8.0 Refleksi Mei Fong
-
Upload
e-fong-lee -
Category
Documents
-
view
228 -
download
0
Transcript of 8.0 Refleksi Mei Fong
-
7/31/2019 8.0 Refleksi Mei Fong
1/1
36
8.0 d REFLEKSI
Semasa saya menerima tugasan ini, saya berasa teruja kerana kerja
kursus ini telah menambahahkan ilmu pengetahuan saya yang dipelajari
semasa P&P dalam tugasan ini. Selain itu, tugasan ini juga berhubungkait
dengan kerjaya saya sebagai seorang guru kerana saya dapat lebih
memahami perkembangan kanak-kanak melalui tugasan ini.
Tajuk tugasan kerja kursus pendek ini adalah mencari dua artikel
tentang teori perkembaganan kanak-kanak, implikasinya terhadap P&P serta
mengumpul maklumat tentang Ujian Konservasi Piaget. Pensyarah kami ,
Encik Mohd. Fuad telah memberi penerangan tentang tugasan tersebut
secara teliti. Kami berkumpulan empat orang bekerjasama menyiapkan
tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kami berbincang dan
mengagihkan tugas masing-masing. Selain itu, kami juga berusaha mencari
maklumat dari pelbagai sumber seperti pusat sumber dan melayari laman
web. Tambaha pula, kami juga sering bertukar-tukar hujah dan pandangan
semasa melakukan kerja kursus ini agar dapat menghasilkan tugasan yang
terbaik dari segi isi dan kandungan.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya berupaya menghuraikan
implikasi Teori Perkembangan Kognitif Piaget dalam pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu, saya juga mempelajari Ujian Konservasi yang
dijalankan oleh Jean Piaget yang dengan tujuan memeriksa konsep
pengekalan kanak-kanak peringakt praoperasi. Antara kelima-lima ujian
tersebut ialah ujian pengekalan isipadu, jarak, nombor, berat dan jisim.
Segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya perolehi, akan saya
mempraktikannya sebaik mungkin.
Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah merapatkan
hubungan saya dengan rakan-rakan. Kami saling menghormati pandangan
dan bertoleransi semasa menyiapkan tugasan ini. Selain itu, saya juga sedar
kelemahan saya dalam pengurusan masa dan akan saya berusaha untuk
memperbaikinya. Apabila kami menghadapi masalah, pensyarah dan kawan-
kawan juga sudi membantu kami dan dengan ini, saya ingin menggunakanpeluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka.