2Taklimat Umum KSSR + DSKP_120414ori.pptx

23
1 KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Transcript of 2Taklimat Umum KSSR + DSKP_120414ori.pptx

Taklimat Umum KSSR

1KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

1Kurikulum Kebangsaan SUATU PROGRAM PENDIDIKAN YANG TERMASUK KURIKULUM DAN KEGIATAN KOKURIKULUM YANG MERANGKUMI SEMUA PENGETAHUAN, KEMAHIRAN, NORMA, NILAI, UNSUR KEBUDAYAAN DAN KEPERCAYAAN UNTUK MEMBANTU PERKEMBANGAN SESEORANG MURID DENGAN SEPENUHNYA DARI SEGI JASMANI, ROHANI, MENTAL DAN EMOSI SERTA UNTUK MENANAM DAN MEMPERTINGKATKAN NILAI MORAL YANG DIINGINI DAN UNTUK MENYAMPAIKAN PENGETAHUAN

Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

Latar belakang

1983

1993

2003

2011Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) KBSR (Semakan)

1983Pelaksanaan secara terhad kpd 305 buah sekolah pd 1982 dan pelaksanaan penuh pd 1983 dengan melalui pelbagai cabaran dan perubahan- KPM telah menjalankan penilaian berterusan dari semasa ke semasa utk melihat keberkesanan KBSR. Antara aspek yg dinilai termasuk pelaksanaan KBSR dlm bilik darjah, kesediaan guru, kemampuan guru besar sebagai pengurus kurikulum dan kesesuaian bahanHasil penilaian dfibentang kan dalam Seminar Kebangsaan Pelaksanaan KBSR pada tahun 1990. Dapata-dapatan seminar menunjukkan penyemakan KBSR perlu dilakukanPada tahun 1984 , unsur-unsur amalan perdaganagan telah disisipkan dlm mp matematik dan pd tahun yg sama MP Kemahiran manipulatif diperkenalkan. 1993 :Kedua-dua unsur ini digabungkan sebagai mata pelajaran baharu iaitu Kemahiran Hidup pd tahun 19992/93 yang diperkenalkan kepada murid tahap 2 mulai tahun 4 secara berperingkat-peringkat.Mata Pelajaran Alam dan manusia juga dipekenalkan bagi menggantikan MP sains dan Kajian Tempatan pada 1994/95Memandangkan penekanan KBSR kini lebih tertumpu kpd kesepaduan, maka pada tahun 1993 keputusan telah diambil supaya KBSR diubahkan kpd Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

2003: KBSR disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 2011:KBSR (semakan) telah digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:

- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial- Warganegara yang bertanggungjawab- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)- Pekerja berilmu

3Mengapa Standard?KSSREkuiti dan KualitiSemua murid perlu diberi pendidikan yang sama dan berkualiti Akauntabiliti Pentadbir dan guru memastikan murid melepasi piawaian standard yang ditetapkan Skema dan piawai pengukuran Pengetahuan dan kemahiran perlu diukur dengan jelas4Reka Bentuk KSSR

Tunjang Komunikasi - memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. - memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul. - Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang- tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. - Disiplin ilmu dalam tunjang ini ialah BM, BI, BC, BT, BA, BC Sekolah Kebangsaan, BT Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan estetika

- memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

Tunjang kemanusiaanmemberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan: pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologiDisiplin ilmu ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.

5Elemen Merentas Kurikulum

EMK sedia ada Bahasa, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni, Sains dan Teknologi, Patriotisme, Kemahiran Berfikir, KepimpinanElemen Merentas Kurikulum sedia ada ditambah dengan memperkenalkan elemen:Kreativiti dan InovatifKeusahawanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

EMK ini bertujuan untuk memberi lebih fokus bagi pembangunan modal insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatifmempunyai ciri dan sikap keusahawananserta dapat menguasai kemahiran TMK

6(PPK, 2001)Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan pembelajaran yang dihasratkanKURIKULUM

KANDUNGANPENTAKSIRANPEDAGOGIAPAKAH OBJEKTIF PEMBELAJARAN YANG HENDAK DICAPAI?APAKAH PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG BOLEH MENCAPAI OBJEKTIF?BAGAIMANAKAH PENGALAMAN PEMBELAJARAN BOLEH DIRANCANG SECARA BERKESAN?BAGAIMANAKAH CARA MENENTUKAN HASRAT PEMBELAJARAN SUDAH TERCAPAI?7

KURIKULUM KANDUNGAN Isi kandungan mata pelajaran

Matlamat dan objektif pembelajaran/hasil pembelajaran yang dihasratkan melalui mata pelajaran tersebut.PEDAGOGIPengalaman pembelajaran yang seharusnya dilalui menerusi teknik dan kaedah yang berkualiti ke arah mencapai objektif pembelajaranSusun atur pengalaman pembelajaran yang terancang bagi mencapai objektif pembelajaran

PENTAKSIRANKaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah dicapai KEPENTINGAN PENTAKSIRAN MURID GURU9 Mendapatkan gambaran tentang perkembangan muridMenilai keberkesanan PdPMembantu memperbaiki PdP Membantu perancangan tindakan susulan

Memahami tujuan mereka belajar dan mengetahui kemajuan pembelajaran merekaMeningkatkan motivasi dan keyakinan diriMendapat maklumbalas tentang tindak susul yang perlu dilakukan

9SUMATIFFORMATIF 10Secara berterusan dalam proses PdPMaklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasaiMaklumat tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid Contoh: latihan, kerja rumah, kuiz, lembaran kerja, tugasan projek murid dan pemerhatianPentaksiran pada akhir unit pembelajaran, penggal, bulan atau tahunMemberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lainDigunakan untuk membuat pemilihanContoh: Ujian topikal, ujian bulanan, peperiksaan penggal persekolahanPENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAHPERBEZAANSemasa PdPPelaporan dalam bentuk deskriptifPelaporan dalam bentuk skor/gredDilaksanakan secara berterusan

BerkalaMaklumat membantu meningkatkan kualiti PdPMaklumat menunjukkan tahap pencapaian muridTindakan susulanFORMATIFSUMATIFBerlaku pada akhir suatu tempoh pembelajaran PENTAKSIRAN PUSAT

PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAHDokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP)13APASatu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran.

Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi).

MENGAPAMembantu untuk memudahkan guru melaksanakan pentaksiran dalam proses PdP.

BAGAIMANAGuru melaksanakan PdP dan menjalankan pentaksiran dengan merujuk satu dokumen sahaja.

Guru mentaksir perkembangan dan pencapaian murid melalui Standard Prestasi.

DSKP mengandungi: Standard KandunganStandard PembelajaranPenyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.Standard PrestasiSatu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai

KRITERIA PENCAPAIAN YANG BERASASKAN SETIAP KELOMPOK STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARANYANG DITETAPKANTahap PenguasaanTafsiran Tahap Penguasaan Secara UmumTAHAP PENGUASAANTAFSIRAN1Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.

6Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.16PELAPORAN TAHAP PENGUASAAN MURID

TIDAK SECARA DALAM TALIAN

MENGGUNAKAN APLIKASI MS EXCEL

GURU PERLU MEMBUAT PENTAKSIRAN APABILA LENGKAP MENGAJAR SATU KELOMPOK STANDARD KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN

REKOD DISIMPAN DI SEKOLAH UNTUK: - TINDAK SUSUL - PELAPORAN KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN17NOTATIADA UJIAN SETARA DI PERINGKAT DAERAH, NEGERI ATAU SEKOLAH CONTOHNYA UJIAN BULANAN SETARAUJIAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN DILAKSANAKAN DI SEKOLAH SEBAGAI PENTAKSIRAN SUMATIF18Garis Masa Pelaksanaan Penggunaan DSKPKohortTahun 1Tahun 2Tahun 3Tahun 4Tahun 5Tahun 62011KSSR DSK+DSPKBSR SP+HSPKBSR SP+HSPKBSR SP+HSPKBSR SP+HSPKBSR SP+HSP2012KSSR DSK+DSPKSSR DSK+DSPKBSR SP+HSPKBSR SP+HSPKBSR SP+HSPKBSR SP+HSP2013KSSR DSK+DSPKSSR DSK+DSPKSSR DSK+DSPKBSR SP+HSPKBSR SP+HSPKBSR SP+HSP2014KSSR DSK+3PMKSSR DSK+3PMKSSR DSK+3PMKSSR DSKPKBSR SP+HSPKBSR SP+HSP2015KSSR DSK+3PMKSSR DSK+3PMKSSR DSK+3PMKSSR DSKPKSSR DSKPKBSR SP+HSP2016KSSR DSK+3PMKSSR DSK+3PMKSSR DSK+3PMKSSR DSKPKSSR DSKPKSSR DSKP2017KSSRsemakan DSKPKSSR DSK+3PMKSSR DSK+3PMKSSR DSKPKSSR DSKPKSSR DSKP2018KSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSR DSK+3PMKSSR DSKPKSSR DSKPKSSR DSKP2019KSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSR DSKPKSSR DSKPKSSR DSKP2020KSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSR DSKPKSSR DSKP2021KSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSR DSKP2022KSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSRsemakan DSKPKSSR DSK + DSP= Dokumen Standard Kurikulum + dokumen Standard PrestasiKSSR DSK+3PM = Dokumen Standard Kurikulum + Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (3PM)

19Organisasi & Peruntukan Masa KSSR Tahap IIBILMATA PELAJARANMASA DALAM SEMINGGU (MINIT)SKSJKCSJKTMATA PELAJARAN TERAS1Bahasa Malaysia 3002402402Bahasa Inggeris 3001801803Bahasa Cina -300-Bahasa Tamil--3004Matematik1801801805Sains1201201206Pendidikan Islam/ Pendidikan Moral1801501507Pendidikan Jasmani 6060608Pendidikan Kesihatan3030309Pend. Seni Visual60606010Pend. Muzik30303011Reka Bentuk & Teknologi/Teknologi Maklumat dan Komunikasi60606012Sejarah606060MATA PELAJARAN ELEKTIF13B. Arab/BCSK/BTSK/B. Iban/B. Kadazandusun/B. Semai90--Perhimpunan303030Jumlah150015001500KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PROFESSIONAL LEARNING COMMUNITY)Mengadakan perjumpaan bersama panitia pada setiap minggu, 1 - 2 jam selepas waktu sekolah. Pengisian termasuk:

Melaksanakan kursus kepada panitia mengikut mata pelajaran

Membuat perancangan PdP bersama panitia (lesson study)

Membincangkan strategi PdP berkesan

Melaksanakan coaching and mentoring

PLC ialah singkatan kepada program profesional learning communities. PLC merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu sekolah meningkatkan pencapaian.

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka.(Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many, 2006, )

Tujuan PLC: - meningkatkan prestasi panitia dan seterusnya meningkatkan pencapaian sekolah, serta merealisasikan kualiti guru yang cemerlang.-Meningkatkan kualiti dan amalan pembelajaran dan pengajaran guru.-menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan bekerjasama dalam kalangan guru.- Mewujudkan semangat kerja berpasukan.- Membangunkan sekumpulan pengurus mata pelajaran yang pakar untuk membantu dan memberi bimbingan kepada pengurus-pengurus mata pelajaran yang lain coaching partnership

21Portal

http://web.moe.gov.my/bpk/v2/kssrTerima Kasih23