasu) . Pelajar dikehendaki
mengenal pasti responden/sampel kajian berdasarkan ciri-ciri yang telah dipelajari dalam
pertemuan yang pertama.
3. Pelajar dikehendaki meneliti terlebih dahulu soal selidik yang diberikan dan dibuat
penambah baikan berdasarkan kepada kecenderungan tambahan soalan/pemboleh ubah
yang berminat untuk dikaji (contohnya... untuk bahagian A (demografi) soal nombor 7 boleh
ditambah dengan pemboleh ubah berkaitan demografi yang tidak lagi terdapat pada
bahagian tersebut; atau sekiranya diambil contoh tajuk kajian pada arahan nombor 2, kajian
dilakukan pada pelajar, maka bahagian pendapatan adalah tidak sesuai, oleh itu boleh
diubah kepada pendapatan ibu bapa)
4. Pelajar dikehendaki membuat salinan sebanyak 30 set soal selidik.
5. Pelajar menentukan responden kajian dan melakukan temubual kepada sekurang-kurangnya
30 orang responden (syarat minimum untuk mendapatkan kesahan dalam kajian bersifat
kuantitatif)
Aplikasi SPSS
1. Pada tertemuan ke tiga (3) Pelajar dikehendaki membawa komputer riba berserta perisian
SPSS minimum version 14, dan soal selidik yang telah lengkap diisi.
2. Pelajar dikehendaki mengunakan perisian SPSS dan menganalisis data.
Laporan akhir
1. Pelajar dikehendaki run data untuk pemboleh ubah bahagian 1 (demografi) dalam bentuk
frequency dan peratusan (dalam laporan perlu buat interpretasi)
2. Carikan nilai minimum, maximum, mean, median, mod dan standard deviation (sisihan
piawai) untuk bahagian B dan C ( buat interpretasi berdasarkan hasil analisis)
3. Pelajar dikehendaki menganalisis data mengunakan T test, oneway ANOVA dan correlations.
Laporan perlu dibuat dalam bentuk interpretasi terhadap hasil analisis T test, oneway
ANOVA dan ujian correlations.
4. Soal selidik, output spss 1 & 2 dan interpretasi 1, 2 dan 3 perlu di bind bersama dan
diserahkan kepada pensyarah pada hari peperiksaan akhir.
SELAMAT BERUSAHA
ILMU AMALAN KEHIDUPAN