asignment

download asignment

of 9

description

pengurusan bilik darjah dan tingkah laku

Transcript of asignment

SENARAI KANDUNGAN

BilanganTajuk

1Pengenalan

2Latar Belakang Masalah Cikgu Murni

3Penilaian Kes

4Cara Mengatasi Kes Teori

5 Lampiran

6Rujukan

Tugasan 1: Penulisan Esei1. PengenalanMenurut Mok Soon Sang, (2011) pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan satu alam pembelajaran serta usaha yang utuh dalam mengekalkan dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang telah kita tetapkan akan tercapai. Hal ini kerana pengurusan bilik darjah akan melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi meningkatkan motivasi pelajar dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009) manakala bagi Bosch, 2006 mengatakan bahawa pengurusan bilik darjah bermaksud bagaimana bagaimana guru dan pelajar bekerja, bagaimana mereka saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku.Pengurusan bilik darjah berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Seorang guru seharusnya mampu mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan tanpa gangguan (Hasani Dali & Mohd Johdi, 2009). Selain itu juga, persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah tempat pelajar dapat melibatkan diri, mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pelajaran (Haliza & Joy Nesamalar, 2009). Maka, bilik darjah yang diurus dengan baik dapat membentuk satu iklim pengajaran dan pembelajaran yang positif dan kondusif. Namun, situasi ini sukar untuk diwujudkan dan sangat mencabar buat semua guru. Sekiranya ia wujud dalam bilik darjah, pelajar akan berminat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan tanpa gangguan atau halangan. Iklim pembelajaran mencakupi semua elemen yang ada di sekeliling pelajar dan berupaya mempengaruhi pembelajaran dan tingkah laku pelajar (Abdullah Sani, Abdul Rashid & Abdul Ghani, 2007). Oleh itu, bilik darjah perlu bersifat mesra- pelajar. Pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengurusan tingkah laku pelajar tetapi merangkumi tindakan guru untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran pembelajaran dalam bilik darjah (Choong Lan Keow, 2009). Kecekapan pengurusan guru dapat menggalakkan pembentukkan iklim pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pada masa kini pengurusan tingkah laku pelajar semakin mencabar dan tingkah laku mereka sukar dikawal dengan berkesan sehingga menyebabkan gangguan pada proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini boleh mempengaruhi iklim disiplin dan pencapaian mereka serta turut memberi kesan kepada iklim dan budaya sekolah. Sehubungan ini, pengetua perlu memastikan para guru memahami tugas dan peranan mereka dalam menentukan disiplin pelajar di bilik darjah berada dalam keadaan baik dan terkawal pada setiap masa. 2. Latar Belakang Masalah Cikgu MurniDalam mengurus bilik darjah dengan berkesan demi merangsang pembelajaran pelajar, guru perlu memberi perhatian kepada proses mengurus tingkah laku pelajar (Haliza & Joy Nesamalar, 2009). Namun, pada hari ini, kebanyakkan guru akan menghadapi masalah daripada pelajar tidak mengira di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Hal ini terbukti daripada kes Cikgu Murni yang kita kaji ini. Perkara ini mungkin berlaku kerana suasana persekitaran pembelajaran hari ini dilihat tidak dapat menarik minat pelajar untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah disebabkan pengajaran guru yang membosankan serta iklim bilik darjah yang tidak menyeronokkan (Noriati, Boon, Sharifah Fakhriah & Zuraidah, 2010). Kajian psikologi menunjukkan persekitaran memberi kesan terhadap perlakuan seseorang, dimana iklim sekolah akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja (Ahmad Zabidi, 2006).Seperti yang kita tahu, dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang dirancang oleh Cikgu Murni dan dua orang lagi cikgu Sains iaitu pengajaran secara berkumpulan tetapi murid-murid terpaksa bertukar kelas, menyusun meja dan bersiap sedia semula setiap kali pertukaran kelas dilakukan. Perkara ini secara tidak langsung menyebabkan masa banyak dibazirkan untuk perkara yang tidak bermanfaat. Lagi pula, maklumat yang ingin disampaikan hari itu mungkin akan berkurangan disebabkan pembaziran masa. Selain itu juga, gangguan yang berlaku juga berpunca daripada dalam kelas dan juga orang luar dimana murid yang datang awal dan murid yang datang dari kelas lain menggangu laluan mereka untuk masuk ke kelas. Berikut ringkasan masalah yang datang daripada murid semasa pertukaran dan PdP berlangsung.

Namun, perkara ini bukan hanya berpunca daripada murid-murid sahaja. Perkara ini juga terjadi atas dasar sikap Cikgu Murni sendiri. Hal ini kerana jelas ditunjukkan dalam situasi ini bahawa Cikgu Murni tidak mampu mengawal kelas dengan baik apabila dia mengajukan soalan dan murid-murid tidak memberikan perhatian dengan membuat bising ataupun melihat sekeliling. ((Juahir, 2006). Perkara ini menunjukkan murid-murid tidak berminat dengan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh Cikgu Murni. Selain itu juga, Cikgu Murni juga telah gagal mengawal aktiviti berkumpulan yang tela dia anjurkan sendiri. Hal ini kerana, Kadir dan Leman telah mencetuskan pergaduhan semasa aktiviti berkumpulan ketika PdP Cikgu Murni berlangsung. Keadaan semakin teruk apabila Cikgu Murni bersikap tidak adil dengan menyalahkan Leman sahaja dan melepaskan Kadir hanya kerana Kadir seorang murid yang pandai. Perkara ini menyebabkan Leman memberontak kerana merasakan Cikgu Murni tidak adil menghukumnya seorang saja. 3. Penilaian Masalah Cikgu MurniSecara amnya alam pembelajaran dalam bilik darjah merangkumi aspek fizikal dan aspek psiko-sosial (Choong Lean Keow, 2009). Maka, pengurusan fizikal bilik darjah juga perlu diberi perhatian oleh guru. Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi cara dan suasana interaksi dalam bilik darjah sebagai alam belajar terbahagi kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor psiko-sosial dan faktor teknikal (Mok Soon Sang, 2011). Masalah disiplin dalam bilik darjah berlaku akibat tiga aspek utama iaitu, guru, persekitaran bilik darjah dan pengaruh luar (Sahabuddin, Rohizani & Mohd Zohir, 2007). Dalam kes ini, Cikgu Murni menghadapi kesukaran mengawal pelajar di bilik darjah kerana suasana terlalu bising manakala pelajar-pelajar yang lemah tidak fokus pada pengajaran guru serta tidak menyiapkan tugasan diberi (Juahir, 2006). Selain itu, murid juga tidak membawa alatan yang digunakan untuk sesi PdP hari itu. Oleh itu dalam mengatasi masalah ini, Cikgu Murni perlu menyediakan peraturan dan amalan bilik darjah bagi mengawal dan mencorak tingkah laku yang positif serta mencegah kelakuan yang tidak diingini dalam bilik darjah (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010).Selain itu juga, pengurusan bilik darjah akan lemah tanpa kewujudan hubungan positif antara guru dan pelajar. Pelajar akan mematuhi segala arahan guru dan peraturan bilik darjah dengan suka rela jika hubungan guru-pelajar adalah baik (Mok Soon Sang, 2011). Cikgu Murni perlu berusaha mewujudkan perhubungan yang mesra dengan pelajar kerana perhubungan yang mesra menggalakkan komunikasi antara pelajar dan guru (Abdullah Sani, 2006). Hubungan yang baik antara guru dan pelajar dapat membantu mengurangkan kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar kerana teguran yang diberikan oleh guru bagi memperbaiki disiplin pelajar dapat diterima dengan mudah dan terbuka sekiranya hubungan antara guru dan pelajar adalah baik (Shoba, 2007). Untuk mengatasi masalah disiplin dalam bilik darjah, guru perlu berusaha untuk mengenali pelajar secara individu dan mengaplikasi garis panduan asas dalam pengurusan bilik darjah (Suppiah, Kamarulzaman, Abd Aziz, Ramlah, Roslinda & Hazalizah, 2009) bukan seperti yang dilakukan oleh Cikgu Murni kepada Kadir dan juga Leman. Perkara yang dilakukan oleh Cikgu Murni secara tidak langsung akan menyebabkan prestasi Leman akan menurun. Hal ini kerana, tindakan yang tidak adil akan menyebabkan Leman terus memberontak sehinggalah dia mencapai kepuasan. Oleh itu, Cikgu Murni sepatutnya peka dengan keadaan seperti ini sebelum mengenakan tindakan kepada murid-muridnya. Fahami dan mengertilah jiwa keinginan murid-murid yang masih kanak-kanak adalah satu kunci utama dalam melancarkan PdP yang telah dirancangkan. 4. Cara Mengatasi Kes dengan Teori-Teori PembelajaranDalam menyelesaikan kes ini, Cikgu Murni boleh menggunakan pelbagai teori pembelajaran untuk diaplikasikan dalam bilik darjah. Antaranya ialah Model Modifikasi Tingkah Laku B.F. Skinner. Hal ini kerana teori ini menggunakan prinsip peneguhan yang mengutamakan elemen-elemen luaran bagi meningkatkan tinglah laku. (Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel, Pengurusan Bilik Darjah, 2008). Terdapat dua jenis peneguhan dalam teori ini iaitu peneguhan positif dan peneguhan negative. Peneguhan positif ini berlaku apanila rangsangan yang diberikanseperti hadiah, pujian dan sokongan di atas apa yang dilakukan oleh murid. Dalam kes ini, Cikgu Murni sepatutnya memberikan pujian terlebih dahulu kepada murid-murid kerana berjaya membentuk satu kelas walaupun pertukaran kelas berlaku. Perkara ini secara tidak langsung akan menyebabkan murid berasa bangga dan semangat untuk belajar. Peneguhan ini diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang murid yang diingini. Manakala pula, pengeuhan negatif pula berlaku apabila rangsanga yang lebih keras digunakan untuk meningkatkan tingkah laku pelajar. Dendaan juga adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini.. tegasnya, dendaan adalah kesan negative yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini. Misalnya, Cikgu Murni seharusnya membawa Leman dan Kadir sama-sama berjumpa Guru Besar untuk memberikan peringatan kepada mereka berdua tanpa memandang tahap kepintaran mereka berdua. Selain itu model tingkah laku Skinner telah mengemukan satu konsep yang dikenali sebagai satu pengukuhan kontigensi iaitu hubungan antara tingkah laku dan kawalan tingkah laku secara berkesan. Dalam konteks bilik darjah, pengukuhan positif diberikan kepada murid-murid yang melakukan tingkah laku yang di ingini. Pengukuhan positif ini berbentuk ganjaran metarial, kata-kata pujian. Manakala pengukuhan negatif adalah rangsangan yang ditarik balik supaya murid-murid menunjukkan tingkah laku yang dingini. Modifikasi tingkah laku memberi kesimpulan bahawa sesetengah tingkah laku memerlukan pengukuhan secara berperingkat-peringkat. Dengan kata lain, tingkah laku di lazimkan oleh konsekuen yang timbul. Ia akan bertambah teguh jika pengukuhan diberikan secara serta-merta dan sebaliknya akan menjadi lemah jika pengukuhan tidak diberi. Hubungan antara masalah disiplin dengan model tingkah laku Skinner ialah ia mendesak guru supaya menjadi lebih sedar dan peka terhadap apa yang berlaku dalam bilik darjah. Ganjaran bagi seseorang murid mungkin merupakan hukuman bagi masa depannya kerana guru menggalakkan murid untuk melakukan sesuatu kerana ganjaran dan bukan kesedaran diri.Selain itu juga, Cikgu Murni boleh mengaplikasikan model Disiplin Asertif Canter dalam mengatasi masalah pengurusan bilik darjah yang dihadapinya. Lee dan Marlene Canter telah menubuhkan Canter Associates dan buku Assertive Dicipline : A Take-Charge Approach for Todays Educator (1976). Model ini berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Hal ini kerana dalam teori ini banyak menekankan penetapan dan kuat kuasa peraturan dan memastikan peraturan dipatuhi dengan tegas oleh murid-murid. Selain itu juga, model ini juga melibatkan ganjaran dan dendaan akibat daripada peraturan yang ditetapkan disamping pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara berkeyakinan dan tegas. Canter juga menekankan tentang hak guru dan murid dalam bilik darjah. Sebagai contohnya, hak guru adalah mengajar tanpa gangguan daripada murid ataupun luar kelas. Jadi, guru haruslah menyediakan persekitaran bagi membantu murid memahami pembelajaran dengan baik dan membina tingkah laku yang sesuai. Dalam model ini Canter menegaskan bahawa ada tiga jenis guru iaitu:

Dalam tiga jenis guru ini kita dapat menilai Cikgu Murni di bahagian tidak asertif. Hal ini jelas digambarkan apabila beliau gagal dalam mengawal kelas semasa sesi pembelajaran bermula. Selain itu, beliau juga menunjukkan sikap tidak adil yang sangat ketara apabila melepasan Kadir dan bertindak menghukum Leman. Cikgu Murni juga boleh menggunakan teknik rakaman rosak untuk menangani masalah murid yang gemar mengganggu rakan dan membuat bising serta bersikap hiperaktif. Teknik rakaman rosak itu ialah arahan yang diberikan oleh guru ialah secara berulang-ulang sehingga murid mematuhi akan arahan dan peraturan tersebut. Guru hendaklah menggunakan intonasi suara yang tegas dan kontak mata perlulah dikekalkan kepada murid tersebut. Selain itu sikap guru yang tekal dan konsisten apabila melaksanakan arahan tersebut adalah perlu bagi menjayakan teknik rakaman rosak tersebut. Jika murid masih melakukan salah laku, guru hendaklah memaklumkan kepada ibu bapa murid tentang bagaimana tingkah laku murid tersebut telah mengganggu pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid yang lain.

LAMPIRAN

5. Rujukan

Bibliography(2011, December 7). Retrieved from http://notapismpks.blogspot.my/2011/12/pbdt-nota-topik-4-pengurusan-disiplin.htmlAtikah, I. (2012, October 9). Retrieved from http://www.slideshare.net/iznyatikah/5-masalahGhazali, H. (n.d.). Retrieved from https://www.academia.edu/1470549/KESAN_STRATEGI_PENGAJARAN_BERASASKAN_KONSTRUKTIVISME_TERHADAP_PENGETAHUAN_KONSEPTUAL_PELAJARHamzah, H. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.Phd, C. L. (2011). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Percetakan Seasons Sdn Bhd.teacherlynn_baha. (2015, August 12). Retrieved from http://documents.tips/documents/88532798-ciri-bilik-darjah-kondusif.html