ass pkp (1).docx

download ass pkp (1).docx

of 12

description

pml

Transcript of ass pkp (1).docx

1.0PENGENALANPendidikan pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan bagi membantu murid-murid yang lemah dalam pembelajaran. Menurut Transley (1976), pendidikan pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan dengan tersusun. Oleh itu, para guru pendidikan pemulihan hendaklah kreatif dalam merancang pengajaran serta pembelajaran supaya berkesan bagi membantu murid-murid pemulihan. Pelbagai kaedah boleh diaplikasikan bagi mendidik murid-murid pemulihan ini dan salah satunya adalah dengan kaedah terapi.Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Menurut Kamus Perubatan Mosley (2001) terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Menurut NASAM, terapi cara kerja merupakan sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Terapi ini tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti kehidupan seharian, penjagaan diri serta kemandirian di tempat kerja dan riadah. Selain itu, Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) pula mendefinisikan terapi cara kerja sebagai aktiviti pemulihan yang memberi fokus kepada pemulihan kecederaan, penyakit, kecacatan fizikal dan mental serta faktor keuzuran seseorang individu bagi membolehkan mereka berdikari dalam melakukan aktiviti kehidupan harian, produktiviti dan pelbagai aktiviti riadah. Manakala dalam konteks pendidikan, terapi dapat didefinisikan sebagai suatu kaedah yang digunapakai bagi membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.Secara umumnyanya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.

2.0KONSEP TERAPI DALAM PENDIDIKAN PEMULIHANTerapi adalah penyelesaian atau merupakan perubatan yang digunakan bagi merawat sesuatu masalah atau penyakit. Manakala individu yang melakukan terapi disebut sebagai terapis. Terapi merupakan salah satu elemen penting dalam pendidikan pemulihan. Dalam konteks pemulihan khas, terapi merupakan satu kaedah bagi membantu individu yang mempunyai kepelbagaian individu yang melibatkan kognitif, emosi, sosial dan psikomotor bagi mencapai perkembangan secara maksimum dan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui aktiviti terapi ini dapat membantu murid menguasai sesuatu kemahiran dari satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.Kebanyakan murid pemulihan khas mempunyai pelbagai masalah yang boleh melibatkan gangguan kepada emosi dan tingkah laku mereka. Mereka kebiasaannya menunjukkan ciri-ciri cepat bosan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jika murid-murid pemulihan dapat menumpukan perhatian dalam kelas bagi tempoh satu masa pertama sudah cukup memberangsangkan seseorang guru pemulihan untuk meneruskan proses pembelajaran. Tetapi hal ini jarang berlaku, kebiasaannya murid-murid akan cepat rasa bosan, menjadi resah gelisah dan mula menunjukkan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Pada ketika ini, guru pemulihan boleh melaksanakan aktiviti terapi yang ringan, contohnya minta murid-murid berdiri bagi membuat senaman ringan seperti menggerakkan jari jemari dan menggoyangkan kaki. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan kelegaan kepada murid-murid malah menarik minat murid untuk menumpukan kembali kepada proses pembelajaran. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan terapi dalam pendidikan pemulihan amat memberi kesan yang positif kepada murid-murid pemulihan jika menjadi amalan kepada guru pemulihan dalam bilik darjah. Justeru itu, terapi merupakan elemen penting bagi membantu mereka melalui perkembangan mental, kestabilan emosi, integrasi sosial dan kemahiran motor mereka untuk mencapai potensi yang maksimum.

3.0JENIS-JENIS TERAPITerdapat pelbagai jenis terapi yang boleh diaplikasikan antaranya ialah terapi fisio, terapi cara kerja, terapi pertuturan, terapi seni visual, terapi main, terapi hidro atau air, terapi muzik, terapi pergerakan kreatif dan terapi alternative. Terapi alternatif terdiri daripada terapi aroma, terapi herba, terapi ozon, terapi floortime, terapi haiwan, terapi pasir dan terapi snoozeland. 3.1Terapi PertuturanMasalah pertuturan adalah salah satu masalah yang acap kali dihadapi di kelas-kelas masalah pembelajaran pemulihan. Kebanyakkan masalah pertuturan disedari lewat kerana beranggapan ianya perkara biasa sebagai kanak-kanak kecil. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Begitu juga bagi murid-murid yang mengalami masalah pertuturan dan komunikasi. Oleh itu, terapi pertuturan merupakan satu kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi, membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa, melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Antara aktiviti terapi pertuturan adalah latihan secara lisan, meniup belon, meniup air menggunakan straw dan sebagainya.

3.2Terapi FisioFisio terapi adalah terapi yang dilakukan untuk membantu kanak-kanak mengembangkan kemampuan motor kasar iaitu otot-otot besar yang terdapat pada seluruh tubuh yang membolehkan untuk melakukan pelbagai fungsi seperti berjalan, melompat, berlari, menendang, mengangkat, dan melempar bola. Terapi fisio membantu seseorang kembali ke tahap fungsi fizikal tertinggi yang mampu dicapainya. Terapi fisio boleh didefinisikan sebagai rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu Terapi ini dapat memberi pengaruh yang besar terhadap kehidupan murid pemulihan kerana dapat membantu murid-murid yang mempunyai masalah kawalan motor. Malahan, terapi yang dilaksanakan ini akan dapat meningkatkan lagi perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus dan perkembangan kecerdasan fizikal mengikut keutamaan. Sebagai contoh melalui aktiviti seperti menggunting dan menampal. Guru boleh melaksanakan aktiviti tersebut di dalam bilik darjah bersama-sama murid-murid dengan membiarkan mereka menggunting gambar dan menampal di atas kertas. Namun, aktiviti ini memerlukan kawalan dan bimbingan guru agar tiada kecederaan berlaku. Melalui aktiviti ini, murid-murid dapat mengembangkan kreativiti mereka secara tidak langsung. Hal ini kerana, murid-murid boleh memilih corak dan cara menampal mengikut pilihan mereka.

3.3Terapi Cara KerjaMenurut Turner, Foster dan Johnson (2002), terapi cara kerja ialah latihan aktiviti-aktiviti yang bermakna untuk meningkatkan tahap kefungsian seharian dan mencegah ketidakupayaan atau kecacatan ke atas individu yang mempunyai masalah mental dan fizikal pada semua peringkat umur. Selain itu, terapi carakerja juga merupakan aktiviti yang menjurus ke arah membantu individu bermasalah fizikal dan intelek bagi mengatasi ketidakupayaan semaksima yang mungkin. Tujuan utama terapi carakerja adalah untuk mengembalikan kefungsian murid-murid dan menggalakan mereka menjalankan aktiviti sehariannya seperti belajar, bersosial, berekreaksi, bermain dan lain-lain dengan lebih yakin dan berdikari. Aktiviti yang dilakukan adalah berfokus kepada kepelbagaian pergerakan dan kebolehan otot-otot untuk membantu murid mencapai kejayaan dalam bidang vokasional dan kerjaya. Aktiviti terapi cara kerja perlu dilakukan oleh ahli terapi cara kerja yang berkemahiran sahaja. Hal ini kerana, peralatan untuk menjalankan aktiviti terapi cara kerja hanya boleh didapati di pusat-pusat latihan tertentu sahaja. Namun, guru-guru juga boleh melakukan terapi cara kerja yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah. Sebagai contoh seperti aktiviti membuka dan memasang kembali alatan, cara memotong buah, bermain dengan berkongsi barang dan lain-lain.

3.4Terapi MuzikMenurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal. Terapi muzik bertujuan untuk mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru boleh menggunakan muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid. Sebagai contoh, guru menyanyikan lagu kanak-kanak di dalam kelas dan meminta murid-murid untuk menyanyi bersama. Secara tidak langsung, terapi ini membantu murid-murid untuk lebih fokus belajar dan melatih pertuturan supaya lebih lancar. Selain itu, terapi ini juga digunakan untuk mengawal emosi dan dijalankan telah oleh seorang terapis. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik, memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta menghayati irama. Murid boleh melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi. Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang tersusun. 3.4Hippoterapi atau Terapi Kuda Hippoterapi merupakan terapi yang meliputi aspek fizikal, cara kerja dan terapi pertuturan yang mana terapi ini menggunakan pergerakan kuda yang melibatkan perkembangan motor dan deria. Terapi ini boleh membantu dalam meningkatkan kefungsian neurologi dan proses deria yang secara umumnya digunakan dalam aktiviti harian. Terapi berkuda atau hippoterapi ini merupakan pendekatan rawatan yang melibatkan aktiviti berkuda. Hal ini kerana terapi ini menyediakan persekitaran yang yang terkawal dan melibatkan reka bentuk sensori yang sesuai. Terapi ini bukan sahaja menfokuskan kepada kemahiran yang spesifik bagi menunggang kuda tetapi bertujuan membantu meningkatkan fungsi neuromotor dan bertindak sebagai rawatan yang menggunakan persekitaran luar.

4.0PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN TERAPI YANG DAPAT MEMBANTU PARA GURU PENDIDIKAN PEMUIHAN.Terapi dalam pendidikan pemulihan adalah berdasarkan konsep kepelbagaian kategori individu berkeperluan khas. Murid-murid pemulihan mempunyai samada ketidakupayaan, halangan atau rintangan untuk mencapai perkembangan dari segi kognitif, emosi, sosial atau psikomotor. Sehubungan itu, kaedah terapi dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan tersebut. Pembelajaran menggunakan terapi dapat membantu para guru pendidikan pemulihan melaksanakan tugas kerana mampu meningkatkan pengamatan murid sebagai contoh melalui terapi main. Kemahiran pengamatan perlu dikuasai kerana dapat membantu murid pemulihan cepat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. Jika murid pemulihan tajam pengamatannya mereka akan bermotivasi dan kesediaan belajar murid menjadi lebih positif. Antara terapi yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bersama murid pemulihan ialah terapi bermain, alternatif, pertuturan dan muzik.4.1Terapi BermainKraus (1990), bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak. Dari aspek psikologi pula, terapi bermain bermaksud memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar. Terapi main membantu murid-murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan, meningkatkan daya pengamatan dan sebagainya.Tamsilnya, aktiviti menyiapkan tugasan dalam bentuk permainan puzzle merupakan salah satu contoh bagi meningkatkan pengamatan seseorang. Bagi murid yang cekap pengamatannya mudah baginya untuk melengkapkan puzzle tersebut kerana mereka dapat mengamati bentuk-bentuk yang sesuai dan melengkapkan puzzle berpandukan pengamatan warna, bentuk potongan puzzle dan garisan yang sama manakala murid pemulihan yang lemah daya pengamatannya sebaliknya tetapi bukan bermakna mereka ini ketinggalan terus dalam pelajaran. Oleh yang demikian, guru pemulihan boleh melaksanakan strategi menangani masalah pengamatan dalam kelas. Antaranya melalui latih tubi, terapi, ulangan, modelling dan aktiviti-aktiviti lain yang sesuai. Jelasnya, kaedah terapi ini amat sesuai digunakan untuk para guru kerana selaras dengan perkembangan pendidikan masa kini.4.2Terapi Pertuturan Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Kamarudin Hj Husin (1987), menyatakan bahawa pertuturan ialah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (artikulator). Terapi ini juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia. Terapi pertuturan dilakukan adalah untuk membantu seseorang menguasai pertuturan atau komunikasi dengan lebih baik. Antara punca masalah pertuturan ini adalah masalah pendengaran, lewat perkembangan, masalah pernafasan dan juga kecederaan otak. Oleh yang demikian, para guru pemulihan boleh membantu murid-murid ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan melakukan aktiviti yang sesuai yang selaras dengan pendidikan semasa. Sebagai contoh, melakukan senaman mulut dan muka, meniup belon, tiup bola ping pong dalam bekas berisi air dan menggerakkan lidah ke atas, bawah, kiri dan kanan. Melalui terapi ini, guru pendidikan pemulihan boleh melakukan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan lancar. Selain itu, terapi pertuturan juga dapat dijadikan bahan untuk para guru melaksanakan tugas mereka kerana melalui terapi ini guru akan dapat membantu meningkatkan kemahiran bersosial murid terutamanya pada zaman teknologi kini selain daripada dapat merangsang pertuturan dan komunikasi. Hal ini bermaksud, terapi pertuturan dapat membantu merangsang alat-alat pertuturan murid dan meningkatkan tahap komunikasi murid-murid yang mengalami masalah pertuturan. Sebagai contoh, apabila terapi pertuturan dilakukan, secara langsung alat-alat pertuturan seperti mulut, lidah, gigi dan gusi akan bergerak dan bertindak balas antara satu sama lain. Hal ini sekaligus akan membantu murid-murid bertutur dengan cara yang lebih baik dan berkesan. Selain itu, apabila murid-murid sudah mula menggunakan alat-alat pertuturan dengan betul dengan itu dapat membantu murid-murid berkomunikasi dengan lebih baik.

4.3Terapi AlternatifTerapi alternative iaitu terapi snoozeland juga sangat membantu dalam pengajarn guru. Istilah snoezelen diambil dari perkataan Belanda atau Dutch iaitu snuffelen yang bermaksud mencari atau meneroka dan doezelen yang bermaksud releks. Snoezeland ialah suatu terapi stimulasi multisensori (visual, auditori, sentuhan, bau) yang digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pada mental, autisma, hiperaktif, lembam, dan lewat perkembangan. Terapi ini boleh dilakukan oleh guru kepada murid-murid dengan memberi stimulasi atau rangsangan yang melibatkan penggunaan semua pancaindera mereka. Di samping itu, terapi ini juga dilihat sebagai suatu aktiviti yang melibatkan saraf. Oleh itu, guru pemulihan boleh menggunakan terapi ini dalam proses pengajaran untuk membantu murid-murid yang lemah supaya lebih aktif dan mempunyai kenyakinan dalam diri sendiri .

4.4Terapi MuzikMenurut Dr. Sharol Lai Sujak (2008), terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal. Terapi muzik ini dapat membantu para guru pemulihan terutamanya dalam proses pembelajaran kerana pada zaman sekarang kebanyakkan murid lebih gemar mendengar muzik justeru terapi ini sangat sesuai dilaksanakan di dalam kelas. Melalui terapi ini, para guru dapat mengembangkan emosi, melatih pertuturan muid-murid dengan menyanyi mengikut lirik, memudahkan komunikasi intrapersonal dan interpersonal serta meningkatkan keupayaan diri. Terapi muzik ini juga membantu murid-murid membuat sesuatu perkara dengan lebih fokus. Selain itu, terapi ini juga dapat memberikan satu kepuasan kepada kanak-kanak pemulihan dari segi simulasi yang melibatkan mental dan fizikal. Dalam persekitaran seperti ini, murid-murid dapat menyanyi, bermain alat muzik yang mudah atau menepuk tangan mengikut irama muzik yang disediakan. Kaedah ini sememangnya sesuai dan berkesan dilaksanakan kerana mampu membentuk ingatan kanak-kanak melalui pengulangan huruf dan lirik yang mudah tetapi menggembirakan. Jelasnya, terapi ini sesuai dilaksanakan untuk membantu para guru pendidikan pemulihan mengajar di dalam kelas kerana selaras dengan pendidikan masa kini.

5.0KEPENTINGAN DAN KELEBIHAN TERAPI DALAM PENDIDIKAN PEMULIHAN.Jelas jika kita selidiki, terdapat seribu satu kepentingan pelaksaan kaedah terapi dalam proses pengajaran seseorang guru. Antara kepentingan terapi ialah meningkatkan daya pengamatan murid-murid, merangsang mereka untuk bergerakbalas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor. Selain itu, melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan (G.Eliana, 2008, S. Pengilly, 2008, Z. Ibrahim, 2009). Tambahan lagi, dapat merangsang pemikiran dan daya kreativiti, membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan dan mengurangkan tekanan. Di samping itu, terapi diperlukan untuk meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu, merangsang pengaliran oksigen dalam badan, merangsang murid untuk aktif dan bergerak balas secara positif terhadap sesuatu keadaan dan sebagai motivasi kepada murid-murid untuk membina konsep kendiri. Tambahan pula, melalui terapi yang lain juga dapat merangsang dan menjana kreativiti murid, mengurangkan tekanan emosi murid dan membantu perkembangan fizikal dan tubuh badan. Seterusnya, terapi juga membantu meningkatkan emosi dan sosial. Hal ini bermakna, terapi pertuturan dapat meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan orang lain. Sebagai contoh, lazimnya murid yang mengalami masalah pertuturan mempunyai sifat rendah diri untuk bergaul dengan orang lain. Melalui kaedah terapi ini dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk bergaul dan berbual bersama dalam kelompok rakan-rakan. Selain itu, tahap kognitif mereka akan terus berkembang kerana banyak perbendaharaan kata yang mereka peroleh semasa sesi perbualan bersama rakan-rakan.Akhir sekali, dapat membantu seseorang menguasai kemahiran motor kasar dan motor halus. Contohnya, terapi main yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memantapkan pergerakan motor kasar dan motor halus seperti menguli tepung untuk membuat huruf, melipat kertas untuk dijadikan origami, menggunting dan menampal kertas dan sebagainya. Di samping itu, penerapan terapi dalam pembelajaran dapat meningkatkan konsep kendiri dan potensi serta meneroka identiti melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Sebagai contoh melalui terapi muzik dan nyanyian. Murid-murid pemulihan boleh mengembangkan bakat tersembunyi dalam bidang tarian dan nyanyian di samping melatih kelancaran mereka dalam pertuturan.

6.0KESIMPULANMurid-murid bermasalah pembelajaran ialah murid yang mempunyai kekurangan dan ketidakupayaan dari segi mental, emosi, sosial dan fizikal. Mereka tidak mempunyai kebolehan untuk mengikuti pembelajaran secara normal seperti murid lain. Oleh yang demikian, pelaksanaan kurikulum pendidikan khas dan pemulihan membolehkan guru-guru mengubahsuai teknik pengajaran dan pembelajaran ssuai dengan tahap dan kebolehan murid bagi mencapai matlamat pembelajaran supaya murid-murid dapat terlibat secara aktif serta proses pembelajaran lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan. Justeru, terdapat pelbagai terapi telah dipilih dan disenaraikan di atas bagi memberi pengalaman bermanfaat agar guru lebih berkenyakinan dan berkemahiran semasa berhadapan dengan murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung, murid-murid pemulihan juga lebih berkeyakinan serta dapat menambahbaik pergerakan motor kasar dan motor halus serta perkembangan kecergasan fizikal. Guru- guru bebas memilih untuk menjalankan aktiviti terapi samada di sekolah atau di luar premis sekolah serta secara berkumpulan atau individu bagi meningkatkan keupayaan kognitif, efektif, psikomotor dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas. Kesimpulannya, guru-guru perlu mempunyai pendedahan dan pengetahuan yang meluas kepada aktiviti terapi bagi memantapkan penyampaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid berkeperluan khas.

REFLEKSIPertama sekali saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Ismail bin Saliyan, pensyarah pembimbing yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar dan perangsang kepada saya dan rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan kali ini memerlukan saya menulis esei berkaitan konsep pengajaran dan pembelajaran menggunakan terapi yang dapat membantu para guru pendidikan pemulihan melaksanakan tugas mereka selaras dengan perkembangan pendidikan semasa dan juga menyediakan bahan bantu mengajar berbentuk ICT dengan merancang dan melaksanakan sekurang-kurangnya tiga jenis terapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu banyak dapatan positif dan faedah yang diperoleh melalui tugasan ini. Jika sebelum ini saya hanya mempelajari terapi secara umum sahaja. Kini saya dapat menyelami jenis-jenis, aktiviti-aktiviti, cara atau kaedah dan sebagainya yang berkaitan dengan terapi. Rupanya terdapat banyak jenis terapi yang dapat kita pelajari. Saya akui agak sukar tugasan kali ini kerana saya perlu mencari banyak maklumat tentang terapi bagi menyiapkan tugasan ini. Hal ini kerana saya perlu meneliti setiap terapi yang saya baca supaya bersesuaian dan bertepatan dengan tugasan yang diberikan. Namun, dari tugasan inilah saya belajar lebih mendalam tentang terapi dan pentingnya terapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya pada zaman ini.Melalui tugasan ini, saya berpeluang mengenal dan menikmati serta merasai terapi yang saya ketahui contohnya terapi mengurut, bermain, hidro dan banyak lagi.Pembelajaran menggunakan terapi ini sejujurnya baik kerana mempunyai elemen penting seperti unsur pengajaran, nasihat akan menjadikan murid-murid lebih berfikir dan berkembang. Seterusnya, adalah tugasan yang memerlukan saya dan rakan-rakan untuk membuat bahan bantu mengajar yang diaplikasikan dalam bentuk video, 3D atau bentuk grafik i-Think dengan merancang serta melaksanakan sekurang-kurangnya tiga jenis terapi yang terdapat dalam sukatan pelajaran. Tugasan ini adalah berkumpulan dan satu kumpulan adalah dua orang. Melalui tugasan kedua inilah saya telah menggunakan aplikasi yang ada berkaitan ICT bagi menghasilkan video yang baik dan menarik. Sebagai guru di abad era pembangunan yang semakin membangun, perlulah menjadi seorang yang berinovatif, mempunyai kebolehan penilaian aras tinggi, celik teknologi serta sentiasa proaktif dalam semua bidang bagi menangani cabaran globalisasi dan perubahan yang dinamik. Hal ini turut menyedarkan saya bahawa sistem pembelajaran kini bukan sahaja bergantung pada buku, kertas, pensil dan pen sahaja. Pembelajaran kini perlu berlaku dengan melibatkan murid-murid dan mengembangkan kemahiran berfikir murid-murid. Penggunaan ICT sememangnya penting kerana bahan bantu guru akan pelbagai malah dapat menarik minat murid untuk belajar. Jadi, sebagai seorang guru, saya perlu merebut peluang yang ada dengan mengaplikasikan pembelajaran dalam bentuk ICT supaya menarik dan pengajaran saya berkesan. Berdasarkan tugasan ini, terdapat pelbagai halangan dan cabaran semasa yang perlu dihadapi oleh seorang guru. Terdapat cabaran-cabaran terkini yang perlu saya ketahui bagi memastikan saya sebagai bakal seorang guru bersiap sedia berhadapan untuk menghadapi cabaran secara positif dan proaktif pada masa datang. Selain itu, cabaran tersebut sangat penting kepada seorang guru untuk menjadikan pendidikan kita maju seiring dengan teknologi semasa.Akhirnya melalui tugasan ini juga saya dapat menambah ilmu saya terutamanya berkaitan terapi. Sejujurnya, tugasan kali ini mengajar saya erti semangat sebagai seorang guru dalam menghadapi dan menangkis cabaran yang mendatang dan tugas seorang guru yang sebenar. Sebagai guru, perlu diselami setiap tanggungjawab yang dipikul kerana itu adalah amanah yang diberikan oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak. Banyak perkara yang telah saya lalui dalam menyiapkan tugasan ini. Segala perkara yang baik saya terima dan yang buruk saya jadikan sebagai teladan. Diharap tugasan-tugasan seperti ini dapat diberikan pada lain masa agar dapat membantu pelajar meningkatkan ilmu pengetahuan serta memberi pengalaman yang baru kepada pelajar.11