Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
-
Upload
kamarulbahari -
Category
Documents
-
view
242 -
download
0
Transcript of Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 1/17
BINCANGKAN FAKTOR BNMAMPU BERTAHAN SEBAGAIPARTI PEMERINTAH DI MALAYSIASEJAK MERDEKA TEORI POLITIK MALAYSIASKSJ6083
PENSYARAH:PROF MADYA DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF
PENULIS:KAMARUL BAHARI B MOHD SALLEHP53711
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 2/17
Pendahuluan
Barisan Nasional (BN) telah memerintah Malaysia sejak daripada awal
kemerdekaannya lagi dan BN merupakan parti pemerintah yang begitu berkuasa di
Malaysia. Ini amat jelas dan dipersetujui oleh ramai sarjana politik sama ada dari dalam
ataupun luar negeri. Sejarah BN bermula daripada kerjasama antara parti UMNO dan
MCA yang mewakili kaum masing-masing(Mohd Fuad Mat Jali et al.2004) dalam
pilihanraya di bawah nama Perikatan. Kemudian Parti Perikatan disertai oleh MIC dan
sehingga ke hari ini sebanyak 14 buah parti telah bergabung di bawah BN, ini
termasuklah parti-parti politik yang terdapat di Sabah dan Sarawak.
Sejak daripada kejayaan pertama BN menguasai kerajaan, sehingga ke hari ini
pelbagai rintangan dan dugaan yang telah dilalui oleh BN. Ada di antara arti-parti yang
telah keluar pakatan, ada juga yang baru masuk dan ada yang keluar kemudian masuk
kembali ke dalam BN. Namun setiap rintangan yang dihadapi oleh BNtelah dapat di
atasi dan akhirnya keadaan akan kembali pulih seperti sediakala. Pengalaman-
pengalaman inilah yang mematangkan BN dalam percaturan politik Malaysia.
Sepanjang pemerintahan BN, pendekatan yang diambil adalah dengan menjadi sebuah
kerajaan yang perihatin dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Keperihatinan yang
ditunjukkan oleh BN telah berjaya menarik sokongan rakyat Malaysia untuk terus
memberikan undi kepada BN. Dasar-dasar pembangunan(Zaini Othman 2003. 30:43)
yang dibawakan oleh BN telah menjadikan BN sebagai Kerajaan yang mampu memberi
dan membawa kemakmuran serta kesenangan dalam hidup rakyat Malaysia. Walaupun
2
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 3/17
ada ketikanya dalam pemerintahan BN terdapat beberapa isu yang mengaitkan BN
dengan masalah moral namun ianya tidak berjaya menumbangkan BN selaku
pemerintah. Isu-isu rasuah, penyalahgunaan kuasa, kroni, nepotisme dan lain-lain isu
yang menyelubugi BN telah berjaya diselesaikan oleh BN dan meneruskan sokongan
Masyarakat kepada BN.
Faktor pemuafakat an dan pembahagian kuasa dalam BN.
Konsep demokrasi permuafakatan yang diperkenalkan oleh Arend Lijphart (1968)
mengambarkan situasi dimana parti-parti politik etnik dalam sesuatu pakatan menikmati
kuasa setara berasaskan tawar-menawar dan kompromi, saling hormat menghormati,
autonomi budaya yang cukup tinggi dan kebolehan memveto sesama sendiri demi
persetujuan sebulat suara(P.Ramasamy 2002, 29:79). Pada peringkat awal penubuhan
Barisan Nasional (BN), ciri-ciri permuafakan memang jelas kelihatan. Pelbagai parti
berasaskan etnik bergabung membentuk satu pakatan. Setiap parti mempunyai
kemampuan untuk tawar-menawar dan berkompromi antara satu sama lain. Sejarah BN
bermula dengan tertubuhnya parti perikatan (sebelum ditukar menjadi BN), ia adalah
hasil daripada Majlis Perhubungan Masyarakat (CLC) yang ditubuhkan pada Febuari
1949 apabila kerajaan British menjemput ketua-ketua kaum Melayu, Cina dan India
untuk berunding mengenai masa depan Tanah Melayu(Utusan Malaysia 2003)
Demokrasi permuafakatan di Malaysia adalah berkait dengan gabungan parti-parti
berasaskan kaum dan pembahagian kuasa adalah melibatkan persetujuan daripada
semua pihak(P.Ramasamy 2002, 29:79). Kesemua parti yang bergabung di bawah BN
3
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 4/17
diberikah hak-hak mereka yang tertentu seperti nisbah perwakilan dalam pilihanraya. Di
samping itu, Demokrasi permuafakatan seringkali membantu BN menguruskan konflik
dengan mendorong para pemimpin kumpulan etnik dalam parti menyelesaikan masalah
secara bersama. Dasar perkongsian kuasa dan keputusan sebulat suara yang
dipegang oleh BN dalam menangani sesuatu masalah negara atau polemik dalaman
anggota komponen ternyata amat baik bagi Negara ini, selain BN bernasib baik
mempunyai parti-parti politik tidak extreme(Utusan Malaysia 2003).
Perwakilan berkadar dan keupayaan untuk memveto antara satu sama lain sangat
berjaya dalam menarik sokongan masyarakat pelbagai kaum terhadap BN. Melaluinya,
kepentingan sesuatu kaum dapat dipertahankan. Sebagai contoh pengekalan budaya
dalam masyarakat dan kaum tertentu menunjukkan kejayaan BN dalam
memperjuangkan kepentingan bersama. Pengekalan sekolah-sekolah jenis
kebangsaan juga mmperlihatkan tolak ansur sesama anggota komponen BN(Utusan
Malaysia 2003)..
Politik permuafakatan melibatkan pembahagian kuasa eksekutif di antara semua kaum
yang terlibat. Penyelesaian masalah yang melibatkan konflik perkauman dapat
diselesaikan melalui rundingan antara wakil-wakil kaum dalam BN. Akibat daripada itu,
masyarakat Malaysia merasa selesa dengan pencapaian yang diperolehi. BN juga
menjamin keselamatan dan kestabilan dalam politik, ekonomi dan sosial yang telah
menarik sokongan daripada rakyat Malaysia. Akibat daripada faktor ini telah
memberikan BN kelebihan untuk menguasai kerajaan bagi tempoh yang lama.
4
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 5/17
Kaedah permuafakatan ini tidak ada dalam gabungan pakatan pembangkang. Parti-
parti pembangkang walaupun bersatu tapi hakikat sebenarnya membawa peranan dan
ideologi masing-masing. DAP dengan ideology Malaysian-malaysia, PAS dengan
Negara Islamnya dan PKR dengan keadilan kepada Anuar. Gabungan pakatan
pembangkang hanyalah untuk menjatuhkan BN. Inilah perbezaan nyata dari segi
perjuangan BN dengan pembangkang dan inilah salah satu sebabnya BN terus
berkuasa.
Faktor penyebaran idealisme patronaged democracy
Pemerintah Barisan Nasional telah menguruskan Negara dan masyarakat sama ada
dalam aspek ekonomi, politik dan sosial. Barisan Nasional telah mempromosikan
idealisme patronaged democracy (Mohd Fuad Mat Jali et al). Patronaged Democracy
merupakan satu jenis demokrasi yang memperlihatkan satu kumpulan manusia
menaungi satu kumpulan yang lain. Sebenarnya demokrasi jenis ini adalah merupakan
gabungan daripada budaya politik feudal(Zaini Othman 2003, 30:54) yang telah sekian
lama wujud dalam norma politik masyarakt melayu dan diadun dengan idea penjajah
yang berasaskan demokrasi. Orientasi politik ini telah menyebabkan masyarakat
Malaysia terutamanya kaum melayu menerima dengan mudah konsep demokrasi
naungan ini dan sekaligus ianya dapat mengekalkan kekuasaan BN di Malaysia.
Idea parti vanguard diserlahkan dalam konteks orientasi politik masyarakat
Malaysia(Zaini Othman 2003, 30:47). Di mana dalam BN setiap parti yang bergabung
sememangnya mengamalkan konsep atau mempraktikkan idea ini. UNMO, MCA, MIC,
5
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 6/17
GERAKAN, dan lain-lain parti telah mempraktikkan idea ini dalam konteks orientasi
budaya politik masyarakat yang diwakilinya. Usaha parti komponen BN dalam
memperolehi sokongan politik masyarakat yang diwakilinya meletakkan kepentingan
masyarakat yang diwakilinya sebagai kepentingan parti. Dalam erti kata lain, bahawa
keselamatan, kesejahteraan, pembangunan ekonomi, politik dan sosial serta penjagaan
kepentingan kaum-kaum tersebut adalah bergantung kepada sokongan mereka
terhadap BN.
Perkembangan idea parti vanguard ini juga telah diperluaskan dalam konteks orientasi
pembangunan ekonomi(Wan Abd Rahman 2003, 30:5). Dengan bersandarkan kepada
strategi kestabilan dan keharmonian kaum, pemerintah BN khususnya selepas 13 Mei
1969 telah memperkenalkan dasar pembangunan ekonomi yang dikenal sebagai Dasar
Ekonomi Baru(DEB) (Mohd Fuad Mat Jali et al, 2004). DEB yang diperkenalkan oleh
pemerintah mempunyai dua matlamat utama atau dikenali juga sebagai serampang dua
mata. Matlamat utamanya adalah membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang
perbezaan kelas antara masyarakat, dan kedua adalah untuk menyusun semula
masyarakat mengikut kadar imbangan ekonomi yang telah diperkenalkan oleh kerajaan
BN. Pengenalan DEB ini telah melahirkan lebih ramai golongan pertengahan
masyarakat melayu yang mendapat faedah secara langsung daripada pemerintah.
Pendekatan pemerintah yang berorientasikan pembangunan telah memainkan peranan
yang penting dalam membangunankan Negara. Melalui kejayaan yang dicapai ini telah
menyebabkan sokongan kepada BN semakin bertambah dari masa ke semasa.
Penubuhan institusi-institusi pembangunan ekonomi seperti Lembaga Pembangunan
Tanah Persekutuan(FELDA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA),
6
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 7/17
Lembaga Industri Pekebun Kecil Getah Malaysia(RISDA), Lembaga Kemajuan
Wilayah(LKW) dan lain-lain institusi pembangunan ekonomi. Institusi-institusi ini bukan
sahaja memainkan peranan dalam membangunkan ekonomi masyarakat malahan
ianya memberikan kesan kepada sosio-politik masyarakat yang terlibat(Mohd Fuad Mat
Jali et al). Segala kemudahan yang diberikan oleh pemerintah ini telah meningkatkan
sokongan kepada BN kerana anggapan bahawa BN sebagai parti yang menaungi
kemajuan tersebut telah memberikan kesejahteraan kepada masyarakat Malaysia.
Sehubungan dengan itu, golongan ini akan memberikan sokongan yang tidak berbelah
bagi kepada BN apabila tiba waktunya sokongan mereka diperlukan. Ini adalah kerana
di atas keyakinan mereka bahawa hanya BN yang mampu membawa kebaikan dan ini
telahpun terbukti dengan apa yang mereka nikmati. Mereka tidak sanggup untuk
menggadaikan kesenangan yang mereka miliki dengan menyokong pembangkang.
Faktor Penguasaan Badan eksekutif ke atas badan kehakiman dan perundangan.
Walaupun secara asasnya badan eksekutif dan badan kehakiman dipisahkan
pentadbirannya namun satu hal yang perlu difahami bahawa perlantikan Ketua Hakim
Negara adalah dipilih oleh Perdana Menteri dan diluluskan oleh YDP Agong. Keadaan
ini menunjukkan dengan jelas penguasaan Perdana Menteri dalam perlantikan Ketua
Hakim Negara. Kuasa yang dimiliki oleh Perdana Menteri yang juga merupakan ketua
Bagi BN telah memberikan kelebihan kepada BN itu sendiri. Perdana Menteri akan
hanya memilih ketua hakim yang menurut pandangan Perdana Menteri tidak
bercanggah dengan kepentingan Parti. Oleh itu, sebarang usaha untuk menjatuhkan
7
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 8/17
BN selaku pemerintah akan berakhir dengan kegagalan. Kejayaan-kejayaan yang
dicapai oleh BN di dalam mahkamah akan meningkatkan moral dan sekaligus dapat
meningkatkan sokongan masyarakat yang berterusan.
Penguasaan Perdana Menteri selaku Ketua Badan Eksekutif mempunyai kuasa yang
besar dalam menentukan perjalanan Badan Kehakiman, Perdana Menteri juga
menguasai majority ahli parlimen yang merupakan Badan Perundangan Negara. Oleh
sebab itu, Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam ketiga-tiga badan tersebut.
Penguasaan mutlak Perdana Menteri ke atas ketiga-tiga badan ini telah memberikan
kelebihan kepada parti BN. Campurtangan BN dalam bidang kehakiman dapat dilihat
dalam Krisis Perlembagaan Malaysia 1998.
Krisis Perlembagaan Malaysia bermula daripada pemilihan UMNO pada 1987 yang
berakhir dengan pemecatan Tun Salleh Abbas selaku Ketua Hakim Negara. Pemecatan
Tun Salleh Abbas dikatakan tidak sah mengikut perlembagaan(Wikipedia Online). Krisis
ini memperlihatkan bagaimana Perdana Menteri ketika itu mengarahkan pemecatan
dan perubahan kedudukan hakim-hakim di Malaysia. Dan dalam masa yang sama satu
pindaan perlembagaan telah dilakukan di mana pindaan dilakukan ke atas kenyataan
yang menyebut bahawa keputusan mahkamah adalah berdasarkan kepada keperluan
Parlimen bukan tafsiran hakim sendiri(Wikipedia:online). Penguasaan BN ke atas
badan kehakiman telah memberi kelebihan kepada BN untuk terus menguasai politik
Malaysia.
8
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 9/17
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 10/17
Faktor Penguasaan Jabatan dan Agensi Kerajaan
Penguasaan ke atas Jabatan dan agensi kerajaan(Zaini Othman 2003.30:47) seperti
Jabatan Hal Ehwal Khas, Jabatan Penerangan, Perpaduan, Biro Tatanegara,
suruhanjaya Pilihanraya, dan juga pasukan Keselamatan telah memberi kelebihan
kepada BN. Mereka akan menggunakan semua platform yang disediakan oleh Jabatan
dan agensi untuk kepentingan Parti. Jabatan dan agensi kerajaan akan melaksanakan
pelbagai program ketika pilihanraya bagi tujuan menarik sokongan orang ramai kepada
parti BN. Contohnya ketika pilihanraya berlakunya pemberian sumbangan kepada
penduduk setempat dan pengistiharan dasar dan program pembangunan kerajaan
(Zaini Othman 2003.30:50) digunakan sebagai ‘platform’ telah dilihat oleh rakyat
sebagai program parti BN. Contoh yang boleh diambil adalah ketika pilihanraya DUN
Indera Kayangan pada 19 Januari 2002 dimana pelbagai bentuk pengistiharan telah
dibuat oleh BN seperti tambahan peruntukan RM 100juta kepada Majlis Perbandaran
Kangar, Pembukaan university aliran Tamil dan sebagainya. Melalui pengistiharan
seperti itu telah berjaya menarik sokongan yang lebih banyak kepada BN. Parti
pembangkang tidak mempunyai kesempatan atau tiada kemampuan untuk
mendapatkan sokongan daripada pihak berkuasa, sekalipun PAS di Kelantan selaku
parti pemerintah telah gagal menggunakan agensi kerajaan negeri akibat daripada
kekurangan dana/peruntukan.
10
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 11/17
Faktor penguasaan ke atas media
William L.Rivers dan kawan-kawannya (Rivers 2003:ix) menyatakan bahawa media
massa di pengaruhi oleh keadaan dunia dan media massa juga mempengaruhi
keadaan dunia. Ini adalah kerana manusia dan media adalah saling bergantungan
antara satu sama lain. Media massa memerlukan berita dan maklumat yang akan
digunakan untuk kepentingan individu atau institusi lain. Penggunaan media massa
adalah cara yang paling cepat dan berkesan bagi berjumpa dengan para pengundi
secara langsung dengan meyebarkan berita dari masa ke semasa. Mengikut kajian
Clack bahawa 60% masyarakat mengatakan bahawa televisyen merupakan sumber
maklumat yang terpenting(Clack 2000:36). Oleh itu, BN telah mengambil kesempatan
ini untuk melaksanakan kempennya melalui media massa.
Penguasaan BN ke atas media bermula dengan penguasaan UMNO ke atas akhbar
utusan Melayu yang bukan bertujuan perniagaan tetapi sebagai kawalan Media (Gomez
1990:34) Kawalan ke atas media telah memberi kelebihan kepada BN untuk
memanipulasi berita dan menyekat penyebaran berita-berita yang tidak disukai atau
yang boleh menjatuhkannya. Banyak berita-berita tentang keburukan BN dapat disekat
daripada disiarkan kepada orang ramai. Orang ramai hanya akan didedahkan dengan
berita-berita yang dapat meningkatkan sokongan orang ramai terhadap BN. Oleh itu
bagi memastikan kawalan yang berterusan dapat dilakukan BN telah memperkenalkan
akta penerbitan dan mesin cetak serta akta suruhanjaya multimedia yang berupaya
menyekat berita-berita yang dapat mengugat penguasaan BN dalam politk Malaysia.
11
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 12/17
Kesemua media arus perdana berada dalam kawalan BN sama ada secara langsung
atau tidak. Bagi syarikat seperti Media Prima yang tersenarai di Bursa Saham, BN akan
memastikan pegangan majoriti saham adalah ditangan mereka yang boleh dipercayai.
Ini akan membantu BN mengawal berita yang akan dikeluarkan. Walaupun BN
mengatakan bahawa akhbar adalah bebas tetapi banyak pihak yang terbabit
mengambil tanggungjawab sendiri dengan menapis berita-berita yang akan disiarkan
bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan dapat berterusan. Hakikat sebenarnya
banyak syarikat penerbitan yang terpaksa berbuat demikian bagi memastikan
perniagaan mereka tidak diganggu. Beberapa permit penerbitan pernah dibatalkan Ini
berlaku pada 1987 apabila permit The Star, The Sunday Star, Sin Chew Jit Po dan
Watan dibatalkan ketika Operasi Lalang dilancarkan. Oleh itu, kawalan terhadap akhbar
merupakan satu langkah yang diambil oleh BN bagi memastikan mereka akan terus
menjadi parti pemerintah di Negara ini.
Pada hari ini, parti-parti politik dibenarkan mempunyai akhbar sendiri, namun reality
sebenarnya banyak sekatan dan tapisan yang dihadapi oleh mereka. Di samping itu,
syarat yang dikenakan sangat ketat dan pengawasan yang rapi dikenakan ke atasnya.
Kekerapan pengeluaran akhbar itu juga dihadkan hanya kepada 2 kali sebulan dan
kandungannya hanya berkisar berkaitan dengan kegiatan atau aktiviti dalaman parti
sahaja. Keadaan in tidak dapat member gambaran sebenar tentang perjuangan parti
pembangkang dan ini telah member kelebihan kepada BN.
12
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 13/17
Faktor penguasaa n rangkaian perniagaan strategik
Penguasaan rangkaian perniagaan strategik adalah merujuk kepada perniagaan yang
dijalankan oleh BN selaku parti pemerintah. Dalam konteks politik Malaysia, perniagaan
di kalangan parti politik bukanlah satu perkara asing. Misalnya MCA dan MIC pada
asalnya merupakan satu pertubuhan yang berperanan dalam menjalankan pernigaan
untuk kepentingan parti dan keperluan sebahagian elit politik (Jamaie 2002.29:49).
Pada peringkat awal, BN tidak terlibat dengan perniagaan menyebabkan UMNO ketika
pilihanraya pertama pada 1957 telah dibiayai sepenuhnya oleh MCA (Jamaie
2002.29:58) . Segala perbelanjaan yang dikeluarkan bagi tujuan tersebut ditanggung
oleh para taipan cina. Oleh itu, UMNO dan BN merasakan perlu bagi parti mempunyai
sumber kewangan ini adalah kerana bagi mengekalkan keutuhan dan survival, maka
parti politik haruslah berdikari dan berusaha sendiri terutamanya dari segi kewangan
bagi menampung aktiviti politik. Ini adalah kerana parti tidak boleh selamanya
bergantung kepada bantuan daripada orang luar. Ini adalah kerana setiap bantuan pasti
ada maksud yang tersirat(Jamaie 2002.29:58). Oleh itu, sangat penting bagi BN
mempunyai sumber kewangan sendiri.
Selain daripada keperluan terhadap sumber kewangan bagi tujuan melaksanakan
aktiviti, perniagaan bagi BN juga adalah sangat penting dalam menarik sokongan
daripada masyarakat. Penglibatan BN dalam perniagaan telah membantu kerajaan
dalam mewujudkan peluang-peluang pekerjaan kepada masyarakat dan juga dengan
sumber kewangan yang diperolehi hasil daripada perniagaan itu juga telah dapat
membantu meningkatkan taraf hidup orang melayu terutamnya di luar Bandar. Dari segi
politik bantuan dengan cara ini sangat releven dan perlu untuk mengekalkan undi
13
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 14/17
melayu terhadap UMNO(Jamaie 2002.29:54). Bantuan yang diberikan oleh parti sangat
penting dalam menunjukkan keperihatinan BN terhadap kesusahan yang dialami oleh
masyarakat. Keperihatinan ini lebih menyentuh perasaan dan akan lebih dapat
mengekalkan sokongan terhadap BN.
Kesimpulan
Secara rumusannya BN kekal berkuasa dalam politik Malaysia adalah disebabkan oleh
faktor-faktor di atas. Walau bagaimanapun kemenangan BN setiap kali pilihanraya
diadakan adalah atas sebab sokongan yang tidak berbelah bagi penyokong setia. Para
penyokong yang sentiasa menyokong ini adalah terdiri daripada mereka yang
mendapat faedah daripada kemenangan BN dalam setiap pilihanraya. Sebagai contoh
masyarakat generasi pertama yang di felda-felda seluruh Malaysia sentiasa akan
menyokong BN. Bagi mereka BN merupakan kerajaan yang perihatin dalam membantu
mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.
Politik pembangunan yang dibawa oleh BN juga merupakan antara faktor yang
memastikan kemenangan BN dalam setiap pilihanraya yang disertai. Pembangunan
fizikal Malaysia umpamanya daripada lebuhraya yang bagus hinggalah ke bangunan
tertinggi di dunia. Kerajaan di bawah penguasaan BN telah mampu melaksanakannya.
Dan bukti ini sangat jelas dapat dilihat dan disentuh oleh orang ramai. Maka tidak
hairanlah jika sokongan terhadap BN kekal sehingga ke hari ini.
Kemanangan BN juga adalah akibat daripada kelemahan parti pembangkang itu
sendiri. Parti pembangkang seperti DAP dilihat terlalu bersikap perkauman, PAS dilihat
14
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 15/17
hanya memperjuangkan Negara islam tanpa mengambilkira perasaan lain-lain agama
dan PKR tidak jelas hala perjuangan. PKR dilihat lebih kepada untuk membalas
dendam kepada UMNO dan BN akibat daripada penyingkiran Anuar Ibrahim. Pakatan
pembangkang tidak ada pelan yang jelas bagi pembangunan Negara terutamanya
dalam jangkamasa panjang. Ini telah menyebabkan Rakyat Malaysia lebih suka memilih
BN yang telah terbukti dalam pembangunan Negara.
15
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 16/17
RUJUKAN
Clack. George(ed), 2000. United States Elections 2000, US Department State, Office of
International Information Programs.
Ghazali Mayudin dan Nidzam Sulaiman. 2003. Politik Cina Dalam Pilihanraya Sarawak
2001. JEBAT 30 65-76.
Jamaie Bin Haji Hamil.2002. Politik Perniagaan: Responsif Awal UMNO terhadap
Rekonstruksi Sosio-Ekonomi Melayu Dan Kepentingan Parti. JEBAT 29:49-67
Mohd Ayop Abd Razid.2009. Pertahan Nikmat Perpaduan. Utusan Malaysia 28.
Disember.
Mohd Fuad Mat Jali, Hanapi Dollah, Ahmad Nidzammuddin Sulaiman, Zaini Othman
dan Suzana Isa. 2004. Barisan Nasional Dan Hegemoni Dalam Politik Malaysia.
http://digitalibrary.my/dmdocuments/malaysiakini/
Nisrul Irawati Se.2004. Kepimpinan Efektif, Kepimpinan Yang Mampu Mengambil
Keputusan Tepat. USU Digital Library.
P.Ramasamy.2002. Sistem Perwakilan Politik Yang Hegemonik: Politik Perwakilan
Masyarakat India di Malaysia. JEBAT 29:79-108.
River, William L, Jay W.Jensen, Theodore Peterson. 2003. Media Massa dan
Masyarakat Modern. Edisi Kedua, Jakarta. Kencana.
Utusan Malaysia. 2003. 50 tahun kongsi Kuasa. Kejayaan Malaysia Menjamin BN
Pilihan Rakyat Malaysia. 20, September.
16
8/9/2019 Bincangkan Faktor BN Mampu Bertahan Sebagai Pemerintah Di Malaysia Sejak Merdeka
http://slidepdf.com/reader/full/bincangkan-faktor-bn-mampu-bertahan-sebagai-pemerintah-di-malaysia-sejak-merdeka 17/17
Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif. 2003. Pilihanraya DUN Sarawak: Satu Analisis.
JEBAT 30: 1-22.
Zaini Othman.2003.Pilihanraya Dan Hegemoni Politik: Satu Analisis Pilihanraya DUN
Sarawak 2001. JEBAT 30:43-63.
17