ADG ESEI

download ADG ESEI

of 10

description

adg

Transcript of ADG ESEI

PENGENALAN

Tauhid secara bahasa arab merupakan bentuk masdar dari fiil wahhada-yuwahhidu (dengan huruf ha di tasydid), yang ertinya menjadikan sesuatu satu saja. Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata: Makna ini tidak tepat kecuali diikuti dengan penafian. Iaitu menafikan segala sesuatu selain sesuatu yang kita jadikan satu saja, kemudian baru menetapkannya (Syarh Tsalatsatil Ushul, 39).Secara istilah syari, makna tauhid adalah menjadikan Allah sebagai satu-satunya sesembahan yang benar dengan segala kekhususannya (Syarh Tsalatsatil Ushul, 39). Dari makna ini sesungguhnya dapat dipahami bahwa banyak hal yang dijadikan sesembahan oleh manusia, bisa jadi berupa Malaikat, para Nabi, orang-orang shalih atau bahkan makhluk Allah yang lain, namun seorang yang bertauhid hanya menjadikan Allah sebagai satu-satunya sesembahan saja.Pembagian Tauhid

Dari hasil pengkajian terhadap dalil-dalil tauhid yang dilakukan para ulama sejak dahulu hingga sekarang, mereka menyimpulkan bahwa ada tauhid terbagi menjadi tiga: Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyah dan Tauhid Al Asma Was Shifat.Pentingnya mempelajari tauhid

PENGERTIAN TAUHID ULUHIYYAH

Perkataan Uluhiyyah diambil daripada perkataan Al-Ilah ( ) maksudnya ialah yang disembah ( ). Oleh kerana itu tauhid Uluhiyyah dinamakan juga dengan tauhid ibadah. Dari segi istilah agama tauhid Uluhiyyah bermakna keyakinan kita bahawa hanya Allah yang berhak disembah dan dia tidak boleh disekutukan dengan apa pun juga. Tauhid ini juga yang membezakan antara orang muslim dengan orang musyrik. Walaupun orang Yahudi menyakini bahawa Allah yang mencipta, menghidup dan mematikan makhluk namun mereka tidak bergelar muslim kerana penyekutuan yang mereka lakukan.Ibnu Taimiyah menyatakan bahawa Tauhid inilah yang membezakan orang yang bertauhid murni dengan orang musyrik. Barangsiapa yang tidak memenuhi kriteria tauhid Uluhiyyah maka ia masih terikat ke dalam kemusyrikan.Tauhid Uluhiyyah merupakan natijah yang tabii dan semestinya dari tauhid Rububiyyah. Pengakuan hanya dengan Tauhid Rububiyyah tidak diakui oleh Islam, kerana tauhid ini juga yang diakui oleh iblis dan golongan kafir. Apabila adanya pengakuan dengan tauhid Uluhiyyah maka semestinya mengandungi pengakuan pada tauhid Rububiyyah, dan kedua-dua tauhid ini diakui selagi mana ia mengakui dengan sebenarnya tauhid Zat, Asma, Sifat.Menurut Ismail Omar pula (1999) pula, tauhid uluhiyyah ialah menegaskan Allah SWT dalam segala jenis ibadat. Sesungguhnya kita hanya perlu mengabdikan diri kepada Allah SWT dalam segala jenis ibadat.

KESIMPULAN Banyak orang yang mengaku Islam. Namun jika kita tanyakan kepada mereka, apa itu tauhid, bagaimana tauhid yang benar, maka sedikit sekali orang yang dapat menjawabnya. Sungguh ironis melihat realita orang-orang yang mengidolakan artis-artis atau pemain sepak bola saja begitu hafal dengan nama, hobi, alamat, sifat, bahkan keadaan mereka sehari-hari. Di sisi lain seseorang mengaku menyembah Allah namun ia tidak mengenal Allah yang disembahnya. Ia tidak tahu bagaimana sifat-sifat Allah, tidak tahu nama-nama Allah, tidak mengetahui apa hak-hak Allah yang wajib dipenuhinya. Yang akibatnya, ia tidak mentauhidkan Allah dengan benar dan terjerumus dalam perbuatan syirik. Waliyydzubillah. Maka sangat penting dan urgen bagi setiap muslim mempelajari tauhid yang benar, bahkan inilah ilmu yang paling utama. Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata: Sesungguhnya ilmu tauhid adalah ilmu yang paling mulia dan paling agung kedudukannya. Setiap muslim wajib mempelajari, mengetahui, dan memahami ilmu tersebut, karena merupakan ilmu tentang Allah Subhanahu wa Taala, tentang nama-nama-Nya, sifat-sifat-Nya, dan hak-hak-Nya atas hamba-Nya (Syarh Ushulil Iman, 4).

Larangan Penggunaan Kalimah ALLAH bagi Bahan Penerbitan Kristian: Suatu Prinsip Islam dalam Memelihara Aqidah Umat IslamPada prinsip ajaran Islam, kita telah kemukakan sebelum ini di mana secara jelas Islamtidak mengakui konsepTrinitiyang dipegang oleh orang-orang Kristian dan menafikannya daripada sifat kesempurnaan ALLAH s.w.t.. Ini menunjukkan betapa Islam menitik beratkan tentang kemurnian aqidah Islam daripada kesesatantrinititersebut. Ini secara tidak langsung juga menunjukkan betapa Islam melarang sebarang bentuk pencemaran terhadap konsep ketuhanan ALLAH dalam aqidah murni umat Islam termasuklah mencemarkan konsep tauhid dalam bab ketuhanan dengan ideatriniti.Dalam Surah An-Nisa ayat ke-171 dan Surah Al-Maidah ayat ke-73 secara jelas menolak konseptrinityang cuba dinisbahkan kepada ALLAH. Ini secara tidak langsung menunjukkan Islam juga menolak sebarang usaha untuk menggunakan kalimah ALLAH yang pada asalnya merujuk kepada TUHAN yang MAHA ESA kepada suatu tuhan versitriniti.Kalimah ALLAH perlu merujuk kepada Tuhan yang sama sebagaimana yang diimani oleh orang-orang Islam sedangkan penggunaan kalimah ALLAH dalam kalangan orang-orang Kristian merujuk kepada tuhan lain yang bersifattriniti, bukan keesaan. Ini tertolak sama sekali.Adapun penggunaan Al-Quran dalam menggambarkan sesetengah pihak mempersekutukan ALLAH dengan menjadikan tuhan-tuhan lain selain Allah bukan menunjukkan ianya suatu galakan kepada menggunakan kalimah ALLAH bagi agama-agama lain, tetapi ianya sebagai suatu penolakan terhadap ajaran syirik agama-agama lain yang mana sebahagian daripadanya telah menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan dengan konsep yang salah, sebelum kedatangan Islam lagi, terutamanya dalam kalangan orang-orang musyrikin Arab danAhlul-Kitabyang hidup di tanah Arab.Ia sebenarnya kembali kepada penggunaan istilah ALLAH dalam konteks bahasa Arab yang mana sebahagian daripada ahli ilmu bahasa Arab mengatakan bahawasanya ALLAH adalah kata nama daripadaIllahyang bermaksud tuhan yang disembah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Munziri daripada Ibi Al-Haitham yang disebut dalamkitabLisan Al-Arab. Jadi, penggunaan kalimah Allah dalam bahasa Arab boleh merujuk kepada maksud tuhan yang disembah secara mutlak (mabud) menurut sebahagian ahli bahasa walaupun kata Allah khusus merujuk kepada Allah s.w.t. sahaja di sisi majoriti ahli bahasa. Maka, dengan keluasan bahasa Arab inilah,Ahlul-Kitabyang tinggal dalam masyarakat Arab juga menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan-tuhan sembahan mereka.Oleh kerana itu juga, sebahagian ulama masih lagi memberi ruang kepada penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang Kristian Arab khususnya kerana ianya secaraadatnyasudah dimaklumi secara umum bahawasanya ALLAH yang dimaksudkan oleh orang Kristian Arab berbeza dengan ALLAH yang dimaksudkan oleh orang-orang Islam. Ini kerana, salah guna istilah ALLAH itu berlaku sejak sebelum kedatangan Islam lagi di mana orang-orang musryikin tetap turut mengakui menyembah ALLAH namun mereka menjadikan tuhan-tuhan lain sebagai perantaraan antara mereka dengan ALLAH menurut mereka.Ahlul-Kitabdi dunia arab yang hidup dalam masyarakat Arab tersebut sudah terbiasa menggunakan kalimah Allah sebagai merujuk kepada tuhan mereka walaupun disaluti fahaman yang batil.Maka, toleransi dalam dunia Arab-Islam hanyalah kerana latar belakang sejarah yang sudah sekian lama malah tidak lagi membawa kekeliruan kepada orang-orang Islam di Arab. Ini kerana, biarpun Islam tidak mengiktiraf konsep ketuhanantrinitiKristian tersebut, namun tidak ada dalilqatiemelarang orang-orang Kristian khususnya Arab yang sudah terbiasa dengan kalimah Allah, menggunakan kalimah tersebut berdasarkan keluasan ilmu bahasa Arab itu sendiri. Dari sinilah timbulnya toleransi dalam masyarakat Arab dengan orang-orang Kristian Arab. Namun, dalam masa yang sama, tidak dinafikan adanya seruan agar mereka berhenti daripada memperkatakan bahawa Allah itu salah satu daripada tuhantriniti. Seruan yang sebegitu juga boleh dijadikan hujah bagi melarang penggunaan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian secara tidak langsung.Apa yang menghairankan, ada usaha pihak-pihak Kristian yang menggunakanbahasa selain bahasa Arab dalam penulisan-penulisan mereka, sibuk juga menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan merekasedangkan pada dasarnya ia menyalahi prinsip Islam dan menyalahi kepercayaan mereka sendiri kerana tuhan mereka bukanlah ALLAH sebagaimana yang disembah oleh orang-orang Islam.Kalau mereka pun menyembah tuhan dengan konsep ketuhanantriniti, namun masih mengaku tuhan yang mereka sembah adalah ALLAH, maka mereka secara tidak langsung mendakwa berpegang kepada kalimah bahagian pertama daripada syahadah iaituLa ilaha illaLlah(yang Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan ALLAH), kerana mereka juga mendakwa tidak menyembah melainkan Allah tetapi dalam bentuk kepercayaan mereka yang sesat (yakni, triniti). Sedangkan menurut ajaran Islam, hanya orang-orang Islam sahaja yang berpegang dengan kalimah syahadah.Oleh yang demikian, majoriti ulama Islam menegaskan bahawasanya lafaz ALLAH adalah suatu nama yang khas yang tidak terbit dari mana-mana kata terbitan yang mana ianya suatu nama khusus bagi zat TUHAN yang MAHA ESA. Konsep keesaan Tuhan itu adalah intipati utama bagi kalimah ALLAH itu sendiri.Konsep ketuhanantrinitibagi orang-orang Kristian jelas tidak merujuk kepada konsep tauhid yang menjadi inti bagi konsep ketuhanan di sebalik nama ALLAH itu sendiri. Jadi, tidak selayaknya kalimah ALLAH digunakan oleh orang-orang Kristian merujuk kepada tuhan mereka yang tidak bersifat keesaan.Kalau mereka mahu kekalkan penggunaan bahasa asalbible, samada dalamHebrewatauGreek, maka mereka boleh memanggil tuhan mereka sebagaiElohim,El,Yahweh,JehovahatauHo Theos. Mengapa perlu menggunakan kalimah Allah sedangkan ianya bukan bertujuan untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab. Kalau penterjemahan perkataan tuhan kepada bahasa Arab, maka ada ruang kepada menterjemahkannya kepada Allah jika memilih pendapat sebahagian ahli bahasa Arab di mana Allah itu adalah terbitan dari kata Ilah yang bermaksud tuhan (riwayat Ibn Haitham dalamLisan al-Arab).Namun, jika ingin terjemahkangodkepada bahasa Melayu, atau bahasa Inggeris, tidak pernah membawa kepada kalimah Allah kerana dalam penggunaan bahasa Melayu, kalimah Allah merujuk kepada kata nama khusus bagi Tuhan yangMaha Esa, iaitulah Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam sahaja, bukan tuhan dalam bentuk umum.[rujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua. Boleh didapati secara online dihttp://prpm.dbp.gov.my/carian.aspx?cari=Allah&domain=PRPM]Larangan penggunaan kalimah ALLAH kepada agama-agama lain (termasuklah kepada agama Kristian) selain agama Islam di Malaysia adalah suatu dasar yang menepatimaqosid syariayyahIslam yang menjaga agama masyarakat Islam daripada kekeliruan itu sendiri. Ia juga merupakan suatu dasar yang menutup ruang fitnah yang lebih besar. Ia juga dalam rangka untuk mempertahankan Perkara 11 (4) yang bertujuan menjaga aqidah umat Islam yang awam khususnya daripada kepercayaan-kepercayaan agama lain.Oleh yang demikian, pelbagai kaedah-kaedahfiqhiyyahyang sesuai digunakan dalam larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang bukan Islam seperti kaedahSad Az-Zariahdan sebagainya. Bahkan, sejak fatwa umum di Malaysia atau di negeri-negeri tertentu melarangnya, ianya sepatutnya sudah selesai, kerana keputusan hukum pemerintah itu mengangkat perselisihan.Kesimpulan: Asas-asas Umum Larangan Penggunaan Kalimah Allah bagi Orang-orang KristianOrang-orang bukan Islam samada dari kalangan orang-orang Kristian khususnya atau selainnya, perlu menghormati prinsip ajaran Islam dan maslahat umat Islam di Malaysia khususnya berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. Pedirian bahawasanya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bagi merujuk kepada konsep ketuhanan selain daripada aqidah Islam adalah merujuk kepada beberapa asas:Pertama:Nas-nas daripada Al-Quran dan hadith menunjukkan konsep kemurnian aqidah Islam yang menolak sebarang pencemaran bagi konsep ketuhanan ALLAH s.w.t. yang berpaksikan aqidah tauhid. Oleh yang demikian, kalimah ALLAH yang merujuk kepada tuhan yang berpaksikantrinit dan sebagainya yang sesatadalah menyalahi prinsip ajaran aqidah Islam yang murni itu sendiri. Dalil-dalil yang menolaknya adalah seperti surah Al-Ikhlas, Surah An-Nisa ayat ke-171, Surah Al-Maidah ayat ke-73 dan sebagainya.Kedua:Ia bercanggah dengan kemurnian konsep kalimah syahadah yang menunjukkan hanya orang-orang Islam sahaja yang menyembah ALLAH s.w.t.. Maka, kalaulah orang-orang Kristian pun menyembah ALLAH dengan konseptriniti, maka mereka juga mendakwa tidak menyembah melainkan ALLAH tetapi Allah yang bersifattriniti. Hal ini justeru menafikan pengkhususan kepada orang-orang Islam dalam berpegang dengan kalimah syahadah (La ilaha illaLlah). Maka, ia suatu yang tertolak dari sudut kemurnian kalimah syahadah ajaran Islam itu sendiri.Ketiga:Ia boleh membawa kepada kekeliruan kepada masyarakat awam Islam khususnya diMalaysia. Ia boleh menimbulkan prasangka seolah-olah tuhan yang disembah oleh orang-orang Kristian adalah sama dengan Tuhan yang disembah oleh orang-orang Islam. Ini membuka pintu kepada murtad yang dicela oleh Islam itu sendiri. Berdasarkan peruntukan Perkara 11 (4), adalah wajar larangan kalimah ALLAH digunakan bagi orang-orang kafir atau bukan Islam. Ia demi menjaga maslahat umat Islam itu sendiri.Daripada inilah, ada kaedah-kaedah tertentu dalamqawaid fiqhiyyahuntuk mencegah kemudaratan yang lebih besar dan fitnah yang lebih bahaya dalam masyarakat Islam, maka larangan menggunakan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian di Malaysia khususnya boleh digunakan.Keempat:Orang-orang Krisitian di Malaysia khususnya juga tidak mempunyai sebab yang kuat untuk menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk kepada tuhan mereka kerana penggunaan istilah ALLAH di Malaysia (penggunaannya secara adat dan dari sudut bahasa Melayu itu sendiri) khusus merujuk kepada Tuhan orang-orang Islam sahaja. Malah, mereka (orang-orang Kristian) juga tidak menulis tulisan mereka dalam bahasa Arab sehingga perlu menggunakan kalimah ALLAH bagi merujuk perkataan tuhan ataugod. Mengapa mereka tidak menggunakan perkataantuhan, untuk menterjemahkan kalimah tuhan yang mereka gunakan, keranagoddalam bahasa Melayu adalah tuhan. Bahkan, mereka boleh gunakan nama-nama yang lebih dekat dengan tradisiBiblesepertielohim(bahasa Ibrani),yahwehdan sebagainya yang sering digunakan oleh mereka sebelum ini.Kelima:Larangan penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukan Islam bagi merujuk kepada tuhan-tuhan mereka adalah suatu yang wajar di Malaysia khususnya, kerana Malaysia adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama negara,sedangkan Islam pula menolak konsep pencemaran terhadap kemurnian aqidah Islam termasuklah penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukan Islam. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan [Perkara 3 (1) dan Perkara 11 (4)], pendirian larangan tersebut adalah wajar kerana prinsip ajaran Islam tidak boleh dihalang oleh kebebasan beragama dengan agama-agama lain. Sebarang usaha atau amalan oleh penganut-penganut agama lain yang boleh membawa kepada mencemarkan prinsip dan roh agama Islam adalah ditolak kerana konsep kebebasan itu sendiri tidak boleh menjangkau kepada hak-hak pihak lain. Adapun penggunaan kalimah ALLAH bagi orang-orang bukan Islam dalam penulisan dan penerbitan khususnya, sudah menjangkau daripada sempadannya kerana ianya mencemarkan kemurnian ajaran agama Islam yang merupakanagama Persekutuandalam konteks di Malaysia.Orang-orang Kristian khususnya, jika berpegang teguh dengan ajaran mereka, pasti mereka akan menghormati kedudukan tinggi agama Islam di negara ini serta kedudukan Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agung sebagai Ketua Umum Negara dan Ketua Agama, lalu mereka juga akan menghormati larangan penggunaan kalimah ALLAH yang mana ianya berteraskan ajaran Islam yang merupakanagama Persekutuan dan agama bagi Ketua Umum Negara.Dalam surat Paul kepada orang-orang Rom (iaituRomans: 13) menceritakan tentang suruhan agar orang-orang Kristian khususnya, agar mentaati raja-raja yang memerintah di sesuatu tempat tersebut. Maka, sekiranya larangan menggunakan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian digubal, maka mereka perlu menerimanya atas semangat mematuhi ajaranBible(Romans: 13) itu sendiri.Maka, dari sudut menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat di Malaysia secara umumnya sahaja, larangan penggunaan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian dan bukan Islam adalah suatu yang praktikal. Umat Islam di Malaysia yang mempunyai banyak ruang kelemahan dari sudut pendidikan agama dan sebagainya, seharusnya tidak terdedah kepada kekeliruan yang lebih besar seperti berkongsi nama tuhan yang sama dengan penganut agama-agama lain.Apatah lagi, setelah dinilai secara dasarnya, Islam sememangnya menyeru ke arah tidak menisbahkan kesyirikan,triniti, anak dan sebagainya kepada Allah yang Maha Esa. Allah s.w.t. sendiri menyucikan zatNya dan sifat-sifatNya daripada perkataan-perkataan seperti konseptrinitidan sebagainya yang menyeleweng tersebut. Jadi, dasar dan prisinp asas Islam secara umum sememangnya membawa kepada tidak memberi ruang untuk menisbahkan konsep ketuhanan yang salah kepada Allah s.w.t.. Ini juga memberi makna bahawa tidak boleh menamakan sesuatu tuhan yang berteraskan konsep ketuhanan yang salah dengan nama Allah yang merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Benar.Kita melihat pengecualian atau toleransi para ulama Islam di dalam masyarakat Arab khususnya terhadap penganut agama Kristian Arab kerana mereka sudah biasa menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Al-Ilah atau Tuhan. Namun, penggunaan itu tidak berlaku samada dalam bahasa Inggeris mahupun bahasa Melayu. Jadi, secara tidak langsung, toleransi terhadap penggunaan kalimah Allah kepada orang-orang Kristian dalam masyarakat Melayu di Malaysia khususnya boleh menimbulkan kesamaran dan tidak menepati penggunaan bahasa yang sebenar.Bahkan, dengan membenarkan orang-orang Kristian menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan sembahan mereka merupakan antara hambatan dalam dakwah islamiyyah kerana mereka (orang-orang Kristian) secara asasnya sudah mengganggap bahawa mereka sudahpun menyembah Allah sebagaimana orang-orang Islam menyembah Allah, tetapi mereka memahami Allah mereka dengan kefahaman yang berbeza.Jadi, dengan alasan mereka sudah menyembah Allah, mereka tidak perlu lagi untuk menganut agama Islam kerana beza antara orang-orang Islam dengan orang-orang Kristian di sisi mereka hanyalah, orang-orang Islam mengikut Nabi Muhammad s.a.w. sedangkan orang-orang Kristian mengikut Nabi Isa a.s., sedangkan kedua-dua agama mengajar konsep ketuhanan yang sama. Inilah alasan mereka yang cuba dijelaskan kepada masyarakat awam Islam khususnya, bahawasanya agama mereka juga adalah agama kebenaran dan orang-orang Kristian juga menyembah Allah seperti orang-orang Islam.Justeru, secara prinsipnya, masyarakat Islam sewajarnya tidak meredhai orang-orang Kristian menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka kerana tuhan mereka tidak bersifat keesaan tetapi sebaliknya bersifattriniti. Di sisi orang-orang Kristian, mereka cuba membuktikan bahawasanya konseptrinitiadalahkonsep tauhid(ataumonotheism). Maka, sebab itulah mereka juga mahu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada tuhan mereka agar masyarakat Islam awam khususnya faham bahawa, mereka (orang-orang kristian) juga menyembah tuhan yang Maha Esa tetapi dalam bentuktriniti.Oleh kerana penggunaan kalimah Allah dalam bahasa Melayu atau dalam penggunaan umum masyarakat di Malaysia merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa (sebagaimana disebutkan dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua), maka tidak wajar orang-orang Kristian dibenarkan menggunakan kalimah tersebut bagi merujuk kepada tuhantrinitimereka, kerana Islam sama sekali tidak mengiktiraf konseptrinititersebut sebagai konseptauhid.Di samping beberapa sudut lain seperti keharmonian aqidah umat Islam dan sebagainya, maka pendirian yang melarang penggunaan kalimah Allah bagi orang-orang Kristian khususnya dan bagi orang-orang bukan Islam amnya, adalah suatu pendirian yang tepat dan kukuh khususnya di Malaysia. Mudah-mudahan ianya dapat membantu dalam menjaga aqidah umat Islam yang semakin terdedah kepada pelbagai serangan fahaman yang sesat samada dari dalam mahupun luar.