6. Refleksi SJH1108

download 6. Refleksi SJH1108

of 3

Transcript of 6. Refleksi SJH1108

  • 8/13/2019 6. Refleksi SJH1108

    1/3

    REFLEKSI

    NURUL ILINA SYAZWANI BINTI ZAMURI

    930513-02-5512

    PPISMP SEJARAH SEMESTER 3 AMBILAN JUN 2011

    Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya

    dapat juga tugasan untuk mata pelajaran Hubungan Antarabangsa (SJH1108) ini dapat

    disiapkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pensyarah mata pelajaran ini iaitu

    Encik Ab Razak Bin Abu Kasim telah memberikan tugasan ini pada 12 Ogos yang lalu.

    Pada mulanya, saya dan agak keliru dengan kehendak soalan kerana pengetahuan

    sedia ada saya tentang Hubungan Antarabangsa amatlah sedikit. Namun atas berkat

    Allah SWT, saya telah berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya.

    Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah

    yang telah memberikan banyak tunjuk ajar mengenai cara-cara membuat tugasan ini

    kepada saya. Pertolongan daripada pensyarah merupakan kekuatan dalam

    menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih

    kepada rakan-rakan lain yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak

    langsung.

    Tajuk tugasan ini berkehendakkan saya membuat kupasan tentang konsep

    hubungan luar dan hubungan antarabangsa serta kepentingannya. Penerangan yang

    diberikan haruslah lengkap dan berkualiti. Saya jga dikehendaki membuat

    perbandingan antara hubungan luar dan hubungan antarabangsa mengikut fakta yang

    tepat. Saya dapat mengetahui perbezaannya dari segi definisinya terlebih dahulu.

    Hubungan luar didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang

    dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah

    negara yang lain manakala hubungan antarabangsa pula ialah komunikasi antara

    rantau berbeza di seluruh dunia.

  • 8/13/2019 6. Refleksi SJH1108

    2/3

    Oleh kerana pengetahuan saya tentang Hubungan Antarabangsa amatlah

    sedikit, jadi telah mengambil langkah yang efektif dengan membuat rujukan iaitu

    dengan membaca buku yang berkaitan dengantajuk tugasan ini. Salah satu buku yang

    menjadi rujukan utama saya ialah buku Hubungan Luar Antarabangsa iaitu hasil karya

    Zulhilmi Paidi & Asrar Omar. Setelah itu, melalui pembacaan saya, barulah saya dapat

    memahami dan mengetahui konsep hubungan luar dan hubungan antarabangsa Hal ini

    disebabkan buku ini menerangkan dengan terperinci dan mudah untuk difahami.

    Selain itu, saya juga menghadapi masalah untuk menganalisis isu pelarian

    Rohingya dan isu pendatang asing tanpa izin. Hal ini demikian, sumber rujukan yang

    ada tentang tajuk ini sukar diperolehi. Namun, Alhamdulillah akhirnya saya dapat juga

    sebuah buku yang boleh dijadikan rujukan untuk tajuk ini. Buku yang saya maksudkan

    ini ialah Konflik Dunia Abad Ke-20 iaitu hasil karyaAbdullah Zakaria Ghazali &

    Zulkanain Abdul Rahman. Buku ini banyak menerangkan tajuk yang berkaitan dengan

    isu pelarian Rohingya.

    Seterusnya, setelah menyiapkan tugasan projek yang bertajuk Hubungan

    Antarabangsa ini, saya dapat melihat bahawa pelbagai kebaikan atau dalam erti kata

    lain manfaat yang telah saya peroleh sepanjang dalam proses menyelesaikan tugasan

    ini. Misalnya, saya mengetahiu betapa besarnya peranan Malaysia dalam memberi

    sumbangan ke arah kerjasama dan perpaduan serantau serta antarabangsa. Hal ini

    demikian kerana saya telah membuat rujukan daripada buku Pengajian Malaysia Edisi

    Keempat hasil penulisan daripada Mardiana Nordin & Hasnah Hussin. Buku ini sangat

    membantu saya untuk pencapaian Malaysia dalam memberi sumbangan ke arah

    kerjasama serantau serta antarabangsa.

    Saya juga telah membuat beberapa kolaborasi dengan pensyarah saya iaitu

    Encik Ab Razak Bin Abu Kasim supaya saya dapat menyelesaikan masalah yang saya

    hadapi. Alhamdulillah, setelah penerangan yang jelas daripada beliau, saya dapat dapat

    memahami bagaimana cara untuk membuat tajuk tugasan projek ini.

  • 8/13/2019 6. Refleksi SJH1108

    3/3