88844002-REFLEKSI-KENDIRI

1
REFLEKSI Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus projek PJM 3103E Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani dengan jayanya tanpa mengalami kesulitan yang dapat meruntuhkan semangat dan usaha saya. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing, Puan Rashidah binti Suib atas bimbimgan dan tunjuk ajar beliau semasa proses penyiapan kerja kursus ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam bersama sama menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Kelemahan yang saya dapati dalam rancangan pengajaran harian dan pengajaran mikro yang telah dibuat adalah guru tidak perlu mendekati murid dan membawa murid ke hadapan. Seorang guru harus mengekalkan jarak dengan murid supaya murid sentiasa hormat kepada guru. Selain itu, guru tidak seharusnya menunjukkan sendiri pergerakan dalam aktiviti penyejukkan badan. Guru harus membiarkan murid berimaginasi dan berkreativiti sendiri dalam aktiviti tersebut. Di samping itu, kelemahan yang saya dan rakan-rakan dapati semasa proses pengajaran mikro adalah guru tidak perlu memberikan arahan yang panjang dan mengelirukan murid. Seharusnya guru perlu memberi arahan yang mudah dan ringkas. Kelemahan lain yang saya dan rakan-rakan dapati adalah penggunaan alatan muzik yang kurang menarik. Permainan tersebut sepatutnya lebih menarik dengan penggunaan alat-alat muzik seperti kerincing atau tamborin. Penghargaan atau ganjaran seharusnya diberikan kepada murid untuk menaikkan semangat dan motivasi mereka. Kekuatan yang saya dapati adalah suara guru yang lantang. Aktiviti pemanasan badan serta penyejukan badan yang dilakukan dapat menarik minat murid. Muzik latar semasa penyejukan badan mampu menarik minat dan suasana yang baik di kalangan murid. Akhir kalam, jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya, Noor Shafinaz dan Sofiah atas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sesiapa yang menolong saya dan ahli kumpulan secara langsung dan tidak langsung. Banyak pengalaman dan input input yang berguna yang saya perolehi. Saya harap saya dapat menggunakan ilmu dan input tersebut pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.

description

contoh refleksi

Transcript of 88844002-REFLEKSI-KENDIRI

Page 1: 88844002-REFLEKSI-KENDIRI

REFLEKSI

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya

menyiapkan tugasan kerja kursus projek PJM 3103E Kurikulum dan Pedagogi

Pendidikan Jasmani dengan jayanya tanpa mengalami kesulitan yang dapat

meruntuhkan semangat dan usaha saya. Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada

pensyarah pembimbing, Puan Rashidah binti Suib atas bimbimgan dan tunjuk ajar

beliau semasa proses penyiapan kerja kursus ini. Terima kasih yang tidak terhingga

juga ditujukan kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak

langsung dalam bersama – sama menyiapkan tugasan kerja kursus ini.

Kelemahan yang saya dapati dalam rancangan pengajaran harian dan

pengajaran mikro yang telah dibuat adalah guru tidak perlu mendekati murid dan

membawa murid ke hadapan. Seorang guru harus mengekalkan jarak dengan murid

supaya murid sentiasa hormat kepada guru. Selain itu, guru tidak seharusnya

menunjukkan sendiri pergerakan dalam aktiviti penyejukkan badan. Guru harus

membiarkan murid berimaginasi dan berkreativiti sendiri dalam aktiviti tersebut.

Di samping itu, kelemahan yang saya dan rakan-rakan dapati semasa proses

pengajaran mikro adalah guru tidak perlu memberikan arahan yang panjang dan

mengelirukan murid. Seharusnya guru perlu memberi arahan yang mudah dan

ringkas. Kelemahan lain yang saya dan rakan-rakan dapati adalah penggunaan

alatan muzik yang kurang menarik. Permainan tersebut sepatutnya lebih menarik

dengan penggunaan alat-alat muzik seperti kerincing atau tamborin. Penghargaan

atau ganjaran seharusnya diberikan kepada murid untuk menaikkan semangat dan

motivasi mereka.

Kekuatan yang saya dapati adalah suara guru yang lantang. Aktiviti

pemanasan badan serta penyejukan badan yang dilakukan dapat menarik minat

murid. Muzik latar semasa penyejukan badan mampu menarik minat dan suasana

yang baik di kalangan murid.

Akhir kalam, jutaan terima kasih kepada ahli kumpulan saya, Noor Shafinaz

dan Sofiah atas kerjasama dan tunjuk ajar yang diberikan. Jutaan terima kasih yang

tidak terhingga kepada sesiapa yang menolong saya dan ahli kumpulan secara

langsung dan tidak langsung. Banyak pengalaman dan input – input yang berguna

yang saya perolehi. Saya harap saya dapat menggunakan ilmu dan input tersebut

pada masa hadapan. Sekian, terima kasih.