Assignment ELM

download Assignment ELM

of 16

Transcript of Assignment ELM

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    1/16

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    2/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    2 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    Proses ini berlaku secara sedar dan tidak sedar. Walaupun kanak-kanak diajar cara

    bertingkah laku mengikut budayanya namun nilai-nilai yang baik dan buruk di rumah, sekolah

    atau masyarakat turut mempengaruhi mereka.

    Untuk pengetahuan, proses sosialisasi berlaku dalam tiga jenis iaitu sosialisasi primer

    (permulaan) yang mana proses ini berlaku pada peringkat awal kanak-kanak. Kanak-kanak

    mempelajari konsep diri, psikomotor, penaakulan dan kemahiran bahasa daripada keluarganya.

    Kedua, sosialisasi sekunder (penyertaan) iaitu berlaku pada peringkat kanak-kanak,remaja

    dan dewasa. Pada peringkat ini akan berlaku proses pengembangan konsep diri, menerima

    konsep baru, berlaku perubahan dan penyesuaiaan akibat daripada interaksi dengan rakan

    sebaya sekolah, media massa dan masyarakat. Akhir sekali iaitu sosialisasi semula

    (resosialisasi). Proses ini mungkin berlaku atau tidak berlaku pada seseorang. Sosialisasi

    semula ini berlaku akibat daripada perubahan secara drastik, mendadak, radikal atau terpaksa

    yang dialami oleh seseorang. Misalnya berlaku akibat kemalangan, revolusi, peperangan,

    perubahan kepercayaan, bencana, ketagihan dadah dan perubahan politik. Konsep kendiri sikap

    dan taakulan seseorang itu akan berubah dengan cepat akibat daripada situasi di atas.

    Antara agen yang membentuk dan mempengaruhi sosialisasi ialah guru, keluarga,

    sekolah, rakan sebaya, media massa, dan komuniti atau masyarakat.

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    3/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    3 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    Peranan dan tanggungjawab agen sosialisasi dalam Pendidikan Moral :

    1. KELUARGAKeluarga merupakan agen sosial yang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-

    kanak. Ibu bapa akan mengajar anak-anak berhubung dengan apa yang harus dilakukan dan

    apa yang tidak boleh dilakukan. Daripada ibu bapa jugalah anak-anak akan mempelajari

    kemahiran, sikap, norma dan nilai-nilai. Keperibadian anak-anak banyak bergantung kepada

    didikan ibu bapa. Ibu bapa yang tegas melahirkan anak-anak yang kuat disiplin. Didikan ibu

    bapa yang yang longgar banyak menghadapi masalah. Keluarga yang porak peranda latar

    belakangnya tidak akan berjaya melahirkan anak-anak yang optimis sudut pandangannya

    dalam kehidupan. Terdapat dua jenis keluarga dalam sesebuah masyarakat iaitu keluarga asas

    dan keluarga kembangan.

    (a) Keluarga Asas

    Terdiri daripada bapa, ibu yang ada ikatan perkahwinan yang sah dan mempunyai anak-

    anak sendiri atau anak angkat dan tinggal bersama. Tanggungjawab membentuk tingkah

    laku anak-anak dijalankan sepenuhnya oleh ibu dan bapa. Anak-anak waktu lahirnya

    adalah ibarat kain putih, tidak ada noda dan dosa. Terpulang kepada ibu bapa

    mencorakkannya. Ibu bapa senang membentuk perwatakan anak-anak mereka semenjak

    kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kebanyakan proses interaksi anak-

    anak berlaku di rumah. Ibu bapa menjadi model utama yang boleh dicontohi anak-anak.

    (b) Keluarga kembangan

    Keluarga kembangan ialah keluarga yang terdiri daripada sebuah atau beberapa

    keluarga asas dan ahli-ahli keluarganya dan tinggal bersama. Tanggungjawab mendidik

    anak-anak dan menjaga ahli keluarga yang sakit dijalankan bersama di samping

    membantu ekonomi keluarga. Oleh itu, pemupukan nilai dilakukan bukan sahaja oleh

    ibu bapa tetapi juga oleh anggota keluarga yang lain seperti datuk, nenek, bapa dan ibu

    saudara serta sepupu.

    Kesimpulannya, ibu bapa adalah orang yang paling peka terhadap

    perkembangan moral ses eoran g kanak-k anak pad a pe ringkat awal. Kanak-k an ak

    akan diasuh menerusi proses praktis pemeliharaan dan menerusi tingkah laku yang

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    4/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    4 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    akan diteladani. Asuhan memainkan peranan yang penting dalam proses

    sosialisasi individu. Ibu bapa yang bersikap penguasaan serta autokratik akan

    mendapati anak-anaknya begitu taat pada a rahan tetapi menjadi pasif dalam

    tingkah laku mereka. Sebaliknya, i bu bapa yang mengamalkan sikap bebas akan

    mendapati sikap anak-anaknya tidak bersopan-santun, tidak bertanggungjawab dan

    tidak boleh berdikari. Ibu bapa yang mengamalkan cara demokrasi dan membincangkan

    masalah-masalah dengan anak-anak mereka serta mempertimbangkan pendapat anak-anak,

    apabila membuat keputusan-keputusan penting, akan mendapati anak-anak mereka menpunyai

    keyakinan diri yang tinggi. Kanak-kanak ini juga akan menjadi lebih aktif, cerdas dan

    lebih bersopan santun. Sela in itu, s aiz keluarga juga akan mempen garuhi proses

    sosialisasi individu, iaitu dengan interaksi secara lisan dan fizikal antara individu,

    contohnya di antara adik beradik.

    2. RAKAN SEBAYARakan sebaya seseorang kanak-kanak terdiri daripada mereka yang sebaya dengannya

    serta berkongsi minat dan aktiviti yang sama. Kumpulan rakan sebaya kebanyakannya dari

    status sosial yang sama. Apabila mencapai peringkat remaja pengaruh rakan sebaya bertambah

    penting kerana mereka menghabiskan masa bersama lebih banyak daripada bersama ibu bapa.

    Individu ini cenderung untuk mengikuti pandangan,nilai dan sikap rakan-rakan sebaya mereka.

    Rakan sebaya yang tinggi sahsiahnya akan dapat membentuk kumpulannya ke arah peribadi

    yang mulia dan begitulah sebaliknya jika tersalah memilih kawan.

    (a) Rakan sekolah

    Rakan sekolah boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang. Rakan sekolah ialah

    kumpulan individu yang mempunyai umur dan taraf sosial yang hampir sama. Mereka

    mempunyai minat dan matlamat yang sama dalam alam persekolahan. Contohnya

    bermain, belajar, hobi dan lain-lain aktiviti secara bersama selaras dengan kehendak

    budaya dan iklim sekolah.

    (b) Rakan luar sekolah

    Adalah kumpulan rakan sebaya dalam kumpulan bermain, satu geng atau satu clique.

    Aktiviti-aktiviti kumpulan lebih berbentuk acara sukarela. Mereka belajar berdikari dan

    membentuk peraturan, nilai dan norma-norma kumpulan tersendiri. Ahli kumpulanremaja biasanya mempunyai sub-budaya tertentu, cara bercakap, jenis-jenis pakaian,

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    5/16

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    6/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    6 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    Guru juga perlu mendedahkan murid-muridnya dengan pengalaman-pengalaman

    tertentu. Antaranya pengalaman mengembara, ikhtiar hidup di hutan, dan menyertai

    pertandingan. Hal ini adalah berkaitan dengan kegiatan kokurikulum di sekolah. Seterusnya,

    guru juga berperanan dalam mendidik murid-muridnya berakhlak mulia supaya mereka

    menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, pendidikan moral dan agama adalah penting. Guru

    hendaklah mendidik pelajarnya cara berhubung, berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian,

    adab bergaul dan sebagainya supaya mereka menjadi insan yang berilmu dan bersahsiah selaras

    dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Di samping itu, guru juga berperanan sebagai penasihat kepada ibu bapa. Guru haruslah

    menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya perkembangan murid di sekolah dan

    di rumah dapat diikuti. Sehubungan itu, guru haruslah mengetahui latar belakang keluarga

    muridnya. Guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan semua maklumat yang diberikan

    oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka dan tidak

    membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Hal ini

    kerana guru merupakan insan yang paling dipercayai oleh ibu bapa dalam menjaga dan

    mendidik anak mereka di rumah dengan cara yang terbaik dan berkesan.

    Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah berkaitan dengan anak mereka, guru

    merupakan insan yang terbaik untuk mereka meluahkan perasan dan masalah serta meminta

    nasihat dan dorongan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Oleh yang demikian,

    peranan guru ketika ini amatlah penting dalam memberi nasihat, dorongan dan bimbingan

    kepada ibu bapa supaya mereka dapat menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan anak

    mereka dan membantu anak mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta

    pengembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial anak mereka.

    Kesimpulannya, guru merupakan insan terpenting dalam merealisasikan Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana guru berperanan sebagai

    seorang pendidik, pembimbing, jurulatih, kaunselor, penasihat dan role modelkepada murid-

    murid dan masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai kemahiran profesional

    seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, menyediakan bahan pengajaran pembelajaran,

    mengajar, mengurus, menilai, berkomunikasi, menangani masalah dan berusaha ke arah

    perkembangan kendiri. Hal ini supaya mereka dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa

    yang berkualiti, berpengetahuan, bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

    intelek dan sosial.

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    7/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    7 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    4. SEKOLAH DAN INSTITUSI PENGAJIANSekolah adalah agen mempersiapkan diri pelajar dengan persekitarannya. Institusi

    pendidikan merupakan satu pertubuhan yang ditubuhkan untuk mencapai objektif pendidikan

    secara berterusan. Faktor-faktor persekitaran akan mempengaruhi input organisasi

    pendidikan dan output organisasi pendidikan tersebut akan digunakan oleh alam sekitarnya.

    Semua ini dipengaruhi oleh perubahan dalam bidang ekonomi, politik, sosiologi

    masyarakat dan perubahan dasar kerajaan. Sesuatu perubahan tidak sahaja berasaskan suatu

    himpunan keadaan iaitu perubahan di dalam dan di luar sistem sekolah atau sebuah sekolah

    juga perlu difikirkan. Citarasa dan kehendak manusia berbeza-beza. Manusia memberikan

    nilai-nilai tertentu kepada sesuatu perkara. Kegiatan ko-kurikulum pula berubah daripada

    permainan bola sepak dan sepak takraw kepada permainan skuasy, golf, bowling dan renang.

    Semua ini menjadi agenda utama dalam perubahan pendidikan kerana mutu sukan negara

    dalam sukan-sukan ini semakin meningkat.

    Kanak-kanak menghabiskan masa enam hingga lapan jam setiap hari di sekolah. Hal ini

    bermakna individu-individu, kemudahan-kemudahan dan budaya sekolah akan mempengaruhi

    sosialisasi seseorang kanak-kanak. Guru juga sangat berpengaruh di sekolah. Gaya penampilan,

    sikap kepimpinannya memainkan peranan dalam proses sosialisasi individu. Cara pentadbiransekolah, persekitaran serta budaya sekolah juga berperanan mempengaruhi sosialisasi kanak-

    kanak atau pelajar.

    (a) Pentadbir

    Pentadbir yang efektif adalah penting untuk mewujudkan suasana mendorong

    pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Pentadbir hendaklah berupaya

    membentuk satu struktur dan amalan yang mengintegrasikan maklum balas, membuat

    refleksi dan amalan-amalan dan tindak balas yang diterima berlandaskan aspek-aspek

    berikut:

    mengesan kecekapan pentadbiran sekolah. menilai budaya moral sekolah. menilai secara moral guru-guru dibawah pentadbirannya.

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    8/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    8 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    (b) Budaya, Iklim dan Fizikal

    Budaya sekolah merangkumi aspek-aspek seperti ilmu, insan, moral budaya kerja,

    budaya komunikasi, budaya bilik darjah dan budaya kepimpinan. Dua faktor utama

    membentuk budaya sekolah ialah input sekolah yang berunsurkan sumber iaitu saiz

    bilik darjah, nisbah guru-pelajar, pembelajaran setiap pelajar, keadaan bangunan

    sekolah, bentuk kurikulum, bahan kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran dan

    kemudahan fizikal yang lain. Faktor kedua ialah faktor-faktor proses pengurusan

    sekolah iaitu kepimpinan pentadbiran, kepimpinan guru, tahap penyeliaan, misi dan visi

    sekolah, perasaan kekitaan dan iklim pengajaran dan pembelajaran.

    Kerjasama yang erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat

    membantu keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahap maksimum.

    Iklim sekolah ialah sifat dan suasana yang terdapat dalam sesebuah sekolah. Iklim

    sekolah sangat penting untuk melahirkan insan yang baik dan dapat membantu

    perkembangan pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan

    insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek (JERI).

    Aspek yang mempengaruhi iklim sekolah ialah aspek fizikal sekolah, aspek sosial

    sekolah dan aspek budaya sekolah. Aspek fizikal sekolah meliputi semua insfrastrukturyang terdapat di kawasan sekolah seperti bangunan, padang, tandas, bengkel, makmal,

    pusat sumber, kantin dan lain-lain. Ada beberapa ciri keberkesanan pengurusan aspek

    fizikal sekolah iaitu kebersihan, keselamatan, keselesaan dan keindahan persekitaran.

    Pengurusan fizikal yang berkesan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran pelajar

    dan guru dalam suasana yang tenteram, selesa, harmoni dan menyeronokkan. Keadaan

    fizikal sesebuah sekolah memainkan peranan penting dalam mencorakkan tingkah laku

    pelajar-pelajarnya.

    5. MASYARAKATMasyarakat ditakrifkan sebagai satu kumpulan manusia yang hidup bersosial bersama

    di sesuatu tempat dengan adanya peraturan, aturan serta menjalankan amalan hidup untuk

    kepentingan bersama. Kelompok ini mempunyai pemimpin, peraturan dan norma-norma

    tertentu untuk mewujudkan satu keadaan yang harmonis. Jika pemimpin menekankan nilai

    kerajinan dan peningkatan produktiviti akan menghasilkan ahli-ahli yang bersikap tekun, rajinmembuat sesuatu dengan bersungguh tanpa cepat putus asa. Slogan seperti 1 Malaysia :

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    9/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    9 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Malaysia Bolehdan Cemerlang, Gemilang

    dan Terbilangsering dilaungkan oleh pemimpin kita bertujuan untuk membentuk masyarakat

    yang dinamik dan progresif serta mengamalkan nilai-nilai murni, cekap bersih dan amanah.

    Masyarakat di mana seseorang itu dibesarkan mempunyai peranan yang tidak kurang

    pentingnya dalam membentuk per son al iti an ggotanya. Ahli ps iko lo gi Margaret

    Mead telah menjalankan kajian ke atas beberapa masyarakat primitif. Mead mendapati

    dalam masyarakat Samoa terdapat zaman perantaraan yang harmoni antara zaman kanak-kanak

    dan dewasa. Mereka dibimbing oleh masyarakat sekeliling dan hidup ditentukan dengan jelas

    melalui pemua fakat an dan t ida k terd apat punca -punca yang nyata bag i

    men imb u lk an seb aran g k e ru n s in g an .

    Jarang terdapat perbuatan kurang bermoral dalam masyarakat tersebut

    kerana setiap anggotanya dianggap sebagai ahli keluarga terdekat yang perlu

    dijaga dengan sempurna. Kajian beliau di Amerika Syarikat adalah sebaliknya.

    Masyarakatnya tidak mempedulikan hal orang lain menyebabkan pelbagai

    perbuata n ku ra ng bermoral dari peringkat kanak-kanak lagi. Menurut Kohlberg (1981) pula

    kanak-kanak perlu berinteraksi dngan masyarakat tidak kira tahap umur kerana ini

    membolehkan m er ek a bertingkahlaku sesuai den gan norma-norma masyarak atseperti orang dewasa. Masyarakat yang sensitif melahirkan kanak-kanak yang peka

    te rh ad ap ke ad aa nsekeliling.

    6. MEDIA MASSAAdibah Amin (1990) menghujahkan bahawa keruntuhan dan pembinaan mora boleh

    berlaku melalui pengaruh media massa. Media massa merupakan satu mekanisme yang

    mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian

    manusia. Ia merupakan agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam

    dan menggalakkan amalan-amalan berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu

    mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat khasnya yang beroperasi 24 jam. Media

    massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme, budaya komersial yang

    melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan berfoya-foya.

    Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yangselaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    10/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    10 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    rasa akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan

    nilai-nilai luhur seperti kebenaran dan kejujuran. Melalui buku, majalah, akhbar, radio, dan

    televisyen, harus kita popularkan tokoh-tokoh benar atau rekaan yang boleh memberi inspirasi

    kepada generasi muda untuk mengikut jejak langkahnya. Cerita-cerita di radio dan televisyen

    harus dipertingkatkan lagi hingga tercipta deretan hero dan heroin yang wajar dijadikan

    teladan dan dapat mengilhamkan kanak-kanak serta remaja untuk membina sifat-sifat yang

    terpuji.

    Sebelum ini kita telah pun berbicara mengenai keruntuhan akhlak anggota masyarakat,

    khususnya generasi muda hari ini yang wajar dicari jalan solusinya. Faktor-faktor yang

    mendorong kepada kemelut ini juga telah kita kongsi bersama. Selain faktor dalaman manusia

    itu sendiri, faktor-faktor luaran juga dikenal pasti menjadi barah penyakit sosial yang harus

    dihapuskan segera. Antara faktor luaran tersebut ialah peranan media massa yang menjadi

    topik utama dalam artikel kali ini.

    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa sejak beberapa abad lampau hinggalah pada zaman

    milenium ini, teknologi media telah diterima dan diperkasa oleh manusia sebagai suatu "kuasa

    baru" dalam kehidupan seharian mereka. Bermula dengan perkembangan mendadak media

    cetak pada sekitar abad ke-16, dituruti media elektronik pada abad ke-19 dan kini ledakan

    media internet, media massa terus mengukuhkan posisinya sebagai sarana penting manusia

    untuk pelbagai perkara, seiring dengan peredaran zaman dan kemajuan peradaban dunia.

    Kehadiran pelbagai media jaringan sosial pada alaf ini seperti Facebook, Twitter,

    MySpace, FriendsterdanBlogpula sememangnya telah memeriahkan lagi kehidupan

    manusia untuk berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama lain, hinggakan kebanyakan

    daripada kita kini sudah tidak dapat lari daripada memanfaatkannya untuk pelbagai aktiviti

    yang dilakukan. Kajian terkini juga telah menunjukkan aktiviti melalui media-media jaringansosial tersebut telah menjadikan generasi muda sebagai para pengguna dan pengunjung

    utamanya.

    Bukan itu sahaja, malah para pengkaji peranan media dalam dan luar negara juga telah

    bersetuju bahawa media sosial telah menjadi salah satu faktor utama kemenangan Barrack

    Obama dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2008, selain turut

    menyumbang dalam tsunami politik yang melanda Malaysia berikutan kejayaan parti-parti

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    11/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    11 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    komponen Pakatan Rakyat menawan beberapa negeri dan menafikan majoriti dua pertiga

    Barisan Nasional di Parlimen dalam pilihan raya umum pada tahun yang sama.

    Kepentingan media massa, sama ada dalam bentuk bercetak, elektronik mahupun

    berinternet pada zaman pascamoden ini diakui bukan sahaja mampu bertindak sebagai

    penyebar maklumat, berita dan sebagainya, malah turut berupaya mencetus minda rakyat, hatta

    menjadi penentu agenda sesuatu negara dan masyarakat. Hal ini terzahir melalui kenyataan

    Cohen, seorang tokoh komunikasi terkemuka yang pernah menyatakan, "Dalam banyak

    keadaan, media tidak berupaya mempengaruhi orang ramai menentukan bagaimana untuk

    berfikir tetapi yang mengajaibkan ialah media berjaya mempengaruhi pembacanya untuk

    menentukan apa yang perlu difikirkan".

    Malah, media massa yang pelbagai bentuk ini sebenarnya boleh dimanfaatkan dalam

    usaha dakwah. Bagi para pendakwah, media massa telah menyediakan ruang dan peluang yang

    seluas-luasnya untuk mereka menyebarkan Islam, menyeru manusia kepada kebaikan dan

    mencegah daripada kemungkaran. Melalui teknologi media baru yang serba canggih, usaha

    dakwah kini dapat diperkayakan dengan pendekatan yang lebih kreatif menerusi gabungan

    multimedia, bunyi, video, foto, grafik dan capaian internet, yang mana sudah tentulah

    kerahmatan Islam dan syariah dapat diserlahkan dengan lebih menarik kepada pelbagai bangsa

    dan kelompok manusia di atas muka bumi ini. Namun, pada setiap manfaat ada saja mudarat

    yang menjadi temannya. Dalam hal ini, melalui beberapa kajian yang dijalankan, media massa

    turut telah dibuktikan menjadi penyumbang utama kepada keruntuhan moral dalam kalangan

    generasi muda.

    Program-program televisyen contohnya, lebih mengutamakan unsur hiburan daripada

    ilmu dan maklumat. Filem-filem Barat dan Hindustan yang dihidangkan kepada masyarakat

    khalayak bukan saja telah menghakis nilai ketimuran, malah terselit secara nyata atau tersiratadegan-adegan lucah, yang mana sudah tentu akhirnya menjadi ikutan mereka yang

    menontonnya. Kebanjiran video lucah yang mudah didapati di pasaran gelap, kandungan

    majalah hiburan yang memaparkan foto-foto figura yang mendedahkan aurat yang keterlaluan

    serta menjolok mata serta penganjuran konsert-konsert penyanyi dari negara Barat pula

    menambah lagi krisis nilai yang telah sedia ada. Natijahnya bukanlah sukar untuk kita

    jangkakan. Gejala zina dan budaya hedonisme adalah antara hasilnya.

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    12/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    12 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    Justeru, selain kekuatan dalaman individu itu sendiri dalam mendepani cabaran media

    massa, ibu bapa juga perlu proaktif mengawal dan memberikan perhatian yang serius kepada

    jenis rancangan yang ditonton di televisyen atau laman-laman yang dilayari di internet oleh

    anak-anak mereka di rumah supaya mereka tidak terdedah dengan anasir-anasir yang boleh

    meruntuhkan pertahanan rohani mereka.

    Sedarlah kita, anak-anak ini lazimnya bersifat kurang matang apabila berhadapan

    dengan sesuatu cabaran. Mereka amat mudah terpedaya dengan apa juga cabaran yang ada di

    sekeliling mereka. Oleh hal yang demikian, kita selaku ibu bapalah yang bertanggungjawab

    memastikan anak-anak kita sentiasa dibimbing agar berjaya mengelak daripada terpedaya

    dengan sebarang bentuk anasir buruk yang datang dari persekitaran yang akan merosakkan

    masa depan mereka.

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    13/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    13 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    Kesimpulan

    Intihanya, pembentukan sahsiah diri seseorang itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor dalaman

    dan luaran. Baik dan buruknya bergantung kepada seseorang itu di mana seseorang perlu tekiti

    sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia melibatkan sahsiah diri masing-masing. Secara

    keseluruhannya, secara sedar atau tidak, kebanyakan masalah yang melanda pelajar pada masa kini adalah

    disebabkan konflik atau tekanan yang wujud di dalam alam persekitaran. Proses modenisasi atau

    pembangunan yang pesat telah mengubah cara hidup masyarakat kita khususnya golongan remaja. Begitu

    juga dengan institusi kekeluargaan yang sudah tidak dianggap penting lagi justeru meningkatnya kadar

    penceraian. Sebagai contoh, Berita Harian bertarikh 20 Oktober 1998 melaporkan Jabatan Kebajikan

    Masyarakat Negeri Terengganu mendapati keruntuhan institusi keluarga adalah punca utama kepada

    peningkatan masalah moral dalam kalangan remaja bawah umur di negeri tersebut. Rata-rata masyarakat kita

    mula bersikap individualistik dan materialistik. Penghayatan nilai-nilai murni oleh masyarakat

    majmuk perlu diteruskan dan dipupuk agar diamalkan bagi membendung serta mengatasi

    gejala sosial dalammasyarakat hari ini.

    Kesemua agama dan budaya masyarakat yang merupakanentiti terbesar dalam

    negara kita iaitu Melayu, Cina dan India menyeru serta mengajak penganutnya agar

    berakhlak mulia. Ketiadaan penghayatan nilai-nilai murni dalam masyarakat menyebabkan

    peri l aku mereka menjurus ke arah negatif. Kerajaan telah berusaha dalam menangani

    permasalahan tersebut dan sentiasa menyuburkan serta membuka ruang perbincangan dan

    percambahan minda agar masyarakat sedar tentang tanggungjawab masing-masing. Oleh sebab

    itu, setiap warganegara Malaysia perlu menghayati nilai-nilai positif yang ada dalam ajaran

    agama masing-masing.

    Pada pandangan saya, nilai boleh mempengaruhi sikap seseorang terhadap sesuatu ada

    kalanya mencerminkan sikap seseorang. Nilai moral sesuatu masyarakat boleh disorotkan

    daripada sumber agama, tradisi atau kebudayaan, kelompok pendatang, dan sistem

    perundangan. Kemerosotan nilai dan kehancuran sistem nilai masyarakat berpunca daripada

    fahaman baharu, masyarakat majoriti tidak mempertahankan nilai-nilai murni yang penting,

    dan perubahan nilai dalam masyarakat yang meruntuhkan nilai-nilai hidup yang baik.

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    14/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    14 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    R FL KSI

    Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya

    menyiapkan tugasan subjek Pendidikan Moral ELM 3104 ini dengan jayanya. Berkat

    bimbingan dari pensyarah pembimbing iaitu Tn Hj Ismail Mat Ludin, saya adapat

    mengenalpasti bahan-bahan yang perlu diperolehi bagi memenuhi rubric tugaasn ini. Terima

    kasih tidah terhingga kepada belliau kerana dengan curahan idea dan panduan yang jelas dari

    beliau banyak emmbantu saya menyiapkan tugasan ini.

    Sehubungan dengan itu, terdapat banyak input yang berguna dala m pencarian

    maklumat bagi tugasan ini. Dalam proses menyiapkan tugasan ini saya dapati terdapat banyak

    isu-isu moral yang berkaitan dengan remaja masa ini. Adakah kurangnya bimbingan agama

    atau pengaruh rakan sebaya atau pengaruh luar seperti media dan hiburan. Di sini saya dapati

    isu-isu semasa masa kini yang sedangan berlaku disekeliling kita bayank membeeri impak

    terhadap keselamatan kita khususnya dan negara amnya. Kita perlu bertindak sekarang agar

    masalah jenayah ini dapat dibanteras dengan segera kerana ianya penting bagi menjamin

    kehidupan kita pada masa hadapan.

    Berdasarkan fakta-fakta dari pihak polis menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun

    masalah jenayah ini. Dengan pelbagai cabaran masa kini kita sebagai ibubapa perlu menitik

    beratkan kekuatan agama dalam diri anak-anak kita. Ini kerana agama adalah tunjang bagi

    menghindari anasir-anasir luar yang penuh dengan pancaroba.

    Oleh yang demikian kita semua bermula dari rumah, masyarakat, dan pihak kerajaan

    haruslah mengembeling tenaga dan tangungjawab masing-masing bagi memastikan jenayah in

    tidak menular lagi.

  • 8/12/2019 Assignment ELM

    15/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    15 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    RUJUKAN

    Buku

    1.

    Abd.Rahim Abd. Rashid. (1993). Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum KBSM .Selangor.

    Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka

    2. Abdul Rahman MD. Aroff, Lee Hoon,Chong. (1994).Pendidikan Moral. KualaLumpur.Longman Malaysia Sdn. Bhd

    Laman Sesawang/ Internet

    1. Anonymous.Pendidikan Moral : Fungsi dan Kepentingannya. Diperoleh darihttp://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/pendidikan-moral-fungsi-dan.html pada

    13 Mac 2014

    2. Asnah Hamid.Masalah Sosial Di Kalangan Remaja Kini. Diperoleh darihttp://asnahhamid.blogspot.compada 13 Mac 2014

    3. Siti Nazirah Jaafar. Gejala Sosial dan Peranan Profesionalisme Guru. Diperoleh darihttp://ilham-murabbi.blogspot.com/2012/09/gejala-sosial-dan-peranan.html pada 13

    Mac 2014

    Jurnal

    1. Azizi Yahya. Keluarga dalam Pembentukan Moral.Diperoleh daripadahttp://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdf

    2.

    Azizi Yahya. Permasalah Sosial di Kalangan Remaja : Satu Cabaran. Diperoleh daripadahttp://eprints.utm.my/10444/1/Permasalah_Sosial_di_kalangan_Remaja.pdf

    3. IPG KPM (2010). Modul Pendidikan Moral. Diperoleh daripadahttp://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulkpli/penmoralkplisr.pdf

    4. Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail, Noranizah Yusuf (2012). Faktor PersekitaranSosial dan Hubungannya dengan Pembentukan Jati Diri. Diperoleh daripada

    http://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%20155-172.pdf

    http://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/pendidikan-moral-fungsi-dan.htmlhttp://asnahhamid.blogspot.com/http://asnahhamid.blogspot.com/http://ilham-murabbi.blogspot.com/2012/09/gejala-sosial-dan-peranan.html%20pada%2013http://ilham-murabbi.blogspot.com/2012/09/gejala-sosial-dan-peranan.html%20pada%2013http://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdfhttp://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdfhttp://eprints.utm.my/10444/1/Permasalah_Sosial_di_kalangan_Remaja.pdfhttp://eprints.utm.my/10444/1/Permasalah_Sosial_di_kalangan_Remaja.pdfhttp://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulkpli/penmoralkplisr.pdfhttp://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulkpli/penmoralkplisr.pdfhttp://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%20155-172.pdfhttp://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%20155-172.pdfhttp://www.ukm.my/jhadhari/makalah/khas2012/JD005862%20155-172.pdfhttp://www.ipislam.edu.my/uploaded/modulkpli/penmoralkplisr.pdfhttp://eprints.utm.my/10444/1/Permasalah_Sosial_di_kalangan_Remaja.pdfhttp://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdfhttp://ilham-murabbi.blogspot.com/2012/09/gejala-sosial-dan-peranan.html%20pada%2013http://asnahhamid.blogspot.com/http://kemayangambai.blogspot.com/2013/01/pendidikan-moral-fungsi-dan.html
  • 8/12/2019 Assignment ELM

    16/16

    ISU-ISU MORAL AN CABARAN PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI ELM 3104

    16 KHAIRULNIZAM B. ABD AZIZ (781103075027)

    Majalah

    1. Asmidar Alias. (2013).Dewan Siswa : Duhai Remaja. Dewan Bahasa dan Pustaka, KualaLumpur, 4-7

    2. Lokman Ismail. (2014). Dewan Siswa : Pentingnya Pendidikan Tidak Formal. DewanBahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 60-62

    3. Nora Amin. (2014). Dewan Siswa : Lupusnya Sensitiviti Remaja. Dewan Bahasa danPustaka, Kuala Lumpur, 5-7

    4. Zulaikha Ahmad. (2014). Dewan Siswa : Faktor Menularnya Gengterisme. Dewan Bahasadan Pustaka, Kuala Lumpur, 34