Aspek Makna dalam Terjemahan

11
ASPEK MAKNA DALAM TERJEMAHAN Oleh : Mohd Haffizzuddin bin Kamaruddin A144955 Pensyarah : Dr.Maheram binti Ahmad PPPJ 2443 TERJEMAHAN ARAB- MELAYU- ARAB 2

Transcript of Aspek Makna dalam Terjemahan

Page 1: Aspek Makna dalam Terjemahan

ASPEK MAKNA DALAM TERJEMAHANOleh:

Mohd Haffizzuddin bin Kamaruddin A144955Pensyarah:

Dr.Maheram binti Ahmad

PPPJ 2443TERJEMAHAN ARAB- MELAYU- ARAB

2

Page 2: Aspek Makna dalam Terjemahan

PENGENALAN Aspek makna memainkan peranan yang sangat

penting dalam sesebuah teks terjemahan. Walaupun aspek ini merupakan asas untuk menilai

kualiti terjemahan, ia turut merangkumi aktiviti menganalisis, membandingkan serta menilai padanan ciri-ciri teks sumber dengan teks terjemahan.

Menurut House (1997:30), perkara asas yang perlu dititik beratkan dalam terjemahan ialah konsep keserataan (equivalance) dan pengekalan makna.

Page 3: Aspek Makna dalam Terjemahan

Aspek Makna dalam Terjemahan

Aspek Makna yang penting dalam melakukan sesuatu terjemahan ialah:-

Page 4: Aspek Makna dalam Terjemahan

Aspek Semantik

Aspek ini melibatkan hubungan yang erat antara unit linguistik dengan rujukannya (teks sasaran).

Contohnya : It is warm in this room

membawa maksud bahawa wujud keadaan yang

panas atau tidak selesa di dalam sesebuah bilik. Oleh itu, maksud terjemahan tersebut haruslah

sepadan dengan maksud yang disampaikan oleh

teks asal atau bahasa sumber.

Page 5: Aspek Makna dalam Terjemahan

Aspek Pragmatik Aspek ini melibatkan hubungan antara unit linguistik

dengan penggunaannya dalam sesebuah situasi. Contohnya : It is warm in this room yang mempunyai hanya

satu makna semantik, mungkin mempunyai maksud pragmatik yang berbeza bergantung pada situasi ayat tersebut dituturkan.

Ia mungkin membawa maksud sebuah arahan supaya kipas dipasangkan (It is warm in this room. Please switch on the fan).

Ataupun ia membawa maksud satu ajakan untuk keluar bersiar-siar (It is warm in this room. Let’s go for a drive).

Page 6: Aspek Makna dalam Terjemahan

Kepentingan aspek pragmatik ini ditegaskan oleh House (1997) melalui kata-katanya iaitu “ in translation, we do not operate with sentences at all but utterances, i.e,, units of discourse characterized by their use-value in communication. ”

Oleh itu, untuk menterjemah sesuatu teks, kita juga harus mengambil berat aspek pragmatik dalam teks terjemahan tersebut.

Page 7: Aspek Makna dalam Terjemahan

Aspek Tekstual Aspek ini melibatkan perkaitan antara ayat dalam

satu teks untuk membentuk 1 unit makna yang lengkap.

House (1997:3) mendefinisikan teks sebagai “ any stretch of language in which the individual components relate to another and form a cohesive whole. ”

Dalam proses penghasilan teks pelbagai cara dapat dilakukan untuk membentuk perkaitan antara ayat-ayat dalam teks.

Page 8: Aspek Makna dalam Terjemahan

Misalnya melalui penggunaan penanda wacana (seterusnya, akhirnya, justeru, meskipun dan lain-lain).

Contohnya: dalam teks It is warm in this room. It must have better ventilation, aspek tekstual yang perlu diberikan perhatian semasa menterjemah ialah kata ganti nama ‘it’ dalam ayat kedua yang merupakan rujukan berbentuk anafora yang merujuk kembali kepada ‘this room’.

Page 9: Aspek Makna dalam Terjemahan

Oleh itu,,,o Menurut House (1997), dengan mengambil kira aspek-

aspek makna seperti semantik, pragmatik dan tekstual, maka terjemahan boleh didefinisikan sebagai “the replacement of a text in the source language by a semantically and pragmatically equivalent text in the target language.”

o Dalam hal ini, fungsi teks terjemahan perlulah setara ataupun sama dengan fungsi teks sumber.

o Fungsi teks terjemahan ini termasuklah dapat memberikan kefahaman terhadap sesuatu situasi kepada para pembaca seperti sedih, gembira atau sebagainya.

Page 10: Aspek Makna dalam Terjemahan

KESIMPULAN Dalam sesebuah karya terjemahan, penterjemah

juga harus mengetahui teknik-teknik untuk menterjemah aspek-aspek makna yang terkandung dalam bahasa sumber.

Dengan kemahiran yang dimiliki penterjemah ini, sesebuah teks terjemahan akan menjadi lebih menarik bahkan pembaca akan berasa seolah-olah sedang membaca teks asal.

Page 11: Aspek Makna dalam Terjemahan

RUJUKAN• Dipetik dan diolah dari;

Haslina Haroon dan Hasuria Che Omar.

2014. Asas Terjemahan dan Interpretasi.

Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains

Malaysia.