Asigmnent Bm

12
SENARAI KANDUNGAN BILANGAN TAJUK MUKA SURAT 1 PENGENALAN KEMAHIRAN MENULIS 2 KEMAHIRAN MENULIS 3 KAEDAH YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM KEMAHIRAN MENULIS 4

description

tugasan bm

Transcript of Asigmnent Bm

Page 1: Asigmnent Bm

SENARAI KANDUNGAN

BILANGAN TAJUK MUKA SURAT

1 PENGENALAN KEMAHIRAN MENULIS

2 KEMAHIRAN MENULIS

3 KAEDAH YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM KEMAHIRAN MENULIS

4

Page 2: Asigmnent Bm

1.0 PENGENALAN KEMAHIRAN MENULIS

Dalam melangkah ke arah dunia yang semakin menitikberatkan pendidikan, kerajaan

Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal satu sistem pendidikan

yang baru dengan harapan akan dapat melahirkan generasi yang berpengetahuan. Pelbagai

usaha telah digandakan dalam mencapai matlamat ini tidak kira dalam apa-apa matapelajaran

namun Bahasa Melayu lebih diberatkan. Hal ini demikian kerana selaras dengan Dasar

Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu ialah

mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan

sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia. Pendidikan Bahasa

Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan

pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air

yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu

mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi

teknologi maklumat dan komunikasi.

Selain itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah merangkumi

kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan

Kemahiran Menulis. Penumpuan pada kemahiran-kemahiran ini membolehkan murid

menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa

ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Pendidikan Bahasa Melayu juga memberikan

pertimbangan terhadap pelbagai gaya pembelajaran, minat, dan kecerdasan yang berbeza

antara satu sama lain di kalangan murid dengan menekankan pembelajaran masteri dan

penerapan kemahiran bernilai tambah.

Sebagaimana yang kita telah tahu, kegiatan menulis ini telah beribu-ribu tahun dilakukan

oleh manusia. Namun, sistem tulisan yang digunakan zaman dahulu dan sekarang amat jauh

bezanya kerana pada zaman permulaan, tulisan lebih kepada bentuk lakaran dan lukisan

berbanding sekrang yang menggunakan aksara dan bentuk huruf tertentu. Kemahiran menulis

ini juga amat berkait rapat dengan dua perkara penting iaitu kemahiran meluahkan idea agar

dapat dibaca dan kemahiran menggunakan lambang bagi mencatatkan idea tersebut. Lagipun,

terdapat tiga jenis sistem menulis iaitu logo grafik, suku kata dan juga alphabet.

Page 3: Asigmnent Bm

Kemahiran menulis ialah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dengan baik

dalam penguasaan bahasa. Selain itu, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid

menulis perkataan dan ayat dalam mengeluarkan idea dalam pelbagai jenis penulisan sama

ada berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman kreatif atau bukan kreatif. Penggunaan

ayat yang gramatis, tanda baca dan predikat yang betul di samping tulisan yang jelas, cantik

dan kemas serta ejaan yang betul adalah merupakan hasil penulisan yang baik. Hal ini kerana

dengan ini, pembaca kan lebih senang menerima maklumat. Wacana yang mantap bermaksud

satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap perenggan berfokus kepada satu isi dan setiap

ayat bertautan antara satu sama lain. Pertautan membawa kesinambungan yang logik antara

satu ayat dengan ayat yang berikutnya. Seseorang pelajar mesti menguasai kemahiran menulis

dan penguasaan tatabahasa yang baik untuk menghasilkan penulisan yang mengandungi

wacana yang mantap.

Logo grafik : tulisan yang mewakili huruf atau

morfem

Suku kata: simbol yang terdiri daripada

konsonan dan juga vokalAlfabet: mewakili fonem

Page 4: Asigmnent Bm

2.0 KEMAHIRAN MENULIS

Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun dan teradun

bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Sesuatu penulisan

bertujuan untuk menyampaikan, menghubungkan sesuatu mesej, maklumat, idea kepada

pembaca. Don Bryne (1979) menyatakan bahawa simbol grafik semasa menulis ialah

penggunaan huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang yang kita

buat semasa kita bercakap.

Selain itu, kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan

ayat, dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu

pengetahuan dan pengalaman yang dilalui. Dengan ini,kemahiran menulis memberi peluang

kepada murid menyampaikan buah fikiran mereka dengan berkesan kepada pembaca (Liew

Siew Lin, 2003 dalam Yahya Othman 2005). Sekiranya kemahiran menulis tidak dikuasai

sebaik-baiknya, tidak mustahil bahawa walaupun perkembangan teknologi maklumat bergerak

dengan pantas, namun kita akan tertinggal. Hal ini kerana tanpa keupayaan menulis yang

tinggi, kemahiran dan kepakaran seseorang akan tenggelam kerana tidak dapat disebarkan,

dibuktikan dan dikaji (Maharom Mamat, 2000).

Kemahiran menulis juga terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu:

Page 5: Asigmnent Bm

Peringkat-peringkat penulisan boleh juga diperincikan seperti:

Dalam kemahiran menulis juga, terdapat beberapa jenis penulisan yang khusus. Oleh

itu, latihan penulisan ini perlu dilakukan dalam memantapkan kemahiran murid dalam menulis

karangan. Selain itu, hal ini penting dalam membolehkan murid menyedari bahawa setiap jenis

Pra menul

is

Kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda dengan bebas hingga ke peringkat terkawalTujuan: Kanak-kanak dapat latihan otot, jari dan koordinasi mata tanganAktiviti: 1. Melakukan pergerakan tangan atas ke bawah, kiri ke kanan dan depan ke belakang 2. Menyambung titik-titik di atas kertas

Peringkat

Mekanis

Kanak-kanak dapat memegang pensel dengan betul dan selesaPermulaan: Kanak-kanak diminta menulis pada kertas kosongKesan daripada latihan: 1. Kemahiran mengawal dan memegang pensel 2. Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf ikut urutan

Pelahiran

(Mentalis)

Peringkat tertinggi dalam proses menulisKanak-kanak akan dapat: 1. Membina ayat 2. Mengarang cerita 3. Mengarang pantun dan sajak

Persediaan Percubaan Prakomunikasi

Memperluas dan menambah

maklumatMenulis ayat Suku kata

Page 6: Asigmnent Bm

penulisan mempunyai gaya menulis yang berbeza. Jenis-jenis penulisan tersebut adalah seperti

yang berikut:

3.0 KAEDAH YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM KEMAHIRAN MENULIS

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu elemen penting dalam

perkembangan pendidikan. Perkembangan kemajuan dalam zaman ICT telah membawa jauh

alam pendidikan dengan perisian-perisian yang sangat tercanggih. Kaedah–kaedah lama

semakin jauh ketinggalan di telan zaman. Walaubagaimanapun kita masih terikat dengan

model-model pengajaran dan teori-teori yang ada hubungkaitnya dalam psikologi pendidikan.

Menurut Griffith W. Williams psikologi adalah satu cabang penyiasatan tingkah laku manusia

dalam suasana pembelajaran . Kajian saintifik terhadap tingkahlaku individu adalah berkait

rapat terhadap prinsip dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai untuk

menyelesaikan masalah (Smith 1978). Dapatan-dapatan ini akhirnya menghasilkan satu teori

atau kaedah dalam perolehan ilmu pengetahuan.

Pengajaran adalah satu proses penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran supaya

dapat dipelajari dengan berkesan. Daripada tidak tahu kepada lebih tahu pelajar akan berubah

dan menukar tingkah laku kepada sesuatu yang baru. Drisoll(1994) menghuraikan bahawa

pembelajaran pula adalah satu proses pembaharuan prestasi secara berterusan dalam diri

Merujuk kepada penulisan yang dikawal oleh guruTujuan: Mengurangkan kesilapan bahasa dan kesukaran mengolah karangan

Penulisan terkawal

Aktiviti penulisan murid masih dikawal tapi tak sepenuhnyaLatihan: 1. Melengkapkan tempat kosong dalam karangan pendek 2. Menyusun semula ayat bagi hasilkan perenggan

Penulisan separa terkawal

Murid dibimbing dalam mengolah karanganLatihan: 1. Membina ayat berdasarkan gambar bersiri 2. Menulis semula cerita yang diperdengarkan

Penulisan berpandu

Penulisan peringkat tertinggiMurid menghasilkan karangan ikut jenis dan formatPerkara penting dalam hasilkan karangan: 1. Baca dan fahami tajuk karangan 2. Susun isi ikut kepentingan

Penulisan bebas

Page 7: Asigmnent Bm

manusia hasil interaksi pembelajaran dengan alam sekitar. Pembelajaran adalah satu proses

perolehan ilmu pengetahuan melalui pengalaman, membuat penerokaan, mendapat latihan

sehingga berlaku perubahan tingkah laku dalam diri pelajar. Oleh itu pembelajaran itu adalah

satu proses yang mengubah keadaan, sikap, pengetahuan manusia melalui pengalaman

Pada asasnya konsep pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan kepada teori-

teori pembelajaran masa kini. Teori-teori pembelajaran terdiri daripada kognitif,

konstruktivitisme, behaviorisme dan humanistic. Pengalaman ilmu pengetahuan yang diperolhi

dalam proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat yang menghasilkan satu

perubahan tingkahlaku manusia

3.1 Kaedah Pembelajaran Mentalis ( Pelopor – Noam Chomsky )

Tokoh Noam Chomsky ini adalah orang yang pertama memperkenalkan analisis bahasa

Transformasi Generatif. Beliau juga mendokong istilah generatif, kreatif, kegramatisan dan

transformasi. Selain itu, Chomsky juga berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai satu

proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Menurut kaedah ini juga, bahasa adalah

aktiviti mental yang merupakan kebolehan semulajadi manusia yang unik. Dalam hal ini juga

mengatakan bahasa proses pemerolehan kanak-kanak adalah sama. Hal ini disebabkan oleh

proses ini tidak melibatkan kecerdasan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang IQ nya rendah juga

mampu memperoleh bahasa pada masa dan cara yang serupa dengan kanak-kanak yang

IQnya tinggi.

Dalam kaedah ini juga Chomsky menekankan fungsi mental seseorang individu

tersebut. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat

perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula daripada:

Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran

memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur. Konsep ini sama juga dalam

kemahiran menulis. Murid-murid perlu belajar untu membaca ABC terlebih dahulu serta

memahami abjad tersebut sebelum mereka pandai untuk menulis.

Namun, lumrah satu kaedah sama juga dengan kebiasaan dalam hidup manusia di

mana setiap satu akan dilengkapi dengan kebaikan dan juga kelemahan. Perkara ini serupa

Deria Motor Pra-operasi Operasi Konkrit

Operasi Formal

Page 8: Asigmnent Bm

juga dengan kaedah Mentalis ini. Pro dan kontra kaedah ini akan disimpulkan dalam rajah di

bawah:

3.2 Kaedah Kognitif ( Pelopor – Jean Piaget )

Sebagaimana yang kita tahu, kaedah pengajaran adalah berkaitan dengan proses

mental yang melibatkan tiga perkara iaitu pengamatan, pengetahuan dan pemahaman. Ahli-ahli

psikologis yang terkenal psikologis yang terkenal seperti Kohler, Koffa, Piaget, Brunner,

Ausuble dan Gagne. Mereka semua berpendapat proses pembelajaran adalah satu proses

dalaman yang berlaku dalam akal fikiran yang tidak dapat diperhatikan secara langsung

daripada tingkah laku manusia. Bagi Piaget, kaedah ini membahaskan tentang cara seseorang

mempersepsikan informasi secara mental dimana perkara ini secara langsung menggambarkan

perkembangan kognitif sebagai pemunculan pengetahuan dan kemampuan seseorang.

Selain itu, dalam kaedah ini juga mengatakan bahawa proses celik akal, pemprosesan

maklumat menggunakan struktur dalaman kognitif dari pelbagai peringkat umur dan kebolehan

murid. Semua maklumat yang di terima di padankan dengan makluamat yang sedia ada,

diubahsuai dan disusun semula seterusnya menghasilkan sesuatu maklumat yang baru. Oleh

sebab itu, prinsip kognitif banyak dipakai dalam dunia pendidikan. Antara prinsip dalam kaedah

ini ialah:

Kebaikan

Menekankan proses perkembangan pemikiran

kanak-kanak

Memberi fokus terhadap kemahiran Menulis

Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan

murid

Keburukan

Kemahiran lisan kurang diberikan

perhatian

Murid-murid lemah dalam kemahiran mendengar dan

bertutur

Page 9: Asigmnent Bm

Di samping itu juga, teori kognitif ini juga mempunyai cara pendekatan yang boleh

diaplikasikan dalam kemahiran menulis ialah dengan menekankan kepada proses mental yang

melibatkan pemprosesan maklumat melalui peniruan dan penyatuan dengan maklumat yang

sedia ada untuk disusun semula. Misalnya, dalam kemahiran menulis, murid-murid akan

dibimbing oleh guru dengan menunjukkan cara menulis setiap abjad dan murid akan dapat

meniru aksi tersebut. Selain itu, proses pengamatan, ingatan dan pemikiran juga amat

dititikberatkan. Hal ini kerana untuk menulis, murid-murid perlu menghafal setiap abjad dan

lambang bagi menghasilkan satu tulisan yang mantap.

4.0 TEKNIK YANG DIGUNAPAKAI DALAM KEMAHIRAN MENULIS

Bahan pembelajaran disusun dari

mudah ke susah

Memahami pembelajaran lebih

baik daripada hafazan

Pengetahuan sedia ada murid

digunapakai untuk pembelajaran baru

Isi pembelajaran disusun ikut pla

tertentu agar mudah diingati

Setiap murid mempunyai

perkembangan yang berbeza

Menekankan kemahiran menulis

Page 10: Asigmnent Bm