BAHASA MELAYU SAINTIFIK.docx

7
Apabila diri individu yang dipentingkan, maka hilangkan keobjektifan sesuatuhasil penulisan akademik. Perlambangan Bahasa saintifik, khususnya bagi ilmu-ilmu tertentu, mempunyai lambang-lambang tertentu yang membawa pengertian tersendiri dan digunakan dalamformat tersendiri. Misalnya, matematik, kimia dan linguistik mempunyai sistemlambang masing-masing yang hanya dikenal oleh orang-orang yang terlatihdalam bidang- bidang berkenaan. Cara lambang-lambang itu dipaparkan juga merupakan ciri bagi teks saintifik.Jika bahasa dikenal sebagai sistem lambang, maka bahasa saintifik adalahsistem lambang yang merangkumi subsistem lambang sebagai subsistem yangkhusus. Jadi, bahasa saintifik merupakan subsistem lambang dalam sistem lambangyang lebih besar. Ketepatan dalam pemikiran Saintifik

description

h

Transcript of BAHASA MELAYU SAINTIFIK.docx

Page 1: BAHASA MELAYU SAINTIFIK.docx

Apabila diri individu yang dipentingkan, maka hilangkan keobjektifan sesuatuhasil penulisan akademik.

Perlambangan

Bahasa saintifik, khususnya bagi ilmu-ilmu tertentu, mempunyai lambang-lambang tertentu yang membawa pengertian tersendiri dan digunakan dalamformat tersendiri. Misalnya, matematik, kimia dan linguistik mempunyai sistemlambang masing-masing yang hanya dikenal oleh orang-orang yang terlatihdalam bidang-bidang berkenaan.

Cara lambang-lambang itu dipaparkan juga merupakan ciri bagi teks saintifik.Jika bahasa dikenal sebagai sistem lambang, maka bahasa saintifik adalahsistem lambang yang merangkumi subsistem lambang sebagai subsistem yangkhusus.

Jadi, bahasa saintifik merupakan subsistem lambang dalam sistem lambangyang lebih besar.

Ketepatan dalam pemikiran Saintifik

Walaupun dalam teks ilmu pengetahuan am terdapat rujukan kepada benda dankejadian alam, kuantifikasi dan pengukuran yang tepat tidak selalu

Page 2: BAHASA MELAYU SAINTIFIK.docx

merupakansyarat penting. Membuat ubat dengan menumbuk sebakul daun yang kemudiandibancuh dengan setempurung kecil air bukanlah penggambaran kuantifikasi danpengukuran yang tepat.

Bahasa saintifik yang ditulis oleh ahli farmasi akan memberikan berat dan saizbenda-benda yang berkenaan dengan tepatnya.

Pengukuran, seperti yang kita ketahui, digunakan untuk ruang dan waktu. Tradisiyang ada pada orang Melayu dalam lapangan ini memang indah dilihat dari segipengungkapan bahasa.

Ukuran jarak dikaitkan dengan ukuran waktu, misalnya jarak antara dua tempat

itu diukur dengan lama berlaku sesuatu, misalnya “tidak habis sebatang rokok”,

untuk me

ngukur jarak dekat; atau “bawa beras segantang pun tidak cukup:,

untuk mengukur jarak jauh.

Page 3: BAHASA MELAYU SAINTIFIK.docx

Lamanya berlaku sesuatu juga diukur secara membandingkannya dengan

lamanya berlaku sesuatu yang lain, misalnya “sepenanak nasi”, “setahun jagung”, dan sebagainya.

Demikian juga, saiz dan beratnya sesuatu diukur dengan perbandingan dengan

saiz dan beratnya sesuatu yang lain; segenggam garam”,

menunjukkanbanyaknya garam yang boleh dimuat dalam satu genggam, tetapi genggamorang yang panjang ruas badannya berbeza dengan genggam orang yangpendek ruas badannya.

Apa yang diterangkan di atas memperlihatkan adanya ketepatan dalampengukuran mereka, tetapi ciri ini kurang dibandingkan dengan tradisi melihatkuantiti secara relatif. Bagaimanapun juga, kerelatifan ialah ciri yang terdapatdalam semua tamadun manusia hingga sekarang ini, walaupun tamadunberkenaan sudah meneroka dan menerapkan berbagaibagai bidang sains.

Apa yang diperlukan oleh bahasa Melayu sebagai bahasa saintifik ialahmempertingkatkan ciri ketepatan itu.

Page 4: BAHASA MELAYU SAINTIFIK.docx

Dari segi sikap objektif dan subjektif, bahasa ilmu pengetauhan am dan bahasadogma memperlihatkan penggunaan khusus untuk menyatakan bahawa yangmesti diutamakan ialah sikap objektif. Dengan itu, image-repertoire dalam kedua-dua laras ini berbeza dengan image-repertoire bahasa saintifik.

Jika image-repertoire dalam bahasa saintifik mengambil bentuk persendirian(sebagai lawan peribadian), maka image-repertoire dalam bahasa ilmupengetahuan am dan bahasa dogma boleh juga mengambil bentuk antaraperibadi (interpersonal).

Ciri-ciri bahasa saintifik yangh dihuraikan ini ialah ciri-ciri yang am bagi semuabidang ilmu, termasuk falsafah. Dengan demikian, kita membuat andaianbahawa ada keseragaman dalam cara berbagai-bagai ilmu dalam negungkapkanidea dan hujah. D

alam hal ini, “keseragaman” membawa pengertian yang relatif,

bukan mutlak.

Selain itu, kita dapat melihat bahawa ada bidang ilmu yang lebih dekat denganbidang limu tertentu dibandingkan dengan bidang ilmu yang lain. Denga itu,

Page 5: BAHASA MELAYU SAINTIFIK.docx

kitadapat menjangka bahawa bahasa dalam wacana dua bidang yang berkenaan

lebih dekat dibandingkan dengan bahasa dalam bidang yang lain. Misalnya,bahasa dalam wacana matematik dan fizik tentu lebih banyak persamaan satusama lain jika dibandingkan bahasa kedua-duanya dengan bahasa yangdigunakan dalam bidang matematik.

Dengan demikian, kita dapat melihat bahawa bahasa saintifik itu sendiri bolehdibahagi-bahagikan lagi menurut ilmu atau kumpulan ilmu. Tiap-tiap ilmu ilmuatau kumpulan ilmu.

Tiap-tiap ilmu atau kumpulan ilmu mempunyai istilah, gaya pemaparan atauformat wacana yang mungkin berbeza dengan yang lain. Apa yang menyatukanilmu-ilmu ini dari segi bahasa ialah ciri-ciri ketepatan dan keobjektifan, dan jugastrategi-strategi dalam wacananya.

Kesimpulan

Daripada apa yang sudah dibincangkan berkenaan ciri-ciri bahasasaintifik/akademik, jelaslah bahawa usaha membina bahasa saintifik bukanlahsekadar membina istilah-istilahnya sahaja. Penggubalan istilah bagi puluhanbidang yang dibina sekarang ini di DBP hanya

Page 6: BAHASA MELAYU SAINTIFIK.docx

merupakan sebahagian sahajadaripada usaha pembinaan bahasa saintifik. Usaha berkenaan merupakanusaha pemindahan konsep daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu.

Pembinaan bahasa saintifik memerlukan usaha penghasilan idea-idea saintifikdalam bahasa Melayu saintifik. Ini bermakna bahawa pakar-pakar ilmu diMalaysia tidaklah seharusnya berhenti pada peringkat pemindahan konsep.Mereka seharusnya bergerak ke arah peringkat penghasilan wacana.