Abstrak Ar (sarung tangan tayammum)

download Abstrak Ar (sarung tangan tayammum)

of 1

description

Abstrak Ar (sarung tangan tayammum)

Transcript of Abstrak Ar (sarung tangan tayammum)

NAMA : NURUL IZATTIE BINTI MUHAMMAD ADAMTAJUK KAJIAN : KIT-T MEMBANTU MURID TAHUN 5 MEMAHAMI DAN MENGINGAT CARA BERTAYAMMUM DENGAN MUDAH

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan pemahaman dan daya ingatan murid mengenai cara bertayammum dengan menggunakan kit tayammum yang mengandungi sarung tangan berwarna serta manual penggunaanya yang menarik minat murid. Peserta kajian terdiri daripada 4 orang murid Tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan Daerah Banting, Selangor Darul Ehsan. Dalam kajian ini, metod pengumpulan data yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen bagi mendapatkan data-data penting sebagai dapatan kajian. Hasil analisis data yang telah dibuat mendapati terdapat peningkatan daripada aspek pemahaman, ingatan dan penglibatan murid terhadap cara bertayammum selepas menggunakan kit tayammum yang menarik. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan kit tayammum yang mengandungi manual bergambar dan sarung tangan berwarna amat membantu murid untuk memahami dan mengingat cara bertayammum yang betul dengan baik.