Tugasan elm3101

25
“ Bagaimana saya mengamalkan dan menghayati agama saya dalam kehidupan dan kepentingannya kepada saya” 5

Transcript of Tugasan elm3101

Page 1: Tugasan elm3101

“ Bagaimana saya mengamalkan dan menghayati

agama saya dalam kehidupan

dan kepentingannya kepada saya”

5

Page 2: Tugasan elm3101

Agama Islam merupakan pedoman hidup bagi diri dan keseluruhan ahli

keluarga saya kerana ia mencakupi segala aspek dalam kehidupan. Kesemua

aspek tersebut terkandung dalam kitab suci Al Qur’an iaitu keyakinan, moral,

tingkah laku, perasaan, pendidikan, sosial, politik, ekonomi, pertahanan dan

perundangan.

Dalam agama Islam ia mengandungi konsep keyakinan atau kepercayaan

bahawa Allah S.W.T adalah satu-satunya Tuhan. Allah Maha Esa, tiada Tuhan

yang disembah melainkan Dia, Maha Berdiri SendiriNya, memelihara semesta

alam. Ia tiada mengantuk, dan tidak pula tidur. Sebagai panduan bagi seseorang

muslim atas keyakinan ini, Allah menyatakan diri-Nya untuk diyakini seperti

dinyatakan dalam Al-Quran melalui Surah Al-Baqarah ayat 255.

Islam juga mengajar penganutnya untuk berakhlak. Apa yang

dimaksudkan akhlak itu sendiri di dalam Islam adalah Al-Quran. Sebagaimana

yang dicontohkan Rasulullah SAW bahawa Al-Quran adalah akhlak Rasulullah

SAW. Ia dimuatkan dengan panduan akhlak dan perlu diikuti oleh manusia agar

mendapat rahmat Allah dan juga kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Tingkahlaku atau perilaku seseorang wujud melalui aspek gerakan. Ia

berkait rapat dengan akidah dan akhlak seseorang. Oleh itu, akhlak dan

perlakuan seseorang saling berkaitan dan memberikan gambaran antara satu

sama lain. Seperti apa yang disabdakan Rasulullah SAW. Bahawa sekiranya hati

seseorang khusyuk, khusyuk pula anggota badannya.

Agama Islam juga menitikberatkan perasaan manusia. Dalam Islam,

seluruh perasaan seperti suka dan duka, cinta dan benci, sedih dan gembira,

halus dan kasar, sensitif atau tidak selari dengan akidah seseorang muslim.

Sepertimana yang disabdakan Rasulullah SAW, kesempurnaan iman dan Islam

seseorang dalam berperasaan semata-mata kerana Allah, mencintai kerana

Allah, bergembira kerana Allah dan seterusnya.

Islam juga mengajar mengenai pendidikan dan pengajaran kepada

manusia. Pendidikan yang dimaksudkan dalam Islam bukan yang bersifat formal

sahaja dan terbatas di sekolah, tetapi pada setiap waktu, tempat dan

kesempatan. Ia sejajar dengan hadis dari Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah

6

Page 3: Tugasan elm3101

SAW bersabda: ”Menuntut ilmu adalah satu fardhu yang wajib ke atas tiap-tiap

seorang Islam”.

Dalam bidang sosial pula, kesempurnaan Islam juga dilengkapi ajarannya

mengenai hubungan antara masyarakat. Contohnya di dalam Al-Quran

menyebut bagaimana aturan hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan

muhrim. Larangan mengejek dan memperolok-olokkan orang lain dan perintah

untuk tidak sombong antara sesama manusia.

Aspek politik pula, Islam telah mengatur urusan-urusan politik sebagai

bahagian dari strategi dan dakwah. Ia bertujuan untuk menegakkan hukum-

hukum Allah di muka bumi. Oleh itu Allah menciptakan manusia sebagai

khalifah-Nya di muka bumi ini. Maka dalam kehidupan ini tidak boleh dipisahkan

dari politik.

Dari segi ekonomi ia merupakan aspek yang sangat penting dalam Islam.

Ia bertujuan mewujudkan kesejahteraan masyarakat, seperti adanya peraturan-

peraturan di dalam sistem ekonomi Islam yang mana tidak melibatkan riba.

Kesannya boleh menghancurkan kesejahteraan umat Islam.

Islam mewajibkan kepada umatnya untuk berbuat adil malahan kepada

dirinya sendiri dan keluarganya sendiri. Maka Islam mengatur urusan hukum dan

peradilan bagi mewujudkan keadilan di muka bumi ini. Segala urusan yang

berkaitan dengan hukum dan peradilan dalam Islam mesti berlandaskan aturan

Allah.

Begitulah kesempurnaan Islam sebagai pedoman hidup kerana agama ini

benar-benar merangkumi semua aspek kehidupan. Islam mengatur umatnya

melalui Al-Quran seperti dalam aspek moral Islam mengatur umatnya melalui Al-

Quran surah Al A’raaf ayat 99. Aspek ekonomi pula menerusi surah At Taubah

ayat 60 dan 103.

Fitrah manusia yang hidupnya perlu beragama, akidah menjadi asas

utama untuk mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama. Dengan

mempercayai Rukun Islam dan Rukun Iman yang menjadikan amalan-amalan

yang dilakukan berlandaskan akidah. Melalui aktiviti dan rutin harian yang

dilakukan saya adalah berteraskan lima rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah

7

Page 4: Tugasan elm3101

syahadah, mendirikan solat lima waktu, menunaikan zakat, berpuasa di bulan

ramadan dan mengerjakan haji bagi yang berkuasa.

Mengucapkan dua kalimah syahadah bermaksud kesaksian terhadap dua

perkara iaitu hanya Allah S.W.T Tuhan yang wajib disembah dan ditaati. Kedua,

mengakui setulusnya bahawa Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul dan

pesuruh Allah yang dibangkitkan kepada kita. Ucapan kalimah syahadah ini tidak

cukup dengan sekadar ucapan jika tidak memahami maksud dan tuntutan diatas

apa yang dilafazkan. Dalam kehidupan seharian saya, kalimah syahadah akan

disebut dalam bacaan tahiyat awal dan akhir setiap kali menunaikan solat fardhu

atau sunat. Ia juga sering diucapkan ketika melihat kekuasaan Allah.

Ucapan syahadah bukanlah ucapan biasa, kerana ia perlu seiiring dengan

tiga perkara yang akan menjadi pembeza iman dan kufur iaiitu diikrarkan dengan

lidah, diakui dengan hati dan dibuktikan dengan amal.

Mendirikan solat lima waktu merupakan kewajipan paling utama yang

mana ia adalah tiang agama. Solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya’

ditunaikan mengikut waktunya pada setiap hari melainkan keuzuran bagi

seorang wanita seperti keluarnya darah haid dan nifas.

Solat yang didirikan sempurna mudahan dapat mendegah diri si

pelakunya daripada cenderung melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu

seksnya. Firman Tuhan;

”Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu al-Kitab (al-Quran) dan

dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-

perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah

lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang yang lain). Dan Allah

mengetahui apa yang kaum kerjakan.” (al-Ankabut (29):45).

Solat-solat sunat juga dilakukan seperti solat sunat rawatib, hajat, duha,

tahajjud dan bermacam lagi. Solat sunat dilakukan untuk mendekatkan diri

kepada Allah dan menebus dosa-dosa lalu. Sebagai hambanya menunjukkan

tanda syukur dan mengingatiNYA tidak kira di mana kita berada.

Doa dan zikir pula menjadi amalan harian bagi seseorang individu. Doa

merupakan senjata bagi orang-orang mukmin. Sejarah mencatatkan di dalam al-

8

Page 5: Tugasan elm3101

Quran bahawa doa bermula sejak manusia dicipta. Allah S.W.T mengajar

kepada Nabi Adam apabila berlaku peristiwa Nabi Adam telah melanggar

perintah Allah akibat dari terpengaruh dengan godaan syaitan, lalu Allah S.W.T

memindahkannya dari dari syurga dan di tempatkan di dunia. Sebagaimana

firman Allah melalui surah al-Baqarah 2:37 yang bermaksud, ”Kemudian Adam

menerima beberapa kalimah dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya.

Sesungguhnya Allah Maha menerima taubat lagi Maha Penyayang”.

Seringkali saya memanjatkan doa kepada Allah ialah selepas solat fardhu

atau sunat serta sebelum melakukan sesuatu. Melalui doa, dapat melahirkan

rasa rendah diri dan tunduk kepada Allah S.W.T serta memohon apa yang

dihajati. Doa juga merupakan suatu ibadat yang mana Allah menyuruh

hambanya agar berdoa.

Contohnya doa memohon keampunan dan keredhaan, memohon

kebahagian di dunia dan di akhirat, doa untuk kedua ibu bapa, memohon agar

anak yang didik menjadi insan yang soleh, mohon ditetapkan iman dan

sebagainya. Dalam apa jua aktiviti seharian yang dilakukan ia dimulai dengan

dengan doa, seperti doa sebelum dan selepas makan, doa masuk dan keluar

tandas, doa melihat cermin, doa sebelum keluar rumah dan naik kenderaan, doa

selepas wuduk dan bermacam lagi. Contohnya saya sendiri mengamalkan doa

menaiki kenderaan, alhamdulilah saya berasa ketenangan semasa memandu

dan aman sepanjang perjalanan, moga Allah merahmati untuk ke destinasi yang

dituju.

Zikir juga menjadi amalan kerana ucapan yang dilafazkan itu

menunjukkan kita mengingati Allah untuk mendapat ketenangan jiwa dan

kedamaian hati. Ucapan tahmid, tasbih, takbir, tahlil dan sebagainya. Jika kita

sedang menghadapi masalah atau kerungsingan, dengan ucapan istighfar sudah

cukup memberikan kelapangan bagi sesorang. Jika kita mengingati Allah,

insyallah Dia akan mengingati hambaNya jua. Berikut adalah contoh zikir harian

sering kita amalkan:

9

Page 6: Tugasan elm3101

Membaca al-Quran menjadi kebiasaan bagi diri saya setelah selesai solat.

Al-Quran adalah kitab suci dan juga mukjizat yang diturunkan Allah kepada Nabi

Muhammad S.A.W. Ia menjadi panduan dalam setiap aspek kehidupan. Apabila

kita membaca ayat-ayat suci ini, ia mendapat ketenangan hati. Bagi diri saya

membaca tafsiran al-Quran dapat membantu kita memahami maksud baris ayat

yang dibaca.

Kita para sahabat seperti Uthman, Zaid bin Tsabit dan lain-lain lagi

sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya pada setip hari Jumaat.

Begitu juga ia menjadi amalan tradisi ibu bapa ibu bapa saya yang mewajibkan

pendidikan al-Quran kepada anak-anaknya sehingga khatam. Alhamdulilah saya

merasai majlis khatam al-Quran yang diadakan ketika umur tiga belas tahun.

Pendidkan al-Quran dititikberatkan kepada setiap lapis generasi supaya tiada

umat yang buta al-Quran.

Banyak keistimewaan jika kita sentiasa membaca al-quran, mudahan kita

akan dipandang tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T dan diberi ganjaran pahala

jika menjadikannya sebagai bacaan utama pada setiap masa. Setiap huruf yang

dibaca akan diganjarkan sepuluh pahala. Malahan juga dinaikkan darjatnya

sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: ” Barangsiapa membaca al-

Quran maka mereka akan di naikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi,

melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja.”

Dengan membaca al-Quran saya dapat merasakan ketenangan dalam

diri, moga kehidupan ini dirahmat dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T. Oleh

itu marilah sama-sama kita menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai gaya

10

Page 7: Tugasan elm3101

hidup. Kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu menjadi ubat

dan penawar kepada segala jenis penyakit sama ada rohani atau jasmani yang

sedang melanda masyarakat masa kini. Janganlah kita hanya membaca al-

Quran pada masa-masa tertentu sahaja seperti ketika dalam kesusahan, sakit,

menghadapi saat kematian atau pada hari tertentu sahaja. Ia juga peringatan

untuk diri sendiri yang mana sebagai manusia biasa adakalanya kita alpa dan

lalai dengan kesibukan duniawi.

Bagi seseorang individu muslim, berpuasa di bulan ramadan adalah rukun

Islam yang ketiga. Ianya wajib dilakukan oleh semua orang Islam yang mana

syariat puasa bulan ramadan telah difardhukan kepada umat Muhammad S.A.W

pada tahun ke-2 hijrah. Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh

seluruh umat Islam kerana ia adalah bulan yang penuh keberkatan, kerahmatan

dan keampunan. Keagungannya dengan malam Lailatul Qadar yang ada hanya

di bulan ramadan. Berpuasa ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta

perkara-perkara yang membatalkan puasa.

Pengalaman diri dalam menjalani ibadah puasa di bulan ramadan cukup

seronok dan merasakan indahnya bulan tersebut. Nikmat bagi orang yang

berpuasa ialah ketika berbuka puasa, Firman Allah S.W.T telah menjelaskan

hikmah puasa ramadan yang bermaksud ” Wahai orang-orang yang beriman,

diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang

terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa” (Surah al-Baqarah:183).

Puasa mempunyai pelbagai hikmah tersembunyi antaranya menunjukkan

rasa syukur kepada Allah S.W.T atas kurniaan nikmatNya yang tidak terhingga,

melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat belas kasihan terhadap

orang-orang yang susah dan kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka,

mendidik jiwa supaya bersifat sabar dalam menempuh pelbagai cabaran dalam

kehidupan dan dapat membersihkan diri daripada sifat-sifat keji (mazmumah)

seperti hasad, sombong kedekut dan sebagainya. Berpuasa mampu melentur

nafsu agar tunduk kepadaNya. Bahkan puasa juga adalah suatu kaedah yang

paling baik mengawal perut, kerana di situlah punca segala penyakit.

11

Page 8: Tugasan elm3101

Bersedekah di bulan ramadan adalah yang paling afdhal di sisiNya,

namun ajaran Islam tidak pernah menghadkan tempoh masa untuk bersedekah

dan mengikut kemampuan seseorang. Rasulullah S.A.W sentiasa menunjukkan

teladan kepada umatnya melalui bersedekah, Sabdanya yang bermaksud,

”Jagalah kalian dari Neraka, meskipun dengan hanya separuh kurma”. (Hadis

Bukhari). Bagi diri saya dengan amalan bersedekah, mudahan rezeki yang kita

perolehi diberkati dan apa yang dimiliki bukannlah kepunyaan kita semuanya.

Terdapat hak-hak orang lain daripada rezeki yang kita perolehi seperti untuk

anak yatim, orang miskin, kedua ibu bapa serta keluarga dan tidak ketinggalan

sahabat handai.

Dalam kehidupan seharian seorang muslim adalah bertunjangkan akidah

yang berteraskan enam rukun iman iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada

malaikat, beriman kepada kitab-kitab, beriman kepada para rasul, beriman

kepada hari kiamat dan beriman kepada qada’ dan qadar. Rukun Iman

merupakan pelngkap jiwa bagi seorang muslim. Ia merangkumi kesemua aspek-

aspek rohani yang diperlukan untuk memperkuatkan akidah kita.

Amalan agama Islam yang diamalkan dalam aktivti keluarga seperti solat

berjemaah. Dalam sesebuah keluarga, ibu bapalah yang mencorakkan akhlak

anak-anak. Oleh itu mereka perlu diajar cara mengambil wudu’ dan bersolat

seawal umur lima tahun. Kanak-kanak telah didedahkan sejak dari kecil lagi yang

mana kedua ibu bapanya mementingkan solat. Anak-anak akan meniru

perlakuan solat yang dilakukan oleh kedua ibu bapa mereka. Ini diakui oleh saya

sendiri yang mana anak-anak kecil yang berusia tiga tahun melakukan perlakuan

solat.

Kebiasaanya, saya dan keluarga melakukan solat secara berjemaah yang

dilakukan di rumah. Ia dapat menghubungkan kasih sayang antara ahli keluarga

dan dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi secara bersama.

Banyak fadhilat yang diperolehi melalui solat berjemaah, antaranya mendapat

pahala yang berlipat kali ganda, membiasakan umat mentaaati pemimpin-

pemimpinnya, meghidupkan peraan merdeka, persamaan dan persaudaraan.

12

Page 9: Tugasan elm3101

Jika solat berjemaah dilakukan di masjid, para jemaah yang dikenali

sebagai makmum berada pada baris saf yang sama. Mereka bersama antara

orang kaya dan miskin yang kesemuanya merendah diri menyembah Allah. Pada

ketika itu adanya rasa persamaan dan persaudaraan dalam jiwa mereka kerana

tiada perbezaan pangkat dan darjat.

Pengurusan masa juga merupakan amalan dalam keluarga saya, ini

kerana Islam menganggap ia sebahagian daripada hidup manusia. Pepatah Arab

ada menyebut ” masa itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya nescaya

ia akan memotong kamu”. Allah S.W.T telah menjelaskan kepentingan masa di

dalam al-Quran seperti firman-Nya ”Demi masa, sesungguhnya manusia itu di

dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka

pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar’.

(Surah al-Asr: Ayat 1-3).

Islam mengambil berat mengenai masa sehingga di hari akhirat nanti

Allah akan mempersoalkan mengenai masa dan bagaimana diuruskan. Setiap

masa mempunyai kelebihannya tersendiri, contohnya waktu sepertiga akhir

malam pada setiap ramadan dan hari Jumaat adalah waktu terbaik untuk berdoa

dan beribadat kepada Allah. Justeru itu, ia bergantung kepada kebijaksanaan

kita menguruskan untuk merebut waktu-waktu tertentu seperti bangun tengah

malam untuk solat sunat tahajjud.

Kita sebagai hambanya perlu menguruskan masa supaya tidak

menimbulkan kerugian dalam hidup dengan memperuntukkan masa beribadat,

masa bekerja, masa untuk menambahkan ilmu pengetahuan, masa berkeluarga,

masa bermasyarakat dan bersosial, masa berehat. Setiap muslim perlu

menyusun dan mengatur jadual harian kepada dua bidang tanggungjawab iaitu

tanggungjawab umum dan khusus iaitu melaksanakan tugas yang diamanahkan

kepada kita dan tugas kepada diri sendiri.

13

Page 10: Tugasan elm3101

Terdapat banyak adab dalam Islam yang berkait dengan aktiviti yang

dilakukan dalam sesebuah keluarga. Contohnya adab mendidik anak-anak, ia

selari dengan peranan saya sebagai seorang ibu. Antaranya mengajar dan

membiasakan mereka dengan akhlak terpuji, menghormati ibu bapa dan orang

yang lebih tua, menjaga hidup mereka dengan cara hidup Islam dan lain-lain.

Dalam kehidupan terdapat banyak adab seperti adab berpakaian, adab

wanita di dalam dan luar rumah, adab isteri terhadap suami, adab makan, adab

tidurdan bermacam lagi. Kepentingan adab atau akhlak ialah menjadikan

seseorang individu berbudi pekerti, perangai dan tingkah laku yang baik. Kita

mesti menghindari tingkah laku yang buruk agar menjadi insan yang cemerlang

di dunia dan akhirat.

Amalan agama Islam yang dilaksanakan oleh saya dan keluarga selama

setahun seperti menunaikan zakat, menuntut ilmu, melakukan ibadah qurban,

menqada’ puasa kerana kedatangan haid atau nifas, melakukan proses jual beli

secara Islam.

Menunaikan zakat hukumnya fardu ain ke atas tiap-tiap orang Islam yang

cukup syarat. Mengeluarkan zakat adalah rukun Islam yang keempat, ia sering

dikaitkan dengan solat demi menunjukkan Islam amat mengutamakan amalan

ijtimai (kemasyarakatan) dalam kehidupan umatnya. Nabi Muhammad S.A.W

menyatakan: ” Apabila yang demikian telah mereka lakukan (bersyahadah dan

bersolat), sampaikanlah kepada mereka (penduduk Yaman) bahawa Allah

mewajibkan mereka membayar zakat, diambil daripada orang-orang kaya lalu

diberikan kepada orang-orang fakir,” (Hadis Ibn Abbas r.a, Riwayat Muslim).

Zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat fitrah dan zakat harta.

Zakat fitrah bertujuan untuk menyucikan diri orang yang berpuasa dari kata-kata

dan perbuatan-perbuatan yang keji. Zakat fitrah bagi diri saya dan anak-anak

adalah di bawah tanggungjawab suami. Zakat fitrah dibayar melaui amil yang

telah dilantik oleh Jabatan Agama Islam.

Alhamdulillah, pada setiap tahun saya dan suami membayar zakat wang

simpanan berkat limpahan rezeki kurniaan Ilahi. Kepentingan zakat kepada diri

ialah membersihkan harta, menyucikan jiwa dan meningkatkan peribadi yang

14

Page 11: Tugasan elm3101

terpuji. Mudahan kita menjadi orang yang istiqamah menunaikan zakat, agar

diberikan keberkatan dalam kehidupan di dunia dan keuntungan di akhirat yang

tidak ternilai harganya.

Zakat juga berperanan dalam pembangunan ekonomi ummah. Ia

menunjukkan kaum muslimin dengan sifat-sifat mahu berkorban dan berbakti

kepada golongan yang memerlukan. Orang yang berhak menerima zakat ialah

fakir, miskin, para amil, muallaf, hamba, orang yang berhutang, di jalan Allah dan

musafir. Zakat sangat penting dalam membela kehidupan dan ekonomi

masyarakat Islam seluruhnya. Ia merupakan pemangkin kepada kemajuan

ekonomi umat yang tiada dalam agama-agama lain.

Kewajipan menuntut ilmu pula adalah wajib kepada semua individu

muslim . ini berdasarkan hadis Rasulallah SAW bermaksud ” Menuntut ilmu

adalah wajib ke atas setiap muslim”. Berdasarkan hadis tersebut, tuntutan ini

bermula sejak dari buaian hinggalah ke liang lahad. Kewajipan ini bertambah

besar jika kita tidak mengetahui tentang sesuatu ilmu, perlulah kita

mempelajarinya.

Ilmu dibahagikan kepada dua iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu

yang diwajibkan ke atas setiap individu muslim yang meliputi ilmu akidah, syariah

dan akhlak. Ilmu tersebut boleh kita perolehi melalui mengikuti kelas agama,

mendengar ceramah agama, mengikuti forum dan perbincangan melalui media

cetak dan media elektronik. Kini banyak kemudahan yang boleh digunakan untuk

meningkatkan ilmu agama melalui pembacaan buku-buku keagamaan,

mendengar ceramah agama melalui televisyen atau radio.

Kepentingan mendalami ilmu Islam ialah untuk mencari keredhaan Allah

dan memanfaatkan ilmu yang dipelajari untuk faedah diri dan kepentingan

masyarakat manusia dan alam seluruhnya,

Amalan seterusnya yang pernah dilaksanakan ialah membuat ibadah

qurban. Ia dilakukan semata-mata kerana Allah pada hari Raya Aidiladha dan

hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Binatang-binatang yang sah

diqurbankan ialah kambing, kibasy, unta dan lembu atau kerbau. Daging qurban

tidak boleh dijual dan disedekahkan kepada yang berhak.

15

Page 12: Tugasan elm3101

Kepentingan ibadah qurban kepada individu muslim ialah mengingati

kisah pengorbanan antara Nabi Ibrahim A.S dengan anaknya Nabi Ismail A.S..

Bersandarkan pada kisah tersebut begitu besar pengorbanan yang dilakukan,

kita perlu mengorbankan seluruh jiwa dan raga juga harta benda ke jalan yang di

redhai Allah.

Menqada’ puasa adalah menjadi rutin sebelum tibanya ramadan pada

tahun yang berikutnya. Kebiasaanya sebagai seorang wanita keluar darah haid

dan nifas antara perkara yang membatalkan puasa. Bilangan hari yang

diqada’kanadalah mengikut jumlah hari yang tidak berpuasa. Hukum menqada’

puasa adalah wajib.

Hikmah menggantikan puasa ialah kita masih dapat mencukupkan

sebulan berpuasa kerana ibadah berpuasa di bulan ramadan tiba hanya sekali

dalam setahun. Kepentingan kita menqada’kan puasa ialah tidak diragukan

kerana takutkan Allah Ta’ala bahawa Dia Maha Mengetahui dan Melihat. Kita

yakin pada hari akhirat dan kehadiran mahkamah Allah. Taat kepada Allah dan

rasulNya dan timbulnya perasaan yang kuat untuk menunaikan kewajipan,

menguji kesabaran dan kesanggupan menahan hawa nafsu. Inilah sifat takwa

hasil didikan puasa yang kita lalui. Mendididk kita sifat jujur dan amanah dan

rasa tanggungjawab terhadap amanah Allah.

Dalam sudut ekonomi Islam pula, saya mengamalkan sistem muamalat

islam seperti Al-Wadiah, al-Mudharabah dan Al-Murabahah dalam urusan

simpanan wang di bank dan Al-Ijarah dalam perjanjian sewa beli seperti

kenderaan atau rumah. Sistem muamalat secara Islam dapat memudahkan

urusan kehidupan manusia, mengelakkan berlakunya penindasan dan kezaliman

terhadap golongan yang lemah, manusia hidup dalam keadaan aman dan damai,

mewujudkan sifat tanggungjawab, mengeratkan hubungan silaturrahim antara

ahli masyarakat serta melaksanakan tuntutan agama Islam dan membangunkan

ekonomi.

Falsafah muamalat Islam menekankan tentang tatacara yang dipersetujui

oleh manusia untuk mendapatkan sesuatu keperluan dengan cara yang diredhai

16

Page 13: Tugasan elm3101

Allah. Ia berjalan atas dasar tolong menolong, bantu membantu, kerjasama

untuk kebaikan.

Kesimpulannya, mengamalkan dan menghayati agama Islam dalam

kehidupan seharian dapat membimbing manusia ke jalan yang benar. Islam

merupakan ajaran yang bersumberkan wahyu Allah, disampaikan seluruh

manusia melalui utusannya Rasllullah SAW untuk kesejahteraan manusia, baik

di dunia mahupun di akhirat. Hakikat terjemahan Islam yang sebenarnya adalah

melingkupi agama dan kebudayaan. Hal ini juga diakui oleh para orientalis barat

seperti yang termaktub dalam ’Shorter Encyclopedia of Islam’:

”the wider signification given to the term Islam as a cultural complex, embracing

specific political structures and legal and social traditions”.

Pendidikan Islam Sebagai Penggerak Pembaharuan ( Basri Agus; 1984;18)

Oleh hal yang demikian, faktor dalaman dan luaran yang mendorong

manusia memerlukan agama Islam haruslah memainkan peranan. Dalam

ssebuah kehidupan, semua perkara haruslah lahir dari hati yang yang ikhlas.

Apabila hati ikhls dalam melakukan sesuatu perkara, semuanya akan berjalan

dengan lancar dan sempurna.

Dalam rutin harian individu terdapat garis panduan hukum iaitu wajib,

sunat, harus, makruh dan haram. Dengan melakukan segala apa yang disuruh

dan meninggalkan segala apa yang dilarang. Segala kebaikan akan diganjarkan

dengan pahala manakala kejahatan akan dibalas dengan dosa di akhirat kelak.

Oleh itu, sebagai hambaNYA kita perlu meningkatkan tahap keimanan

terhadap Allah SWT. Sesungguhnya iman itu adalah tinggi nilainya yang tidak

dapat dijual beli mahu pun diwarisi oleh seorang ayah yang bertakwa. Iman

perlulah dicari di dalam diri kita sendiri kerana tidak semua orang dapat merasai

nikmat kemanisan iman itu sendiri. Apabila kita beriman, segala tingkah laku kita

juga akan terkawal.

Beriman, berilmu dan beramal saling melengkapi antara satu sama lain

untuk menjadikan insan yang bermoral, berakhlak tinggi dan cemerlang di dunia

dan akhirat.

17

Page 14: Tugasan elm3101

Soalan tugasan KKBI bagi kursus Pengenalan Kepada Konsep Asas

Moral (ELM 3101) diterima sewaktu tutorial pertama pada 23 Jun 2012. Soalan

dibaca dengan teliti untuk memahami kehendak tugasan. Tugasan satu ialah

membuat persembahan digital menggunakan perisian MS Power Point yang

bertajuk “Huraikan Teori Pembelajaran Humanistik (Carl Rogers). Seterusnya

bagi tugasan kedua ialah membuat kertas laporan yang bertajuk “ Bagaimana

saya mengamalkan dan menghayati agama saya dalam kehidupan dan

kepentingannya kepada saya”. Akhir sekali, dikehendaki membuat refleksi

proses melaksanakan tugasan kerja kursus.

Sebelum mencari bahan untuk membuat tugasan satu, terbayang

difikiran tajuk teori pembelajaran Carl Rogers sudah dipelajari pada semester

dua yang lalu. Namun terlintas dihati untuk meneliti pro forma kursus ELM 3101

yang mana topik tersebut di bawah tajuk enam iaitu teori perkembangan moral

kanak-kanak.. Ini bermaksud, teori pembelajaran Carl Rogers hendaklah

dikaitkan dengan perkembangan moral kanak-kanak.

Nota-nota yang berkaitan dengan teori pembelajaran Rogers dicari

melalui internet dan buku Murid dan Alam Belajar. Setelah meneliti isi-isi penting

bagi tajuk tersebut, saya merangka slaid menggunakan perisian MS Power

Point. Elemen ICT yang telah digunakan dalam persembahan ini ialah

penggunaan animasi dan warna yang sesuai dan menarik. Gambar yang sesuai

mengenai teori pembelajaran Rogers yang berkaitan dengan perkembangan

moral kanak-kanak dipilih.

Semasa membuat tugasan ini kemahiran ICT dan kemudahan internet

digunakan untuk menghasilkan persembahan yang menarik. Teori mazhab

Rogers difahami dengan teliti supaya tidak berlaku kekeliruan dengan merujuk

beberapa sumber. Kemahiran mengingat kembali pelajaran lalu dan

mengaplikasikan dengan teori perkembangan moral kanak-kanak dan

mengaitkan dengan situasi sebenar di dalam bilik darjah dan sekolah.

Setelah selesai menghasilkan persembahan digital tersebut, teori

pembelajaran Rogers dapat difahami dengan lebih jelas melalui contoh-contoh

yang diberkaitan dengan tingkah laku. Tingkah laku mempengaruhi tindakan

18

Page 15: Tugasan elm3101

sesorang yang mana diri kita sendiri yang akan menentukan hala tuju untuk

berjaya atau tidak. Teori perkembangan moral kanak-kanak berkait dengan teori

pembelajaran kerana pembelajaran bermula sejak dari kecil lagi.

Saya akan membentangkan persembahan Power Point ini pada tutorial

yang kelima, yang mana tajuk ini adalah tajuk yang terakhir. Melalui tugasan satu

ini, saya dapat perhatikan tingkah laku anak murid yang bermoral dan

mengaitkan dengan teori pembelajaran Rogers. Saya akan mengaplikasikan di

dalam bilik darjah, sebagai seorang guru kita perlu mengetahui kecenderungan

seseorang murid, maka kecenderungan bakat tersebut hendaklah dipupuk dan

diberi dorongan. Bagi murid yang menunjukkan tingkah laku yang bermoral boleh

dijadikan role model di dalam bilik darjah. Ia bertujuan agar murid lain meniru

perlakuan positif yang bermoral,

Seterusnya untuk tugasan kedua iaitu menyediakan kertas laporan yang

menerangkan amalan agama Islam dalam rutin harian individu, dalam aktiviti

keluarga dan dalam aktiviti selama setahun.

Sebelum membuat laporan yang dikehendaki, amalan-amalan agama

telah disenaraikan mengikut klasifikasinya. Dengan merujuk beberapa sumber

seperti buku, internet, majalah dan artikel, huraian bagi setiap amalan ditelusuri

dan difahami. Ia perlu difahami terlebih dahulu kerana secara tidak langsung

dapat menambah pengetahuan tentang Islam.

Semasa membuat laporan, banyak ilmu yang saya pelajari melalui

pembacaan daripada buku-buku dan artikel. Ia menyegarkan semula ingatan

terhadap apa yang telah dipelajari semasa bergelar seorang pelajar sekolah dan

guru pelatih. Amalan agama Islam yang dimasukkan ke dalam laporan adalah

apa yang telah dilakukan oleh saya dan keluarga. Namun masih banyak amalan-

amalan yang perlu saya dan keluarga pertingkatkan untuk mendekatkan diri

pada Yang Esa.

Semasa proses mencari si-isi penting, huraian bagi setiap amalan dibaca

dan difahami, maka timbulnya keinsafan dalam diri bahawa Islam itu sangat

indah. Cukup lengkap dari pelbagai aspek yang telah diatur oleh Allah SWT

19

Page 16: Tugasan elm3101

untuk hambanya. Namun adakala kita sebagai manusia lalai seketika dalam

mengabdikan diri kepadaNYA.

Selepas membuat laporan ini, saya berazam untuk memperbaiki

kelemahan diri dan meningkatkan kekuatan diri. Budaya membaca tentang ilmu

agama Islam perlu ditingkatkan supaya dunia Islam sentiasa melingkari hidup

seorang muslim. Untuk melahirkan insan yang bermoral dan berakhlak mulia,

guru turut memainkan peranan membentuk anak didiknya jua. Sebagai seorang

guru Islam perlu memberikan contoh cara hidup, cara berpakaian yang

berlandaskan Islam kepada murid-murid agar menjadi ikutan kelak.

20

Page 17: Tugasan elm3101

RUJUKAN

BUKU

Ust. Dzulkarnain Hamzah, U.L.M.(2009). Pengertian Solat Dalam Islam. Kuala

Lumpur.: AnNur Publication.

Ust. Sulaiman Endut. (2006). Asas-Asas Fardu Ain. Kuala Lumpur: Pustaka Hj.

Abd. Majid.

Ustz. Rokisah Muda. (2011). Pendidikan Islam 1. Tg. Malim, Perak: Politeknik

Sultan Azlan Shah.

Aiman Daima. (2001). Tasawur Islam. Selangor: Pustaka Ilmi.

INTERNET

www.islam.gov.my/

www.maim.gov.my

www.ms.wikipedia.org/wiki/solat

www.ms.wikipedia.org/wiki/islam

www.az_esei_jan2010.blogspot.com

www.tanbihul_ghafilin.tripod.com

21

Page 18: Tugasan elm3101

22