ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

25
  DOKTRIN  PENGASINGAN  KUASA  MENURUT  PERSPEKTIF ISLAM  DANAMALANNYADALAMPERLEMBAGAAN ARAB  SAUDI,  IRAN DAN  MALAYSIA A B D  KHALIL  BIN  MOHD KHALID DISERTASI YANG  DIKEMUKAKAN  UNTUK  MEMENUHISEBAHAGIAN DARIPADA  SYARATMEMPEROLEH0AZAH SARJANA PENGAJIAN  ISLAM FAKULTI  PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI  KEBANGSAAN  MALAYSIA BANGI 2002

Transcript of ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

Page 1: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 1/24

 

1DOKTRIN PENGASINGAN KUASA ME NURUT PERSPEKTIF

ISLAM DANAMALANNYADALAMPERLEMBAGAAN

ARAB SAUDI, IRAN DAN MALAYSIA

ABD KHALIL BIN MOHD KHALID

DISERTASI YANG DIKEMUKAKAN UNT UK M E M E N U H I S E B A H A G I A NDARIPADA SYARATMEMPEROLEH0AZAH

SARJANA PENGAJIAN ISLAM

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

2002

Page 2: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 2/24

 

PE NGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya je laskan sumberaya.

2 Sept. 2002 ABD KHALIL MOH D KHALIDP14671

Page 3: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 3/24

 

I l l

P E N G H A R G A A N

Dengan nama Allah yang M aha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kesyukuran yang tidak terhingga penulis ucapkan terhadap Allah (s.w.t),selawat dan salam kepada jun jungan Rasulullah (saw).

Alhamdulillah, dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan kajian

ilmiah yang bertajuk "Doktrin Pengasingan Kuasa Menuru t Perspektif IslamDan Am alannya Dalam Perlembagaan Arab Saudi, Iran dan Malaysia".

Penulis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang dihormati Prof. Dr.Abdul Samat Musa selaku penyelia yang telah memberikan tunjuk ajarsehingga penulisan ini selesai sekalipun di tengah kesibukan beliau sebagaiTimbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam.

Limpahan kasih sayang buat bonda lantaran doa restu dan sokongan.Ingatan yang berkekalan buat isteri yang dikasihi atas segala pertolongan,

pengorbanan dan dorongan. Buat anak-anak yang disayangi, jadikanlah usahaabah ini sebagai aspirasi untuk menyusun langkah menuju masa depan yanggemilang. Insya Allah.

Terima kasih juga penulis ucapkan kepada rakan- taulan , saudara maradan sesiapa sahaja yang telah memberikan pertolongan dan sokongan.

Semuga Allah SWT mem berkati dan melimpahkan rahmat serta nikmatnyake atas kita semua. Amin.

Page 4: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 4/24

 

IV

ABSTRAK

Kajian in i bertujuan un tuk menilai kedudukan doktrin pengasingan kuasa dariperspektif Islam. Penelitian dibuat untuk melihat sejauh mana amalan doktrin

pengasingan kuasa digunapakai dalam perlembagaan-perlembagaan modenArab Saudi, Iran dan Malaysia. Kaedah yang digunakan ialah penyelidikan

perpustakaan dengan membuat pembacaan dan penganalisaan yang luas

terhadap hasil tulisan cendiakawan undang-undang barat dan Islam, dulu dankini bagi menilai dan membuat perbandingan yang wajar. Kajian in i terbahagikepada Hm a bab. Penulis mencungkil idea-idea awal yang berkaitan dengan

pengasingan kuasa dan diikuti dengan asal-usul, latar belakang dan sebabmusabab kelahiran doktrin ini pada Bab Pertama. Pandangan Islam mengenai

doktrin yang diperbincangkan telah dihuraikan dalam Bab Kedua denganmeneliti kemungkinan kewujudan praktisnya dalam sistem pemerintahan awalnegara Islam sejak zaman Rasulullah (saw) khususnya Piagam Madinah dan

pemerintahan beberapa orang sahabat baginda yang terdekat. Pemakaiandoktrin ini di negara Islam pada masa kini dikhususkan kepada perbincanganperlembagaan Arab Saudi dan Republik Islam Iran dihuraikan dalam BabKetiga. Penggunaan doktrin pengasingan kuasa dalam Perlembagaan Malaysiadihuraikan secara khusus dalam Bab Keempat. Tinjauan dibuat terhadapkedudukan doktr in, dilihat di sudut teori dan praktisnya sejak zaman awalkemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Bab Kelima pula dimuatkan denganperbandingan dan analisa di antara Perlembagaan Malaysia dengan Islam disudut teori dan amalannya dalam penggunaan doktrin pengasingan kuasa.Setelah membuat penelitian, adalah dirumuskan bahawa doktrin pengasingan

kuasa in i sesuai digunakan dalam sebuah negara Islam dengan sedikit ubahsuai. la lebih lagi penting untuk dipraktikkan di Malaysia bagi menjaminkeadilan dan sekaligus menghindarkan kemungkinan berlakunya sebarangpenyelewengan kuasa. Lantaran kewajaran penggunaannya, penulis membuatbeberapa kritikan mcmbina serta mengajukan beberapa saranan yang praktikal

khusus untuk Malaysia di segi penggunaan doktrin tersebut yang bersesuaian

dengan ajaran Islam dan keperluan semasa.

Page 5: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 5/24

 

THE DOCTRINE OF SEPARATION OF POWERS IN THE ISLAMIC

PERSPECTIVE AND IT'S PRACTICE IN THE

CONSTITUTIONS OF SAUDI ARABIA,

IRAN AND MALAYSIA

ABSTRACT

The aim of this study is to evaluate the position of the doctrine of separation ofpowers from the Islamic perspective. A careful study is made to see how farthe practice of the doctrine of separation of powers is adopted in modernconstitutions of Saudi Arabia, Iran and Malaysia. The method used is library's

research includes an extensive reading an d analysis of writings by current an d

past intellectuals in the fields of western and Islamic laws so that a fairevaluation and comparison could be made. The study is divided into fivechapters. In Chapter One, the writer uncovers early ideas pu t forward with

regard to power separation, followed by its origin, background and reasons forits emergence. In Chapter Two, the doctrine discussed earlier is explainedfurther in the light of the possibility that it might have been practically appliedin the governance of an early Islamic State since the time of Prophet (pbuh),particularly in the Medina Charter and his close companions. The adoption ofthis doctrine in Islamic countries is specifically analyzed in the context of theconstitutional systems of Saudi Arabia and the Islamic Republic of Iran in

Chapter Three. In Chapter Four, the application of the doctrine of separation

of powers in the Malaysian Constitution is specifically explained. Its positionis viewed from the standpoint of theory and practice since the early days ofindependence until today. In Chapter Five, a comparison and analysis betweenth e Malaysian Constitution and Islam is made from th e standpoint of theoryan d practice. This results in the conclusion that, with some modifications, thedoctrine can be suitably applied in an Islamic country. More important, it

should be particularly applied in Malaysia in order to maintain just ice and atth e same time, prevent an y possible abuse of powers. Based on the suitabilityof its application, the writer makes several constructive criticisms and putforward practical suggestions as to how the doctrine of separation of powerscould be fully realized, particularly in Malaysia, consistent with the teachings

of Islam and the curren t needs.

Page 6: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 6/24

 

VI

KANDUNGAN

Halaman

PENGAKUAN ii

P E N G H A R G A A N ii i

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI AKTA DA N STATUT x

JADUAL TRANSLITERASI xi i

PENDAHULUAN 1

BA B I MENGENA LIDOKTRIN PENGASINGAN KUASA

1.1 Pendahuluan 8

1.2 Asal-usul doktrin pengasingan kuasa 9

1.3 Defmisi doktrin pengasingan kuasa 15

1.4 Konse p pengasingan kuasa 16

BAB II DOKTRIN PENGASINGAN KUASA MENURUT

PERSPEKTIF ISLAM

2.1 Pendahuluan 19

2.2 Amalan pengasingan kuasa dalam zaman awalpeme rintahan Islam 20

2.2.1 Zaman pemerintahan Rasulullah (saw) 202.2.2 Zaman pemerintahan khulafa al-rasyidin 222.2.3 Zaman pemerintahan U m a r A b d u l Aziz 26

2.3 Pandangan Islam terhadap pengasingan kuasa 28

Page 7: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 7/24

 

Vll

2.4 Badan-badan dalam pem erintahan Islam dan fungsi-fungsinya 30

2.4.1 Pendahuluan 302.4.2 Badan legislatiaf 31

2.4.3 Badan eksekutif 352.4.4 Badan kehakiman 40

BA B III DOKTRIN PENGASINGAN KUASA D A L A M

PERLEMBAGAAN ARAB SAUDI DAN IRAN

3.1 Pengenalan 48

3.2 Am alan doktrin pengasingan kuasa di Arab Saudi 49

3.2.1 Pendahuluan 493.2.2 Badan legislatif 513.2.3 Badan eksekutif 533.2.4 Badan ke hakiman 54

3.3 Am alan doktrin pengasingan kuasa di Republik Islam Iran 56

3.3.1 Pendahuluan 56

3.3.2 Badan legislatif 57

3.3.3 Badan eksekutif 593.3.4 Badan kehakiman 60

3.4 Hubungan di antara ketiga-tiga badan be rkuasa dalamne gara Islam 61

BAB IV DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DALAM

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

4.1 Pendahuluan 64

4.2 Falsafah dan amalan pengasingan kuasa menurut perlembagaanMalaysia 65

4.3 Ketua negara 67

4.4 Kuasa legislatif 69

4.4.1 Parlimen 69

4.4.2 Dewan Undangan Negeri 70

Page 8: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 8/24

 

Vlll

4.5 Kuasa eksekutif 71

4.5.1 Jemaah Menteri 71

4.5.2 Kuasa eksekutif negeri 72

4.6 Kuasa kehakiman 73

4.6.1 Institusi kehakiman 744.6.2 Perlantikan dan kedudukan para hakim 74

4.7 Amalan pengasingan kuasa di Malaysia 75

B A B V ANALISA PERBANDINGAN D A N R U M U S A N

5.1 Pendahuluan 80

5.2 Beberapa aspek perbandingan 80

5.2.1Badanlegislatif 815.2.2 Badan eksekutif 865.2.3 Badan kehakiman 90

5.3 Saranan untuk Malaysia 95

5.3.1 Badan ekseku tif 965.3.2 Badan legislatif 975.3.3 Badan kehakiman 98

5.4 Penutup 99

R U J U K A N 106

Page 9: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 9/24

 

IX

S E N A R A I A K T A D A N STATUT

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Akta 82).

Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Akta Perlembagaan (pindaan) 1988 (Akta A 704).

Akta Polls 1967 (Akta 344) pindaan Mac 1997.

Constitution of Brunei 1984

Constitution of the state of Sabah 1990

Con stitution of the state of Sarawak 1991

Constitution of the state of Johore 1990

Constitution of the state of Kedah 1990

Constitution of the state of Malacca 1990

Constitution of the state of Penang 1990

Constitutions of the states of Malaysia 1991

Constitution of the Republic of Yaman 1994

Constitution of Morocco 1996

Iraq constitution 1990

Kuw ait constitution 1962

Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1997.

The constitution of the Islamic Republic of Iran 1980.

The constitution of the Republic of Pakistan 1962.

The constitution of the Islamic Republic of Pakistan 1990.

The constitution of Kingdom of Saudi Arabia. 1995.

The constitution of the State of America 1787.

The consti tution of the Arab Republ ic of Egypt 1980

Page 10: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 10/24

 

The constitution of Libya 1951-1969

The constitution of the Hashemite Kingdom of Jo rdonl952

The Emergenc y Powers (Kelan tan) 1977 (Ak ta 192).

Page 11: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 11/24

 

X I

= a

j = u

JADUAL TRANSLITERASI

f - = ' o = d

SJ = b Ja = t

* = t Ji = Z

& = th £ = c

£ = j t = gh

C = h ui = f

C = kh J = q

j = d ^ = k

J = dh J = 1

j = r • « = m

j = z o = n

(_>* = S A = h

o*1= sy j= w

Vokal panjang Vokal pendek

=

Diftong** *«

j = aw c£ = ay

= iy JA- = uw

Page 12: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 12/24

 

PENDAHULUAN

PENGENALAN

Sebagai sebuah sistem hidup yang sempurna, Islam bukan saja membicarakan tentang ketuhanan,

akhlak dan ibadat-ibadat ritual seperti solat, haji dan puasa, bahkan termasuk juga persoalan

kenegaraan. Oleh itu perbincangan mengenai kenegaraan yang meliputi aspek pemerintahan,

perundangan dan kehakiman adalah perkara pent ing dalam Islam sejak zaman Rasulullah (saw)

sehinggalah ke hari ini.

Mengkaji dan mengambil idea-idea bernas dari man a-man a sumber sekalipun adalah

dibenarkan, malah digalakkan oleh Islam. Sejarah menunjukkan bahawa umat Islam terdahulu

banyak mengambil manfaat terutamanya ilmu pengetahuan yang berguna dari tamadun-tamadun

lampau seperti Cina, India, Greek, Me sir, Rom dan Parsi.(Azam, 1990: 63)

Apa yang perlu ialah ilmu-ilmu tersebut hendaklah dinilai menuru t neraca Islam. Sekiranya

sesuai ianya boleh terus dipakai. Andainya bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam maka

hendaklah ditolak atau jika boleh diubahsuai maka hendaklah dilakukan sedemikian agar serasi

dengan ajaran Islam. Menurut Dr. Yusuf al-Qardawi (1999:31-33), kita tidak boleh menafikan

terdapatnya kesan-kesan positif dari tamadun barat yang boleh dimanfaat oleh umat Islam seperti

kemajuan ilmu berkaitan sains dan teknologi. Kesemua in i mampu memudahkan manusia dalam

menjalani kehidupan.

Dalam bidang pentadbiran, negara Madinah hanya terbentuk pada abad ke 7 M dan telah

didahului oleh banyak tamadun-tamadun besar sebelumn ya. Sekalipun Nabi (saw) mendapat panduan

wahyu, baginda juga kerap meminta idea dari para sahabat dalam mentadbir negara. Sebagai contoh

Rasulullah (saw)telah menggali parit di sekitar kota Madinah yang merupakan taktik peperangan

yang belum dikenali oleh orang-orang Arab. la adalah taktik perang Parsi yang dicadangkan oleh

Page 13: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 13/24

 

la adalah taktik perang Parsi yang dicadangkan oleh Salman al-Farisi. Begitu juga Umar

al-Khattab yang men gambil sistem kharaj dan diwan dari luar. (Al-Qardawi, 1998 : 255)

Contoh-contoh di atas merupakan petunjuk kepada kita betapa terbukanya sikap

Islam terhadap ilmu pengetahuan dan pencapaian tamadun terdahulu. Oleh itu penulis

berpendapat adalah amat berfaedah j ika doktrin pengasingan kuasa yang dikem bangkan di

barat in i dikaji untuk dimanfaatkan setelah disesuaikan dengan maslahat umat Islam dan

maqasid syanyyah. Penulis memilih judu l ini untuk dianalisa menurut fiqh siyasi kerana

bidang in i agak kurang diceburi berbanding fiqh ' ibadah, muamalah, munakahat dan

seumpamanya. la jug a termasuk dalam perbincangan siyasah syar iyyah yang memerlukan

kepada penilaian wajar oleh para i lmuan Islam.

KAJIAN-KAJIAN LEPAS

Setelah meneliti senarai tajuk pelajar sarjana dan doktor falsafah di Universiti Kebangsaan

Malaysia khususnya, serta meninjau tajuk-tajuk buku mengenai undang-undang

perbandingan di Perpustakaan Tun Sri Lanang, penulis dapati tidak terdapat sebarang

tulisan atau kajian perbandingan dibuat mengenai doktrin perasingan kuasa seperti tajuk

yang dikemukakan ini. Bahkan sehingga kajian ini siap penulis tidak lagi bertemu mana-

mana buku atau kajian ilmiah seperti tajuk yang dipersembahkan.

Dalam bukunya bertajuk al-Sultat-al-thalath, Dr. Sulaiman Muhammad al-

Tamawiy (1967) membincangkan tajuk perasingan kuasa menurut Islam secara umum.

Beliau juga melihat pemakaian doktrin in i secara ringkas di dalam perlembagaan negara

Arab iaitu Emiriyah Arab Bersatu, Iraq, Maghribi, Kuwait, Jordan , Tunisia, Lubnan, Syriadan Libya. Beliau tidak berpeluang membuat ulasan terhadap perlembagaan Arab Saudi

dan Republik Islam Iran sepertimana yang penulis lakukan kerana kedua-dua

perlembagaan tersebut belum ujud pada masa itu.

Al-Mawardi (1966) yang termasyhur dengan kitab Al-AhKam al-Sultaniyyah tidak

membincangkan topik pengasingan kuasa. Dr. Abd.Hamid al-Mutawalli (1981) dalam

kitabnya Al-Islam wa~mabadi nizam al-huhn hanya mengambil ruang beberapa muka

surat untuk sekadar mengulas pandangan Montesquieu mengenai doktrin ini. Demikian

Page 14: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 14/24

 

j u ga yang dilakukan oleh Muhammad al-Mubarak (1980) dalam kitabnya Nizam al-Islam,

al-hukm w a al-daulah. Beliau hanya m e n y e n t u h secara sepintas lalu akan keharusan

pemakaian doktrin pengasingan kuasa dalam sebuah negara Islam.

Prof. Dr. Saleem Shad Faruqi yang menulis dalam Jumal Fikrah (bil. 2. 1999)

bertajuk 'Democratic constitutionalism in Islam and in the the modern state of Malaysia',

menghuraikan keperluan penggunaan doktrin pengasingan kuasa dalam sebelas baris ayat

sahaja. Appadorai (1974) hanya menghuraikan sepintas lalu pemakaian doktrin

pengasingan kuasa dan amalan pemakaian secara perbandingan antara Amerika Syarikat

dan Britain dalam bukunya The substance of th e politics.

Manakala di Malaysia, penulis seperti Kalimuthu (1987) dalam bukunya Asas-

asas sains politik menerangkan sedikit sebanyak tentang doktrin perasingan kuasa di

Malaysia serta dibandingkan dengan amalannya di Britain dan Amerika Syarikat.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas (1997) turut menyentuh asal-usul

penggunaan doktrin pengasingan kuasa di Malaysia dalam buku beliau yang bertajuk

Prinsip perlembagaan dan pemerintah di Malaysia. Malaysia dikatakan tidak memakai

doktrin pengasingan kuasa in i secara mutlak malah telah diubahsuai terlebih dahulu. Tun

Mohamed Suffian (1990) dalam bukunya Pengenalan sistem undang-undang Malaysia

hanya menerangkan tentang peranan ketiga-tiga badan berkuasa di Malaysia. Beliau tidak

menyentuh secara langsung doktrin pengasingan kuasa.

Secara umumnya , samada ahli undang-undang dari kalangan umat Islam

mahupun bukan Islam, dalam dan luar negara, menjelaskan doktrin pengasingan kuasa inidari sudut-sudut yang berbeza. Oleh itu tajuk kajian yang dikemukakan ini belum pernah

dibuat oleh mana-mana penulis sebelum ini.Sekira ada sekalipun, sudah pasti pendekatan

dan olahannya berbeza. Dengan itu disertasi in i dapat menambahkan lagi koleksi i lmu-

ilmu bermanfaat khususnya di dalam bidang undang-undang perlembagaan dan

pentadbiran Islam.

Page 15: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 15/24

 

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk merungkai kekeiiruan pandangan di kalangan sebahagian

umat Islam mengenai kedudukan ilmu-ilmu asing atau yang bukan bersumberkan al-Quran

dan al-Sunnah. Kekeiiruan ini membawa kepada perselisihan yang menyebabkan

perpecahan dan renggangnya hubungan silaturrahim.

Sebahagian masyarakat Islam menolak mentah-mentah apa jua ilmu dan

pengalaman yang berasal dari pemikiran orang-orang bukan Islam dan pengambilannya

dikatakan satu kesalahan disisi agama kerana ajaran Islam telah sedia lengkap dan

sempurna. Manakala sebahagian pula gemar mengambil apa jua idea yang dianggap moden

untuk dipakai oleh umat Islam supaya kononnya dapat bertanding dengan orang-orang

bukan Islam. Namun kebanyakannya berakhir dengan kekecewaan.

Mengenai sistem pemerintahan barat khususnya demokrasi, penulis bersetuju

dengan pandangan ulama terkenal Dr. Yusuf al-Qardawi (1998 : 225) yang mengharuskan

kita mengambil pengajaran dari barat dengan dua syarat iaitu ;

a. Apabila kita dapati perkara itu mengandungi maslahat yang hakiki,

sekalipun terdapat sedikit sebanyak unsur-unsur negatif. Apa yang

penting ialah faedahnya lebih besar dari mudaratnya kerana syariat Islam

ditegakkan di atas asas perkiraan maslahat dan menghapuskan kerosakan.

b. Kita hendaklah mengubah dan mengembangkan apa yang kita ambil

sehingga ia bertepatan dengan nilai agama, akhlak, hukum syariat dan

adat resam kita.

Tegasnya ap a juga yang hendak kita ambil atau tolak mestilah dinilai terlebih

dahulu. Kita tidak boleh menerima sesuatu perkara asing dengan membabi-buta. Proses

islamisasi perlu dilakukan sebelum sesuatu perkara dijadikan amalan.

Menyedari akan kebaikan yang ad a pada doktrin pengasingan kuasa in i maka

penu l i s berusaha menc ungk i l manfaat tersebut agar boleh digunakan oleh u m a t Islam.

Doktrin ini perlu diberikan perspektif yang betul menurut syariat Islam. Proses islamisasi

Page 16: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 16/24

 

terhadap doktrin ini perlu dilakukan demi memudahkan umat Islam untuk

menggunakannya.

Setelah mengkaji kedudukan doktrin pengasingan kuasa di zaman Nabi (saw)dan

beberapa sahabat terdekat, penulis memfokuskan kajian terhadap dua buah negara Islam

masa kini iaitu Iran dan Arab Saudi. Kedua-dua negara ini dipilih sebagai contoh negara

Islam kini kerana telah mengisytiharkan dengan jelas dalam perlembagaan mereka

kedudukan syariat Islam sebagai dasar utama negara. Penulis hanya memfokuskan kajian

terhadap perlembagaan kedua-dua negara tersebut.

Gabungan dari maklumat di zaman awal Islam dan kedua-dua negara Islam

tersebut maka dibuat analisa kedudukan sebenar doktrin pengasingan kuasa dalam Islam.

Hasil dari analisa ini bolehlah dimanfaat oleh mana-mana negara khususnya yang

diperintah oleh umat Islam.

Setelah itu penulis mencadangkan penggunaan doktrin perasingan kuasa in i

supaya dilaksanakan di Malaysia berdasarkan perspektif Islam, bukan diambil terus dari

barat. D engan itu keamanan dan keadilan sebenar yang dicita-citakan akan tercapai, Insya

Allah.

METODOLOGI KAJIAN

Metod kajian yang digunakan ialah kaedah penyelidikan perpustakaan. Bahan-bahan yang

dirujuk ialah Al-Qu r'an, al-hadith, kitab-kitab/z^A, jurnal-ju rnal, buku undang-undang dan

peruntukan undang-undang seperti akta dan perlembagaan serta bahan-bahan lain yangbekenaan.

Dengan itu penulis memanfaat ke mud ah an yang sedia ad a terutamanya di

Perpustakaan Tun Sri Lanang dan Perpustakaan Fakulti Undang-Undang, Universiti

Kebangsaan Malaysia, Perpustakaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak

dan khidmat Perpustakaan al-Bukhari, Universiti Teknologi Mara Cawangan Pahang.

Page 17: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 17/24

 

Penulis juga dapat meminjam buku-buku dari individu tertentu dikalangan

pensyarah dan rakan taulan. Selain panduan dan bantuan daripada penyelia, penut i s j u g a

mengambi l pandangan dari pensyarah Fakul t i Undang-Undang, Univers i t i Kebangsaan

Malaysia dan pen syarah undang-undang dari Universi t i Teknologi MARA.Penulis sendiri

sempat membeli beberapa buah buku yang berkaitan dari toko-toko buku dan pameran

yang diadakan.

Melalui penelitian terhadap perlembagaan negara-negara yang berkaitan, buku-

buku, kitab-kitab dan bahan-bahan lain maka penjelasan, perbandingan dan analisa telah

dibuat oleh penulis sekadar kemampuan yang dimiliki.

SUSUNAN BAB

Disertasi ini mengandungi lima bab kesemuanya. Bab yang pertama diisi dengan

pengenalan, asal-usul, latarbelakang, defmisi, konsep dan sebab-sebab yang

membawa kepada kelahiran doktrin pengasingan kuasa.

Dalam bab kedua, penulis talah meneliti kemungkinan wujudnya praktis

pengasingan kuasa di dalam zaman awal Islam khususnya di zaman R asulullah (saw)

dan khulafa al-rasyidin. Seterusnya doktrin ini dilihat kedudukannya dari perspektif

Islam.

Bab ketiga dipenuhi dengan penelitian terhadap perlem bagaan Arab Saudi

dan Iran. Penulis mengkaji sejauhmana pemakaian doktrin pengasingan kuasa dalam

perlembagaan-perlembagaan tersebut.

Bab yang keempat penulis khususkan untuk meneliti pemakaian doktrin

pengasingan kuasa dalam perlembagaan Malaysia. Setiap bidangkuasa ditelit i agar

dapat dianalisa dengan sebaik mungkin .

Manakala bab yang kelima merupakan rumusan kepada semua perkara

yang telah dibincangkan dalan bab satu hingga empat. Analisa telah dibuat dengan

membandingkan dari aspek keanggotaan dan bidangkuasa pada badan legislatif,

Page 18: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 18/24

 

eksekutif dan kehakiman. Penulis j u ga mengemukakan cadangan-cadangan membina

untuk Malaysia dan seterusnya membuat penu tup dalam bab yang terakhir ini.

Page 19: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 19/24

 

BAB I

MENGENAU DOKTRIN PENGA SINGAN KUASA

U P E N D A H U L U A N

Islam amat menghargai apa ju a ilmu yang bermanfaat sekalipun berasal dari pengataman

atau idea mereka yang bukan menganut Islam. Sikap Islam yang amat terbuka in i

memungkinkan umatnya mencari dan menimba apa jua ilmu pengetahuan yang berguna.

Pencarian terhadap ilmu pengetahuan sentiasa digalakkan oleh Islam selagi hayat

dikandung badan.

Walau bagaimanapun, setiap ilmu yang dipelajari, perlulah diteliti dan dinilai

terlebih dahulu menurut neraca Islam. Begitulah j uga yang perlu dilakukan terhadap ide

doktrin pengasingan kuasa yang begitu popular di kalangan penul is undang-undang

perlembagaan barat Doktrin pengasingan kuasa telah dijadikan salah satu asas penting

dalam kebanyakan perlembagaan negara moden hari ini. Sebahagian dari negara yang

dipimpin oleh umat Islam hari in i juga turut menggunapakai doktrin in i walaupun dengan

membuat pengubahsuaian.

Penulis merasa terpanggil untuk meneliti dan menilai kedudukan sebenar doktrin

pengasingan kuasa. Kiranya benar-benar elok, maka bolehlah disyorkan kepada negara-

negara Islam agar dapat diamalkan sebagai satu kaedah bernegara dalam du nia moden hari

ini. Sebaliknya jika doktrin in i lebih banyak membawa keburukan maka sewajarnya

negara-negara Islam menghindarinya.

Page 20: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 20/24

 

Untuk itu adalah lebih wajar doktrin ini dicungkil asal usulnya agar dapat

dikenali dengan lebih jelas. Setelah mengenalinya secara terperinci baharulah justifikasi

dapat dibuat secara lebih adil dan saksama.

1.2 AS AL-US UL DOKTRIN PENGA SINGAN KUASA

Menurut Franz Neumann (Montesquieu 1949:lvi), pengasas sebenar atau boleh digelar

sebagai bapa kepada doktrin pengasingan kuasa ialah seorang ahli undang-undang

berbangsa Perancis bernama Charles Louis Scondat Baron de Montesquieu.Beliau

dilahirkan pada 18 Januari 1689di negeri Chateau de la Brede yang terletak di barat daya

Perancis berhampiran bandar Bordeaux (Grolier Encyclopedia of Know ledge 1991. vol.

13:57-58).

Montesquieu dilahirkan di kalangan golongan berada yang mendapat pendidikan

sains dan undang-undang. Apabila bapa saudaranya meninggal dunia pada 1716 , beliau

telah menggantikannya sebagai ketua hakim di Bordeaux. Beliau memegang jawatan

tersebut selama sepuluh tahun sebelum meletakkan jawatan kerana ingin menceburi

bidang penulisan secara persendirian (Ebenstein 1969:423).

Semasa hayatnya, Montesquieu telah menyaksikan kekejaman pemerintah

Perancis iaitu Raja Louis XIV. Raja tersebut memiliki kuasa mutlak dalam memerintah

negara. Kuasa tanpa batasan yang dimi l ik inya itu telah menyebabkannya bertindak sesuka

hati terhadap rakyat. Rakyat yang tidak tertahan dengan kezaliman raja telah bertindak

melakukan pemberontakan dan berkesudahan dengan ja tuhnya Raja Louis XIV dari

tahtanya pada tahun 1715 (Ebenstein 1969:422). Keadaan ini mendapat perhatianMontesquieu dan beliau mula memikirkan kaedah bernegara yang lebih baik bagi

Perancis.

Pada 1728 Montesquieu memulakan pelayarannya ke Austria, Hungary, Itali,

Switzerland, German dan Holland. Beliau sampai di England pada musim luruh 1729 dan

tinggal di sana sehingga musim bunga 1731.Semasa di England, Montesquieu berusaha

bersungguh-sungguh untuk memahami sistem pemerintahan negara tersebut. Beliau

menghadiri sidang kedua-dua dewan parlimen England dengan mengambil nota

Page 21: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 21/24

 

10

perdebatan di kalangan ahli parlimen serta bertemua bual dengan sebahagian ahli politik di

sana. Beliau mempelajari teori pemerintahan kerajaan British dan memberikan perhatian

terhadap pandangan John Locke yang amat dikaguminya.

John Locke telah menyaksikan kekejaman dan kezaliman yang berlaku di England

pada abad ke 17. Locke yang dilahirkan di England (1632M - 1704M) memikirkan betapa

perlunya kuasa membuat undang-undang dan kuasa pemerintah diasingkan. Locke telah

menulis 'Two treaties of government ' pada tahun 1690 yang menyentuh doktrin in i

(Encyclopedia Americana 1994, vol. 17:648-650). Beliau telah membahagikan kuasa

negara kepada dua iaitu eksekutif dan legislatif. Watau bagaimana pun Locke tidak

memanjangkan ideanya itu dengan huraian yang lebih lanjut seperti yang dilakukan oleh

Montesquieu.

Walaupun tertarik dengan idea Locke, Montesquieu sempat menyaksikan

kelemahan-kelemahan dalam sistem politik British dan Cuba membandingkannya dengan

situasi yang berlaku di Perancis. Sebagaimana Voltaire, Montesquieu hanya berminat

melihat keadaan negara di sudut politik sahaja dan tidak peka terhadap masalah ekonomi

dan sosial masyarakat (Ebenstein 1969:424).

Montesquieu kembali ke Perancis pada tahun 1731 dengan membawa idea-idea

kenegaraan yang dipelajari sepanjang pengembaraannya. Pada 1734beliau mengeluarkan

hasil tuh'sannya yang bertajuk Considerations on the greatness and decline of Rome

sebagai usaha awal untuk menegur pemerintah Peranchis. Dalam tulisan tersebut

Montesquieu mengatakan bahawa kerajaan England adalah lebih adil kerana di sana

terdapat sebuah badan yang memeriksa dan membetulkan kerajaan dan dirinya sendirisecara berterusan; kesilapan yang berlaku tidak berpanjangan; dan ia amat berguna kerana

memberikan perhatian kepada rakyat Dengan lain perkataan, pemerintah yang baik

menurut Montesquieu ialah apabila ia dalam keadaan tidak menentu, ia boleh

diperbetulkan oleh undang-undangnya sendiri (Ebenstein 1969:424). Keadaan seperti di

England ini tidak berlaku di Perancis.

Hasil kerja terunggul Montesquieu ialah penulisan buku bernama 'D e L'esprit des

lots' pada 1748M atau dikenali sebagai 'The spirit of laws' atau 'Spirit of the laws' dan

Page 22: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 22/24

 

1 1

dalam Bahasa Melayu diterjemahkan sebagai 'Semangat (roh) undang-undang'(Mohd

Salleh 1997: 7 ; Ahmad Atory 1996: 3) . Beliau telah menghabiskan sebahagian besar

hidupnya untuk mengembangkan idea politik pemerintahannya di dalam tulisan tersebut.

Atas kesungguhan beliau, 'Spirit of the laws' telah memberi kesan yang mendalam samada

dalam bidang intelektual mahupun politik di seluruh dunia. Kandungan terpenting dalam

tulisan Montesquieu tersebu t ialah berkenaan doktrin pengasingan kuasa.

Pengalaman di England telah memberi inspirasi kepada Montesquieu untuk

melakukan pembaharuan terhadap perlembagaan Perancis. Walaupun tidak wujud

pengasingan kuasa yang jelas di England, tetapi kelihatan pemerintahan British itu lebih

adil berbanding Perancis. Kerajaan England terdapat institusi raja yang bertindak sebagai

eksekutif, manakala House of Lord bertindak sebagai Mahkamah Agong dan mewakil i

badan legislatif (Montesquieu 1949:li). Kewujudan badan House of Lord memberikan

kesan yang besar kepada England kerana ia juga bertindak mengawal atau menegur

tingkah laku raja. Dengan itu raja tidak boleh bertindak sesuka hati terhadap rakyatnya, In i

menyebabkan hak dan kebe basan rakyat England lebih terjamin berbanding dengan sistem

kuasa mutlak raja di Perancis.

Franz Neumann (Montesquieu.l949:lvi-lvii) tidak begitu bersetuju dengan

pandangan yang mengatakan John Locke yang menjadi pencetus idea pengasingan kuasa

yang diperkembangkan oleh Montesquieu. Beh'au melihat Locke mencampurkan ketiga-

tiga kuasa seperti peranan yang dimainkan oleh House of Lord sedangkan Montesquieu

berusaha memisahkannya. Walaubagaimanapun, sepertimana yang telah disebutkan

sebelum ini bahawa Montesquieu sendiri memang kagum kepada idea-idea Locke dan

mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepadanya.

Kembali kepada 'Spirit of th e Laws', Montesquieu (1949:Ii) menyebutkan bahawa

asas keadilan politik dalam sesebuah ne gara seperti berikut;

Keadilan sebenar mengandungi dua unsur iaitu untuk melakukan apa sahajayang tidak dilarang oleh undang-undang yang diibuat oleh kerajaan dankerajaan yang merealisasikan 'doktrin pengasingan kuasa' di mana undang-undang dibuat oleh badan legislatif; ditadbir oleh badan eksekutif yangterpisah; dan perlaksanaan undang-undang kepada semua warganegara hanya

oleh sebuah badan kehakiman yang bebas.

Page 23: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 23/24

 

12

Pandangan in i dengan jelas menunjukkan sikap Montesquieu yang menjadikan doktrin

pengasingan kuasa sebagai satu unsur pent ing untuk mengujudkan keadilan dan

menghindar i kezaliman di dalam sesebuah negara.

Pandangan Montesquieu (1949:151-152) dalam 'Spirit of the laws' mengenai

doktrin pengasingan kuasa secara lebih terperinci telah disebutkankan dalam Buku XI

bahagian vi seperti berikut;

Apabila kuasa membuat undang-undang dan kuasa memerintah dipunyaioleh seorang sahaja, atau oleh satu pihak yang berkuasa sahaja, nescayatidak boleh didapati kebebasan, kerana orang itu atau pihak yang berkuasaitu harus akan membuat undang-undang yang zalim supaya dapatdijalankan satu pemerintahan yang zah'm. Kebebasan juga tidak akandidapati sekiranya kuasa kehakiman tidak diasingkan daripada kuasamembuat undang-undang dan kuasa memerintah. Sekiranya kuasa

kehakiman itu disatukan dengan kuasa membuat undang-undang, kuasatentang jiwa dan harta rakyat akan berleluasa dan berjalan sewenang-wenangnya kerana hakim itu juga yang akan menjadi pembuat undang-undang. J ika kuasa kehakiman itu disatukan dengan kuasa memerintah,maka hakim itu akan mempunyai segala kekuatan seorang yang zalim.Segala-galanya akan hilang dan binasa sekiranya orang itu juga, atau pihakyang berkuasa itu juga m empu nyai dan menjalankan ketiga-tiga kuasa ini;iaitu membuat undang-undang, menjalankan pemerintahan negara dan

menghukum jenayah dan pertelingkahan antara rakyat.

Penjelasan di atas menunjukkan secara jelas bagaimana penyelewengan yang membawa

kepada kezaliman boleh berlaku dengan mudah apabila ketiga-tiga kuasa negara tidak

dipisahkan. Inilah yang menyebabkan kenapa Montesquieu bersungguh-sungguh

menerangkan betapa perlunya d oktrin pengasingan k uasa dilaksanakan d i dalam sesebuah

negara.

Berdasarkan penjelasan di atas, Tun Salleh Abas (1997:8) telah merumuskan

bahawa maksud doktrin pengasingan kuasa yang dikemukakan oleh Montesquieu itu

adalah seperti berikut;

a. Badan yang membuat undang-undang hanya dibenarkan membuat

undang-undan g; ia tidak boleh menyerahkan kuasa in i kapada badan lain;

begitu j uga ia tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa yang lain lagi

Page 24: ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24

5/12/2018 ABD_KHALIL_MOHD_KHALID_02_24 - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/abdkhalilmohdkhalid0224 24/24

 

13

b. Badan yang memerintah hanya dibenarkan menjalankan pemerintahan

negara sahaja; ia tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan

kuasa kehakiman; dan

c. Badan kehakiman hanya dibenarkan mengadili sesuatu pertikaian; ia

tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa

pemerintahan.

Dengan itu lahirlah doktrin perasingan kuasa atau dalam bahasa Inggerisnya dipanggil

'separation of powers' yang mem bahagikan kuasa-kuasa kepada 'legislative', 'executive'

dan 'judiciary' (Smith 1973:39).

Montesquieu telah berusaha bersungguh-sungguh bagi menjadikan doktrin inisebagai pilihan terbaik bagi menjamin keadilan pemerintah dalam sesebuah negara. Beliau

telah menggunakan sepenuh kebijaksanaannya dengan mencipta satu teori sains politik

yang terbaik bagi menyelamatkan rakyat dalam mana-mana negara di dunia ini dari

kekejaman pemerintah. Montesquieu telah cuba memberikan keyakinan kepada manusia

bahawa teori sains politik yang diutarakannya in i benar-benar merupakan satu

pembangunan dan perubahan yang positif dalam struktur pemerintahan moden. Sekiranya

hasrat beliau menjadi kenyataan, sudah tentu dunia secara amnya akan menjadi aman

makmur, tiada lagi kedengaran manusia yang teraniaya atau dizalimi oleh pemerintah.

Dalam tempoh yang panjang iaitu kira-kira dua puluh tahun lamanya Montesquieu

berusaha memperkemaskan doktrin pemgasingan kuasa ini. Walaupun demikian masih

terdapat beberapa kelemahan atau kekurangan doktrin itu dalan beberapa sudut. .

Montesquieu telah dikritik dengan hebat sekali oleh beberapa tokoh undang-undang

terkenal seperti Blackstone, J. Madison dan T. Jafferson (Kalimuthu 1987:170), Pada

tahun 1750, Montesquieu terpaksa menulis sebuah buku khas untuk menyokong id e

asalnya iaitu buku yang bernama 'D e 'fense de Vsprit des Lots' bagi menjawab pelbagai

sanggahan terutamanya dari golongan kristian orthodok yang ingin mengukuhkan kembali

kekuasaan mereka terhadap pemerintahan negara(77ie Encyclopedia Americana 1972. vol.

9:403).

Walau bagaimanapun ide asal pengasingan kuasa tetap wujud. Professor John

Plamenatz mengatakan bahawa kuasa legislatif dan eksekutif telah terasing sejak