APRESIASI PSV3103-nadwah-.pdf

9
JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR TUGASAN KERJA KURSUS SEMESTER: 5 TAHUN: 2015 PSV3103 SEJARAH DAN APRESIASI SENI DISEDIAKAN OLEH: NO KAD PENGENALAN: Nurul nadwah biti khalid 931017-08-6548 PENSYARAH: Encik SHAHRIL BIN AWANG PUAN AZLINA BINTI HJ. ABDUL RANI TARIKH SERAHAN: TARIKH DITERIMA: Kumpulan Akademik: G5.7 (Sem. 5) Program: PISMP Ambilan Januari 2013

Transcript of APRESIASI PSV3103-nadwah-.pdf

Page 1: APRESIASI PSV3103-nadwah-.pdf

JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

TUGASAN KERJA KURSUS

SEMESTER: 5 TAHUN: 2015

PSV3103

SEJARAH DAN APRESIASI SENI

DISEDIAKAN OLEH: NO KAD PENGENALAN:

Nurul nadwah biti khalid 931017-08-6548

PENSYARAH:

Encik SHAHRIL BIN AWANG

PUAN AZLINA BINTI HJ. ABDUL RANI

TARIKH SERAHAN: TARIKH DITERIMA:

Kumpulan Akademik: G5.7 (Sem. 5)

Program: PISMP Ambilan Januari 2013

Page 2: APRESIASI PSV3103-nadwah-.pdf

APRESIASI KARYA 1

Pelukis : Camille Pissarro (1830–1903)

Tajuk : The Garden of Les Mathurins at Pontoise

Tahun : 1876

Media : cat minyak

Saiz : 113 × 165 cm (44.5 × 65 in)

Pelukis : Camille Pissarro

Page 3: APRESIASI PSV3103-nadwah-.pdf

'Garden of Les Mathurins di Pontoise' adalah lukisan landskap teliti dicipta oleh artis

Camille Pissarro pada tahun 1876. Lukisan memantulkan pemandangan yang menakjubkan di

'Taman Les Mathurins di Pontoise', yang memaparkan kesuburan, pokok-pokok berdaun, langit

biru segar dilengkapi dengan awan putih. Rumah agam yang megah di sebelah kanan karya

diperincikan dalam gaya impressionisme yang jelas. Jalan, yang terdiri daripada sapuan berus

yang berwarna merah jambu, biru, putih, dan kuning, membawa orang yang menghayati karya

ini jauh ke dalam taman Les Mathurins. Bunga-bunga, tumbuh-tumbuhan, dan pintu gerbang

dedaunan yang memenuhi ruang laman rumah yang menghijau, menambahkan lagi keindahan

di dalam karya.

Falsafah Camille Pissarro "bekerja pada masa yang sama dengan langit, air, tanah, dan

segala-galanya berlaku secara serentak. Jangan takut menggunakan warna, warnalah tanpa

perasaan ragu-ragu, kerana ia adalah lebih baik agar tidak kehilangan kesan yang pertama". Itu

adalah diantara falsafah Pissaro dalam berkarya, pada pandangan saya beliau seolah-olah

berkerjasama dengan alam semulajadi dalam menghasilkan sebuah karya yang hebat, dan

untuk menjadi seorang pelukis yang baik sifat keyakinan perlu ada dalam diri dalam

menentukan warna dalam setiap sapuan berus.

Pandangan Pissarro terhadap lukisan."Lukisan, seni secara umum, memukau saya. Ia

adalah hidup saya. Adakah perkara lain? Apabila anda meletakkan seluruh jiwa anda ke dalam

kerja, semua perasaan dalam diri anda, anda tidak boleh gagal untuk mencari jiwa orang lain

yang memahami anda. Bukankah itu semua artis perlu harapkan". Begitulah semangat Pissarro

dalam bidang lukisan.

Pelukis menghasilkan karya ketika tahun 1876, aliran yang jelas terlihat dalam karya ini

adalah aliran impressionisme. Gambar didalam catan tersebut memperlihatkan tentang

suasana taman yang menghijau dan dihiasi dengan bunga-bunga hiasan yang pelbagai warna,

yang menceriakan kawasan laman di rumah tersebut.

Aliran ini mengutamakan kesan selintas dari suatu objek yang dilukiskan.Kesan ini

didapati dari bantuan sinar matahari yang merefleksi ke mata. Menurut Issac Newton

menjelaskan bahawa apa yang kita lihat adalah cuma kesan pembalikan cahaya terhadap

warna pada objek. Menurutnya lagi, pancaran cahaya mengandungi pelbagai warna yang

dibalikkan dan ada yang tidak, bergantung kepada sesuatu permukaan.

Warna-warna cerah ada pelukis impresionis yang mengharamkan warna hitam kerana

dianggap bukan sebahagian dari cahaya, komposisi terbuka kuatnya goresan berus penekanan

pada kualiti pengcahayaan. Subjek-subjek lukisan yang tidak terlalu menonjol. Sudut

Page 4: APRESIASI PSV3103-nadwah-.pdf

pandangan yang tidak biasa. Faktor masa adalah sangat penting, maka sapuan berus

dilakukan secara spontan dan cepat

Dalam lukisan Pissaro ini, beliau menggunakan cat minyak. Teknik yang digunakan

ialah impasto iaitu teknik untuk menghasilkan kesan pokok-pokok dalam karya seperti dalam

karya yang diatas. Karya ini melihat dari segi hal benda, karya menampilkan gubahan objek-

objek semula jadi iaitu bunga dan pokok-pokok serta bangunan, dan terdapat seorang figura

wanita yang memakai baju gaun putih. Setiap objek tersebut ditampilkan secara impressionism

dengan kadar suasana sama ada dari segi bentuk, komposisi, dan perwarnaan. Perkarya

membuat perincian yang teliti bagi menonjolkan sifat tenang terhadap objek tersebut.

Saya suka karya ini kerana secara aspek formalistik iaitu unsur-unsur seni dan prinsip

rekaan. Dari segi warna, pengkarya memberi warna harmoni yang menimbulkan susunan

menarik dan gambaran tersebut. Sapuan berus yang bebas dengan warna yang diliputi dengan

siang hari dan hawa seperti warna putih, biru, dan kuning di langit dalam karya tersebut.

Susunan dan reka letak objek-objek berjaya menimbulkan kesan ruang ilusi yang baik. Sebagai

contoh menggunakan warna gelap dan warna putih untuk menimbulkan kesan ruang iaitu jarak

yang di hadapan atau di belakang.

Dalam karya yang bersudut kanan iaitu bangunan tersebut dapat menonjol dari warna

cerah, iaitu warna putih, warna putih boleh menonjolkan sinaran dari cahaya matahari. Selain

itu, menggunakan warna sejuk untuk memberi suasana yang tenang dan nyaman. Seterusnya,

unsur jalinan tampak dapat dilihat dalam bentuk 2 dimensi dalam karya Pissaro ini. Sebagai

contoh, jalinan pada daun pokok telah menghasilkan karya lebih menarik dan secara tidak

berlangsung dapat menimbulkan kesan pergerakan.

Imbangan simentri seperti pokok yang dilukis dalam karya yang bersudut di kiri. Bagi

saya, karya ini dapat menimbulkan irama dan pergerakan. Sebagai contoh, pokok dan langit

dinampakkan sedang bergerak. Oleh yang demikian, pengkarya berjaya menunjukkan karya

yang bernyawa-nyawa dalam seni tampak 2 dimensi. Beliau juga menggunakan salah satu

prinsip rekaan dalam karya ini iaitu penegasan yang seperti figura manusia tersebut berwarna

putih tetapi tepi dan belakang mempunyai warna gelap sebagai menimbulkan kesan tersebut.

Sejajar dengan itu, karya ini juga mewujudkan kepelbagaian.

Dari segi warna dapat menwujudkan gabungan pelbagai warna seperti bunga-bungaan

dalam karya yang bersudut di hadapan, selain daripada kepelbagaian warna, dalam karya juga

mempunyai kepelbagaian bentuk, garisan, dan ruang. Secara keseluruhan, mesej yang Camille

Pissaro mahu sampaikan ialah keindahan alam sekitar yang beliau menerokai di tempat

tersebut, suasana yang beliau berasa sangat tenang dan selesa serta kehijauan pokok-pokok

Page 5: APRESIASI PSV3103-nadwah-.pdf

disitu. Dalam kesimpulannya, karya ini yang dilukis oleh Pissaro ini memang menarik melalui

kritikan di atas. Beliau memang seorang artis yang baik kerana dalam karya tersebut memberi

perasaan yang tenang dan selesa dalam keindahan suasana tersebut.

APRESIASI KARYA 2

Pelukis : Syed Ahmad Jamal

Tajuk : Langit dan Bumi 1

Tahun : 1998

Media : Akrilik

Saiz : 203sm x 274.5 sm

Page 6: APRESIASI PSV3103-nadwah-.pdf

Pelukis : Syed Ahmad Jamal

Karya “ Langit dan Bumi 1” ini adalah dari aliran ekspesionisme. Aliran ini menolak

peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek, penggunaan warna yang dramatik dan tidak

ada imej yang jelas. Syed Ahmad Jamal menggunakan subjek alam tabii atau alam semulajadi

sebagai teras pengkaryaannya. Hasil karya Syed Ahmad Jamal ini jika dilihat pada format

kanvas dari bawah ke atas boleh dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian pertama

terdiri daripada lapisan bumi. Bahagian kedua terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bukit-

bukau. Seterusnya pada bahagian ketiga terdiri daripada awan, jalur cahaya dan hujan.

Manakala pada bahagian keempat terdiri daripada langit dan bintang-bintang.

Syed Ahmad Jamal mengukuhkan struktur karya Langit dan Bumi I dengan kombinasi

unsur-unsur seni seperti garisan, rupa , bentuk dan jalinan. Sementara komposisi karyanya

diseimbangkan, dikontrakan, diulang-ulangkan, ditegangkan dan diharmonikan.Sapuan garisan

yang pantas amat ketara sekali pada bahagian kedua karya iaitu penghasilan imej tumbuh-

tumbuhan. Jika diamati, tumbuhan seperti lalang ataupun di kawasan padang dihasilkan secara

sapuan pantas dengan dominasi garisan condong. Garisan condong yang diulang secara

ketara dapat dilihat pada sebelah kiri karya. Walau bagaimanapun , garisan cembung “curve

Page 7: APRESIASI PSV3103-nadwah-.pdf

line” dikontraskan terutamanya di bahagian antara langit dengan bumi iaitu pada bahagian

berwarna ungu gelap. Dalam pada itu, garisan cembung juga amat ketara digunakan pada

bahagian awan. Garisan melintang “horizontal line” pula dibentuk melalui tanah yang berlapis-

lapis di bahagian pertama ataupun bahagian bawah karya. Garisan melintang juga agak jelas

pada bahagian kiri permukaan langit dan bumi dalam karya tersebut.

Karya Langit dan Bumi 1 memperlihatkan pelbagai unsur-unsur seni seperti garisan,

rupa, ruang dan warna. Pada karya tersebut terdapat berbagai jenis karektor garisan; ada

garisan perlahan, sederhana, pantas dan tegas. Gabungan daripada pelbagai jenis garisan

tersebut telah membentuk beberapa jenis jalinan “texture” yang sekaligus memperkayakan lagi

karya beliau. Penggunaan rupa agak ketara dapat dilihat pada bahagian pertama atau bawah

karya iaitu rupa merah pada tanah yang berlapis-lapis. Dari aspek elemen ruang pula, Syed

Ahmad Jamal menggunakan „ruang mendatar‟ dan „ruang cetek‟.

Secara keseluruhannya karya beliau mendominasikan ruang cetek. Dalam pada itu,

ruang mendatar pula dapat dilihat sedikit sahaja terutamanya pada bahagian bawah karya iaitu

lapisan tanah yang berwarna merah. Syed Ahmad Jamal dilihat menggunakan warna panas ke

warna sejuk dalam pengolahan karyanya ini. Warna panas seperti merah dan kuning memenuhi

sebahagian kawasan bumi. Manakala warna sejuk seperti biru muda diadaptasikan pada

bahagian ketiga iaitu kawasan awan dan biru tua digunakan pada bahagian langit dan bintang-

bintang.

Dalam usaha membentuk keharmonian dari segi warna, Syed Ahmad Jamal

mengulang-ulangkan warna panas pada bahagian warna sejuk. Ini boleh dilihat terutamnya

pada bentuk awan dan dan juga bintang-bintang. Format kanvas empat segi tepat digunakan

dengan memberi penekanan kepada kesinambungan tidak sama ukur . Keseimbangan tidak

sama ukur dapat dilihat dengan perletakan imej yang tidak sekata. Malah warna merah yang

sedikit dikontraskan dengan warna biru yang dominan juga menimbulkan implikasi

keseimbangan tidak sama ukur. Dalam pengolahan karya ini, Syed Ahmad Jamal

menghimpunkan pelbagai situasi. Terdapat situasi malam, dingin, sejuk, panas, siang, petang

dan senja. Situasi yang berlainan ini disatukan lalu membentuk satu luahan idea, minda dan

cetusan hati tentang segala bentuk peristiwa dan kejadian di antara kedua-dua ruang.

Melihat karya Langit dan Bumi dari aspek format bawah ke atas, didapati penggunaan

tanah dengan cadangan berlapisan dapat menegaskan sifat geografik bumi yang berlapis-lapis.

Tumbuh-tumbuhan, padang dan bukit diambil secara saripati, dipersembahkan secara abstrak

Page 8: APRESIASI PSV3103-nadwah-.pdf

mengingatkan kita tentang tanda-tanda kebesaran Allah melalui penciptaan alam. Bentuk

seakan-akan awan yang dihasilkan dengan penuh tenaga bagaikan jantung alam semesta

ataupun seperti guruh berdentum dengan memancarkan seperti jaluran kilat lalu membentuk

kesan hujan yang berlapis- lapis, menandakan rakaman alam dalaman yang menyanjungi

ciptaan Tuhan.

Penggunaan warna panas ke sejuk dapat mengajak pemerhati memikirkan sejenak

tentang kehebatan alam tabii ciptaan Tuhan. Warna merah seperti fenomena senja, kuning

seperti petang, hijau seperti siang, biru seperti fajar dan biru tua kegelapan seperti malam

mencerminkan ketelitian dan kehalusan Syed Ahmad Jamal membentuk format Langit dan

Bumi 1. Warna melalui komposisi catan dari atas ke bawah pula didapati warna gelap (malam)

mewakili warna waktu isyak, warna biru muda (fajar) mewakili waktu subuh, seterusnya warna

hijau (siang) mewakili waktu zohor dan kuning (petang) mewakili waktu asar. Akhir sekali,

warna merah (senja) mewakili waktu maghrib. Kelima-lima masa dan waktu yang berperingkat-

peringkat ini selain menjadi nadi penting kehidupan orang Islam, juga mencerminkan

pergerakan masa mengikut kosmologi ataupun sunatullah.

Karya „Bumi dan Langit‟ dilihat amat berjaya sama ada dari segi bentuk, komposisi dan

isinya. Penggabungan pelbagai budaya keilmuan berstrukturkan format kesenian Melayu-Islam

meletakkan karya beliau ke hadapan, malah merentasi masa. Beliau bukan seorang pengkarya

yang menghasilkan karya secara membuta tuli seperti sesetengah pelukis muda. Sebelum

menghasilkan sesuatu karya, beliau mengkaji dan membuat penyelidikan budaya terlebih

dahulu.

Oleh yang demikian, karya-karya yang digarapnya adalah segar dan tulen. Kekuatan

ilmu dan saripati budaya Melayu- Islam yang menjadi teras cara hidupnya amat terserlah

sehingga berjaya memantulkan keindahan dalaman melalui tanda visual pada karyanya. Syed

Ahmad Jamal bukan sahaja menggunakan tunjang budaya Melayu-Islam sebagai struktur

karyanya, bahkan mana-mana ilmu yang baik dan bersesuaian daripada tamadun Barat

mahupun Timur digarapnya menjadi wadah pemikirannya.

Page 9: APRESIASI PSV3103-nadwah-.pdf

Rujukan

Rousliluddin Ambia. Pengenalan Pendidikan Seni Visual. (2011) Selangor.

Meteor Doc.. Sdn. Bhd.

Kathleen Chae (2008). Pendidikan Seni Visual. Pelangi Sdn.Bhd.

Siti Zainon Ismail (1986). Rekabentuk Kraftangan MelayuTradisi.Dewan Bahasa dan Pustaka

Kuala Lumpur

Salawati Hj Abdul Wahab (2008) .Modul OUM HBAE4303.Apresiasi Dan Kritikan Seni:Open

_________. (2012, Ogos 25). SENI SANA SINI. Retrieved Mac 5, 2015, from 4 BIDANG:

http://pismpf2010.blogspot.com/2010/08/4 kegiatan menggambar.html

__________. (2009, Januari 3). mrseni.blogspot.com. Retrieved Mac 3, 2015, from aliran seni-

psv: http://mrseni.blogspot.com/2013/03/aliran-seni.html

__________. (2011, Januari 23). kamibudakseni.blogspot. Retrieved Mac 2, 2015, from aliran

seni malaysia: http://itukamibudakseni.blogspot.com/2011/05/aliran seni lukis.html

fauzul. (2013, April 4). PENDIDIKAN SENI VISUAL. Retrieved Mac 12, 2015, from seni islam:

Fzul9990.blogspot.com.seni islam.html

Yusoff, S. H. (2011, Ogos 15). Laman Apresiasi Seni. Retrieved Mac 13, 2015, from Apresiasi

dalam seni visual: http://sitihayatimohdyusoff.blogspot.com/