Autisme

37
MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS BERMASALAH AUTISME 1.0 PENDAHULUAN Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (pervasive developmental) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (pyschiatric disorder) mudah. Secara ringkasnya, Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan dengan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Gangguan ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa bahagian otak yang berlaku ketika dalam kandungan. Walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, komunikasi, emosi dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Sehingga kini tiada siapa tahu bagaimana gangguan ini boleh berlaku. Biasanya Autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa Autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1000 orang dan Autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Autisme juga lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih. Malahan, saiz otak kanak-kanak Autisme juga tidak sama seperti kanak-kanak normal kerana ada yang lebih besar. 1

description

autisme

Transcript of Autisme

Page 1: Autisme

MENGENALI MURID KEPERLUAN KHAS BERMASALAH AUTISME

1.0 PENDAHULUAN

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (pervasive developmental) yang

melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan

kecacatan psikiatris (pyschiatric disorder) mudah. Secara ringkasnya, Autisme adalah

gangguan perkembangan otak yang dicirikan dengan masalah hubungan sosial, komunikasi,

emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan

berulang biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai. Gangguan ini dipercayai berkaitan

dengan ketidaknormalan pada beberapa bahagian otak yang berlaku ketika dalam kandungan.

Walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, komunikasi,

emosi dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga

melibatkan masalah dengan integrasi deria. Sehingga kini tiada siapa tahu bagaimana

gangguan ini boleh berlaku. Biasanya Autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun.

Dianggarkan bahawa Autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1000 orang dan

Autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan. Autisme juga

lebih kerap dikalangan lelaki berkulit putih. Malahan, saiz otak kanak-kanak Autisme juga

tidak sama seperti kanak-kanak normal kerana ada yang lebih besar.

2.0 DEFINISI AUTISME

Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan Autisme berasal daripada perkataan

bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada

seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo

Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau

terhadap penghidap Autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi

1

Page 2: Autisme

dengan orang lain, pengasingan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara

komunikasi yang berbeza daripada orang biasa.

Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam

jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166

kanak-kanak di dunia merupakan penghidap Autisme. Menurut kamus Oxford Advance

Learner Autisme ialah a mental condition in which a person is unable to communicate or form

relationships with other. Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula

menyatakan bahawa Autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of

language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships

are not fully established and follow unusual pattern.

Maka dapat disimpulkan di sini, Autisme merupakan ganguan psikologi terhadap

perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan. Menurut

Dr. Widowo Judarwanto pula di dalam jurnalnya yang bertajuk “Pencegahan Autis Pada

Kanak-Kanak”, kebiasaannya Autisme tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya

ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi

reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaannya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh

mengenai perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

3.0 ADAKAH AUTISME DIWARISI?

Saintis berpendapat Autisme ada kaitan dengan mutasi gen dan walaupun punca sebenar tidak

diketahui, faktor genetik dan persekitaran dipercayai menyumbang kepada gangguan ini. Oleh

kerana itu, ia dipercayai boleh diwarisi tetapi berdasarkan kajian, jumlah kes Autisme sebab

keturunan agak kecil iaitu hanya 15 peratus berbanding 85 peratus bagi jenis Autisme idiopatik

yang tidak diketahui puncanya. Dianggarkan seorang bayi daripada 1,000 kelahiran mengalami

Autisme. Bagaimanapun, ada kajian mengatakan kekerapannya antara dua hingga enam kes

bagi setiap 1,000 kanak-kanak.

2

Page 3: Autisme

Autisme adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak

dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Sesetengah kanak-kanak pekak, kanak-

kanak yang menghidap penyakit seperti congenital rubella, penyakit baka phenylketonuria,

sindrom Fragile-X, tuberous sclerosis, kanak-kanak yang mengalami kelemasan sewaktu

dilahirkan (perinatal ashyxia) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak

dikatakan menunjukkan ciri-ciri Autisme. Tetapi lazimnya, pemeriksaan fizikal sering tidak

menghasilkan apa-apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.

Kanak-kanak dengan adik-beradik Autisme mempunyai kebarangkalian lebih tinggi

iaitu dua hingga lima peratus mendapat masalah yang sama. Dalam kajian terbaru, penyelidik

percaya jarak kehamilan yang rapat antara satu hingga dua tahun boleh meningkatkan risiko

Autisme pada anak kelahiran yang kedua. Selain faktor biologi, penyelidik berpendapat

tekanan dialami ibu ketika mengandungkan anak seterusnya boleh menyebabkan bayi

mendapat Autisme.

Bagaimanapun, banyak kajian perlu dilakukan untuk menyokong pendapat ini.

Autisme berlaku tiga hingga empat kali lebih kerap pada kanak-kanak lelaki berbanding

perempuan. Tahap serius Autisme berbeza antara individu kerana sesetengah kanak-kanak

boleh membesar dan hidup berdikari manakala segelintir lagi sentiasa memerlukan bantuan

sepanjang hayat.

4.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAKBERMASALAH AUTISME SECARA RINGKAS

Terdapat tiga jenis kelakuan pada perwatakan kanak-kanak Autisme iaitu kanak-kanak

Autisme mempunyai kesukaran dalam interaksi sosial, masalah dalam komunikasi (lisan dan

bukan lisan), tingkah laku berulang dan obsesi melampau.

Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda utama dalam Autisme. Ibu bapa

biasanya akan menyedari masalah Autisme di dalam diri anak-anak mereka melalui gejala ini.

Seawal bayi lagi, kanak-kanak yang mempunyai masalah Autisme tidak memberi respon atau

fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Kanak-kanak yang mempunyai

3

Page 4: Autisme

Autisme adalah kelihatan seperti kanak-kanak yang normal namun mempunyai kekurangan

dalam komunikasi sosial.

Selain itu, kanak-kanak Autisme gagal untuk memberi tindakbalas apabila nama

mereka dipanggil dan tidak mahu bertentang mata semasa berkomunikasi. Mereka juga

mempunyai kesukaran untuk menafsir pemikiran serta perasaan orang lain, ini kerana mereka

kurang sensitif kepada ciri-ciri bersosial seperti intonasi suara dan ekspresi muka. Mereka juga

tidak memandang muka apabila bercakap bagi memahami tingkahlaku yang sewajarnya.

Mereka kurang untuk memahami perasaan atau emosi orang lain.

Kanak-kanak Autisme lebih gemar untuk melakukan perbuatan yang berulang-ulang

seperti menghayun atau memusing-musingkan badan atau keadaan yang lebih merbahaya

seperti menggigit atau memghantuk kepala. Malahan, mereka juga lambat bertutur berbanding

kanak-kanak seusia mereka. Dalam perbualan juga, mereka lebih gemar untuk membahasakan

diri mereka dengan menggunakan nama mereka sendiri berbanding menggunakkan kata ganti

diri ‘saya’.

Seterusnya, kanak-kanak Autisme juga tidak pandai untuk berinteraksi dengan kanak-

kanak lain semasa bemain. Ada diantara mereka yang menggunakan melodi lagu ketika

bercakap mengenai sesuatu cerita dan kebanyakkan mereka tidak berminat untuk berkongsi

cerita bersama rakan perbualan mereka. Kebanyakkan kanak-kanak Autisme adalah kurang

sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori

(deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang

tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

Antara ciri-ciri Autisme yang diterangkan secara ringkas ialah :

1. Tidak menghiraukan orang lain.

2. Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain.

3. Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap.

4. Tidak suka sentuhan dan tidak mahu dipeluk atau dipegang.

5. Susah bekerjasama, berkongsi atau tidak sabar menunggu giliran.

6. Lebih suka bermain sendiri.

4

Page 5: Autisme

7. Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi.

8. Tidak boleh bertutur dan berkomunikasi.

i) Lambat bercakap.

ii) Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang.

iii) Tidak boleh berkomunikasi dengan baik.

iv) Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot.

v) Sukar memulakan percakapan dimana jikalau berbual hanya satu pihak dan hanya

mereka yang bercakap.

vi) Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya.

vii)Kanak-kanak Autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan

bercakap seperti orang dewasa.

9. Mempunyai masalah dalam pemikiran dan perlakuan.

i) Suka melakukan perkara sama dan berulang dan tidak mahu menerima perubahan.

ii) Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan.

iii) Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda

kereta mainan berpusing dan memutar objek.

iv) Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka

menunjukkan perlakuan di luar kawalan.

v) Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

vi) Tidak boleh duduk diam.

vii)Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain iaitu orang dewasa.

10. Masalah tingkah laku.

i) Suka mengasingkan diri, biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas

negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada

sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri.

ii) Bersikap pasif iaitu tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan

keadaan baik dan buruk. Jadi mereka biasanya terbabit dalam masalah yang

dicetuskan orang lain.

iii) Tidak tahu bersosial dimana jika melakukan kesalahan, ia sangat mudah dikesan.

5

Page 6: Autisme

iv) Aktif tetapi berperangai pelik dimana kanak-kanak Autisme jenis ini suka

mendapatkan perhatian orang lain dan biasanya mereka diejek atau dibuli kanak-

kanak lain.

5.0 CIRI-CIRI UTAMA AUTISME MENURUT DR.WIDOWO

5.1 Komunikasi dan Bahasa

Menurut Dr. Widowo, penghidap Autisme biasanya mengalami masalah

gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada

sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat

bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu

yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa

tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru

apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud

kata-kata tersebut.

5.2 Kognitif

Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut

memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael

Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan

bahawa kanak-kanak Autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka

kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain. 

5.3 Interaksi Sosial

Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap Autisme biasanya mengelakkan

diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila

mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang

memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap Autisme akan merasa tidak selesa

jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut.

6

Page 7: Autisme

Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang

tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang

tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan

berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk

mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan

diri daripada orang tersebut.

5.4 Ganguan Emosi

Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap Autisme, mengalami

masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa,

menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini

mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka

gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan

mereka menjadi manusia yang agresif.

5.5 Perangai dan Sikap

Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak Autisme ini senang untuk

diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu.

Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang

hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing

buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung

yang sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah

mereka juga ingin terbang.

Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada

kanak-kanak Autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka

seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka

akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan

yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba

dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu perkara.

7

Page 8: Autisme

5.6 Kesan Sentuhan Fizikal

Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap

Autisme sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman.

Kebiasaannya penghidap Autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit,

atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka

akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat.

Apabila kanak-kanak Autisme ingin dimandikan mereka akan menangis

apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka

dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar

untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan

atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada

perbuatan tersebut.

6.0 CONTOH KES YANG MENGETENGAHKAN CIRI-CIRI AUTISME

Amin yang berusia 3 1/2 tahun dibawa ke klinik kerana dikatakan tidak mahu bergaul dengan

kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa. Menurut ibunya, Amin dilahirkan dalam

keadaan baik, berat badannya 3.1 kg dan perkembangan dari peringkat bayi seperti kanak-

kanak biasa yang lain. Tetapi, menjelang usianya 12 1/2 tahun, dia didapati suka bersendirian

dan tidak mahu menengok kearah orang. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak

pekak, tidak menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan orang lain. Hampir

setiap waktu dia bersendirian sambil bermain-main dengan benda-benda seperti tali, tudung-

tudung botol dan ketul-ketul batu. Dia leka dengan permainannya sehingga berjam-jam

lamanya.

Ibu Amin menyatakan bahawa sejak kecil lagi, anaknya itu tidak suka dipegang, dibelai

atau dicium. Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mudah mesra dan bergelak ketawa

dengan ibu bapa dan orang disekelilingnya. Ibunya mengeluh kerana tidak dapat menjalinkan

hubungan mesra dengan anaknya. Apabila lapar, dia sendiri akan mengambil makanan

didapur atau menarik tangan ibunya kearah makanan yang diingini. Seringkali, ibunya

8

Page 9: Autisme

terpaksa menyuapkan makanan dan memberinya minuman. Tetapi, dia tidak suka dibantu

melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti makan, minum dan bersalin pakaian. Dia pergi

sendiri ke tandas untuk membuang air kecil dan tidak lagi kencing malam. 

Ibu Amin berasa hairan mengapa anaknya yang mampu menunjukkan kebolehan

seperti menyusun puzzles dan mereka bentuk dengan menggunakan alat permainan lego tidak

pula mampu menggunakan bahasa seperti kanak-kanak yang sebaya dengannya. Dia dan

suaminya jarang membawa Amin menziarahi kawan-kawan atau majlis-majlis sosial kerana

malu dengan tingkah lakunya yang luar biasa yang mungkin akan menarik perhatian orang

lain. Amin pernah dimasukkan ke tadika untuk memberinya peluang bergaul dengan kanak-

kanak yang lain tetapi selepas sebulan, guru tadika menyatakan bahawa pihaknya tidak

sanggup menerima Amin lagi kerana sikapnya yang ganjil.

Dia suka bersendirian, tidak boleh berinterasi dengan kanak-kanak yang lain, asyik

bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidak menerima atau menumpukan perhatian pada

arahan guru-guru atau orang lain. Dia akan keluar dari kelas dan merayau-rayau disekitar

kawasan tadika pada bila-bila masa sahaja yang disukainya dan guru kelas kerap terpaksa

mencarinya kerana khuatir akan keselamatannya.

Kes ini mengetengahkan riwayat sesorang kanak-kanak yang menunjukkan ciri-ciri

Autisme. Kes-kes Autisme yang dikesan dan dikenalpasti masing-masing mempunyai

perbezaan dari segi perkembangan dan tingkah laku penghidap Autisme. Ini ada kaitannya

dengan faktor baka, pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempengaruhi

perkembangan seorang kanak-kanak yang Autisme dan cara dia membentuk personalitinya.

Tetapi , hampir semua kanak-kanak Autisme menunjukkan ciri-ciri seperti di bawah ini :

1. Masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak-

kanak lain. Tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya

terbantut. Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami. Umpamanya , jika seseorang

bertanya "sudah makan?", dia menjawab "sudah makan". Jika ditanya "sudah minum?",

dia jawab "sudah minum". Dalam istilah Inggeris, ini dinamakan echolalia. Dia tidak

pandai menggunakan bahasa dengan kreatif seperti "sudah kenyang" , "tak

dahaga", "tak mahu minum"dan sebagainya.

9

Page 10: Autisme

2. Suka bersendirian. Kanak-kanak Autisme tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi

secara spontan dengan orang lain. Dia seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri.

Ibunya mendapati sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka

dibelai, dicium atau dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak

mendapat gerakbalas. Dia berkelakuan seperti kanak-kanak pekak , buta dan bisu.

3. Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak-kanak biasa. Kanak-kanak

Autisme biasanya akan leka bermain sehingga berjam-jam lamanya dengan sesuatu

barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil , dialihkan

atau hilang.

4. Mempamerkan tingkah laku yang pelik. Kebanyakkan kanak-kanak Autisme akan

menunjukkan tingkah laku yang bermacam-macam ragam dan pelik seperti menepuk -

nepuk tangan , menjengkit-jengkitkan kakinya apabila berjalan , memutar-mutar benda

seperti tudung botol dan alat-alat permainan seperti mangkuk-mangkuk plastik serta

mengumpul batu-batu , bermain suis lampu dan sebagainya .

Kebanyakan kanak-kanak Autisme menunjukkan ciri-ciri perkembangan bahasa dan

sosial yang terbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati hampir

30 peratus kanak-kanak Autisme mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak-kanak

yang terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi , anak-anak mereka tidak suka

didukung atau dibelai dan gemar dibiarkan bersendirian.

Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mula mesra dengan ibunya tetapi ini

jarang-jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu-ibu yang mempunyai anak-anak Autisme. Bayi -

bayi dari usia sembilan bulan keatas sudah gemar mengikut-ikut perkataan yang dilafazkan

oleh ibu mereka tetapi kanak-kanak Autisme jarang berbuat demikian. Ada sekumpulan kanak-

kanak Autisme yang didapati normal perkembangan mereka tetapi mula menunjukkan ciri -ciri

Autisme menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakan sudah boleh bercakap seperti kanak-

kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.

10

Page 11: Autisme

7.0 KECELARUAN AUTISME

Apabila seseorang bayi dilahirkan, ibu bapa menaruh harapan untuk menjaga 

dan menyayangi darah dagingnya dengan sempurna. Pada masa yang sama, mereka 

berharap anak mereka dapat membalas jasa mereka. Namun, malangnya dalam setiap 10,000

bayi yang lahir, empat daripada mereka berkemungkinan menghidap kecelaruan Autisme.

Autisme ialah sejenis kecelaruan yang tidak diberi perhatian yang serius  oleh ibu bapa

disebabkan oleh kejahilan mereka. Sedangkan mengikut Persatuan Psikiatrik Amerika (APA)

pada tahun 2000, kadar Autisme adalah 2 hingga 20 orang dalam setiap 10,000 manusia.

Terdapat kanak-kanak yang menghadapi isolasi yang serius sejak peringkat 

bayi. Mereka mengasingkan diri daripada pergaulan, pertembungan mata dan 

amat sukar untuk berinteraksi serta melahirkan perasaan hatinya. Ramai di antara mereka

melukakan diri sendiri atau melakukan perbuatan yang sama secara berulang-ulang selama

berjam-jam. Secara tradisional, situasi ini dikenali sebagai 'infantile autism' (berasal daripada

perkataan Greek,  Autus bererti diri).

Kini, para penyelidik mendapati bahawa kecelaruan ini berlaku seumur hidup 

dan memerlukan ketabahan yang tinggi khususnya daripada ibu bapa untuk 

membantu anak-anaknya. Terdapat ciri-ciri umum untuk kecelaruan Autisme. Antaranya

adalah ketidakupayaan dalam komunikasi. Kanak-kanak Autisme menghadapi masalah 

untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif.

Mereka hidup dalam dunia sendiri. Pada peringkat bayi, kanak-kanak Autisme tidak 

peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak,

mereka akan mengasingkan diri serta menunjukkan reaksi yang agresif ketika dipegang,

disentuh dan dipeluk. Mereka tidak suka senyum dan bertentang mata ketika berkomunikasi.

Jika sakit, luka atau duka, kanak-kanak Autisme tidak akan meluahkan masalah untuk 

mengurangkan ketidakselesaan. Ini bererti jarang adanya ekspresi perasaan muka dalam

pertuturan.

Mereka suka berseorangan, tidak suka menjalinkan hubungan dengan orang lain 

dan hidup dalam dunianya sendiri. Hampir 50 peratus daripada kanak-kanak Autisme tidak

11

Page 12: Autisme

dapat menguasai teknik pertuturan. Kanak-kanak ini mempunyai suatu corak komunikasi yang

digelar echolalia, iaitu mengulangi perkataan orang lain. Contohnya kalau ditanya 'Annie,

sudah mandi?'. Dia akan membalas dengan mengulangi hampir keseluruhan ayat dengan

berkata 'Annie, nak mandi?'. Dalam kebanyakan kes, bukan sahaja perkataan diulangi malah

intonasinya juga sama.

Walaupun ada segelintir kanak-kanak Autisme yang dapat bertutur, namun mereka 

tetap menghadapi masalah berinteraksi dengan sekeliling secara berkesan. Selain itu, kanak-

kanak Autisme memperlihatkan tingkah laku dan minat yang agak luar biasa. Annie misalnya

suka menyusun alat permainannya dengan cara yang sama pada tempat yang sama.Tiada siapa

yang berani menyentuh atau menukar cara susunannya. Sekiranya alat permainannya hilang

atau pernah ditukar cara susunan, dia akan mengamuk dan melonjak-lonjak.

Kanak-kanak Autisme sangat sensitif terhadap kehilangan benda. Mereka mempunyai 

kesabaran menyusun berpuluh-puluh biji guli secara teratur setiap hari tanpa 

berasa bosan. Mereka dapat mengesan dengan cepat walaupun kehilangan satu atau dua biji 

gulinya. Keupayaan yang menakjubkan ini digelar maintenance of sameness iaitu pengekalan

kesamaan. Kanak-kanak Autisme sanggup menggunakan masa yang panjang untuk

mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, melambai tangan di

depan mata sendiri atau menggigit kuku.

Sekiranya perbuatannya diganggu, mereka akan mengamuk dan menunjukkan 

ketidakstabilan emosi. Kanak-kanak Autisme sering melakukan sesuatu mengikut 

kemahuannya tanpa merujuk kepada orang lain.Sikap mereka yang angkuh, suka menghafal,

mengulang dan tidak menghiraukan kewujudan orang lain merupakan halangan yang

merumitkan proses pembelajaran mereka.

Menurut APA lagi, kebanyakan tanda kanak-kanak Autisme dapat dikesan sebelum

usia mereka mencecah 3 tahun. Hampir 50 peratus daripada kanak-kanak Autisme

mempunyai IQ (Darjah Kecerdasan) kurang daripada 50, iaitu julat kecacatan akal yang 

serius. Sementara itu, hampir 25 peratus tergolong dalam julat IQ 50 hingga 70 

manakala bakinya memperlihatkan purata IQ yang melebihi 70. Ujian IQ amat berguna untuk

12

Page 13: Autisme

menentukan pronogsis kanak-kanak Autisme. Semakin tingginya skor IQ, semakin kurang

sokongan keluarga yang diperlukan.

Untuk mereka yang memperoleh skor IQ yang rendah juga menghadapi masalah 

menguasai kebolehan berkomunikasi. Kanak-kanak sedemikian memerlukan sokongan 

sosial dan pendidikan yang jauh lebih banyak apabila dewasa. Untuk kebanyakan kes,

keupayaan menguasai sesuatu bahasa dan skor IQ merupakan petunjuk ramalan yang boleh

dipercayai untuk masa depan kanak-kanak Autisme.

Punca berlakunya kecelaruan Autisme boleh ditinjau daripada perspektif psikologikal,

sosial dan biologikal. Autisme merupakan suatu kecelaruan yang masih memerlukan banyak

penerokaan. Autisme bukan berpunca daripada suatu faktor sahaja tetapi kombinasi faktor 

biologikal dan psikososial untuk melahirkan tingkah laku yang luar biasa. Pada peringkat

permulaan, Kanner (1943) mengatakan Autisme berpunca daripada faktor biologikal.

Tidak lama kemudian, pakar klinikal pula membantah dengan mengatakan Autisme 

adalah dipelajari. Keadaan kanak-kanak sedemikian disebabkan ibu bapa yang bersikap 

dingin, tidak suka bergaul dan suka mengawal tingkah laku kanak-kanaknya. Pada tahun 1967,

Bettelheim turut menyokong dengan mengatakan bahawa kecelaruan Autisme berlaku hasil

daripada gaya layanan ibu bapa yang bercorak kesempurnaan, jarang berkomunikasi dengan

kanak-kanak dan secara relatifnya, jenis keluarga sedemikian mempunyai status ekonomi yang

tinggi.

Bettelheim percaya bahawa tingkah laku kanak-kanak Autisme sama seperti askar 

Jerman yang masih hidup di kem ketika Perang Dunia Kedua. Kumpulan askar ini 

menunjukkan ciri-ciri Autisme seperti tidak prihatin, mengasingkan diri dan 

juga kelihatan murung. Betapa pedihnya hati ibu bapa yang memarahi 

dirinya dan menyalahkan diri sendiri di atas kelahiran anak-anak yang sedemikian.

Dari perspektif lain, pada tahun 1975, Cox dan pakar psikologi yang lain telah

menjalankan penyelidikan ke atas ibu bapa kanak-kanak Autisme. Mereka mendapati ibu bapa

ini bersifat mesra, suka bergaul dan berintraksi. Walaupun memiliki anak-anak Autisme,

mereka juga melahirkan anak-anak lain yang normal. Kebelakangan ini, dimensi biologikal

13

Page 14: Autisme

pula lebih diberi keutamaan oleh para penyelidik dan pusat kesihatan profesional. Beberapa

faktor telah dikaitkan dengan kecelaruan Autisme termasuk German measles, hypsarrhythmia,

cytomegalovirus dan kesukaran bersalin. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa

Autisme disebabkan faktor genetik.

Jones dan Szatmari (1988), mengatakan bahawa ramai ibu tidak mahu mengandung 

selepas melahirkan anak-anak Autisme kerana bimbang akan risiko mendapat kanak-kanak 

yang menghidap kecelaruan tersebut lagi. Menurut Cook, 2001, keluarga yang mempunyai

kanak-kanak Autisme menghadapi kebarangkalian 3 peratus hingga 5 peratus untuk

melahirkan kanak-kanak Autisme yang berikutnya.

Faktor genetik dikaitkan dengan sindrom X yang mengandungi komponen 

biokimia. Bukti terbaik untuk faktor genetik lahir daripada kajian kanak-kanak 

kembar "Twin Studies". Kajian ini menunjukkan bahawa kanak-kanak Autisme daripada

kembar monozigotik memperlihatkan peratusan Autisme yang tinggi, iaitu 70 peratus

manakala peratusan Autisme untuk kanak-kanak kembar dyzygotic adalah - 0 (Folstein &

Rosen, 2001).

Keputusan kajian menunjukkan bahawa kecelaruan Autisme boleh diwarisi. 

Penyelidik genetik mencadangkan bahawa gen yang terlibat dalam kecelaruan 

Autisme mungkin terletak pada kromosom 2,7,15 dan x. Bukti sedemikian turut diperoleh oleh

Wassink et al (2001) yang mengatakan bahawa gen WNT2 terletak pada kromosom 7 yang

mana gen inilah yang memainkan peranan utama dalam menyebabkan kecelaruan Autisme.

Untuk kebanyakan kanak-kanak Autisme, mereka menghadapi aras serotonin dan 

dopamine yang tinggi. Tsai dan Ghasinddin pada 1992 pula mengatakan 30 hingga 75 peratus

daripada golongan Autisme memperlihatkan struktur neurologikal yang luar biasa. Manakala

penyelidik yang menggunakan teknologi CT dan MRT mendapati bahawa wujudnya keadaan

yang luar biasa untuk bahagian serebelum iaitu saiz yang lebih kecil berbanding orang normal.

Walaupun keluarbiasaan otak ini bukan dijumpai di setiap kajian, ini 

merupakan dapatan yang lebih boleh dipercayai. Menurut kajian, jantina merupakan satu

faktor bahaya yang signifikan. Lelaki menunjukkan kecenderungan yang lebih tinggi

14

Page 15: Autisme

menghidap Autisme berbanding dengan perempuan. Kadarnya adalah tiga hingga empat

lelaki berbanding perempuan, satu sahaja. Kajian Autisme merupakan suatu bidang yang baru

dan masih memerlukan suatu kombinasi teori yang lebih lengkap.

Kebanyakan kanak-kanak Autisme tidak dapat menjaga dirinya dengan sempurna.

Mereka terpaksa berada di rumah bersama ahli keluarganya. Sebagai ibu bapa, mereka 

tidak seharusnya berputus asa. Ada satu kes ini dimana sepasang suami isteri mempunyai

anaknya yang telah menghidap kecelaruan Autisme. Pada peringkat permulaan, pasangan

suami isteri ini berasa kecewa dan sedih. Mereka enggan menerima kenyataan.

Namun atas pegangan agama dan azam yang kukuh, mereka telah berubah sikap 

dan ingin membantu anaknya dengan hati terbuka. Anaknya telah dihantar ke 

sekolah khas ketika berumur 4 tahun untuk menerima pendidikan. Untuk menjayakan program

bimbingan si kanak-kanak, mereka telah mengambil bahagian secara aktif. Pada hakikatnya,

penguasaan bahasa dan keupayaan bersosialisasi merupakan aspek penting dalam segala

rawatan atau program yang dikendalikan.

Selepas dua tahun menjalani latihan dari sekolah khas, anaknya menampakkan 

perubahan yang ketara. Dia lebih ceria, mesra dan tidak lagi begitu agresif. Selain itu, kanak-

kanak itu mulai boleh duduk diam untuk mendengar seketika  dan berkomunikasi secara

ringkas. Tingkah lakunya yang tidak normal juga  banyak berkurangan. Ibu bapa dan guru

menggunakan teknik pengukuhan seperti diberi buku bergambar selepas berjaya dalam suatu

pembelajaran.

Kanak-kanak merupakan kurniaan Tuhan. Kanak-kanak Autisme yang malang ini

seharusnya menerima limpahan kasih sayang dan sokongan yang tidak berbelah bahagi 

daripada ahli keluarganya. Dari segi perubatan psikososial misalnya, penekanan dari segi

komunikasi dan sosiolisasi diberi keutamaan. Untuk perubatan biologikal pula, didapati 

kesannya tidak begitu baik.

Kebanyakan terapi kanak-kanak Autisme meliputi pendidikan khas dalam bidang 

komunikasi dan sosiolisasi. Pendekatan tingkah laku didapati paling berkesan 

dalam membantu penguasaan pembelajaran kanak-kanak Autisme. Apabila dewasa, kanak-

15

Page 16: Autisme

kanak Autisme harus digalakkan mengambil bahagian dalam intervensi yang melibatkan

komuniti. Ibu bapa kanak-kanak Autisme harus menerima sokongan moral daripada ahli-ahli

keluarga dan masyarakat kerana mereka menghadapi tekanan yang tinggi.

Komuniti juga harus bersimpati dan prihatin terhadap kanak-kanak Autisme, 

menghulurkan bantuan dan sokongan moral supaya mereka dapat menjalani kehidupan seperti

orang biasa. Kepada ibu bapa, jangan sekali-kali berputus asa jika mempunyai kanak-kanak 

Autisme. Berikanlah rawatan dan pendidikan khas seberapa awal yang boleh kepada kanak-

kanak-kanak-kanak dan jangan biarkan mereka terabai begitu sahaja.

8.0 BOLEHKAH KANAK-KANAK AUTISME PULIH ?

Kebanyakan kanak-kanak Autisme masih menunjukkan tingkah laku yang luar biasa walaupun

setelah meningkat dewasa. Mereka sukar berinteraksi dengan orang lain dan tidak sesuai

memegang jawatan yang memerlukan mereka berbuat demikian. Tetapi , mereka boleh dilatih

untuk pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan kemahiran-kemahiran tertentu seperti mekanik

kereta, pembetul anda piano, jurukomputer, jurukira dan sebagainya memandangkan

kebolehan yang mereka miliki. Ramai juga kanak-kanak Autisme yang didapati terencat akal

dan mereka akan memerlukan latihan-latihan khas yang sesuai dengan keupayaan intelek

mereka.

Untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran, kanak-kanak Autisme ini perlu

dikenal pasti dari kecil lagi supaya latihan-latihan khas dapat diaturkan. Matlamat latihan

adalah untuk memperbaiki tingkah laku yang agak aneh, membolehkan mereka mencapai

kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi dengan orang lain seberapa baik yang

boleh. Teknik-teknik pendidikan yang boleh digunakan merangkumi teknik pengubahsuain

tingkah laku (behaviour midification techique).

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan-keadaan ini, ibu bapa perlukan

mendapatkan nasihat daripada para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan

kanak-kanak austisma supaya mereka sendiri dapat menggunakan teknik-teknik ini setiap hari

16

Page 17: Autisme

dirumah. Ibu bapalah yang menjadi guru terutama yang perlu memahami objektif-objektif

latihan dan rawatan untuk kanak-kanak mereka. Kadangkala, doktor menggunakan ubat-ubat

tertentu untuk merawat kanak-kanak ini tetapi sehingga kini, masih belum ada ubat yang

benar-benar mujarab bagi merawat sebahagian besar kanak-kanak Autisme.

Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia telah membuka dua buah kelas yang

menawarkan pendidikan khas kepada kanak-kanak Autisme untuk membantu mereka

mengatasi masalah-masalah komunikasi dan sosialisasi serta mengubah tingkah laku yang

dianggap tidak sesuai. Mereka dididik supaya berkelakuan bersesuian dengan sesuatu keadaan.

Matlamat kelas-kelas ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri kanak-kanak

Autisme serta melatih mereka agar berjaya dalam bidang akademik dan dapat menguasai

kemahiran hidup yang mungkin berguna apabila dewasa.

Dalam usaha melatih kanak-kanak ini, berbagai-bagai cara pemulihan disediakan

termasuk terapi muzik, terapi perhubungan dan psikoterapi. Ibu bapa yang mempunyai anak-

anak Autisme perlu mendapatkan peluang untuk berbincang sesama sendiri tentang masalah-

masalah yang dihadapi.

Di negara-negara lain, pihak ibu bapa telah menubuhkan persatuan-persatun untuk

membolehkan mereka berjumpa selalu, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman sesama

mereka sambil saling memberi sokongan bagi mengatasi ketegangan jiwa yang

dialami. Sekali-sekala, ibu bapa kanak-kanak Autisme juga memerlukan masa untuk berehat

bersama jauh daripada kanak-kanak Autisme mereka. Ini penting untuk menyegarkan semula

fikiran mereka supaya mereka dapat merasai nikmat kehidupan berumahtangga.

Perkhidmatan seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanak-

kanak Autisme secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di

negara-negara maju untuk membantu keluarga yang terlibat.

17

Page 18: Autisme

9.0 CADANGAN PAKAR

Hampir 70 peratus kanak-kanak Autisme ada masalah terencat akal pada tahap berbeza. Inilah

sebabnya proses pembelajaran mereka lebih lambat, ada masalah berinteraksi, berkomunikasi

dan tingkah laku. Bagaimanapun, tidak semua kanak-kanakAutisme perlukan bantuan

sepanjang hayat kerana ramai antara mereka yang hidup berjaya. Kekurangan dialami kanak-

kanakini menyebabkan mereka tidak faham perasaan orang lain, tidak berusaha

menggembirakan orang lain dan tidak pandai berinteraksi secara spontan.

Individu Autisme sukar memahami keadaan persekitaran yang menyebabkan mereka

sukar terbabit secara langsung apabila bersembang. Tingkah laku yang suka mencederakan diri

menandakan Autisme teruk. Biasanya ia berlaku jika IQ kanak-kanak berkenaan kurang

daripada 20. Masalah Autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia

hanya disedari apabila kanak-kanak mencapai usia tiga tahun atau selepas dimasukkan ke

tadika. Berdasarkan kajian, kanak-kanakAutisme berumur empat hingga enam tahun yang

diberikan pendidikan khas, menunjukkan perkembangan memberangsangkan dan boleh belajar

di sekolah biasa.

Sampai kini, Autisme boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan walaupun terdapat

organisasi bergelar ‘Cure Autism Now’. Diagnosis dan latihan awal amat penting bagi

perkembangan masa hadapan kanak-kanak. Ada ibu bapa kecewa selepas gagal ‘mengubah’

kanak-kanak mereka dan membiarkan kanak-kanak itu membesar tanpa pendidikan

sewajarnya. Lebih mengecewakan, ada guru sekolah menganggap kanak-kanak Autisme

sebagai bodoh. Kanak-kanak Autisme bukan golongan berisiko atau bodoh, cuma guru dan ibu

bapa tidak tahu cara mendekati mereka.

Oleh kerana mereka ada masalah perlakuan, pemikiran dan tidak pandai bersosial,

perkembangan kanak-kanak Autisme secara umumnya lebih perlahan daripada kanak-kanak

normal. “Bagaimanapun melalui pendidikan betul, individu Autisme boleh belajar di sekolah

biasa dan berjaya dalam pelajaran. Malangnya kurang pengetahuan ibu bapa dan guru

menyebabkan ramai kanak-kanakAutisme membesar di bawah paras kemampuan,” kata

18

Page 19: Autisme

Pengerusi Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom), Teh Beng Choon pada bengkel

strategi praktikal mendidik kanak-kanak Autisme anjuran bersama Nasom dan Fakulti

Pendidikan Universiti Malaya.

Menurut Psikologi Klinikal Kolej Persatuan Psikologi Australia, Stephen Underwood,

masalah Autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari

kebanyakan ibu bapa apabila kanak-kanak mencapai usia tiga tahun.Walaupun Autisme belum

ada penawarnya, banyak kaedah rawatan dan pendidikan boleh membantu kanak-kanak ini

membesar dan belajar dengan baik. Golongan ini memerlukan bantuan dalam segenap segi,

terutama kemahiran sosial dan pengurusan, termasuk menguruskan diri sendiri. Katanya, lebih

awal masalah kanak-kanak dikesan lebih baik, tetapi biasanya perkara ini hanya disedari guru

tadika apabila kanak-kanak dihantar ke sekolah.

Berdasarkan kajian, kanak-kanak Autisme berumur empat hingga enam tahun yang

diberikan pendidikan khas menunjukkan perkembangan memberangsangkan, boleh belajar di

sekolah biasa, bermain dengan kanak-kanak lain, malah fungsi pembelajaran juga bertambah

baik.

10.0 KANAK-KANAK AUTISME DAN KELUARGANYA

Cara mengendalikan kanak-kanak yang Autisme berbeza antara satu sama keluarga dengan

keluarga yang lain. Kanak-kanak Autisme yang berusia satu setengah tahun boleh dipaksa dan

diasingkan tempat lain jika didapati tingkah lakunya mengganggu keadaan. Tetapi , jika dia

sudah berusia lebih daripada tiga tahun dan mempunyai tabiat yang degil , ibu bapanya akan

lebih sukar menjaganya. Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak-kanak

Autisme ini dan mempelajari cara-cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta

menggunakan kaedah–kaedah yang memerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai

ibu yang bekerja mengambil keputusan meletak jawatan untuk mendidik dan menjaga kanak-

kanak sepenuh masa di rumah.

19

Page 20: Autisme

Peluang untuk melawat sahabat handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan

perlu diberikan kepada kanak-kanak Autisme mereka. Aktiviti-aktiviti seperti membeli-belah,

bersiar -siar pada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir

kalau -kalau kanak-kanak mereka bertindak di luar kawalan.

Kanak-kanak Autisme perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar

keperluan mereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta

terdedah pada keadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu

bapa yang terlibat mengalami ketegangan jiwa. Selalunya, mereka sukar mendapat bantuan

orang lain untuk menjaga kanak-kanak mereka terutamanya di saat-saat yang memerlukan.

Lebih menyukarkan lagi jika kanak-kanak sering berkelakuan ganas terhadap adik-beradiknya

dan menyulitkan keluarga . Keletihan mental boleh menggugat kesihatan mereka.

Adik-beradik kepada kanak-kanak Autisme mungkin juga tidak terlepas daripada

masalah emosi. Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan-kawan datang kerumah.

Mereka juga mungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu

kepada adik Autisme mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan

menjauhkan diri daripada keluarga berkenaan. Ada pula yang mungkin memberi komen-

komen yang tidak membina dan menyinggung perasaan keluarga ini.

Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami isteri dalam usaha mereka

mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah yang timbul sehingga boleh mengugat

kestabilan rumah tangga mereka. Tetapi, apa yang menarik sekali ialah kebanyakan pasangan

yamg mempunyai anak-anak yang Autisme, terencat akal, spastik, pekak dan sebagainya tetap

mempunyai ikatan perkahwinan yang kukuh. Rasa tangungjawab serta perasaan kasih terhadap

anak-anak mereka mengatasi segala-galanya dan masalah-masalah yang dihadapi tidak

dibiarkan menggugat kestabilan rumah tangga mereka.

Cara mendidik dan mengatasi masalah-masalah yang timbul akibat daripada penjagaan

kanak-kanak Autisme tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain.

Kanak-kanak itu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Ada ramai

20

Page 21: Autisme

kanak-kanak Autisme yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik, bijak menyusun

jigsaw-puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu, penilaian terhadap

kanak-kanak Autisme perlu merangkumi aspek-aspek riwayatnya yang terperinci, pemeriksaan

fizikalnya yang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan-kelemahan

dan kekuatan-kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.

Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh kanak-kanak

Autisme mereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik

dan mengasuh kanak-kanak itu.

11.0 PANDUAN IBUBAPA DAN GURU MEMBENTUK HUBUNGAN SOSIAL

Bagi mengatasi masalah sosial di sekolah seperti tidak pandai berkawan, mementingkan diri

sendiri dan sukar mengekalkan tumpuan, beberapa langkah boleh diambil iaitu dari peringkat

prasekolah lagi. Oleh kerana mereka tidak pandai berbual dan bergaul, ibu bapa boleh

menjemput kawan datang ke rumah. Ini membuatkan kanak-kanak berasa diterima, lebih yakin

serta dapat mengelak mereka menjadi mangsa buli.

Setiap kali cuba berkawan, ada saja kesalahan yang mereka dilakukan. Ini membuatkan

kanak-kanak Autisme berasa tertekan dan mula menyalahkan orang lain. Mereka mungkin jadi

sombong, berlagak dan lebih susah berkawan. Kanak-kanak Autisme, terutama perempuan,

ada kecenderungan meniru perbuatan orang lain bagi membolehkan mereka diterima sebagai

kawan. Yang ibu bapa dan guru perlu lakukan ialah memerhatikan jenis permainan yang

dimainkan rakan sebaya kanak-kanak. Belajar cara dan peraturan permainan supaya anda

boleh bermain dengan kanak-kanak. Ini membolehkan kanak-kanak belajar untuk menunggu

giliran dan berinteraksi.

Kaedah lain ialah merakam suasana permainan di sekolah. Oleh kerana kanak-kanak

Autisme ada masalah lambat belajar, dia boleh menonton rakaman ini berulang kali di rumah.

Pada masa sama, galak kanak-kanak menjadi peramah dan mudah didekati. Jangan kritik jika

kanak-kanak tidak melakukan perkara sepatutnya kerana mereka tidak tahu apa yang salah

atau betul. Sebaliknya, galakkan mereka dengan cara positif seperti membuat diari

21

Page 22: Autisme

persahabatan atau carta markah bersosial contohnya memberi satu markah apabila mereka

melakukan usaha berkawan, terutama ketika kecil iaitu pada umur empat atau lima tahun.

Ibu bapa juga perlu menjadi ‘model’ dan kawan kepada kanak-kanak, terutama apabila

mereka meningkat umur enam hingga sembilan tahun kanak-kanak Autisme mula ada minat

sama dengan rakan sebaya. Ketika ini mereka perlu belajar apa yang tidak boleh dicakap

kerana kanak-kanak Autisme ‘sangat jujur’ dan kejujuran ini mungkin melukakan hati kawan.

Pada umur sembilan hingga 13 tahun, ibu bapa boleh menggunakan rancangan televisyen

seperti Mr Bean untuk mengajar kanak-kanak apa yang tidak boleh dilakukan kerana pada

ketika ini kanak-kanak Autisme mula mengambil kira pandangan orang terhadap diri mereka

dan sedar wujudnya perbezaan jantina.

Kanak-kanak Autisme ada kemungkinan empat kali lebih tinggi menjadi mangsa buli.

Mereka masih tidak tahu apa perlu dilakukan jika diusik atau diejek kerana bimbang

dipulaukan. Rata-rata berasa rendah diri, cepat resah, mudah tertekan dan pencapaian

akademik juga lemah. Walaupun mula pandai berkawan tetapi dalam kebanyakan kes,

persahabatan itu biasanya berakhir di pintu pagar sekolah. Antara cara membantu

meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkawan ialah menggalakkan mereka terbabit dalam

pementasan drama atau aktiviti berkumpulan serta membuat sistem mentor.

Perlu diingat, bukan semua kanak-kanak Autisme ada masalah pembelajaran. Ada yang

cerdas otaknya seperti kanak-kanak yang alami Sindrom Asperger. Bagi yang tidak berjaya

dalam hubungan sosial, pencapaian akademik menjadi agenda penting untuk meningkatkan

keyakinan diri kanak-kanak Autisme. Corak pemikiran dan pembelajaran mereka berbeza

daripada kanak-kanaknormal. Mereka ada kemahiran memahami logik, dapat mengingat

sesuatu secara terperinci dan boleh menyusun fakta secara sistematik.

Masalah sering dihadapi golongan ini ialah pencapaian akademik tidak konsisten

kerana mereka mengalami kesukaran memanipulasi minda, terutama dalam perkara yang

perlukan penumpuan fikiran. Kanak-kanak Sindrom Asperger bijak bercakap dan pandai

memberi alasan. Kemahiran ini bertambah jika mereka rajin membaca dan sifat ini

membolehkan mereka bersembang panjang dari satu topik ke topik lain.

22

Page 23: Autisme

Bagaimanapun, kata Underwood, kira-kira 75 peratus kanak-kanak Sindrom Asperger

juga mengalami Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). Jadi mereka susah untuk

menumpukan perhatian, mudah terganggu dan sukar mengingat fakta penting. Yang boleh

dilakukan ibu bapa ialah menggaris atau menandakan maklumat penting, memberi tugasan

pendek (atau pecahkan satu tugasan kepada beberapa bahagian untuk membentuk sifat

tanggungjawab), sentiasa memantau perkembangan kanak-kanak dan memberi maklum balas

secara aktif bagi mengekalkan daya tumpuan kanak-kanak.

Mereka juga cepat lupa apa yang dipesan guru di sekolah. Bagi guru yang ada murid

Autisme, minta pelajar tulis pesanan atau buat senarai kerja rumah. Ibu bapa juga boleh

bekalkan kanak-kanak dengan kaset rakaman atau buku nota khas untuk mencatat pesanan.

Kaedah ini boleh membantu pengurusan dan pembelajaran kanak-kanak Autisme. Apabila

semakin besar, kebanyakannya bimbang melakukan kesalahan kerana tidak mahu diejek atau

ditertawakan rakan sebaya.

Mereka perlu diajar menerima kesalahan dan jika mereka melakukannya, ia perlu

diberitahu secara lisan dan ajar cara betul membuat sesuatu perkara. Kanak-kanak Autisme

juga cepat berasa panik dan resah. Beritahu mereka bertenang adalah langkah bijak. Lebih

cepat mereka bertenang, lebih mudah sesuatu masalah dapat diselesaikan. Mempunyai kanak-

kanak Autisme memang cabaran besar tetapi mereka boleh menikmati kehidupan sebaik orang

normal dengan sokongan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Paling penting, ibu bapa jangan

berputus asa dan sentiasa berdoa untuk kebaikan kanak-kanak.

12.0 IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak Autisme di sekolah. Ini

kerana kanak-kanak Autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata.

Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk

mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara yang

berbeza bagi menafsirkan perasaan.

23

Page 24: Autisme

Menurut Vacca (2007) dalam jurnalnya yang bertajuk Autistic Children Can Be Taught

To Read menyatakan bahawa pemikiran imaginasi kanak-kanak Autisme sentiasa berkurangan,

maka penulisan dan pembacaan yang kreatif terlalu sukar untuk difahami oleh mereka. Maka,

guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru

menanyakan soalan fakta seperti “Apa yang berlaku disini?, apa yang akan berlaku

seterusnya?” dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya guru

menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan yang berbentuk fantasi.

Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti

membaca untuk autistik suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic

High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan

bahawa kanak-kanak autisme memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa

tetapi dalam bentuk gambar rajah.

Menurut Vacca (2007), beliau menyatakan lagi dalam kajian beliau bahawa dalam

memulakan pengajaran untuk kanak-kanak Autisme, guru perlu mengikut minatnya terlebih

dahulu. Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistik melukis kartun lawak dan

kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut. Apabila

mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun

adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut.

Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka

telah berjaya melakukan sesuatu tugasan. Semasa mengajar, guru digalakkan untuk

menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka

untuk meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka

adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka

cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.

24

Page 25: Autisme

13.0 KESIMPULAN

Kanak-kanak Autisme bukan pembawa masalah, sebaliknya memberi peluang kepada kita,

terutama ibu bapa, keluarga dan guru untuk berfikir lebih kreatif cara hendak mendekati,

menjaga, mendidik dan berinteraksi dengan mereka. Ini kerana jika diberi pendidikan sesuai,

mereka boleh berdikari mengikut tahap keupayaan masing-masing.

Walaupun sesetengah kanak-kanak Autisme kurang bertutur, mereka masih boleh

berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar

yang sesuai dan ini yang perlu kita pelajari bersama sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia

yang disambut pada 2 April setiap tahun. Memang perkembangan kanak-kanak Autisme lebih

perlahan tetapi ia bukan bermakna mereka bodoh. Janganlah kerana kurangnya pengetahuan

dan kesabaran kita, kanak-kanak istimewa ini membesar di bawah paras kemampuan mereka.

Penyakit kecacatan pada mental yang memberi kesan sepanjang hidup ini terlalu sukar

untuk dipulihkan. Maka, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua pihak terutamanya

guru-guru dalam mengenal pasti setiap ciri-ciri kanak-kanak Autisme ini supaya dapat

berhadapan dengan mereka dengan bijak dan menggunakan segala kemahiran yang ada dalam

membentuk mereka menjadikan seperti kanak-kanak yang lain. Kesabaran dan ketabahan

diperlukan dalam menguruskan kanak-kanak Autisme ini kerana tanpa kesabaran dan

ketabahan yang tinggi menyebabkan kanak-kanak ini akan terus cacat seumur hidup mereka.

CARTA ALIRAN PROSES PERLAKSANCARTA ALIRAN PROSES P

25

Page 26: Autisme

RUJUKAN RARTA ALIRAN PROSES PERLAKSA

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, (2000). Sukatan Pelajaran

Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah dan Menengah.

Jamila K.A. Mohamed (2006). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. PTS

Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

K. A. Razhiyah (2008). Apa itu Autisme? PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Kuala

Lumpur.

Kemementerian Pendidikan Malaysia (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas.

Modul Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Open University Malaysia.

Sumber Internet: Autisme : http://home.hamidarshat.com/ITKkanak_austistik.htm

Sumber Internet : Autism Society of America: http://www.autismsociety.org

Sumber Internet : Early autism project Malaysia. http://www.autismmalaysia.com/

26