3112

4
MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK CYBERJAYA PUAN NORMA BT DAUD [ HADIRIN BERDIRI ] Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Mantan Pengetua SMK Cyberjaya, Puan Norma bt Daud bersama barisan pentadbir ke Majlis Perpisahan. [ HADIRIN DUDUK ] Yang berbahagia Puan Norma bt Daud, Mantan Pengetua SMK Cyberjaya, Yang Berusaha Puan Ng Sie Fong, Pengetua SMK Cyberjaya, Yang Dihormati Puan Habshah bt Mohamad PK Akademik, Puan Che Supiah bt Che Awang, PK HEM, Puan Aslaniah bt Jamali, PK Kokurikulum, Puan Nor Asiah bt Bahrin, PK Tingkatan 6, En Rushdan bin Mohamed, YDP PIBG SMK Cyberjaya, Guru2 Kanan M/Pelajaran, barisan pendidik anak bangsa serta pelajar2 yang disayangi sekalian... Assalamualaikum wbt… Batu kecubung warna ungu Ditatah berlian batu bermutu Adat Melayu menyambut tamu Hamparkan tikar lebarkan pintu Alhamdulillah, puji2an dirafakkan ke hadrat Allah swt kerana atas keizinan-Nya dan rahmat-Nya dapatlah kita berkumpul bersama dalam majlis perpisahan mantan Pengetua SMK Cyberjaya, Puan Norma bt Daud. Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput saudara Hanif Hanafi bin Rosdi dari kelas 4 Akaun untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. *************************************** BACAAN DOA ******************************************* 1

description

21212

Transcript of 3112

Page 1: 3112

MAJLIS PERPISAHAN MANTAN PENGETUA SMK CYBERJAYAPUAN NORMA BT DAUD

[ HADIRIN BERDIRI ]

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Mantan Pengetua SMK Cyberjaya, Puan Norma bt Daud bersama barisan pentadbir ke Majlis Perpisahan.

[ HADIRIN DUDUK ]

Yang berbahagia Puan Norma bt Daud, Mantan Pengetua SMK Cyberjaya,Yang Berusaha Puan Ng Sie Fong, Pengetua SMK Cyberjaya,Yang Dihormati Puan Habshah bt Mohamad PK Akademik,Puan Che Supiah bt Che Awang, PK HEM,Puan Aslaniah bt Jamali, PK Kokurikulum, Puan Nor Asiah bt Bahrin, PK Tingkatan 6,En Rushdan bin Mohamed, YDP PIBG SMK Cyberjaya,Guru2 Kanan M/Pelajaran, barisan pendidik anak bangsa serta pelajar2 yang disayangi sekalian...

Assalamualaikum wbt…

Batu kecubung warna unguDitatah berlian batu bermutuAdat Melayu menyambut tamuHamparkan tikar lebarkan pintu

Alhamdulillah, puji2an dirafakkan ke hadrat Allah swt kerana atas keizinan-Nya dan rahmat-Nya dapatlah kita berkumpul bersama dalam majlis perpisahan mantan Pengetua SMK Cyberjaya, Puan Norma bt Daud.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput saudara Hanif Hanafi bin Rosdi dari kelas 4 Akaun untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

*************************************** BACAAN DOA *******************************************

Amin ya Rabbal A’lamin. Terima kasih saudara Hanif Hanafi atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita pada pagi ini dilimpahi keberkatan daripada Yang Maha Esa.

Hadirin sekalian,

Majlis nan damai ini akan diteruskan dengan ucapan daripada Wakil Pelajar. Untuk itu, majlis mempersilakan saudara Muhammad Faris bin Rosli untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

1

Page 2: 3112

**************************************** UCAPAN WAKIL PELAJAR ***************************Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Muhammad Faris atas ucapan yang disampaikan. Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Ng Sie Fong, Pengetua SMK Cyberjaya untuk menitipkan ucapan. Dengan setulus kasih, majlis mempersilakan.

******************************** UCAPAN PENGETUA - PUAN NG ***************************

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Ng Sie Fong atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi.

Ayam rintik di pinggir hutanNampak dari tepi telagaNama yang baik jadi ingatanSeribu tahun terkenang juga

Warga dewan sekalian,Tanpa melengahkan masa lagi, marilah sama-sama kita dengarkan bingkisan kata dan amanat daripada mantan Pengetua SMK Cyberjaya, Puan Norma bt Daud. Dengan setulus takzim, majlis mempersilakan.

***************** UCAPAN MANTAN PENGETUA - PUAN NORMA BT DAUD **************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Norma bt Daud atas ucapan yang penuh bermakna itu tadi.

Tanam lenggun tumbuh kelapaTerbit bunga pucuk matiBudi tuan kami tak lupaSudah terpahat di dalam hati

Hadirin sekalian,Majlis kita akan diteruskan dengan penyampaian cenderamata kenang2an daripada warga SMK Cyberjaya kepada mantan Pengetua. Untuk itu, majlis menjemput semua pentadbir mengiringi Pengetua SMK Cyberjaya Puan Ng Sie Fong untuk bersama-sama Puan Norma bt Daud di atas pentas Dipersilakan.

1. Dijemput Puan Ng Sie Fong mewakili barisan pentadbir untuk menyampaikan cenderamata kepada Puan Norma.

2

Page 3: 3112

2. Majlis menjemput YDP PIBG EN Rushdan Bin Mohamed mewakili PIBG utk menyampaikan cenderamata.

3. Seterusnya, dijemput Puan Norliza bt Karim mewakili guru2 untuk menyerahkan cenderamata.

4. Dipersilakan pula Puan Fauziah bt Idrus mewakili kakitangan SMK Cyberjaya utk menyampaikan cenderamata yang seterusnya.

5. Dipersilakan Pengerusi Pengawas Pusat Sumber, ___________________________________________ untuk menyampaikan cenderamata daripada Pusat Sumber.

6. Dipersilakan saudara Muhammad Faris bin Rosli mewakili anak2 didik SMK Cyberjaya untuk menyampaikan cenderamata.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Norma dan Puan Ng Sie Fong.

Majlis kini akan dihiburkan dengan persembahan Nasyid daripada Kumpulan Shoutul Ikhwan dengan lagu mereka, Hayyatun Toyyibah. Dipersilakan.

****************** PERSEMBAHAN 1 – NASYID HAYYATUN TOYYIBAH ********************

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kumpulan Shoutul Ikhwan atas persembahan itu tadi. Untuk makluman semua, kumpulan ini telah dibimbing oleh Ustazah Masturah bt Yusof.

Hadirin sekalian,Majlis akan diteruskan dengan persembahan multimedia yang dikendalikan oleh Cik Norhasmah bt Mahmod. Mari kita sama-sama saksikan.

****************************** PERSEMBAHAN MULTIMEDIA *********************************

Terima kasih Cik Norhasmah atas persembahan multimedia itu tadi. Kini, majlis mempersilakan kumpulan Shoutul Ikhwan sekali lagi untuk mempersembahkan nasyid yang berjudul Doa Perpisahan. Dipersilakan.

********************* PERSEMBAHAN 2 – NASYID DOA PERPISAHAN *********************

Sebelum saya mengundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.

3

Page 4: 3112

Dari mana hendak kemanaTinggi rumput dari padiTahun mana bulan manaDapat kita berjumpa lagi

Saya mewakili warga sekolah memohon ribuan ampun dan maaf atas segala salah dan silap terhadap mantan pengetua. Dengan ini maka berakhirlah Majlis Perpisahan Mantan Pengetua SMK Cyberjaya.

Wabillahi taufik walhidayah wsslm wbt

4