Bagaimana Guru Boleh Memainkan Peranan Sebagai Pendidik

12
Soalan 1: Bagaimana guru boleh memainkan peranan sebagai pendidik, pengamal dan penyebar ilmu dengan berkesan? 1.0 Pendahuluan Keguruan ialah satu jawatan proessional seperti mana kerjaya!kerjaya lain masyarakat dunia. Sebagai guru yang proesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya deng sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai proesion ini "#r $agbir Kaur a%p &oginder Sigh, '00() Salah satu agenda penting dalam matlamat peran*angan pembangunan pendidikan bagi $+K! ialah membangunkan sistem pendidikan bertara dunia. #alam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, be kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejuml sekolah yang baik dan *emerlang untuk dijadikan show *ase kepada negara!negara lain di dunia."-*apan menteri Pendidikan+alaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran +alaysia). #r smail /ain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pendidikan Be #unia Kearah Pembestarian #alam Proses Pengajaran dan Pembelajaran "selepas ini di tulis p p)2 menjelaskan pendidikan bertara dunia sebagai wa*ana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehid seharian khususnya di sekolah!sekolah yang berungsi sebagai institut perkembangan ilmu. '.0 3iri 4*iri guru berkualiti 3iri dalam Kamus #ewan '00( dideinisikan sebagai siat "unsure,tanda) yang khusus pada sesuatu atau membe5akannya daripada yang lain. &ohn +a*do6alo "1 7) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. &emaah 8a5ir Sekolah pula mendeinisikan kualiti sebagai *iri!*iri atau siat ke*emerlangan yang dikehendaki oleh barang, alat perkakas,dan perkhidmatan" S9 ;0'). +aka, dapatlah dikatakanuntuk menghasilkan pendidikan bertara dunia, *iri!*iri guru yang berkualiti ialah guru yang m keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. 9leh itu antara *iri!*iri yang perlu ada pada guru berkualiti menghasilkan pendidikan bertara dunia, guru perlulah: '.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu Bertindak sebagai penyebar ilmu +enurut $agbir Kaur "'00(), ungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin 1

description

Bagaimana Guru Boleh Memainkan Peranan Sebagai Pendidik

Transcript of Bagaimana Guru Boleh Memainkan Peranan Sebagai Pendidik

Soalan 1: Bagaimana guru boleh memainkan peranan sebagai pendidik, pengamal dan penyebar ilmu dengan berkesan?1.0 PendahuluanKeguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat dunia. Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati, bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. (Dr Ragbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007) Salah satu agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia). Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pendidikan Bertaraf Dunia Kearah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p) menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu.2.0 Ciri ciri guru berkualiti

Ciri dalam Kamus Dewan 2007 didefinisikan sebagai sifat (unsure,tanda) yang khusus pada sesuatu atau membezakannya daripada yang lain. John Macdovalo (1993) menyatakan kualiti sebagai memenuhi keperluan atau kehendak pelanggan. Jemaah Nazir Sekolah pula mendefinisikan kualiti sebagai ciri-ciri atau sifat kecemerlangan yang dikehendaki oleh sesuatu barang, alat perkakas, dan perkhidmatan (ISO8402). Maka, dapatlah dikatakan untuk menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, ciri-ciri guru yang berkualiti ialah guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi p&p, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan. Oleh itu antara ciri-ciri yang perlu ada pada guru berkualiti bagi menghasilkan pendidikan bertaraf dunia, guru perlulah:2.1 Bertindak sebagai penyebar ilmu

Bertindak sebagai penyebar ilmu Menurut Ragbir Kaur (2007), fungsi guru ialah mendidik murid dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai disiplin dalam kurikulum sekolah. Para guru haruslah memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga dan mempunyai sikap membantu dan menyampaikan seberapa banyak ilmu kepada murid-muridnya. Penekanan di sini ialah mengenai sikap dan penampilan guru itu sendiri terhadap konsep ilmu. Guru harus mendalami ilmu sebanyak mungkin supaya dapat menyebarkan ilmu kepada para pelajar bagi melahirkan insan dan warganegara yang berilmu. Dalam era transformasi pendidikan guru hendaklah menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis serta memperkembangkan potensi pelajar dalam semua aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial) bagi mencapai pendidikan bertaraf antarabangsa.

2.2 Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda.Bertindak sebagai Pembentukan Nilai / Role Model Nilai merupakan kriteria penting bagi mengukur mutu sesuatu benda. Menurut Ragbir Kour (2007) guru harus membentuk murid-murid untuk memiliki akhlak yang mulia dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi. Nilai-nilai yang perlu diterapkan ialah moral, agama, terminal dan instrumental. Jadi, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, profesional, dan sosial yang baik dan murni supaya dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Sebagai ibu bapa kedua kepada murid-murid, segala nilai dan tingkah laku guru menjadi contoh teladan kepada para pelajar. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di sekolah secara tidak langsung akan diterapkan dalam jiwa pelajar. Menurut Ee Ah Meng (2003) guru yang beriltizam akan menjadi role model kepada para pelajarnya. Secara tidak langsung, guru berkenaan akan dapat memupuk beberapa ciri peribadi yang positif melalui amalan-amalannya di dalam bilik darjah.2.3 Bertindak Sebagai Pengamal Budaya IlmuBertindak Sebagai Pengamal Budaya Ilmu Menurut Mok Soon Sang 2007, Profesor Syed Muhammad al-Altas menyatakan ilmu merupakan sesuatu yang bermakna dan membawa penyuburan serta semangat kepada jiwa manusia. Hal ini menunjukkan ilmu merangkumi semua aspek kehidupan luaran dan dalam jiwa manusia. Guru sebagai pengamal ilmu perlu mempraktikkan budaya ilmu seperti membaca, berfikir, memerhati, berkarya, bersumbangsaran, dan bertukar fikiran serta mencari pengalaman baru (Ragbir Kour (2007)). Dalam p&p, guru akan memindahkan ilmu yang baik, meninggikan adab murid, serta memberi petunjuk ke arah kebenaran sebagai seorang pengamal ilmu. Sebagai seorang guru, budaya ilmu harus menjadi kriteria utama dan harus dipupuk dalam diri supaya menjadi teladan bagi para pelajar mencontohinya. Budaya ilmu di kalangan guru dan pelajar adalah sejajar dengan salah satu matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan generasi yang mencintai ilmu pengetahuan dan seterusnya menjadi teras dan tunjang dalam amalan pendidikan seumur hidup.2.4 Mengamalkan kemahiran profesional GuruMengamalkan kemahiran profesional Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di seklah. Oleh itu, guru yang mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran, berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Peranan ini penting bagi membawa pendidikan negara Malaysia ke arah pendidikan yang bertaraf dunia (Dr. Ragbir Kaur, 2007). Antara kemahiran yang perlu ditekankan ialah kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif. Para pelajar mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa (Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia).2.5 Bersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikanBersifat profesional dan peka dengan segala perkembangan pendidikan Craft (2002) menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini.. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan pengetahuan dan kemahiran p&p guru. Mak Soon Sang (2007), menegaskan guru hendaklah melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran menggunakan internet untuk memperolehi maklumat tentang perkembangan matematik dan pedagogi pengajaran masa kini di samping membimbing murid-murid menggunakan internet sebagai p&p. Selain itu guru perlu mengaplikasikan teknologi maklumat (ICT) di dalam bilik darjah melalui program SLE (Smart Learning Environment) yang bertujuan meningkatkan pengetahuan guru terhadap penggunaan ICT. Antaranya aplikasi word processing, spreadsheet, database, desktop publishing, dan graphing (Dr Ranbir Kaur a/p Joginder Sigh, 2007). 2.6 Mengamalkan pengajaran efektif Mak Soon Sang (2007) mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran.2.6.1 Perancangan pengajaranClarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi p&p yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti p&p juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.2.6.2 Pelaksanaan pengajaran Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.2.6.3 Penilaian pengajaran Yap, Wan, dan Ismail (1985) dalam Kertas Kerja oleh Profesor Dr. Saedah Siraj mentakrifkan penilaian dalam pendidikan dan pembelajaran sebagai satu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif p&p. Ingham (dalam Saedah Siraj, 2000) menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing.3.0 Kesimpulan

Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model, mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.BIBILIOGRAFI Dr Ismail Zain, Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. http://www.tutor.com.my/ online on 24/02/2008 Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2007). Panduan Ulangkaji Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Dr Wan Shamsuddin Bn Wan Mamat (Disember 1998). Pengisian Wawasan Pendidikan Negara Menuju Abad 21. http://citacita.tripod.com/nota/wawasdidik.htm%20online%20on%2024/02/2008. Kamus Dewan, Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur 2007. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia. Cabaran Dan Harapan dalam Pendidikan Menghadapi Alaf Baru. Mak Soon Sang (2007). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Komponen 3: Profesional Keguruan) Sekolah Rendah. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Subang Jaya. Mohamad Bin Muda (1991), Professor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak (26-28 Disember 2006). Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Di Aceh, Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh, UKM Bangi. http://pkukmweb.ukm.my online on 24/02/2008Soalan 2: Berdasarkan pengetahuan anda bincangkan sejauhmanakah pembelajaran berasaskan projek dapat meningkatkan minat pelajar dalam pembelajaran berbanding kaedah pembelajaran yang lain.

1.0 Pendahuluan

Pembelajaran berasaskan projek (PBP) diasaskan oleh pendekatan teori pembelajaran konstruktivis oleh Piaget (1953), Vygotsky (1962) dan Bandura (1977), pembelajaran melalui pengalaman oleh Dewey (1938) dan teori constructionisme oleh Papert (1980). Kaedah pembelajaran yang diinspirasikan oleh Papert ini memerlukan pelajar membina model mental untuk memahami dunia persekitaran mereka. Walau bagaimanapun, pembelajaran yang efektif berlaku apabila pelajar menghasilkan produk/artifak sebagai hasil pembelajaran mereka. Teknologi yang diintegrasikan dengan pembelajaran bertindak sebagai alat untuk menghasilkan produk akhir proses pembelajaran hasil daripada perbincangan bersama rakan-rakan serta bimbingan daripada guru. PBP merupakan sejenis pembelajaran inkuiri yang bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu pelajar (Stephanie 2010). Melalui PBP pelajar terdorong untuk mencari jawapan kepada persoalan mencabar yang melibatkan teori dan prinsip dalam sesuatu disiplin ilmu (Thomas 2000).2.0 Menggalakkan pelajar untuk meneroka cabaran dan masalah dalam dunia yang sebenar.PBP telah terbukti sebagai satu kaedah terbaik yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan impak pembelajaran. Terdapat pelbagai istilah yang digunakan oleh pengkaji untuk menerangkan ciri-ciri PBP. Antaranya PBP adalah suatu model instructional yang menggunakan kemahiran spesifik untuk menghasilkan produk yang autentik (Harel & Papert 1991; Blumenferd et al. 1991; Bransford & Stein 1993: Moursund 1999; Thomas 2000; Grant 2002; Clark 2006; Bell 2010). PBP menggunakan pendekatan dinamik yang menggalakkan pelajar untuk meneroka cabaran dan masalah dalam dunia yang sebenar (Moursund 1999; Gultekin 2005; Blumenfeld et al. 1991; The George Lucas Foundation 2012). Menurut Stephanie (2010), PBP merupakan suatu pendekatan yang boleh meningkatkan kemahiran abad ke-21 pelajar di mana kemahiran ini amat penting untuk menyediakan pelajar menghadapi dunia pekerjaan yang sangat mencabar dan bersifat global.2.1 Pelajar bertindak sebagai seorang penyelesai masalah, pembuat keputusan, perekacipta dan penyelidik.

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) adalah sejenis pendekatan yang memerlukan pelajar menangani masalah secara penghasilan produk sebagai artifak pembelajaran. Menerusi penghasilan artifak ini, pelajar bertindak sebagai seorang penyelesai masalah, pembuat keputusan, perekacipta dan penyelidik. Ia merupakan sejenis pembelajaran inkuiri yang bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu seseorang pelajar (Mioduser & Betzer 2003). Menerusi pembelajaran berasaskan projek, pelajar berusaha menjawab persoalan-persoalan yang melibatkan sesuatu prinsip atau teori sesuatu disiplin ilmu (Thomas 2000).2.2 Lebih pendedahan tentang pemikiran aras tinggi.

Banyak kajian telah membuktikan kelebihan PBP berbanding kaedah pembelajaran konvensional, antaranya pelajar yang terlibat dengan PBP lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka (Penuel & Mean 2000; SRI 2000; Boaler 1997). PBP juga meningkatkan kehadiran pelajar ke sekolah (Thomas 2000) kerana aktiviti PBP memotivasikan mereka seterusnya dapat meningkatkan pencapaian pelajar (Thomas 2000; Geier et al. 2008; Gultekin 2005; Kurcharski et al. 2005). PBP boleh diaplikasikan oleh guru untuk menggalakkan penglibatan aktif pelajar kerana pendekatan PBP adalah berpusatkan pelajar di mana pelajar terlibat sepenuhnya untuk menjayakan tugasan projek. Menerusi PBP juga pelajar mendapat lebih pendedahan tentang pemikiran aras tinggi, kemahiran menyelesaikan masalah, kerjasama dan kemahiran berkomunikasi (Chan Lin & Lin Juan 2008; Mioduser & Betzer 2003; SRI 2000). 2.3 Kebebasan kepada pelajar memilih tajuk dan aktiviti berdasarkan minat dan bakat mereka.Pembelajaran berasaskan projek juga boleh menerapkan kemahiran abad ke-21 di kalangan pelajar. Kajian oleh Rukiah dan Kamisah (2014) mengenai persepsi pelajar terhadap sains serta hubungannya dengan kemahiran abad ke-21 menunjukkan bahawa tahap persepsi pelajar terhadap sains, persepsi pelajar terhadap proses PdP sains dan tahap persepsi pelajar terhadap kemahiran abad ke-21 adalah pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan komponen kemahiran literasi era digital, pemikiran inventif serta kemahiran norma dan nilai merupakan faktor penyumbang terbesar kepada persepsi pelajar terhadap sains. Berdasarkan dapatan kajian, pengaplikasian kemahiran abad ke-21 dalam PdP dapat membantu pelajar menghadapi kehidupan mencabar seterusnya mewujudkan daya saing yang positif pada masa akan datang. Selain itu, menurut Syarifah Alwiyah Alsagoff (1984) dan Boyle (1997) setiap pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan guru seharusnya menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh menangani kepelbagaian pelajar ini. Dapatan kajian menunujukkan PBP mampu untuk memenuhi keperluan kepelbagaian stail pembelajaran ini kerana ciri PBP yang meluas memberi peluang serta kebebasan kepada pelajar memilih tajuk dan aktiviti berdasarkan minat dan bakat mereka (Solomon 2003; Newell 2003, Clark 2006; Bell 2010).2.4 Pembelajaran berasaskan projek merupakan pembelajaran inkuiri yang bersifat terbuka.

Peranan guru sangat penting dalam menarik minat pelajar terhadap pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan antara faktor pelajar tidak minat terhadap sesuatu pembelajaran adalah kerana kaedah pengajaran guru yang bersifat rutin dan tidak menarik. Oleh yang demikian, penyegaran semula terhadap aktiviti Pengajaran dan pembelajaran di sekolah amat penting supaya dapat meningkatkan kembali minat pelajar terhadap pembelajaran. Antara usaha yang boleh dilakukan ialah menggunakan pelbagai pendekatan pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan projek (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997). Pembelajaran berasaskan projek adalah sejenis pendekatan yang memerlukan pelajar menangani masalah secara penghasilan produk sebagai artifak pembelajaran. Menerusi penghasilan artifak ini, pelajar bertindak sebagai seorang penyelesai masalah, pembuat keputusan, perekacipta dan penyelidik. Ia merupakan sejenis pembelajaran inkuiri yang bersifat terbuka dan dimotivasikan oleh perasaan ingin tahu seseorang pelajar. Pelajar yang terlibat dengan projek didapati lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka berbanding ketika mengikuti pembelajaran tradisional (Penuel & Means 2000; SRI 2000; Boaler 1997). Walaupun aktiviti sebegini dikatakan memerlukan masa yang agak panjang, namun dapatan kajian menunjukkan ia mampu meningkatkan minat pelajar. Oleh yang demikian, pihak guru perlu merancang aktiviti pengajaran mereka supaya aktiviti sebegini dapat dilaksanakan dengan berkesan.2.4.1 Selain itu, dalam perlaksanaan Pembelajaran berasaskan projek guru perlu mempunyai ciri-ciri sebagai fasilitator yang baik. Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang memupuk kreativiti dalam bilik darjah:

a)Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas.

b)Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan bersepadu secara sosial.

c)Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan sebagai asas kepada pemikiran divergen.

d)Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas.

e)Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel.

f)Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka keluarkan.

g)Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguh-sungguh.

h)Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan menggunakan pelbagai bahan dalam berbagai keadaan.

i)Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan supaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan luarbiasa.3.0 Perbandingan Pembelajaran Berasaskan Projek dengan Pembelajaran Berasaskan Masalah

Umumnya, dalam membincangkan tentang PBP, terdapat kekeliruan yang sering timbul berkaitan kaedah ini dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Isu ini tercetus kerana dari sudut bahasa Inggeris, istilah atau akronim yang digunakan adalah sama iaitu PBL, yang boleh merujuk sama ada kepada Project Based Learning atau Problem Based Learning (Henry, 1994; Lehman et al., 2006; Ravitz, 2009; Beddoes et al., 2010).Kesukaran mendefinisikan dan membezakan PBM dan PBP bukan hanya terletak pada istilah yang sama sahaja tetapi turut merangkumikedua-dua dimensi teoretikal dan praktikal dalam pengajaran dan Pembelajaran (Kolmos, 1996). Menurut Zimmerman (2010), masih belurn terdapat banyak kajian tentang kaedah ' Project Based Learning' (PBL) atau PBP jika dibandingkan dengan kajian yang berkaitan dengan ' Problem Based Learning' (PBL) atau Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Kedua-duanya merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan singkatan yang sama. Hal ini menyebabkan timbulnya kekeliruan tentang kaedah mana yang sebenarnya dibincangkan dalam satu-satu kajian itu.Persamaan di antara kaedah PBM dan PBP adalah kedua-duanya menggunakan kaedah inkuiri yang membentuk soalan atau masalah untuk diselesaikan (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2006; Papanikolaou & Boubouka, 2010), selain turut menggunakan hasil pembelajaran sebagai asas dalam pengajaran dan pembelajaran (Mills & Treagust, 2003). Kolmos (1996) menyatakan kedua-dua kaedah sebenarnya lebih menekankan proses pembelajaran daripada proses pengajaran dan yang membezakannya adalah fokus dari berbagai-bagai aspek dalam kedua-dua kaedah. Namun begitu, pendapat yang berbeza telah dicadangkan oleh Lehman et al. (2006) yang mengatakan bahawa PBP mempunyai banyak persamaan dengan kaedah PBM dan lain-lain kaedah pembelajaran yang berasaskan pengalaman kendiri murid. Selain dari itu, kedua-dua PBM dan PBP sering kali dikaitkan dengan falsafah pragmatik, yakni falsafah yang menekankan kelebihan belajar melalui dunia sebenar dan penggunaan contoh-contoh konkrit dan bukan abstrak (Henry, 1994).Dari sudut teori yang digunakan, kedua-dua kaedah PBM dan PBP menggunakan teori yang diasaskan oleh para konstruktif atau sosial konstruktif (Blumenfeld et al., 1991). Ravitz (2009) menekankan bahawa kedua-dua kaedah menggalakkan murid untuk menjadi lebih bertanggungjawab atas pembelajarannya, belajar menyelesaikan masalah dan belajar menghasilkan artifak sebagai satu cara untuk menyatakan HP manakala Lehman et al. (2006) pula menyatakan bahawa kedua-dua kaedah boleh dikategorikan sebagai kaedah yang datang daripada satu keluarga yang sama, iaitu membincangkan pendekatan instruksional yang serupa4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhan, kaedah PBP dilihat mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, maka terpulang kepada budi bicara guru yang mengajar untuk mengaplikasikan kaedah ini dalam P dan P bersesuaian dengan kebolehan murid. Pelaksanaan PBP memberi peluang kepada murid untuk terlibat secara aktif di dalam pembelajaran, terdedah kepada senario pekerjaan sebenar, mempelajari kemahiran inter dan intrapersonal dan lebih bebas menyiapkan tugas walau masih terikat dengan skop dan masa yang ditetapkan. Selain itu, pendekatan PBP dapat merlin gkaikan sistem belajar di sekolah yang ' rigid' dan lebih tertumpu kepada teori sahaja (Bahagian Teknologi Pendidikan, 2007; Lopez & Lacueva, 2008). Maka, menjadi kerugian kepada guru dan murid jika kebaikan dan kelebihan PBP tidak diaplikasikan dan seterusnya dimanfaatkan bersama.BIBLIOGRAFIBandura, A. (1977). Social Learning Theory. New York: Prentice Hall.

Chan Lin, Lin Juan. (2008). Technology Integration Applied to Project-based Learning in Science. Innovation in Education and Teaching International 45: 55-65.

Cropley, A.J. (1997). Creativity & cognition: producing effective novelty. Roeper Review 21: 253-263.

Dewey, J. (1938). Experience and Education. New York: Macmillan.

Harel, J. R. & Papert, S. (1991). Constructionism. Norwood, NJ: Ablex.

Kamisah Osman & Neelavany Marimuthu. (2010). Setting new learning targets for the 21st century science education in Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences 2 2010, hlm. 3737-3741.

Moursund, D. (1999). Project-based learning using information technology. Eugene, OR: International Society for Technology in Education.

Papert, S. (1980). Mindstorm : Children, Computers and Powerful Ideas. New York: Basic Books.

Penuel, W. R., & Means, B. (2000). Designing a Performance Assessment to Measure Students Communication Skills in Multimedia-supported, Project-based Learning. Annual Meeting of the America Educational research Association, New Orleans.

Piaget, J. (1953). The Origins of Intelligence in Children. New York, NY: Basic Books.

Rukiah Mohamed Ibrahim & Kamisah Osman. (2014). Persepsi pelajar terhadap sains dan hubungannya dengan kemahiran abad ke-21. Proceeding International Seminar on Global Education II 2014, hlm. 2827-2845.

Solomon, G. (2003). Project Based Learning: A Primer. Technology and Learning 23(6).

Stephanie Bell. (2010). Project-based learning for the 21st century: Skills for the future, the clearing house. Journal of Educational Strategies, Issues and Ideas 83(2): 39-43.

Syarifah Alwiah Alsagoff. (1981). Pengenalan pengajaran individu dengan tumpuan khas kepada modul pengajaran dan modul pembelajaran. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 3(1): 54-62.

Syarifah Alwiah Alsagoff. (1984). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

12