Assignment Isu2

25
1.0 PENDAHULUAN Saban hari, kita sering disajikan dengan isu-isu kahwin muda sama ada di dada akhbar, media cetak mahupun media massa. Isu kahwin muda pada zaman sekarang semakin sinonim dalam kehidupan kita. Persoalannya apakah faktor yang mengalakkan para remaja zaman sekarang mengambil keputusan berkahwin awal . Adakah dengan berkahwin muda dapat menyelesaikan segala masalah sosial yang semakin menular hari demi hari ataupun berkahwin muda atas faktor trend semata-mata.Pada hakikatnya perkahwinan di usia muda tidaklah salah dari sudut Islam itu sendiri. Namun setiap daripada kita haruslah memahami dengan jelas dan mendalam apakah yang dimaksudkan dengan sesebuah perkahwinan. Berkahwin bukanlah disebabkan atas faktor cinta dan keseronokan semata-mata. Perkahwinan amat menuntut komitmen dan tanggungjawab yang tinggi daripada setiap pasangan yakni persediaan yang mencukupi haruslah ada sebelum mencecah gerbang perkahwinan. Pelbagai perkara harus dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin agar tidak menyesal di kemudian hari. Faktor usia sebenarnya bukanlah 1

description

isu isu kontemporari

Transcript of Assignment Isu2

1.0 PENDAHULUAN

Saban hari, kita sering disajikan dengan isu-isu kahwin muda sama ada di dada

akhbar, media cetak mahupun media massa. Isu kahwin muda pada zaman sekarang semakin

sinonim dalam kehidupan kita. Persoalannya apakah faktor yang mengalakkan para remaja

zaman sekarang mengambil keputusan berkahwin awal . Adakah dengan berkahwin muda

dapat menyelesaikan segala masalah sosial yang semakin menular hari demi hari ataupun

berkahwin muda atas faktor trend semata-mata.Pada hakikatnya perkahwinan di usia muda

tidaklah salah dari sudut Islam itu sendiri. Namun setiap daripada kita haruslah memahami

dengan jelas dan mendalam apakah yang dimaksudkan dengan sesebuah perkahwinan.

Berkahwin bukanlah disebabkan atas faktor cinta dan keseronokan semata-mata.

Perkahwinan amat menuntut komitmen dan tanggungjawab yang tinggi daripada setiap

pasangan yakni persediaan yang mencukupi haruslah ada sebelum mencecah gerbang

perkahwinan. Pelbagai perkara harus dipertimbangkan sebelum mengambil keputusan untuk

berkahwin agar tidak menyesal di kemudian hari. Faktor usia sebenarnya bukanlah menjadi

permasalah dalam perkahwinan di usia muda kerana ada sesetengah yang masih muda tapi

mempunyai pemikiran yang matang dari usianya. Tetapi semuanya bergantung kepada

individu itu sendiri sama ada individu itu sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab

sebagai suami isteri. Bukan mudah untuk menjalani kehidupan berumah tangga kerana dalam

sesuatu perhubungan akan wujudnya pelbagai cabaran dan seseorang itu perlulah bersedia

dari segi fizikal, mental dan emosi untuk menempuh liku-liku kehidupan.

Konklusinya, sesebuah perkahwinan itu perlulah didirikan atas dasar kemampuan.

Perkahwinan mampu menjadi suatu masalah namun ianya juga merupakan satu penyelesaian

jika perkahwinan itu didirikan atas tujuan yang sebenar-benarnya.

1

2.0 FAKTOR-FAKTOR KAHWIN MUDA

Banyak faktor yang dapat kita lihat pada zaman ini yang sedikit sebanyak telah

mempengaruhi anak muda berkeinginan untuk berkahwin pada usia yang muda. Faktor-

faktor yang membolehkan seseorang itu berkeinginan untuk berkahwin muda juga wujud

akibat dipengaruhi oleh rakan yang telah berkahwin muda dan desakan oleh ibu bapa.

Antara faktor yang relevan yang memungkinkan seseorang itu cenderung untuk

berkahwin pada usia yang muda adalah atas dasar tuntutan agama. Proses perkahwinan

merupakan satu ikatan yang suci yang terbentuk di antara seorang lelaki dan perempuan

seperti mana fitrah alam bahawa setiap yang diciptakan oleh Allah s.w.t, adalah berpasang-

pasangan. Perkahwinan juga seperti yang telah kita sedia maklum merupakan sebahagian

daripada sunnah Rasulullah s.a.w sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saidatina

Aisyah r.a yang membawa maksud :

“ Dan ujilah anak-anak yatim itu sehingga mereka cukup umur (mencapai umur

perkahwinan). Kemudian jika kamu nampak dari keadaan mereka tanda-tanda yang

menunjukkan bahawa mereka telah cerdik dan berkebolehan menjaga hartanya maka

serahkanlah kepada mereka hartanya”.

Sumber daripada Al-quran, dari potongan ayat ke 6, yang terdapat di dalam surah An-Nisaa’.

Hadis yang diriwayatkan di atas menerangkan bahawa jika seseorang yang masih muda

umurnya kelihatan sudah pandai dan tahu untuk menjaga dirinya serta boleh menjaga orang

yang dipertanggungjawabkan ke atas dirinya, maka dia adalah dibolehkan untuk berkahwin.

Selain daripada faktor tuntutan agama, berkahwin muda juga merupakan hasil

dorongan daripada ahli keluarga. Desakan keluarga turut dianggap faktor peningkatan

perkahwinan dalam usia yang muda. Ini berkait rapat dengan latar belakang segelintir 2

keluarga yang sangat mementingkan darjat, susur galur keturunan keluarga serta agama.

Terdapat dua alasan kecil yang mendorong keluarga menamatkan zaman bujang anak remaja

pada masa kini. Pertama, ibu bapa khuatir anak mereka tidak akan mendapat jodoh jika

menangguhkan perkahwinan anak-anak. Mereka juga tidak mahu dipandang sinis dan

menerima tohmahan daripada masyarakat sekeliling. Kedua, bagi keluarga miskin di kawasan

pedalaman, anak perempuan digalakkan berkahwin pada usia yang muda untuk

mengurangkan beban ahli keluarga. Tidak kurang juga, ada keluarga yang berpendapat

bahawa perkahwinan akan menyelamatkan struktur ekonomi keluarga, justeru anak

perempuan wajar dikahwinkan pada usia yang muda. Kepercayaan anak perempuan tidak

perlu bekerja dan hanya perlu menyerahkan untung nasib mereka kepada suami masih lagi

berlaku pada era globalisasi yang mempunyai teknologi yang begitu maju sekarang ini.

Di samping itu, perkahwinan di usia yang muda dipengaruhi oleh keinginan untuk

memilki teman seperjuangan. Teman seperjuangan dalam konteks ini adalah seseorang yang

boleh kita percayai untuk bergantung hidup sepenuhnya bagi menggantikan ibu bapa dan ahli

keluarga yang mungkin sudah tidak berdaya untuk menjaga kita yang sidah meningkat

dewasa ini. Perkahwinan di usia muda selalunya masih berstatus pelajar. Masih banyak

komitmen yang harus difokuskan untuk pelajaran. Tetapi hal yang demikian tidak

menghalang seseorang itu untuk berkahwin ketika masih belajar. Teman seperjuangan iaitu

suami atau isteri sangat diperlukan untuk sama-sama berkongsi kehidupan ketika sedang

belajar mahupun sudah berumah tangga. Dengan itu dapatlah si isteri atau si suami berkongsi

cerita kisah suka dan duka sepanjang mereka masih belajar. Dari situ jugalah mereka dapat

mempelajari sedikit sebanyak erti hidup tanpa bantuan dari ahli keluarga. Sekiranya timbul

permasalahan tentang pelajaran mahupun tentang kewangan serta kekangan masa, mereka

3

dapat berbincang secara baik untuk cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan matang

sekali. Justeru mereka akan saling mengenali antara satu sama lain lebih mendalam lagi.

Seterusnya, kurang minat untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi

juga mendorong anak muda pada zaman ini berkahwin pada usia yang muda. Ramai yang

berkahwin pada usia muda, malah ada sesetengah itu menamatkan zaman bujang ketika

seusia di antara 17 dan 20 tahun. Kurangnya minat untuk menimba ilmu merupakan kesan

daripada kegagalan sewaktu belajar di sekolah menengah. Justeru mereka mengambil

keputusan untuk berkahwin lebih awal, terutamanya perempuan. Tambahan pula, mereka

beranggapan bahawa orang perempuan tidak perlu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang

lebih tinggi kerana cukuplah sekadar tahu memasak, mengemas dan menguruskan segala

keperluan berumah tangga. Namun, pada zaman sekarang walaupun terdapat banyak peluang

pendidikan yang disediakan namun masih ada yang malas ataupun tidak mempunyai minat

untuk belajar. Ekoran itu, mereka mengambil keputusan untuk berkahwin pada usia muda.

Tambahan pula, faktor berkahwin muda adalah disebabkan gejala sosial yang

memberi kesan sehingga berlakunya keterlanjuran dalam perhubungan di antara remaja masa

kini. Tidak kiralah baik lelaki mahupun perempuan. Gejala sosial dalam kalangan masyarakat

semakin meruncing. Hampir setiap hari ada sahaja isu pembuangan bayi yang terpampang di

muka depan akhbar harian. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri pernah bersabda bahawa di akhir

zaman nanti akan lahirnya manusia yang tidak berbapa dalam kuantiti yang banyak sekali.

Walaupun mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang

mentah, namun ini merupakan cara yang terbaik daripada menanggung dosa dengan

membunuh bayi yang tidak bersalah. Perkahwinan juga dapat memastikan bayi yang

dilahirkan itu mempunyai ibu dan juga ayah setelah dilahirkan. Justeru tidaklah timbul isu

anak kekurangan kasih sayang sejak daripada mereka lahir sehingga meningkat dewasa.

4

3.0 MASALAH YANG TIMBUL APABILA BERKAHWIN DI USIA MUDA

Dalam meniti era globalisasi yang dilimpahi kemodenan, masyarakat zaman sekarang

semakin cenderung untuk berkahwin pada usia yang masih muda seperti zaman nenek

moyang kita cenderung untuk berkahwin awal atas faktor keluarga. Namun suatu ketika

dahulu, segenap lapisan masyarakat kita terlalu cenderung untuk mengejar cita-cita sehingga

terlupa untuk mendirikan rumah tangga dan ada sebahagiannya berkahwin pada usia yang

lewat. Mereka berpendapat syarat untuk berumah tangga mestilah mempunyai ilmu,

mempunyai kerjaya dan kewangan yang kukuh untuk menyara kehidupan keluarga

kelak .Namun hal yang sebaliknya berlaku kepada remaja pada era ini yang seperti tidak

sabar-sabar untuk mendirikan rumah tangga walhal ilmu berkaitan rumah tangga masih tidak

cukup disebabkan faktor usia yang masih mentah.

Hakikatnya, perkahwinan di usia muda bukanlah mejadi satu masalah tetapi masalah

itu wujud daripada individu itu sendiri. Berkahwin di waktu muda mmerlukan komitmen

yang sangat tinggi daripada kedua-dua belah pihak. Mereka harus mempunyai kefahaman

yang tinggi terhadap tanggungjawab terhadap institusi perkahwinan dan keluarga. Tarbiyah

dalam diri juga serta ilmu agama yang mencukupi perlu ada sebagai bekalan dalam berumah

tangga. Persoalannya berapa ramaikah antara kita yang telah melengkapkan diri dengan ilmu

agama. Tepuk dada, tanyalah iman.Jika semua kriteria ini masih tidak ada atau masih samar-

samar ,bagaimana kita terutamanya kaum lelaki mampu untuk menjadi ketua keluarga

sedangkan diri sendiri masih mencari hala tuju yang sebenar ibarat kata pepatah seperti ketam

mengajar anaknya berjalan lurus, diri sendiri yang senget.

Apakah masalah yang dihadapi apabila kahwin muda? Antara faktor utama yang

menjadi permasalahan apabila seseorang itu mendirikan rumah tangga pada usia yang muda

ialah faktor kewangan. Apabila berkahwin, sudah pasti wang ringgit amatlah penting

5

terutamanya dalam proses penyediaan keperluan pasangan. Bagi lelaki, mereka sewajarnya

mempunyai kewangan yang kukuh supaya dapat menampung keperluan berumah tangga.

Namun demikan, apabila bernikah di usia muda terutama ketika masih belajar, sudah pasti

pasangan tersebut masih belum mempunyai kewangan sendiri yang kukuh. Kebanyakan

mereka masih bergantung kepada ibu bapa. Apabila kewangan masih tidak ampuh dan si

isteri mula meminta si suami untuk memenuhi keperluan mereka menyebabkan pengurusan

kewangan pasangan tersebut akan semakin kucar kacir. Lantas apabila urusan kewangan yang

merupakan perkara mustahak masih tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya akan mendorong

kepada tercetusnya masalah lain seperti pergaduhan apabila kedua-dua pihak mula untuk

menunding jari antara satu sama lain.

Apabila hal kewangan semakin berlarutan sekali gus akan menyebabkan berlakunya

penceraian. Apabila si suami tidak mempunyai kewangan yang cukup, mempunyai

pendapatan yang rendah sudah pasti si suami tidak dapat memenuhi keperluan asas dalam

berumah tangga. Sebagai contoh kebanyakan pasangan yang baru berkahwin cenderung

untuk berhijrah ke bandar bagi mencari pekerjaan yang lumayan. Namun disebalik itu , kos

sara hidup di bandar sangatlah tinggi malah melebihi gaji yang diperoleh. Menurut statistik

kos sara hidup yang tinggi dan masalah kewangan merupakan punca utama kes penceraian di

Malaysia. Penceraian dalam kalangan golongan muda juga adalah disebabkan beberapa

faktor seperti gagal menjalankan tanggungjawab,masalah pihak ketiga,campur tangan

keluarga,ekonomi serta watak kritikal pasangan.

Selain itu masalah yang sering timbul apabila berkahwin muda ialah pasangan akan

berasa cepat bosan antara satu sama lain. Kebanyakan yang berkahwin muda adalah

disebabkan faktor cinta dan dan akibat kehendak nafsu mereka menjadikan perkahwinan

sebagai satu penyelesaian. Namun pada hakikatnya perkahwinan atas dasar nafsu tidak akan

6

kekal lama. Apabila perasaan cinta itu hilang, maka lenyaplah perasaan kasih sayang antara

pasangan lantas jalan penyelesaian yang diambil adalah penceraian.

Berkahwin di usia muda juga memerlukan menuntut sikap kematangan daripada

kedua-dua pihak. Tetapi remaja-remaja yang mengambil keputusan untuk berkahwin awal

kebanyakan masih lagi mentah dan boleh dikatakan tidak matang. Mereka mengambil

keputusan tanpa berfikir panjang ke depan lalu menyesal di tengah jalan. Emosi pasangan

muda juga selalunya tidak stabil dan mereka tidak matang dalam membuat keputusan.

Misalnya , apabila timbulnya sesuatu permasalahan, pasangan tersebut tidak dapat berfikir

dengan baik malah bermungkinan bertindak di luar kewarasan akal dan akhirnya mengambil

keputusan berpisah atas alasan tiada kesefahaman.

Tuntasnya berkahwin muda sebenarnya tidak menjadi permasalahan malah dituntut

andai seseorang itu mampu. , Nabi s.a.w menyebut tentang kemampuan. “Wahai para

pemuda, barangsiapa yang mempunyai kemampuan di kalangan kamu maka berkahwinlah ”.

Maksud mampu disini ialah seseorang itu berkemampuan dari segi menyediakan segala

keperluan dalam berumah tangga dan dalam memenuhi keperluan fizikal dan rohani yakni

berkemampuan dari segala aspek bukan hanya wang ringgit semata-mata. Sebelum

berkahwin, amatlah penting pasangan tersebut membuat persediaan yang secukupnya,yakni

mempersiapkan diri dengan ilmu agama agar perkahwinan yang dibina berlandaskan syariat

Islam dan diredhai Allah. Ilmu agama amatlah penting dalam membina sesebuah rumah

tangga yang sakinah dan mawardah agar rumah tangga yang dibina berkekalan hingga akhir

hayat.

7

4.0 KAHWIN AWAL DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH SOSIAL DI

KALANGAN REMAJA.

Dalam sejarah Islam, kita boleh lihat bagaimana Baginda Rasulullah S.A.W sendiri

berkahwin dengan Saidatina Aisyah iaitu puteri Abu Bakar As-Siddiq dalam usia begitu

muda. Aisyah dilamar dalam usia 7 tahun dan mula bersama pada usia 9 tahun iaitu umur

selepas mencapai usia baligh bagi kanak-kanak perempuan. Perkara ini menjadi bahan

cemuhan oleh sejarawan Barat terutamanya golongan sarjana orientalis. Mereka melihat hal

ini sebagai faktor kecaman dari pelbagai sudut dan andaian. Sedangkan kalau diperhatikan

dalam Undang-undang Perkahwinan negara Barat seperti Perancis memperuntukan usia

perkahwinan bagi pemudanya seawal usia 18 tahun dan gadis pula berusia 15 tahun. Begitu

juga Undang- undang Perkahwinan dalam Perundangan Agama Yahudi menetapkan pemuda

boleh berkahwin seawal usia 13 tahun dan gadis pula berumur 12 tahun.

Namun begitu, pasangan yang ingin berkahwin perlu menyediakan pelbagai perkara

asas dan melaksanakan beberapa syarat sebelum mendirikan rumah tangga. Maka, tidak

hairanlah dalam Islam ia tidak memberikan had dan batasan pada usia mereka yang ingin

berkahwin. Malahan bagi mereka yang berkemampuan untuk melaksanakannya, ia amat

digalakkan kerana perkara ini dapat menghindarkan diri dari terjebak dalam gejala sosial.

Persoalannya, apakah cara terbaik bagi para remaja kini terhindar dari pelbagai gejala

yang merosakkan masyarakat dan menjatuhkan nilai moral mereka dalam usia terlalu awal?

Berbalik kepada aspek agama Islam yang kita nauti, antara tujuan perkahwinan mengikut

syarak yang sememangnya menggalakkan perkahwinan ini adalah kerana dapat menghindari

maksiat dengan cara halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui pernikahan yang sah.

Manakala perzinaan, sumbang mahram, liwat, lesbian, kes kahwin lari, pembuangan bayi,

pelacuran dan sebagainya dapat dielakkan.

8

Seterusnya, perkahwinan juga dapat memperoleh ketenangan hidup , kasih sayang dan

ketenteraman. Apabila berkahwin seseorang itu menjadi semakin bertanggungjawab dan

lebih amanah dalam memberikan nafkah kepada keluarganya. Jika hubungan yang

dilaksanakan tanpa berkahwin, mereka tidak cuba bertanggungjawab terhadap anak yang

dilahirkan itu. Akibat kecewa dan putus asa inilah yang membuatkan si ibu tadi sanggup

membunuh bayi sendiri kerana merasa malu untuk menghadapi masyarakat sekeliling.

Di samping itu, perkahwinan juga dapat menjadikan seseorang itu lebih matang dalam

segenap hal. Sebagai contoh, pasangan akan lebih matang dalam menguruskan urusan

kewangan untuk perkara yang penting berbanding pasangan remaja yang belum berkahwin

yang mana kerap kali menghabiskan duit untuk tujuan keseronokan semata- mata.

Perkahwinan yang sah juga dapat menjaga nasab keturunan. Akibat malu, kadangkala

seseorang itu sanggup membunuh bayi yang dilahirkan secara tidak sah. Namun, perbuatan

membunuh bayi adalah lebih zalim dari hilangnya kehormatan dan nasab.

Tambahan lagi, apabila berkahwin batas- batas pergaulan akan terpelihara, memang

tak dapat dinafikan pasangan yang bercinta selalunya tidak dapat menahan perasaan ingin

berjumpa, ingin bersama –sama setiap masa dan waktu. Apabila perkara ini selalu terjadi,

secara tidak langsung pasangan ini akan terlibat melakukan perbuatan terlarang iaitu maksiat

dan zina. Bila dah kahwin, dan mempunyai hubungan yang sah pasangan tersebut sudah

berjaya menjaga batas- batas pergaulan.

Disamping itu, perkahwinan juga dapat dikatakan titik paling penting dalam

kehidupan para remaja kerana melalui perkahwinan mereka berubah menjadi insan yang

lebih baik. Sikap panas baran dan segala aktiviti membuang masa dengan melepak bersama

rakan- rakan dapat dielakkan disebabkan individu tersebut mempunyai tanggungjawab

9

terhadap keluarga. Masa yang terluang diisi bersama insan tersayang dengan melakukan

perkara yang berfaedah.

Selanjutnya, melalui perkahwinan remaja dapat mengelak diri daripada terlibat dalam

kalangan heteroseksual dan homoseksual. Hal ini demikian, dalam perkahwinan pasangan

merupakan seorang lelaki dan seorang perempuan. Oleh itu, apabila berkahwin pasangan

akan mengikuti fitrah kejadian manusia yang mana lelaki mepunyai perasaan terhadap wanita

begitu juga sebaliknya bagi seorang wanita yang tertarik kepada lelaki.

Ironinya,masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung dengan tindakan

pelbagai pihak seperti kerajaan, ibubapa , masyarakat dan diri individu itu sendiri. Masalah

sosial yang paling meberi impak negatif yang sangat besar terhadap remaja ialah pegaulan

seks bebas. Selain itu, gejala pelacuran akan berleluasa dan kemungkinan akan menjadi salah

satu sumber pendapatan tetap kepada si pelacur. Hal ini demikian kerana, masalah sosial

memberi impak secara holistik kepada negara seperti kerosakan akhlak anak muda masa kini

yang bakal mewarisi kepimpinan negara. Adakah kita ingin dipimpin oleh mereka yang

kurang bermoral? Tepuk dada, tanya selera.

10

5.0 KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAHWIN MUDA

Pada era melinium ini, isu tentang kahwin muda kini sudah menjadi buah mulut

masyarakat di Malaysia terutamanya kaum muda mudi. Topik ini sering menjadi bualan di

kedai kopi mahupun di dalam LRT. Kahwin muda memberi banyak hikmah terutama dalam

menyelesaikan masalah gejala sosial dalam kalangan belia.

Kebanyakan remaja berfikir dengan berkahwinan awal dapat mengatasi banyak

masalah sosial, seperti pergaulan bebas lelaki dan wanita. Jabatan Qadi Pontian merekodkan

sejumlah 803 pasangan remaja sekitar umur 16-25 tahun berkahwin pada tahun2010-2012.

Manakala, , Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia telah melaporkan bahawa

300,000 anak luar nikah dilahirkan kira-kira 10 tahun di Malaysia. Ini juga merupakan salah

satu alternatif yang dicadangkan oleh ulama kontemporari, Syekh Yusuf Al-Qaradawi untuk

membendung masalah sosial daripada membarah. Nabi berkata: "Siapa di antara remaja yang

berkahwin pada usia muda, ia akan membuatkan syaitan menangis Dan dia (syaitan)

mengeluh," celakalah aku, agama mereka telah menyelamatkan mereka dari godaan aku

"Hadis riwayat Ibn 'Addi. .

Sesetengah pasangan kahwin muda menjadikan pasangan mereka sebagai sumber

inspirasi dalam pengajian mereka dan sebagai pemangkin semangat jika pasangan mereka

gagal dalam pengajian. Menurut fakta-fakta psikologi, jika kita mempunyai sumber inspirasi

yang sentiasa dengan kita pada masa-masa yang senang dan susah, kita akan menjadi lebih

bersemangat dan integriti dalam melakukan sesuatu kerana kita percaya bahawa terdapat

orang yang sentiasa berada di belakang kita.

Seperti apa yang kita boleh lihat, tidak semua manusia boleh menguruskan keperluan

asas mereka dengan cemerlang, itulah sebabnya mereka memerlukan seseorang yang boleh

menjaga kehidupan mereka dan saya percaya, melalui perkahwinan, wanita dapat mengubah

11

sikap suaminya sendiri dengan lebih baik. Lelaki adalah cemerkap, selekeh, pemarah dan

lain-lain ketika mereka masih bujang. Sementara itu, wanita secara semulajadi suka untuk

menjadi kemas. Jadi apabila lelaki dan wanita berkahwin, mereka akan bekerjasama untuk

memperbaik gaya hidup mereka. Sebagai contoh, jika mereka mahu pergi untuk majlis

tertentu , isteri akan mencadangkan pakaian yang sesuai untuk suami, jadi, suami akan

kelihatan lebih bergaya dan tampan seperti lelaki lain.

Di samping kebaikan terdapat juga keburukan kahwin awal pasangan muda. Bagi

mereka, ia adalah terlalu muda untuk berfikir tentang tanggungjawab yang akan mereka akan

hadapi apabila mereka berkahwin dan umur mereka tidak layak untuk berkahwin kerana

terlalu muda. Mereka takut apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan mereka, mereka tidak

dapat mencari cara yang betul untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apabila berlaku

beberapa konflik, mereka tidak dapat mencari penyelesaian yang betul untuk mengatasi

konflik, dan jika mereka gagal, masalah yang serius akan berlaku dan tidak mustahil masalah

penceraian akan berlaku.

Pendidikan adalah keutamaan bagi remaja. Tanpa pendidikan mereka tidak akan

mampu untuk mendapatkan kerjaya yang baik dan mendapat pulangan yang tinggi, dan jika

mereka berkahwin awal, mereka takut bahawa mereka tidak boleh menumpukan perhatian

kepada pengajian mereka kerana sudah ada beban tanggungjawab untuk menanggung isteri

mereka, dan menjaga suami mereka. Tambahan pula, tidak semua orang mampu untuk

mengejar dan mengawal dua perkara besar (perkahwinan dan pendidikan) pada masa yang

sama.

Jika sudah berkahwin, mereka mempunyai tanggungjawab untuk memberikan nafkah

kepada isteri sedangkan mereka tidak mempunyai apa-apa kerjaya ketika di alam pendidikan.

Jadi, bila tiada kerjaya, maka mereka merasakan mereka tidak mempunyai apa-apa kapasiti

kewangan untuk menjalankan tanggungjawab mereka, walaupun ibu bapa mereka masih

12

boleh membantu mereka untuk beberapa tempoh masa, tetapi bagi mereka ia adalah lebih

baik mereka meletakkan usaha mereka sendiri untuk menyokong pasangan mereka .

Segala apa berlaku di dunia ini adalah seperti sekeping syiling yang mempunyai 2

bahagian 'kepala' dan 'ekor', apabila kita putarkan nya, kita tidak boleh agak apa yang kita

akan dapat, sama ada 'kepala' atau ' ekor '. Sama seperti dalam kehidupan kita, segala-galanya

yang berlaku mempunyai pro dan kontra tersendiri. Jadi, Terpulanglah kepada individu untuk

memilih sama ada untuk menjadi pro atau kontra.

13

6.0 TEMUBUAL BERSAMA SITI FATIMAH MOHD NAIM BEKAS PELAJAR

UNIKL MICET

Penemubual : mengapa memilih untuk berkahwin awal ?

Puan Siti : saya mempunyai latar belakang keluarga yang berkahwin awal. Bapa saya

mengambil keputusan untuk mengahwinkan saya lantaran saya sudah mempunyai teman

lelaki. Beliau berpendapat bahawa dengan cara berkahwin dapat mengelakkan maksiat dan

fitnah orang di sekeliling

Penemubual : adakah saudari mempunyai kekangan sebelum dan selapas berkahwin ?

Puan Siti : saya tidak mempunyai sebarang kekangan dari segi wang mahupun jarak kerana

suami saya sudah bekerja dan mempunyai kewangan yang stabil manakala dari segi jarak

pula. Saya dan suami sudah biasa tinggal berjauhan. Jadi kekangan dari segi jarak itu jarang

berlakau walaupun tinggal berasingan dan jarang berjumpa

Penemubual : apakah pandangan masyarakat terhadap saudari apabila berkahwin pada usia

muda ?

Puan Siti : Ada yang tidak menyokong keputusan bapa saya untuk mengahwinkan semasa

pada masa tersebut kerana saya masih di tahun akhir dan sibuk dengan projek tahun akhir.

Ada yang beranggapan ia akan mengganggu pembelajaran saya. Tetapi saya berjaya tamatkan

pengajian saya dengan memperoleh keputasan yang baik kerana ada suami yang sering

membantu saya.

14

7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, berkahwin muda banyak mengandungi kebaikan mahupun

keburukannya. Berkahwin di usia muda adakalanya boleh dijadikan sebangai alternatif untuk

menyelesaikan sesuatu masalah kepada situasi yang tidak kita ingini atau sebaliknya boleh

mendorong kepada berlakunya masalah yang lebih serius jika kahwin muda ini dianjurkan.

Walaubagaimanapun, hal ini juga bergantung kepada individu itu sendiri yang menginginkan

kahwin muda atas dasar yang positif ataupun disebabkan nafsu semata-mata.

Namun begitu, usaha ke arah menggalakkan remaja hari ini supaya berkahwin adalah

suatu usaha yang sangat baik. Pelbagai pihak patut menyumbang dalam menjayakan usaha

seperti ini. Alangkah bagus jika ada pihak yang memberi fokus dalam usaha menyedarkan

golongan muda ini tentang Islam, tentang hubungan mereka dengan Allah, pembinaan jati

diri mahupun sebagai muslim yang mukmin.

Dari satu sudut pihak yang lain pula harus memberikan fokus dalam usaha membantu

mereka mendapatkan sumber kewangan untuk berkahwin, membantu mereka dalam membuat

perancangan hidup ke arah yang lebih produktif dan proaktif. Jika usaha-usaha ini dapat

dilaksanakan dengan sempurnanya, golongan muda tidak lagi melihat perkahwinan di usia

muda sebagai jalan keluar yang mustahil bagi mereka. Justeru, gejala sosial yang semakin

merosakkan anak muda pada hari ini akan dapat dikurangkan.

15

8.0 RUJUKAN

Temubual : Siti Fatimah Mohd Naim,Bekas pelajar UniKL Micet ,Perkara berkaitan

perkahwinan awal,1 Mac 2015, Cafe Micet.

Internet : http:/ /bm.selangorku

http://bm.selangorku.com/40465/kahwin-bawah-umur-kesesuaian-masalah-dalam-konteks-moden/

https://sitikhadijahmradzi.wordpress.com/2012/05/16/perkahwinan-kahwin-muda-isu-dan-

masalah/

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/peguam-syarie-lebih-baik-benar-kahwin-

muda-dari-buang-bayi

16