Asal Usul Kejadian

6
ASAL USUL KEJADIAN MANUSIA Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi… Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke

description

agama

Transcript of Asal Usul Kejadian

Top of Form

Bottom of Form

ASAL USUL KEJADIANMANUSIA

Betapa payahnya malaikat meminta tanah dari bumi

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supayaturun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akantetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnyadiambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepadaAllah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa,mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintahmalaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkanmalaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, danmasing-masin kembali dengan tangan yang hampa.

Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah: Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah.Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun janganengkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepadabumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadratAllah.Lalu Allah berfirman :Ya Izrail, pertama engkau yangKu-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskanengkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail kerana bimbangdibenci oleh uma manusia.

Lalu Allah berfirman lagi: tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu,Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab,terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.

TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?

1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah Babylon

10. Tanah India

11. Tanah syurga

12. Tanah Thaif

Kata Ibnu Abbas :

1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengardan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempatkecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6.Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dankerjasama,sesama manusia.

8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dantipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Thaif, tempat mengucap Syahadat, bersyukurdan mendoakan kepada Tuhan.

Bagaimanakah prosesnya :

1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar,airmasin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur kebenarandalam diri Adam dengan berbagai macam sifat.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman Jabarut kemudiandiletakkan didalam Alam Malakut.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan tubuh Adam adalah tanahpilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan denganrempah-rempah ,wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmidengan air hujan Barul Uluhiyah.

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air Kudral-Izzah-Nya iaitusifat Jalan dan Jammal.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam,ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingipatung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrailuntuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk danmenyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baiksekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adamtelah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kukumanusia.

Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warnakukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adamada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di kepala,dan dua buahliang dibawah badan letaknya.Tujuh buah letaknya di kepala : dua liangmata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.Yangdua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera :

1. Mata alat penglihatan2. Hidung alat penciuman3. Telinga alat pendengaran4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasahalus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masukperlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. DemikianlahAllah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuhAdam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia puladitugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dantersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanyaseketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan. Danjuga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanahkeras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikankejadian dia.

Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkantasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampaikehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkanpadanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadratAllah.

Lalu Allah berkata: Yarkhamukallah yang ertinya: semoga engkaudiberi rahmat Allah Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunatmengucap Alhamdulillah dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan Yarkhamukallah.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahubangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras. Di sinimenunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :Dan adalah manusia itu, sukatergesa-gesa.(Al-Israk:II)Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilahsusunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar.Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki laluterjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang manakulit itu kian lama kian bagus dan halus. Begitulah proseskejadian-kejadian tubuh Adam.

Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialahmerupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adamdiarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkankepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawake syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Renungan : Sesungguhnya Allah itu Maha Besar, Maha Agung , Mahapencipta sekian alam dan pencipta setiap kejadian. Bertaqwalah kita kepadaNya,kerana pada Allah-lah kita akan dikembalikan.