Ar

download Ar

of 98

description

asma al husna

Transcript of Ar

Ar-Rahmaan: ( ) Maha Pengasih, iaitu pemberi kenikmatan yang agung-agung dan pengasih di dunia.

Ar-Rahim: ( ) Maha Penyayang, iaitu pemberi kenikmatan yang di luar jangkaan dan penyayang di akhirat.

Al-Malik: ( ) Maha Merajai/ Menguasai /Pemerintah, iaitu mengatur kerajaanNya sesuai dengan kehendakNya sendiri.

Al-Quddus: ( ) Maha Suci, iaitu tersuci dan bersih dari segala cela dan kekurangan.

As-Salaam: ( ) Maha Penyelamat, iaitu pemberi keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh makhlukNya.

Al-Mumin: ( ) Maha Pengaman / Pemelihara keamanan, iaitu siapa yang bersalah dan makhlukNya itu benar-benar akan diberi seksa, sedang kepada yang taat akan benar-benar dipenuhi janjiNya dengan pahala yang baik.

Al-Muhaimin: ( ) Maha Pelindung/Penjaga/ Maha Pengawal serta Pengawas, iaitu memerintah dan melindungi segala sesuatu.

Al-Aziiz: ( ) Maha Mulia / Maha Berkuasa, iaitu kuasaNya mampu untuk berbuat sekehendakNya

Al-Jabbaar: ( ) Maha Perkasa/ Maha Kuat / Yang Menundukkan Segalanya, iaitu mencukupi segala keperluan, melangsungkan segala perintahNya serta memperbaiki keadaan seluruh hambaNya.

Al-Mutakabbir: ( ) Maha Megah/ Maha Pelengkap Kebesaran. iaitu yang melengkapi segala kebesaranNya, menyendiri dengan sifat keagungan dan kemegahanNya.

Al-Khaaliq: ( ) Maha Pencipta, iaitu mengadakan seluruh makhluk tanpa asal, juga yang menakdirkan adanya semua itu.

Al-Baari: ( ) Maha Pembuat / Maha Perancang/ Maha Menjadikan, iaitu mengadakan sesuatu yang bernyawa yang ada asal mulanya.

Al-Mushawwir: ( ) Maha Pembentuk / Maha Menjadikan Rupa Bentuk, memberikan gambaran atau bentuk pada sesuatu yang berbeza dengan lainnya. (Al-Khaaliq adalah mengadakan sesuatu yang belum ada asal mulanya atau yang menakdirkan adanya itu. Al-Baari ialah mengeluarkannya dari yang sudah ada asalnya, manakala Al-Mushawwir ialah yang memberinya bentuk yang sesuai dengan keadaan dan keperluannya).

Al-Ghaffaar: ( ) Maha Pengampun, banyak pemberian maafNya dan menutupi dosa-dosa dan kesalahan.

Al-Qahhaar: ( ) Maha Pemaksa, menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.

Al-Wahhaab: ( ) Maha Pemberi / Maha Menganugerah, iaitu memberi banyak kenikmatan dan selalu memberi kurnia.

Ar-Razzaaq: ( ) Maha Pengrezeki / Maha Pemberi Rezeki, iaitu memberi berbagai rezeki serta membuat juga sebab-sebab diperolehnya. Al-Fattaah: ( ) Maha Membukakan / Maha Pembuka, iaitu membuka gedung penyimpanan rahmatNya untuk seluruh hambaNya.

Al-Aliim: ( ) Maha Mengetahui, iaitu mengetahui segala yang maujud dan tidak ada satu benda pun yang tertutup oleh penglihatanNya.

Al-Qaabidh: ( ) Maha Pencabut / Maha Penyempit Hidup/ Maha Pengekang, iaitu mengambil nyawa atau menyempitkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki olehNya.

Al-Baasith: ( ) Maha Meluaskan / Maha Pelapang Hidup/ Maha Melimpah Nikmat, iaitu memudahkan terkumpulnya rezeki bagi siapa yang diinginkan olehNya.

AI-Khaafidh: ( ) Maha Menjatuhkan / Maha Menghinakan/ Maha Perendah / Pengurang, iaitu terhadap orang yang selayaknya dijatuhkan akibat kelakuannya sendiri dengan memberinya kehinaan, kerendahan dan seksaan.

Ar-Raafi: ( ) Maha Mengangkat/ Maha Peninggi, iaitu terhadap orang yang selayaknya diangkat kedudukannya kerana usahanya yang giat, iaitu termasuk golongan kaum yang bertaqwa.

Al-Muiz: ( ) Maha Menghormati / Memuliakan / Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan, iaitu kepada orang yang berpegang teguh pada agamaNya dengan memberinya pentolongan dan kemenangan.

Al-Muzil: ( ) Maha Menghina / Pemberi kehinaan, iaitu kepada musuh-musuhNya dan musuh ummat Islam seluruhnya.

As-Samii: ( ) Maha Mendengar.

Al-Bashiir: ( ) Maha Melihat.

Al-Hakam: ( ) Maha Menghukum/ Maha Mengadili, iaitu sebagai hakim yang menetapkan / memutuskan yang tidak seorang pun dapat menolak keputusanNya, juga tidak seorang pun yang berkuasa merintangi kelangsungan hukumNya itu.

Al-Adl: ( ) Maha Adil. Serta sangat sempurna dalam keadilanNya itu.

Al-Lathiif: ( ) Maha Menghalusi/ Maha Teliti/ Maha Lembut serta Halus, iaitu mengetahui segala sesuatu yang samar-samar, pelik-pelik dan kecil-kecil.

Al-Khabiir: ( ) Maha Waspada/ Maha Mengetahui.

Al-Haliim: ( ) Maha Penyabar / Maha Penyantun / Maha Penghamba, iaitu yang tidak tergesa-gesa melakukan kemarahan dan tidak pula gelojoh memberikan siksaan.

Al-Adzhiim: ( ) Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.

Al-Ghafuur: ( ) Maha Pengampun, banyak pengampunanNya kepada hamba-hambaNya.

Asy-Syakuur: ( ) Maha Pembalas / Maha Bersyukur, iaitu memberikan balasan yang banyak sekali atas amalan yang kecil.

Al-Aliy: ( ) Maha Tinggi Martabat-Nya/ Maha Tinggi serta Mulia, iaitu mencapai tingkat yang setinggi-tingginya yang tidak mungkin digambarkan oleh akal fikiran sesiapa pun dan tidak dapat difahami oleh otak yang bagaimanapun pandainya.

Al-Kabiir: ( ) Maha Besar, yang kebesaranNya tidak dapat dicapai oleh pancaindera ataupun akal manusia.

Al-Hafidz: ( ) Maha Pemelihara Maha Pelindung/ Maha Memelihara, iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.

Al-Muqiit: ( ) Maha Pemberi kecukupan/ Maha Pemberi Keperluan, baik yang berupa makanan tubuh ataupun makanan rohani.

Al-Hasiib: ( ) Maha Penjamin / Maha Mencukupi/ Maha Penghitung, iaitu memberikan jaminan kecukupan kepada seluruh bamba-hambaNya pada hari Qiamat.

Al-Jaliil: ( ) Maha Luhur, iaitu yang memiliki sifat-sifat keluhuran kerana kesempurnaan sifat-sifatNya.

Al-Kariim: ( ) Maha Pemurah, iaitu mulia tanpa had dan memberi siapa pun tanpa diminta atau sebagai penggantian dan sesuatu pemberian.

Ar-Raqiib: ( ) Maha Peneliti / Maha PengawasMaha Waspada, iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.

Al-Mujiib: ( ) Maha Mengabulkan, iaitu yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa padaNya.

Al-Waasi: ( ) Maha Luas Pemberian-Nya, iaitu kerahmatanNya merata kepada segala yang maujud dan luas pula ilmuNya terhadap segala sesuatu.

Al-Hakiim: ( ) Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu.

Al-Waduud: ( ) Maha Pencinta / Maha Menyayangi, iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.

Al-Majiid: ( ) Maha Mulia, iaitu yang mencapai tingkat teratas dalam hal kemuliaan dan keutamaan.

Al-Baithu: ( ) Maha Membangkitkan, iaitu membangkitkan semangat dan kemahuan, juga membangkitkan para Rasul dan orang-orang yang telah mati dari kubur masing-masing nanti setelah tibanya hari Qiamat.

Asy-Syahiid: ( ) Maha Menyaksikan / Maha Mengetahui keadaan semua makhluk.

Al-Haq: ( ) Maha Haq / Maha Benar yang kekal dan tidak akan berubah sedikit pun.

Al-Wakiil: ( ) Maha Pentadbir / Maha Berserah/ Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.

Al-Qawiy: ( ) Maha Kuat / Maha Memiliki Kekuatan, iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.

Al-Matiin: ( ) Maha Teguh / Maha Kukuh atau Perkasa / Maha Sempurna Kekuatan-Nya, iaitu memiliki keperkasaan yang sudah sampai di puncaknya.

Al-Waliy: ( ) Maha Melindungi, iaitu melindungi serta mengaturkan semua kepentingan makhlukNya kerana kecintaanNya yang amat sangat dan pemberian pertolonganNya yang tidak terbatas pada keperluan mereka.

Al-Hamiid: ( ) Maha Terpuji, yang memang sudah selayaknya untuk memperoleh pujian dan sanjungan.

Al-Muhshii: ( ) Maha Menghitung / Maha Penghitung, iaitu yang tiada satu pun tertutup dari pandanganNya dan semua amalan diperhitungkan sebagaimana wajarnya.

Al-Mubdi: ( ) Maha Memulai/Pemula/ Maha Pencipta dari Asal, iaitu yang melahirkan sesuatu yang asalnya tidak ada dan belum maujud.

Al-Muiid: ( ) Maha Mengulangi / Maha Mengembalikandan Memulihkan, iaitu menumbuhkan kembali setelah lenyapnya atau setelah rosaknya.

Al-Muhyii: ( ) Maha Menghidupkan, iaitu memberikan daya kehidupan pada setiap sesuatu yang berhak hidup.

Al-Mumiit: ( ) Maha Mematikan, iaitu mengambil kehidupan (roh) dari apa-apa yang hidup.

Al-Hay: ( ) Maha Hidup, iaitu sentiasa kekal hidupNya itu.

Al-Qayyuum: ( ) Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya, iaitu baik ZatNya, SifatNya, AfalNya. Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. DenganNya pula berdirinya langit dan bumi ini.

Al-Waajid: ( ) Maha Penemu / Maha Menemukan, iaitu dapat menemukan apa saja yang diinginkan olehNya, maka tidak berkehendakkan pada suatu apa pun kerana sifat kayaNya yang secara mutlak.

Al-Maajid: ( ) Maha Mulia, (sama dengan no. 48 yang berbeda hanyalah tulisannya dalam bahasa Arab, Ejaan sebenarnya no. 48 Al-Majiid, sedang no. 65 A1-Maajid).

Al-Waahid: ( ) Maha Esa.

Al-Ahad: ( ) Maha Tunggal.

Ash-Shamad: ( ) Maha Diperlukan / Maha Diminta/ Yang Menjadi Tumpuan, iaitu selalu menjadi tujuan dan harapan orang di waktu ada hajat keperluan.

Al-Qaadir: ( ) Maha Berkuasa/ Maha Kuasa/ Maha Berupaya

Al-Muqtadir: ( ) Maha Menentukan.

Al-Muqaddim: ( ) Maha Mendahulukan / Maha Menyegera, iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.

Al-Muakhkhir: ( ) Maha Menangguhkan / Maha Mengakhirkan / Maha Membelakangkan / Maha Melambat-lambatkan., iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya.

Al-Awwal: ( ) Maha Pemulaan / Maha Pertama, iaitu terdahulu sekali dari semua yang maujud.

Al-Aakhir: ( ) Maha Penghabisan / Yang Akhir, iaitu kekal terus setelah habisnya segala sesuatu yang maujud.

Azh-Zhaahir: ( ) Maha Zahir / Maha Nyata / Maha Menyatakan, iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudanNya itu dengan bukti-bukti dan tanda-tanda ciptaanNya

Al-Baathin: ( ) Maha Tersembunyi, iaitu tidak dapat dimaklumi ZatNya, sehingga tidak seorang pun dapat mengenal ZatNya itu.

Al-Waalii: ( ) Maha Menguasai / Maha Menguasai Urusan/ Yang Maha Memerintah, iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya dan menjadi milikNya.

Al-Mutaaalii: ( ) Maha Suci/Tinggi, iaitu terpelihara dari segala kekurangan dan kerendahan.

Al-Bar: ( ) Maha Dermawan / Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)/ Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.

At-Tawwaab: ( ) Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang yang melakukan maksiat untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.

Al-Muntaqim: ( ) Maha Penyiksa/ Yang Maha Menghukum, kepada mereka yang bersalah dan orang yang berhak untuk memperoleh siksaNya.

Al-Afuw: ( ) Maha Pemaaf / Yang Maha Pengampun, menghapuskan kesalahan orang yang suka kembali untuk meminta maaf padaNya.

Ar-Rauuf: ( ) Maha Pengasih / Maha Mengasihi, banyak kerahmatan dan kasih sayangNya.

Maalikul Mulk: ( ) Maha Pemilik Kekuasaan / Maha Menguasai kerajaan / Pemilik Kedaulatan Yang Kekal, maka segala perkara yang berlaku di alam semesta, langit, bumi dan sekitarnya serta yang di alam semesta itu semuanya sesuai dengan kehendak dan iradatNya.

Zul-Jalaali Wal Ikraam: ( ) Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan / Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Juga Zat yang mempunyai keutamaan dan kesempurnaan, pemberi kurnia dan kenikmatan yang amat banyak dan melimpah ruah. Al-Muqsith: ( ) Maha Mengadili / Maha Saksama, iaitu memberikan kemenangan pada orang-orang yang teraniaya dari tindakan orang-orang yang menganiaya dengan keadilanNya.

Al-Jaami: ( ) Maha Mengumpulkan / Maha Pengumpul, iaitu mengumpulkan berbagai hakikat yang telah bercerai-berai dan juga mengumpulkan seluruh umat manusia pada hari pembalasan.

Al-Ghaniy: ( ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.

Al-Mughnii: ( ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan, iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.

Al-Maani: ( ) Maha Membela atau Maha Menolak / Maha Pencegah, iaitu membela hamba-hambaNya yang soleh dan menolak sebab-sebab yang menyebabkan kerosakan.

Adh-Dhaar: ( ) Maha Mendatangkan Mudharat / Maha Pembuat Bahaya / Maha Pemberi bahaya, iaitu dengan menurunkan seksa-seksaNya kepada musuh-musuhNya

An-Naafi: ( ) Maha Pemberi Manfaat, iaitu meluaslah kebaikan yang dikurniakanNya itu kepada semua hamba, masyarakat dan negeri.

An-Nuur: ( ) Maha Pemberi Cahaya / Maha Bercahaya, iaitu menonjokan ZatNya sendiri dan menampakkan untuk yang selainNya dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaanNya.

Al-Haadi: ( ) Maha Pemberi Petunjuk/ Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk, iaitu memberikan jalan yang benar kepada segala sesuatu agar berterusan adanya dan terjaga kehidupannya.

Al-Badii: ( ) Maha Indah / Tiada Bandingan / Maha Pencipta yang baru, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.

Al-Baaqi: ( ) Maha Kekal, iaitu kekal hidupNya untuk selama-Iamanya

Al-Waarits: ( ) Maha Membahagi / Maha Mewarisi / Maha Pewaris, iaitu kekal setelah musnahnya seluruh makhluk.

Ar-Rasyiid: ( ) Maha Cendekiawan / Maha Pandai / Bijaksana/ Maha Memimpin, iaitu yang memimpin kepada kebenaran, iaitu memberi penerangan dan panduan pada seluruh hambaNya dan segala peraturanNya itu berjalan mengikut ketentuan yang digariskan oleh kebijaksanaan dan kecendekiawanNya.

Ash-Shabuur: ( ) Maha Penyabar yang tidak tergesa-gesa memberikan seksaan dan tidak juga cepat melaksanakan sesuatu sebelum masannya