7 Mitos Mengenai Jualan Ebook oleh Neal Izham

10
7 Mitos mengenai jualan ebook.

description

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Transcript of 7 Mitos Mengenai Jualan Ebook oleh Neal Izham

7 Mitos mengenai jualan ebook.

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan

di Kluang, Johor. Mendapat pendidikan

awal di Negeri Johor dan mendapat

peluang melanjutkan pelajaran di MRSM

Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun

Ghaffar Baba).

Berjaya mendapat keputusan

yang cemerlang pada peringkat PMR

dan SPM seterusnya menyambung

pengajian ke peringkat matrikulasi di

Tangkak. Masakini beliau merupakan

pelajar sepenuh masa di Universiti

Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai

minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah

berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau

mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik

ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran.

Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan

paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia

ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau

bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Pendahuluan.

Antara cara paling mudah untuk jana pendapatan di internet adalah melalui

jualan ebook. Namun, tidak semua orang mengambil keputusan untuk jana

pendapatan melalui ebook. Mereka tidak menjual ebook kerana minda mereka

telah di sekat oleh sesuatu yang tidak perlu.

Jika anda ada masalah untuk memulakan perniagaan ebook, anda patut teruskan

bacaan anda kerana maklumat di dalam ebook ini memang boleh membantu

anda untuk membuang semua perasaan prasangka terhadap perniagaan ebook.

Berikut adalah tujuh mitos yang menghalang anda dari memulakan perniagaan

ebook.

Mitos Pertama : Anda perlukan idea yang unik dan hebat.

Untuk pengetahuan anda, idea tiada makna jika tiada pembeli. Kebanyakan

Internet Marketer menjana pendapatan melalui jualan ebook adalah dengan

menjual maklumat yang betul pada orang yang betul. Jika anda perhatikan

kebanyakan isi di dalam ebook boleh di dapati secara percuma di internet.

Namun, ebook mereka tetap terjual kerana mereka menjual pada orang-orang

yang terdesak untuk memperoleh maklumat di dalam ebook tersebut. Anda tidak

perlu ada idea yang bernas atau idea yang hebat untuk menulis ebook. Apa yang

anda perlukan hanyalah mencari sekelompok orang yang dahagakan sesuatu

maklumat dan jual ebook berdasarkan maklumat tersebut.

Mitos Kedua ; Anda perlu menjadi pakar.

Anda tidak perlu menjadi pakar untuk menulis sesuatu ebook. Apa yang anda

perlukan hanyalah kebolehan untuk menyampaikan sesuatu. Kualiti ebook

bergantung kepada sejauh mana kemampuan anda untuk menyampaikan sesuatu

kepada pembaca ebook.

Oleh itu, jika anda faham mengenai sesuatu, anda boleh menjual maklumat

tersebut. Anda baca 3 jenis buku dan anda faham apa yang di perkatakan di

dalam buku tersebut, kemudian anda olah mengikut kefahaman anda sendiri

dalam bentuk ebook dan jual ia kepada orang ramai di internet. Tidak susah

bukan??

Mitos ketiga : Masa untuk menghasilkan ebook adalah lama.

Inilah mitos yang selalunya mengganggu anda untuk menjadikan diri anda sebagai

penulis ebook. Tidak susah untuk menulis ebook. Anda cari masalah, selesaikan

masalah tersebut, kemudian anda jual penyelesaian tersebut kepada umum.

Proses penulisan ebook adalah sangat mudah.

Mitos Keempat : Anda perlu ada minat yang mendalam di dalam sesuatu tajuk

untuk memulakan penulisan ebook.

Minat tidak datang dengan sendiri. Minat datang apabila anda mula melakukan

penulisan ebook. Ketika anda mula menulis, anda akan melakukan kajian. Di

sinilah, minat anda akan datang kerana anda telah faham mengenai tajuk

tersebut.

Minat yang di maksudkan adalah apabila anda menulis, anda perlu serapkan

minat di dalam penulisan supaya hasilnya adalah memberangsangkan untuk di

baca.

Mitos Kelima : Anda memerlukan testimoni sebelum memulakan perniagaan

ebook.

Kadangkala ada di kalangan anda tidak berani untuk menjual ebook kerana tidak

tahu bagaimana hendak memperoleh testimoni. Senang sahaja, anda tulis ebook

anda dan beri ia kepada beberapa orang yang berkenaan untuk anda memperoleh

testimoni. Jangan rungsingkan diri anda. Anda boleh mulakan perniagaan ebook

tanpa testimoni asalkan jaminan anda mencukupi.

Testimoni adalah jaminan. Anda juga boleh meminta feedback dari pembeli untuk

di jadikan testimoni.

Mitos keenam : Niche tertentu telah tepu.

Di dalam perniagaan, tiada istilah tepu. Tepu hanya wujud apabila wang adalah

terhad, namun, wang di dunia adalah tidak terhad. DI dalam industri informasi,

semua jenis ebook boleh di jual walaupun di dalam niche tersebut hampir semua

perkara telah di terokai.

Ada sahaja jalan untuk menjadikan ebook anda lebih baik dari ebook orang lain.

Contohnya, wujudkan take action di dalam ebook, peta minda, teknik baru, kajian

terbaru, harga murah, lebih ringkas dan mudah di fahami dan lain-lain teknik lagi.

Mitos ketujuh : Susah untuk menemui USP

USP adalah unique selling point. Ia bermaksud anda perlu ada apa yang pesaing

anda tiada dan seterusnya mewujudkan pilihan baru kepada pengguna. Di dalam

industri ebook, amat mudah untuk mencari USP. Anda boleh melakukan pelbagai

teknik dan cara untuk mewujudkan USP di dalam ebook anda.

Penutup

Bukan senang hendak senang. Namun, jual ebook adalah kaedah yang senang

untuk anda jana wang di internet. Tiada apa yang dapat menghalang anda untuk

menjana wang di internet melainkan minda anda sendiri. Buang segala prasangka

di dalam minda anda dan mulakan perniagaan ebook anda sekarang tanpa ragu-

ragu lagi.

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com