810628035343

download 810628035343

of 17

description

y

Transcript of 810628035343

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG SEPTEMBER 2014HBML3203TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NAMA

: MUHD ISMAHAWAII BIN ISMAILNO. MATRIKULASI

: 810628035343001

NO. KAD PENGENALAN: 810628035343NO. TELEFON

: 0192535956E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: UNIVERSITI TERBUKA KELANTAN1.0 PENGENALAN

Wacana ialah unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit tersebut. Oleh sebab wacana ialah unit bahasa yang tertinggi, maka wacana dapat direalisasikan dalam pelbagai bentuk sehingga meliputi peristiwa bahasa. Secara umumnya wacana dapat dikaitkan dengan tiga kategori besar iaitu melampaui ayat, penggunaan bahasa dan juga amalan sosial yang meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa.

Terdapat tujuh ciri dalam wacana iaitu tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keadaan dan interteks. Sebuah wacana yang baik akan memenuhi ciri-ciri wacana yang telah dikemukakan. Selain itu, wacana pula terbahagi kepada dua jenis iaitu wacana lisan dan wacana tulisan. Wacana lisan ialah wacana yang dihasilkan melalui media lisan iaitu melibatkan hubungan pembicara dan pendengar manakala wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan secara bertulis yang mana melibatkan hubungan antara penulis dengan pembicara.

Setiap wacana mempunyai penanda yang juga dikenali sebagai penanda wacana. Antara fungsi penanda wacana ialah sebagai tambahan, urutan, penyataan semula, untuk menunjukkan sebab, kesan waktu dan tempat serta berfungsi untuk membuat bandingan serta rumusan sesuatu wacana.

Penanda wacana amat penting kepada sesuatu wacana kerana tanpa penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh kandungan wacana berkenaan tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap. Secara umumnya penanda wacana dalam bahasa melayu terdiri daripada penanda leksikal, penanda rujukan, penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda elipsis atau pengguguran.1.1 Definisi Wacana

Perkataan Wacana adalah padanan perkataan discourse dalam bahasa Inggeris. Perkataan discourse dalam Kamus Webster, 1983 : 522 bererti hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan atau percakapan. Hubungan secara umum, terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan, risalah tulisan, disertasi formal, kuliah, ceramah serta khutbah.

Perkataan wacana menurut Kamus Dewan Edisi Baru 1993 : 1484 bermaksud ucapan, pertuturan, percakapan, keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Wacana adalah sebagai kesinambungan cerita dengan bahasa yang mudah dan kesinambungan ini ditunjang oleh jalinan maklumat. Dalam bidang pendidikan Bahasa Melayu pula telah diperkenalkan beberapa definisi wacana. Dari segi hierarki tatabahasa , wacana terletak pada heirarki yang tertinggi selepas ayat, seperti yang tergambar dalam rajah berikut :

Perkataan --> Ayat --> Klausa --> Frasa --> Wacana

Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa. Berdasarkan erti perkataan wacana di atas dapat disimpulkan bahawa perkataan wacana itu sama dengan perkataan ucapan yang utuh untuk wacana lisan, dan karangan yang utuh untuk wacana tulisan dalam pengajaran bahasa Melayu sebelum ini. Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap . Ia melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:

a. Pendahuluan

b. Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)

c. Penutup

d. graf, jadual, peta dan statistik.

Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentuk penulisan, iaitu sama ada naratif (pemerian), deskriptif (pengambaran), eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. Untuk memperoleh gambaran yang lebih jelas, definisi wacana telah dihurai serta diterangkan oleh beberapa tokoh bahasa di bawah ini, antaranya ialah :

Asmah Haji Omar (1982)3 menegaskan bahawa wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat, sejumlah ayat, ceraian, perenggan, bab, buku, novel, cerpen, cerita, dialog, siri buku (cerita) dan sebagainya. Menurut beliau lagi, wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah telah membezakan ayat sistem daripada ayat wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang dikeluarkan dan diasingkan dari konteks wacana, sedangkan ayat wacana yang juga disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.

Stubbs, Michael menyatakan bahawa wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Dengan kata lain, wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa, seperti pertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. Secara ringkas, yang disebut teks bagi wacana adalah ayat bagi ujaran.

Menurut Raminah Haji Sabran (1984:218) dalam bukunya yang bertajuk Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab Perguruan, mendefinisikan wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog, siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. Menurut beliau lagi, wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.

Harimurti Kridalaksana (1984:204)1 menyatakan bahawa wacana adalah satuan bahasa terlengkap; dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti novel, buku, ensiklopedia, dan sebagainya, paragraf, ayat atau kata yang membawa amanat yang lengkap.

Henry Guntur Tarigan menegaskan bahawa wacana adalah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yang mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis.

Anton M.Moeliono (1995:407)2 mendefinisikan wacana adalah rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuklah makna yang serasi di antara kalimat itu.

Setelah dilihat beberapa huraian tentang beberapa definisi mengenai wacana yang diambil daripada berbagai-bagai sumber, dapat dilihat bahawa adanya persamaan dan juga perbezaan pendapat mengenai dengan definisi wacana yang diperolehi dari ahli-ahli linguistik ataupun penulis.

Secara tuntasnya, wacana letaknya lebih tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat tatabahasa dan mempunyai keteraturan fikiran logik (coherence) dan juga tautan (cohesion) dalam strukturnya. Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat. Makna kesinambungan di sini adalah diertikan sebagai kesatuan makna. Terdapat lapan unsur-unsur penting dalam wacana iaitu satuan bahasa, terlengkap, mengatasi ayat atau klausa, teratur atau tersusun rapi, berkesinambungan, kohesi, lisan atau tulisan awal dan juga akhir yang nyata.2.0 KONSEP DAN JENIS-JENIS WACANA DALAM BAHASA MELAYUKonsep wacana berformat ialah penulisan berkesinambungan yang mengandung format-format tertentu untuk menggariskan penampilan wacana tatabahasa secara kohesif dan koheren (Kamaruddin Husin, 1988). Penulisan tersebut adalah seperti berikut:i. Surat kiriman tidak rasmi;

ii. Surat kiriman rasmi;

iii. Dialog;iv. Syarahan;v. Ucapan;vi. Laporan;vii. Berita;viii. Catatan harian;ix. Perbahasan.

Penulisan wacana berformat mesti ditulis mengikut cara tertentu. Penulisan berformat yang ditulis tidak mengikut format yang ditetapkan, boleh menjejaskan konsep wacana. Pengaplikasian wacana berformat dalam pengajaran penulisan sekolah rendah membabitkan kehendak atau peraturan penulisan, proses penulisan dan rangka kasar pencerakinan idea supaya wujud kesinambungan.

a. Peraturan wacana berformat:

i. Penulisan mestilah lengkap dan sempurna serta mempunyai sekurang-kurangnya tiga isi minimum yang dikembangkan dengan huraian dan contoh atau bukti yang kukuh dan relevan dengan isu-isu semasa yang dikemukakan dan bertepatan dengan tajuk yang dipilih.ii. Murid perlu matang menghuraikan isi pokok yang diberi.iii. Murid perlu menghubungkaitkan pertalian idea semasa mengolah isi agar terlihat kesinambungan idea antara ayat.iv. Murid juga perlu menggunakan penanda wacana dengan betul.v. Murid juga harus menggunakan bahasa yang baik dan lancar agar tidak menampakkan ketergantungan idea.vi. Pemerengganan dalam penulisan hendaklah seimbang. Pemerengganan yang dicadangkan antara lima hingga tujuh perenggan dan menggunakan tanda baca yang betul dan tepat.vii. Tiada kesalahan ejaan atau hanya terdapat satu atau dua kesalahan bahasa sahaja.viii. Murid harus menggunakan kepelbagaian ragam ayat dan penggunaan struktur ayat yang betul.ix. Gariskan perkara-perkara penting dan tentukan format yang dikehendaki jika penulisan berkehendakkan format.x. Hasilkan peta minda atau membuat rangka penulisan sebelum menulis agar dapat membimbing pelajar/memberi contoh dalam menyusun isi/idea.

b. Proses menulis pula adalah seperti berikut:

i. Pilihlah tajuk yang benar-benar difahami, sesuai dengan pengetahuan, pemahaman dan keupayaan mengolah dan mengembangkan isinya. Pengetahuan tentang tajuk yang dipilih adalah dari segi: Bentuk atau format penulisan. Isi-isi Laras bahasaii. Daripada penguasaan perkara-perkara tersebut, barulah dapat membuat pemilihan yang terbaik dan sekali gus mampu menghasilkan penulisan yang sempurna.

iii. Walau bagaimanapun, jika mempunyai pengetahuan tentang tajuk atau soalan yang diberi, tetapi tidak tahu kehendaknya, ini juga bukanlah satu pilihan yang baik dan tepat kerana ini akan memerangkap diri sendiri.iv. Begitu juga jika memiliki pengetahuan dan faham dengan kehendak soalan atau tajuk, tetapi tidak yakin akan kemampuan untuk menghurai atau mengembangkannya, maka itu juga bukan satu pilihan yang tepat.v. Oleh sebab itu, pilihlah tajuk atau soalan yang benar-benar difahami dan yakin boleh menguasainya.

vi. Untuk menguasai kemahiran tentang format karangan dan laras bahasanya, perlu memahami perbezaan format dan laras bahasa bagi penulisan yang pelbagai jenisnya dan perlulah rajin membuat latihan pelbagai jenis penulisan.

vii. Untuk mengetahui dan mengolah isi-isi tentang sesuatu tajuk penulisan, murid perlu banyak membaca bahan bacaan, seperti buku ilmu pengetahuan, majalah, surat khabar dan sebagainya.viii. Catatlah fakta daripada bahan bacaan yang dibaca, kemudian simpan dengan baik. Dengan cara ini, murid boleh membuat rujukan pada bila-bila masa.c. Susunan penulisan berformat ialah:

i. Rangka ialah garis kasar bagi membentuk penulisan yang lengkap. Rangka penulisan berfungsi sebagai panduan untuk murid menulis. Rangka penulisan membantu murid : Memastikan bahawa perkara-perkara yang dikemukakan tidak lari/terpesong daripada tajuk atau soalan. Menyusun isi-isi/fakta mengikut susunan yang betul. Menghasilkan perenggan yang cemerlang. Menganggarkan bilangan patah perkataan dalam setiap isi yang dihuraikan/diolah. Memastikan had karangan ditulis mengikut arahan melebihi jumlah patah perkataan dikehendaki. Mengelakkan pengulangan fakta.ii. Rangka penulisan itu mestilah ringkas. Sebaik-baiknya ditulis dalam bentuk isi-isi penting untuk menjimatkan masa.iii. Secara umumnya, rangka sesuatu penulisan mestilah terdiri daripada: Pendahuluan Isi-isi penting Penutup

iv. Pembinaan perenggan pula perlu disesuaikan dengan perkara-perkara berikut:

Satu perenggan mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu isi yang lengkap dengan huraian dan contoh untuk mengukuhkan isi. Huraian yang dimaksudkan ini ialah keterangan atau penjelasan berupa maklumat tambahan, ulasan dan sokongan tentang isi-isi tersebut. Struktur perenggan yang baik ialah memulakan perenggan dengan menyatakan isi pokok, diikuti oleh huraian lanjut serta contoh yang dapat memperkukuh isi penting. Walau bagaimanapun, binaan perenggan tidak semestinya tetap. Anda boleh juga memulakan perenggan itu dengan isi pokok. Setiap isi dalam setiap perenggan mestilah mempunyai pertalian. Gunakan penanda wacana yang sesuai untuk mewujudkan kesinambungan isi.

Panjang setiap perenggan perlu seimbang. Sebaik-baiknya panjang pendahuluan dan penutup harus seimbang dengan isi.v. Proses penyemakan adalah seperti berikut:

Proses akhir selepas menulis ialah menyemak atau menyunting. Perkara ini perlu dilakukan untuk memastikan segala aspek dalam penulisan dipatuhi. Aspek yang perlu disemak atau disunting ialah kesalahan bahasa, jumlah perkataan, pemerengganan. Ketika menyemak, pastikan tidak ada isi penting yang tertinggal. Seandainya terdapat isi-isi penting yang tidak disertai contoh atau contoh yang disertakan itu agak lemah, tambahlah contoh yang lebih tepat. Aspek bahasa yang perlu disemak ialah ejaan, tanda baca dan tatabahasa. Jika ada kata-kata yang kurang jelas tulisannya, maka kemaskanlah tulisan kata-kata tersebut. Penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkan pembaca membaca dan mengesan isi; oleh yang demikian, penulisan akan menjadi mantap. Rangka penulisan meliputi contoh tentang pendahuluan, isi-isi dan penutup.

3.0 APLIKASI WACANA BERFORMAT DALAM PENGAJARAN PENULISAN BAHASA MELAYUMenurutNik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan edisi Ketigapula, terdapat dua ciri utama dalam sebuah wacana yang utuh iaitu:

a)Kohesi (atau tautan)

Wacana dicirikan oleh kesinambungan maklumat. Maka kesinambungan di sini di ertikan sebagai kesatuan makna. Ini bermakna kohesi merupakan hubungan antara ayat dalam sebuah wacana. Tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal atau strata leksikal tertentu. Penguasaan dan juga pengetahuan kohesi yang baik akan dapat menghasilkan wacana yang baik. Kaedah yang digunakan ialah berdasarkan penyampaian maklumat lama dan baru.

Wacana juga di cirikan oleh kesinambungan maklumat yang diertikan sebagai kesatuan makna. Kesatuan makna dalam wacana ini pula dapat di lihat dari segi makna logik dan makna tautan. MenurutHalliday dan Hassan (1976) tautan merupakan satu set kemungkinan yang, wujud dalam bahasa untuk menjadikan suatu teks itu berkesatuan.Tautan juga memperlihatkan jalinan unjuran dalam bentuk ayat bagi membentuk teks atau konteks dengan cara menghubungkan makna yang terkandung dalam unsur.

b)Koheren (atau runtutan).

MenurutLehman (1984)wacana mempunyai ciri-ciri koheren atau keutuhan wacana, maksud pengirim, pemberian informasi, situasi pengujaran dan pertautan. Koheren bermaksud keterikatan unsur-unsur dunia teks, terutamanya susunan gagasan atau konsep. Jalinan hubungan yang mengetengahkan hal tersebut dan isi teks supaya mudah difahami secara relevan.

MenurutLehman (2002)terdapat empat aturan yang menetapkan aturan tersebut iaitu:

1)Aturan pengulangan

2)Aturan perkembangan

3)Aturan hubungan

4)Aturan tidak bercanggahGaya wacana sama ada gaya formal atau tidak formal ditentukan oleh kaitan antara penutur dengan masyarakat sekitarnya. Karya menggunakan gaya bahasa yang sesuai kepada para pembaca. Adakalanya, gaya bahasa yang digunakan mampu menimbulkan kesan dialek sosial (laras bahasa) dalam pertuturan.

Wacana juga mempunyai tujuan menentukan jenis sesuatu ayat tersebut. Kata hubung dan penanda wacana yang digunakan akan menentukan jenis-jenis sesuatu ayat bergantung fungsi sesuatu ayat tersebut. Jika tujuan penutur adalah untuk mendapatkan maklumat, jadi ayat yang terbentuk ialah ayat tanya. Ianya bagi mengelakkan pengulangan maklumat atau pengulangan ayat yang mempunyai tujuan atau matlamat yang sama. Penulisan bertujuan untuk pembaca menilai dan mengenalpasti hubungan hasil bacaan dengan pembacanya. Sesuatu penulisan yang baik dapat dinilai melalui sejauh mana bahan tulisan itu mampu menyakinkan pembacanya. Pencerahan dari segi maklumat dan pengolahannya yang sempurna mampu mengwujudkan satu bentuk penghubung antara bahan bacaan dengan pembacanya.

Ciri wacana yang seterusnya ialah berdasarkan kaitan penutur dengan pendengar iaitu wacana lisan. Penanda wacana dan kata penghubung berfungsi sebagai pengabung jalin antara maklumat yang diterima dan menjadikannya serasi dan bertepatan. Segala maklumat akan digabungkan mengikut hiraki dan keutamaan. Pengabungan antara maklumat dan fakta akan dipisahkan dengan mengunakan perenggan yang ianya seharusnya saling berkait dan saling bertautan. Maklumat yang bertentangan tidak boleh dimuatkan dalam wacana. Contohnya: Kelmarin dia tidur sehari suntuk. Kelmarin dia tidur hingga jam 9.00 pagi.

Selain itu, wacana perlu mempunyai unsur-unsur susun atur menurut sebab, akibat, tempat, waktu, keutamaan dan sebagainya. Ayat- ayat itu harus mempunyai urutan yang berkait rapat. Ayat- ayat dihubungkan dengan menggunakan penanda wacana agar ayat- ayat tersebut berkohensi (makna tautan) dan koherens (logik). Ayat tautologi (ayat yang sudah dinyatakan sebelumnya) tidak perlu diulang.

Wacana harus mempunyai andaian dan inferensi. Maklumat pertama dalam wacana digelar andaian, manakala maklumat berikutnya disebut inferensi. Kebiasaannya satu ayat hanya mempunyai satu inferensi sahaja. Tetapi adakalanya, andaian dapat ditentukan oleh pembaca itu sendiri tanpa perlu ditulis. Secara tidak langsung pembaca dapat menghayati sesuatu penulisan tersebut dan menikmatinya.

Wacana haruslah mempunyai maklumat baru dan dapat dibuktikan dengan data atau sesuatu fakta. Sesuatu ayat yang mengesahkan kebenaran ayat sebelumnya tidak boleh dimasukkan dalam satu wacana. Ianya berfungsi untuk membenarkan sesuatu yang mungkin akan dianggap sebagai satu andaian atau rumor pada permulaannya menjadi sesuatu yang hakiki dan fakta. Ini akan menghasilkan sesuatu penulisan yang bersifat kenyataan, logik dan realistik dan bukanlah rekaan individu semata- mata.

Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa, binaan serta konstruksinya. Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. Tingkat-tingkat fonem, morfem, kata. frasa, klausa, isi.

Wacana ialah satu unit bahasa yang lengkap dan melebihi tingkat ayat. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut:

1. Pendahuluan

2. Tubuh - isi, munasabah, logik, menarik, berkesan, usur-unsur paralinguistik

(tanda bacaan, cetakan tebal, miring, garis tebal)

3. Penutup

4. Graf, jadual, peta dan statistik.

Untuk menghasilkankarangan fakta yang baik perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

a)Anda perlu mempunyai pengetahuanyang luas dalam pelbagai bidang sekiranyabercadang menuliskaranganjenis ini.

b)Sebelum menulis, anda mestilah memastikan bahawa anda mempunyai fakta-fakta yang cukup tentang tajuk yang dikemukakan.

c)Isi atau fakta yang diberikan perlu lengkap,tersusun, dan menepati kehendak soalan.

d)Cara penyampaiannya mestilah ringkas serta menggunakan ayat dan kata yangmudah difahami.

e)Carilah sekurang-kurangnya 4 isipenting, pendahuluandan penutup.Jadual: Tajuk atau Objektif, Kemahiran, Media Pengajaran dan Kemahiran berfikir secara kritis dan Kreatif (KKBK).TAJUK/OBJEKTIF

KEMAHIRAN

MEDIA PENGAJARAN

KBKK

Penulisan: Fakta

Objektif :

Murid boleh:

1. Memberikan pendapat yang bernas mengenai sesutu perkara yang dibincangkan.

2. Menyusun isi mengikut turutan yang betul

3. Menyenaraikan isi dengan menulis semula isi dengan baik.

4. Murid dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan tepat berdasarkan bahan.

5. Menulis karangan lengkap dalam bentuk prosa.

1.1.6 Menjawab soalan tentang isi sesuatu bahan.

1.4.9. Menyatakan pendapat yang bernas dalam perbincangan.

3.3.5. Menulis semula maklumat yang diterima dengan teratur.

3.4.0 Menulis karangan dalam bentuk Prosa.

1. Gambar.

2. Kad jalur.

3. Carta.

4. Keratan akhbar.

1. Menjana idea.

2. Menyusun mengikut keutamaan.

Jadual dibawah berikut menerangkan aplikasi kemahiran wacana dalam penulisan sekolah rendah.

Contoh 1.Kita digalakkan rajin membaca buku cerita. Terangkan faedah-faedah yang diperolehi daripada membaca.Rangka karangan.PendahuluanMembaca hobi yang banyak memberi faedah.Boleh didapati di perpustakaan atau kedai buku.Masa yang terluang digunakan dengan membaca buku.Idea1) Dapat menambah pengetahuan.Membaca fiksyen sains, mengetahui tentang sains.Boleh digunakan dalam mata pelajaran sains.2) Dapat memberikan hiburan.Perasaan merasa tenang sesudah membaca.Mudah untuk mengulang kaji buku sekolah.3) Bahasa akan bertambah baik.Membaca buku inggeris bahasa kita semakin baik.Kita mahir mengarang.4) Menggunakan masa terluang dengan berfaedah.Tidak membaca akan bercampur dengan budak nakal.Boleh melakukan perbuatan yang tidak baik.PenutupMasa itu sangat berharga.Gunakan masa terluang dengan membaca.Perlu membaca sebuah buku dalam tempoh seminggu.

4.0 RUMUSAN / KESIMPULANBahasa Melayu merupakan suatu bahasa yang indah dan unik kerana ayat-ayat yang digunakan mempunyai tautan antara satu ayat dengan ayat yang lain (kohesi) dan mempunyai perkaitan antara satu perenggan dengan perenggan yang lain (koheren). Daripada pernyataan inilah yang membuatkan sesebuah karya bahasa Melayu menjadi hebat. Bagi melahirkan karya Bahasa Melayu, ianya bukanlah sesuatu yang sukar tetapi sekiranya seseorang penulis itu tahu menggunakan wacana yang baik dan tepat, sudah pasti hasilnya juga akan hebat. Semasa berbahasa, sama ada tulisan ataupun lisan mestilah mempunyai kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain atau memperlihatkan wacana yang berkesan agar pendengar atau pembaca memahami isi atau hujah yang ingin dan akan disampaikan.

Wacana yang baik mestilah mempunyai beberapa perkara seperti kohesi dan koheren yang dinyatakan di atas dan termasuklah tahu akan fungsi wacana itu sendiri. Penanda wacana tidak boleh digunakan pada tempat-tempat sembarangan, kerana kesalahan penggunaan penanda wacana akan menjejaskan atau merosakkan maksud sesuatu hujah yang ingin disampaikan. Pendengar atau pembaca akan keliru atau tidak memahami idea yang ingin disampaikan itu.

Setelah diteliti dengan mendalam, bolehlah dikatakan bahawa penanda wacana di dalam bahasa Melayu ini mempunyai banyak kepentingannya dalam menghasilkan sesebuah karya ataupun penulisan.Seseorang penulis haruslah tahu menggunakan dan faham akan kepentingan wacana itu sendiri kerana aspek penanda wacana akan mempengaruhicara pengolahan sertapenyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata dan penggunaan bahasa secara keseluruhan. Pelajar seharusnya didedahkan dengan penggunaan penanda wacana yang betul sejak awal lagi agar mereka tidak kekok dan dapat menggunakannya dengan berkesan di masa hadapan. Hal ini tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak jika kita ingin melahirkan seorang penulis atau karyawan yang berkaliber suatu hari nanti kerana semuanya bermula dengan wacana yang berkesan.

5.0 RUJUKAN

Juriah Long, Raminah Hj. Sabran & Sofiah Hamid. (1990).Pendekatan mengajarbahasa Malaysia.Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Kamarudin Hj. Husin. (1988).Pedagogi Bahasa. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.

Bhd.

Raminah Hj. Sabran. (1993).Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Raminah Sabran & Rahim Syam. (1985).Kaedah pengajaran bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Kementerian Pendidikan Malaysia [KPM]. (2001).Sukatan pelajaran kurikulumbersepadu sekolah menengah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zainol Ismail. (2003).Fokus Unggul/ UPSR Penulisan. Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

_1476611893.bin