7 pengenalan kepada kaunseling
-
Upload
herney-aqilah-kay -
Category
Documents
-
view
3.569 -
download
0
Transcript of 7 pengenalan kepada kaunseling
PENGENALAN KEPADA KAUNSELING
DEFINASI KAUNSELING
Kaunseling adalah berasal daripada perkataan Inggeris iaitu counseling.
Kaunseling merupakan satu bidang sains perlakuan terapan Kaunseling adalah
hubungan peribadi bersemuka antara dua orang, seorang adalah kaunselor dan
seorang lagi adalah kaunseli atau klien. Kaunselor, melalui perhubungan ini
dengan menggunakan kemahiran khususnya, menyediakan satu situasi atau
suasana, apabila kaunseli (seorang yang normal dari segi mental) dibantu
memahami masalah dirinya, memahami situasi semasanya serta kemungkinan
situasai masa hadapannya, supaya dia dapat mengunakan sifat-sifat peribadinya
dan potensinya dengan cara memuaskan dirinya dan memberikan faedah
kepada masyarakat. Dan selanjutnya dan mempelajari cara-cara menyelesaikan
masalah dan memenuhi keperluanya pada masa akan datang.
Perkhidmatan kaunseling ialah perkhidmatan peribadi yang diadakan
bagi membantu insan dalam menangani permasalahan yang berlaku keatas mereka.
Kaunseling juga berperanan sebagai satu tempat dimana seseorang yang bermasalah
membuat rujukan bagi menangani masalah kehidupan dalam seharian. Mereka cuba
untuk menyelesaikan masalah tersebut jadi sebagai kaunselor yang memepunyai
pengatahuan sepatutnya mereka menjadi penasihat atau pembimbing kepada insan
yang memerlukan bantuan ini denga memberi mereka cadangan atau membantu
mereka dalam mencari penyelesaian sendiri mengenai masalah mereka tadi.
Untuk mencapai tahap ketahanan dalam setiap permasalahan seharian ini kita
amat memerlukan bimbingan dan kaunseling bagi mengenali keupayaan sebenar diri
kita dan mengeksploitasi segenap sudut dan situasi bagi kegunaan diri untuk
mencapai kehidupan sejahtera dan membantu mewujudkan komuniti yang aman dan
tenteram. Melalui kursus ini anda akan diperkenalkan dengan topik-topik yang
komprehensif secara teori dan praktikal bagi mempertingkatkan keupayaan mengenali
dan mendekatkan diri anda dengan persekitaran yang dapat membawa anda kearah
kesejahteraan hidup.
. Justeru itu mengapa manusua memerlukan kaunseling? Dalam objektif
Kaunseling ia adalah untuk menumpukan kea rah memberi pertolongan kepada klien.
Selain itu, ia juga bermatlamatkan kepada kepuasan klien yang mendapat sesuatu
nikmat hasil daripada Kaunseling. Di samping itu, ia juga untuk memberi kesedaran
dalaman kepada klien.
Berikut adalah definasi-definasi kepada kaunseling:
1974 Patterson
Kaunseling dan psikoterapi merupakan satu proses menolong yang berlangsung
melibatkan perhubungan sesame insan yang diperlukan bagi rawatan spesifik untuk
orang yang bermasalah.
1976 Krumbolts &Thovenson
Kaunseling sebagai proses menolong orang dengan masalahnya melalui cara
pembelajaran.
1987 Cormier & Hackney
Satu perhubungan menolong di antara seseorang yang terlatih dan mahir dalam
teknik menolong secara pertuturan dan mempunyai pengetahuan berkenaan perlakuan
manusia, dengan seseorang yang meminta bantuan sama ada secara sukarela ataupun
paksa.
1996 Gladding
Mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses menolong individu yang normal
atau sihat daripada segi psikologi, menyekesaikan masalah berkaitan tugas-tugas
perkembangan dan keadaan hidup.
Mizan & Halimahtun (1996)
Pernah mengata bahawa kaunseling adalah proses pendidikan yang berterusan dalam
prinsip-prinsip kaunseling mereka. Prinsip-prinsip yang lain adaalah seperti berikut:
Setiap manusia adalah unik.
Setiap manusia mempunyai harga diri.
Manusia melalui proses sosialisasi, oleh itu manusia mempunyai pengalaman
yang berbeza.
Hubungan Kaunseling seharusnya bersifat sukarela supaya ada kerjasama.
Kaunseling adalah proses pendidikan yang berterusan.
PROSES DALAM KAUNSELING
Dalam prosedur kaunseling terdapat 6 langkah iaitu analisis, sintesis,
dignosis, pronogsis, kaunseling( rawatan), dan susulan. Ia adalah proses-proses
semasa kita ingin menjalankan bimbingan kaunseling.
ANALISIS
Peringkat pengumpulan semua data yang relevant tentang klien, termasuk data dari
skor ujian standard dan maklumat dari rekod komulatif klien. Menolong kaunselor
memahami klien melalui pengumpulan data dan penginteraksiannya menjadi satu
rekod yang komprehensif.
SINTESIS
Proses menggabungkan semua data yang relevan, menyusun dan mengaturnya
menjadi satu untuk memberikan gambaran yang komprehensif tentang klien. Melalui
proses ini kekuatan dan kelemahan klien dapat dikenalpasti dan ditentukan.
DIGNOSIS
Proses apabila berasaskan maklumat yang dikumpulkan, masalah dan puncanya
dikenal pasti. Kepakaran dan intuisi kaunselor sangat penting dalam tahap ini.
PRONOGSIS
Langkah atau proses apabila peluang kejayaan klien dan juga perkara yang mungkin
menghalang kejayaan klien dalam mengatasi suatu masalah yang diramalkan.
RESOLUSI
Tahap apabila klien dibeikan pertolongan secara langsung untuk mengatasi sesuatu
masalah.
KAUNSELING
Proses pertemuan bersemuka sebenar antara kaunselor dan klien yang bertujuan untuk
membantu pelajar. Sikap kaunselor amat penting semasa kaunseling. Kaunselor
dipandu oleh hipotesis bahawa individu mempunyai cukup keupayaan untuk
menghadapi dengan membina semua aspek kehidupannya yang terpendam.
TUJUAN KAUNSELING
1. Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
2. Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah
daripada kaunselor
Menggalakkan Celik Akal
1. Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri
dan persekitaran).
2. Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang
dihadapinya.
Memberi Sokongan
Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran
perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
Penyelesaian Konflik
1. Mengurangkan ketegangan dan permusuhan di antara dua individu (pihak).
2. Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai
penyelesaian yang mengutungkan.
Membuat keputusan
1. Membantu klien membuat keputusan kerana kerap kali menghadapi masalah
untuk membuat keputusan.
2. Kaunselor boleh mengemukakan cadangan dan berbincang dengan klien
sebelum sesuatu keputusan diambil.
Kaunseling menjadi semakin penting dalam dunia kini kerana ia banyak dapat
membantu menyelesaikan masalah. Di Malaysia pun terdapat banyak kes-kes
Kaunseling yang boleh dibawa menjadi pengajaran. Di sini akan disertakan satu
artikel tentang Kaunseling oleh Dato Profesor Amir Awang bagi pandangan dia
tentang Kaunseling. Kita dapat mengenal Kaunseling lebih mendalam lagi menerusi
artikel ini. Kita dapat juga tahu bagaimanakah keadaan sebenar Kaunseling di tempat
kerja.
KESIMPULAN
Sekiranya kita yakin "setiap penyakit ada ubatnya", maka kaunseling harus diterima
sebagai penawar bagi "penyakit" yang melanda diri kita, di samping menjadi
pemangkin bagi memaju dan mengoptimum potensi yang kita miliki. Apatah lagi,
agama Islam sendiri turut menganjuran kaunseling dalam kehidupan kita sehingga
adanya ungkapan "Agama itu nasihat". Marilah kita renungi idea yang telah
diketengahkan dan cuba menjadikannya suatu realiti di tempat kerja masing-masing
supaya manfaatnya dapat dirasai semua.
Pemulihan perlakuan negatif atau antisocial, pencegahan perlakuan atau
keadaan negetif dari berlaku atau berulang juga merupakan matlamat kaunseling.
Contohnya, Kaunseling dapat mengurangkan penjenayahan yang giat berlaku selama
ini. Penjenayah-penjenayah akan sedar akan perbuatan mereka selepas menerima
bimbingan kaunseling.
Kaunseling juga dapat mewujudkan pembangunan atau perkembangan
potensi yang sedia ada. Klien-klien yang berbakat atau berpotensi dapat
mengembangkan bakat mereka selepas mendapat nasihat atau tunjuk ajar
kaunselor.Apakah maksud kaunseling sebenarnya? Sebenarnya definasi Kaunseling
adalah suatu proses menolong yang melibatkan interaksi dua hala antara orang yang
memberi pertolongan dan orang yang menerima pertolongan dalam suasana yang
penuh muhibah, kesedaran dan saling memahami.
PENDAHULUAN
Saya merupakan pengurus sumber manusia di syarikat perkomputeran yang
terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur. Sebagai pengurus dalam department sumber
manusia maka setiap pekeja adalah tanggungjawab saya. Saya berperanan dalam
menyelesaikan permasalahan yang berlaku dikalangan perkerja di syarikat ini. Selain
itu saya bertanggung jawab dalam menjaga kebajikan, kesihatan perkerja dari segi
emosi dan rohaniah serta menjaga social sesame perkerja yang ada dalam syarikat ini
bagi memastikan pretasi syarikat dapat dikekalkan.
PERMASALAHAN
Dalam beribu pekerja dalam syarikat ini saya sekarang menumpukan perhatian pada
seorang perkerja yang dulu merupakan salah seorang perkerja yang sangat rajin dan
berjaya namun kini prestasinya mula turun dan laporan mengenai masalah yang
berlaku telah ada di meja saya. Biar sahaja kita gelarkan pekerja ini sebagai Ahamd.
Dalam laporan yang saya dapati Ahmad sering melakukan kesalahan-kesalahan
seperti berikut:
1. selalu datang lewat ke pejabat
2. penampilan yang selekeh
3. tidur ketika waktu kerja
4. sering melakukan gangguan seksual keatas pekerja wanita
5. bergaduh dengan pekerja lain
6. mencuri barangan syarikat
setelah mendapat laporan di atas saya mula menyiasat tentang factor utama yang
menyebabkan ahmad melakukan masalah ini sehingga menyebabkan prestasi dirinya
menurun dan turut sama mengganggu kenteteraman dalam golongan pekerja
bawahan.
KAJIAN KEATAS PERMASALAHAN
Setelah segala maklumat dan soal siasat daripada rakan sekerja Ahmad saya dapat
merumuskan bahawa Ahmad sedang mengalami masalah emosi yang serius
disebabkan penceraian yang berlaku pada rumah-tangganya. Dalam siasatan yang
telah saya lakukan saya dapati Ahmad:
1. .sering dating lewat kerana tertidur dirumah kerana tiada sesiapa lagi untuk
membantu menguruskan dirinya seperti yang berlaku ketika Ahmad masih lagi
mempunyai isteri.
2. .Ahmad yang dulunya sering dating dengan penampilan yang kemas dan
teratur mula berubah kepada seorang yang selekeh dan pengotor. Disini saya
dapati ahmad tidak mampu menguruskan dirinya kerana telah kehilangan isteri
yang meyediakan segalanya untuknya sebelum kepejabat.
3. .Ahmad juga didapati sering tidur dipejabat kerana pada sebelah malam
Ahmad selalu mengunjungi kelab malam dan disko untuk melepaskan tekanan
yang dihadapinya. Dia juga didapati pulang dalam keadaan mabuk dan dia kini
menjadi seorang kaki botol.
4. .masalah seterusnya adalah gangguan seksual keatas pekerja wanita. Ahmad
berkelakuan demikian kerana ingatan pada isterinya masih lagi kuat dan
dendam yang Ahmad hadapi sekarang menyebabkan dia mencari wanita
sebagai tempat dilepaskan rasa tidak puas hati ini.
5. pergaduhan yang sering berlaku adalah disebabkan kelakuan Ahmad yang
tidak lagi mampu menngawal emosinya lagi tiap kali berlaku perselisihan
faham. Bahkan Ahmad yang dulunya seorang yang peramah kini menjadi
pemarah disebahakan masalah ini.
6. Ahmad sering ditangkap mecuri barangan syariakat kerana tidak mempunyai
wang lagi bagi menampung perbelanjaan bagi dia mengunjungi kelab malam
dan juga untuk membeli arak yang menjadi temannya setiap malam.
PENYELESAIAN KEPADA PERMASALAHAN
Setelah masalah tadi dikenal pasti puncanya jadi rumusan awal saya adalah betul yang
mengatakan permasalahan ahmad disebabkan dia sendiri tidak mampu mengawal diri
dan juga emosinya dalam menangani tekanan setelah bercerai dengan isterinya.
Syarikat tidak mahu kehilangan seorang pekerja rajin seperti Ahmad yang telah
banyak berbakti dan syarikat juga tidak mahu menalami lebih banyak kerugian dari
menyimpan pekerja seperti ini.
Saya telah membuat keputusan dimana Ahmad perlu mendapat rawatan seperti
berikut:
1. menghadiri kelas agama bagi mengingatkan semula siapakah dirinya yang
sebenar dan apakah tujuan utama dia dihidupkan di dunia ini.
2. Ahmad juga dikenakan hukuman dengan pemotongan gaji dibuat bagi
mengganti semula barangan syarikat yang telah dia jual.
3. Aahmad juga digalakan untuk menyertai aktiviti social yang syarikat sering
jalanakan bagi memulihkan semula hubunganya dengan rakan sepejabat yang
lain.
4. Ahamd telah didaftarkan secara percuma dalam kelab senaman bagi
menghilangkan tabiat buruknya meminum arak yang merbahayakann
kesihaatannya.
Selain itu ahmad juga diberi:
1. 1.bimbingan dan kaunseling dari saya sendiri untuk memulihkan emosi
yang dia hadapi sekarang.
2. 2.Ahmad diberi cuti untuk merehatkan minda dan emosinya bagi
mengelakkan dia dari rasa tertekan dan bagi memulihkan badannya yang
sering penat.
3. Ahmad juga diberi nasihat untuk mencari pasangan hidupnya yang baru
bagi membantunya dalam meguruskan kehidupan sehariannya.
Setelah segala tindakan diambil masih lagi tidak mampu merubah tingkah lakunya
Ahmad akan diberi amaran pertama dan seteruskan tindakan yang lebih berat
mungkin akan dihadapi oleh Ahmad seperti dipecat dari berkerja di syarikat ini.
KESIMPULAN
Setelah segalanya berlaku akhirnya saya dapati Ahmad telah berubah menjadi lebih
bersemangat dan lebih menumpukan perhatian pada kerjanya. Ahmad kini lebih
sayangkan pada dirinya dan dia kini mula mendekatikan dirinya pada tuhan. Dia mula
sedar bahawa dia perlu berubah bagi memastikan dirinya disenangi dan turut berjaya
di masa depan. Ahmad juga kini telah mempunyai teman hidup yang baru dan kini
hidup dengan lebih bahagia.
.
Rujukan
Appelbaum, S.H. & Shapiro, B.T. (July 1989). The ABCs & EAPs Personnel, 39-46.
Gammie, B. (1997). Employee assistance programme in the U.K. Oil Industry: An
examination of current operational practice. Personal Review, Vol.26, No. 1/2, p. 66-
80.
Krohe, J.Jr. (1999). Workplace stress across the board. New York.
Veninga, R.L. (1998). Stress in the work place: How to create a productive and
healthy work environment. Vital Speeches of the Day. New York.