Beberapa Konsep Dalam Morfologi

6
1 BEBERAPA KONSEP DALAM MORFOLOGI A. TATABAHASA 1. Konsep tatabahasa = Aturan bahasa yang dijelmakan dalam bentuk rumus-rumus bahasa. 2. Korpus (unsur) tatabahasa: morfem, perkataan, frasa, klausa, dan ayat. Unsur paling kecil: morfem Unsur paling besar/tinggi: ayat unsur bahasa lain terkandung di dalamnya 3. Kelima-limanya dibahagikan kepada dua aspek utama: Morfologi morfem dan perkataan Sintaksis frasa, klausa, dan ayat B. MORFOLOGI 1. Konsep morfologi Ilmu atau pengetahuan tentang pembentukan kata Bidang tatabahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. 1 Struktur kata = Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Contohnya, perkataan bermain, terdiri daripada susunan awalan (ber-) yang diikuti dengan kata dasar (main). Bentuk kata = Rupa unit tatabahasa, yang berbentuk tunggal atau yang terhasil daripada proses pengimbuhan (kata terbitan), pemajmukan (kata majmuk), dan penggandaan (kata ganda). 1 Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (2008:43) Ayat Klausa Frasa Perkataan Morfem Sintaksis Morfologi

description

www.Malaysia-Students.com Konsep tentang Morfologi

Transcript of Beberapa Konsep Dalam Morfologi

Page 1: Beberapa Konsep Dalam Morfologi

1

BEBERAPA KONSEP DALAM MORFOLOGI

A. TATABAHASA

1. Konsep tatabahasa

= Aturan bahasa yang dijelmakan dalam bentuk rumus-rumus bahasa.

2. Korpus (unsur) tatabahasa: morfem, perkataan, frasa, klausa, dan ayat.

Unsur paling kecil: morfem

Unsur paling besar/tinggi: ayat – unsur bahasa lain terkandung di dalamnya

3. Kelima-limanya dibahagikan kepada dua aspek utama:

Morfologi – morfem dan perkataan

Sintaksis – frasa, klausa, dan ayat

B. MORFOLOGI

1. Konsep morfologi

Ilmu atau pengetahuan tentang pembentukan kata

Bidang tatabahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.1

Struktur kata = Susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Contohnya, perkataan bermain, terdiri daripada susunan awalan (ber-) yang diikuti dengan kata dasar (main).

Bentuk kata = Rupa unit tatabahasa, yang berbentuk tunggal atau yang terhasil daripada proses pengimbuhan (kata terbitan), pemajmukan (kata majmuk), dan penggandaan (kata ganda).

1 Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood. Tatabahasa Dewan Edisi

Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (2008:43)

Ayat

Klausa

Frasa

Perkataan

Morfem

Sintaksis

Morfologi

Page 2: Beberapa Konsep Dalam Morfologi

2

Penggolongan kata = Proses menjeniskan perkataan mengikut keserupaan bentuk atau fungsi, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas.

2. Perkataan dibentuk oleh morfem dan kata.

C. MORFEM

1. Konsep morfem

= Unit yang terkecil yang mempunyai makna

Boleh menjadi unsur dalam pembentukan kata

Tidak dapat dipisahkan kepada unit yang lebih kecil yang bermakna

Boleh terbina daripada satu atau lebih suku kata

Sesetengah morfem (bebas) boleh menjadi kata.

2. Jenis morfem

a) Morfem bebas

Boleh berdiri sendiri sebagai kata penuh

Boleh digunakan bersendirian

Jumlahnya banyak dan boleh bertambah

Mempunyai makna:

Makna leksis (makna morfem itu sendiri)

Makna struktur (makna yang digunakan dalam ayat)

b) Morfem terikat:

Tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata dasar

Memerlukan morfem lain – morfem bebas atau morfem terikat – untuk membentuk perkataaan

Mendukung makna kenahuan.

Jumlahnya terhad

Jenis morfem terikat:

i) Morfem terikat satuan: = Morfem yang utuh dalam bentuknya dan bahagian-bahagiannya tidak boleh dipisah-pisahkan.

Jenis:

Awalan: antaranya ber-, ter-, me-, ke-, di-, dsb.

Akhiran: contohnya -an, -kan, -i, dsb.

Kata akar: bukan imbuhan dan bukan perkataan, antaranya mudi, nyala, tawa, tani, tapa, juang

laut

cantik

sekolah

terjun

dari

untuk

wah

telah sangat

Page 3: Beberapa Konsep Dalam Morfologi

3

ii) Morfem terikat terbahagi: = Morfem yang wujud serentak sebelum dan selepas kata dasar sebagai satu kesatuan.

Terdiri daripada apitan, antaranya ke-...-an, pen-...-an, dan per-...-an.

iii) Morfem terikat kompleks:

= Morfem gabungan dua morfem terikat atau lebih, sama ada:

Gabungan dua awalan: antaranya memper-, diper-

Gabungan awalan dan akhiran: antaranya, me-...-kan, di-...-kan, me-...-i, di-...-i

Gabungan dua awalan dan satu akhiran: contohnya memper-...-kan, diper-...-kan, memper-...-i, diper-...-i

3. Jumlah morfem

Kata boleh dibina dengan menggunakan satu morfem atau lebih, sama ada dengan satu morfem bebas, atau gabungan satu morfem bebas dengan satu, dua atau tiga morfem terikat.

sembah = satu morfem bebas

persembahan = dua morfem ( 1 morfem bebas, 1 morfem terikat = per-...-an)

mempersembahkan = empat morfem (1 morfem bebas, 3 morfem terikat = mem-, per-, -kan)

D. ALOMORF

= Kelainan atau anggota sesuatu morfem

Disebabkan/ditentukan oleh huruf/fonem awal kata dasar E. MORFOFONEM = Gabungan antara morfem dengan fonem. = Ciri bunyi yang terhasil apabila imbuhan dicantumkan dengan kata dasar.

Perubahan unsur sengau N pada awalan meN- atau peN-

Fonem pertama kata dasar akan menentukan sama ada N akan digugurkan atau berubah

meN-

me-

mem-

men-

meng-

meny-

menge-

peN-

pe-

pem-

pen-

peng-

peny-

penge-

Page 4: Beberapa Konsep Dalam Morfologi

4

F. KATA

1. Konsep kata

= Bentuk bahasa yang bebas

Boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal apabila diberikan intonasi yang sesuai.

Mengandungi maksud/mesej lengkap

Bentuk satuan makna kerana memiliki maksud tertentu.

Unsur yang digunakan untuk membentuk kata lain – terbitan, ganda, majmuk, dan akronim.

Boleh berubah kedudukan dan fungsi dalam ayat – subjek, predikat, objek, pelengkap, dsb.

2. Kata akar: = Unsur yang belum diberikan apa-apa imbuhan

Boleh merupakan morfem bebas dan morfem terikat

3. Kata dasar:

= Kata yang menjadi dasar bagi sesuatu perkataan

i) Kata akar

Terikat

juang

tawa

nyala

mudi anai

Bebas

bawa

cantum

fikir

hantar panjang

kata akar: menjadi kata dasar bagi membantu

bantu

kata akar: menjadi kata dasar bagi peniaga

niaga

kata akar: menjadi kata dasar bagi kejadian

jadi

Page 5: Beberapa Konsep Dalam Morfologi

5

ii) Kata berimbuhan (kata terbitan) iii) Kata ganda iv) Kata majmuk

v) Frasa

kata berimbuhan: menjadi kata dasar bagi mempersembahkan

sembahkan

kata berimbuhan: menjadi kata dasar bagi pembuangan

buangan

kata berimbuhan: menjadi kata dasar bagi berkemampuan

kemampuan

kata ganda: menjadi kata dasar bagi dibesar-besarkan

besar-besar

kata ganda: menjadi kata dasar bagi berpura-pura

pura-pura

kata ganda: menjadi kata dasar bagi menggembar-

gemburkan

gembar-gembur

kata majmuk: menjadi kata dasar bagi kewarganegaraan

warganegara

frasa: menjadi kata dasar bagi mengetepikan

ke tepi

kata majmuk: menjadi kata dasar bagi keluarbiasaan

luar biasa

kata majmuk: menjadi kata dasar bagi mereka bentuk

reka bentuk

frasa: menjadi kata dasar bagi ketidakimbangan

tidak imbang

Page 6: Beberapa Konsep Dalam Morfologi

6

Perbezaan

Aspek Morfem bebas Morfem terikat

Jumlah perkataan

Banyak, sukar untuk disenaraikan

Terhad, mudah untuk disenaraikan

Jenis makna yang dibawa

Makna leksikal Makna tatabahasa

Kedudukan dalam bahasa

Dapat berdiri sendiri Tidak dapat berdiri sendiri

Aspek Morfem Kata (Perkataan)

Peranan Unsur membentuk kata Unsur membentuk frasa,

klausa dan ayat

Taraf

Bentuk terikat tidak dapat berdiri sebagai ayat minimal

Dapat berdiri sebagai kata minimal dengan intonasi yang sesuai dan mesej yang lengkap

Tidak semua morfem merupakan kata

Semua kata merupakan morfem