Bincangkan nilai

3
Bincangkan nilai-nilai sepunya yang terdapat dalam pelbagai agama dan kepercayaan yang telah anda pelajari. Kaitkan perbincangan anda dengan artikel yang bertajuk "Penghayatan Nilai-nilai murni dalam masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia" yang terdapat dalam laman web. Semua agama dan kepercayaan di Malaysia mengamalkan sifat kebaikan dan kesejahteraan hidup untuk umatnya. Semua agama banyak memberi panduan dan bimbingan moral kepada penganutnya. Tidak banyak unsur-unsur moral dan etika daripada pelbagai agama yang bertentangan antara satu sama lain. Terdapat banyak nilai agama yang bersifat sepunya. Jadi nilai tersebut wajar disebarkan untuk kepantingan bersama. Banyak unsur-unsur kebaikan yang dinyatakan bersifat sepunya dan boleh diterima oleh agama lain seperti konsep kekeluargaan, aturan bermasyarakat dan etika kendiri. Perbezaan ketara antara agama kebanyakkannnya berkaitan dengan ketuhanan. Islam bukan setakat agama dan pegangan hidup tetapi Islam adalah keseluruhan cara hidup yang bersepadu. Seorang yang beragama Islam bukan sahaj mengaku dan yakin kepada Allah tetapi mestilah mengamalkan segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangan Nya. Kehidupan manusia hanya sementara dan segala amal kebajikan dan kejahatan akan dihitung dan ditentukan Syurga dan Neraka. Ajaran Kristian pula bersumberkan kitab suci Bible. Nilai keagamaan yang berkaitan dengan kehidupan seperti jangan menipu, mencintai jiran, jangan menghina orang lain boleh diamalkan oleh

description

mte

Transcript of Bincangkan nilai

Bincangkan nilai-nilai sepunya yang terdapat dalam pelbagai agama dan kepercayaan yang telah anda pelajari

Bincangkan nilai-nilai sepunya yang terdapat dalam pelbagai agama dan kepercayaan yang telah anda pelajari. Kaitkan perbincangan anda dengan artikel yang bertajuk "Penghayatan Nilai-nilai murni dalam masyarakat Berbilang Kaum di Malaysia" yang terdapat dalam laman web.

Semua agama dan kepercayaan di Malaysia mengamalkan sifat kebaikan dan kesejahteraan hidup untuk umatnya. Semua agama banyak memberi panduan dan bimbingan moral kepada penganutnya. Tidak banyak unsur-unsur moral dan etika daripada pelbagai agama yang bertentangan antara satu sama lain.

Terdapat banyak nilai agama yang bersifat sepunya. Jadi nilai tersebut wajar disebarkan untuk kepantingan bersama. Banyak unsur-unsur kebaikan yang dinyatakan bersifat sepunya dan boleh diterima oleh agama lain seperti konsep kekeluargaan, aturan bermasyarakat dan etika kendiri. Perbezaan ketara antara agama kebanyakkannnya berkaitan dengan ketuhanan.

Islam bukan setakat agama dan pegangan hidup tetapi Islam adalah keseluruhan cara hidup yang bersepadu. Seorang yang beragama Islam bukan sahaj mengaku dan yakin kepada Allah tetapi mestilah mengamalkan segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangan Nya. Kehidupan manusia hanya sementara dan segala amal kebajikan dan kejahatan akan dihitung dan ditentukan Syurga dan Neraka.

Ajaran Kristian pula bersumberkan kitab suci Bible. Nilai keagamaan yang berkaitan dengan kehidupan seperti jangan menipu, mencintai jiran, jangan menghina orang lain boleh diamalkan oleh penganut agama yang lain. Manakala agama Hindu mempraktikkan kepercayaan dan nilai-nilai seperti tolak ansur, ampun maaf, tidak berdendam dan dengki. Begitu juga dengan kebanyakkan agama yang lain.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita perlu memahami nilai-nilai murni setiap agama supaya kita dapat mengikis sebarang rasa prejudis terhadap penganut agama yang lain dan sekali gus saya yakin kita dapat meningkatkan persefahaman serta mengukuhkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.Bagi kita yang hidup dalam sebuah masyarakat majmuk, cabaran besar yang kita hadapi dari dahulu sehingga kini ialah bagaimana untuk menjadikan pendidikan sebagai satu wahana perpaduan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Murid-murid yang dididik daripada latar belakang, kaum dan agama yang berbeza perlu dibimbing supaya mereka menghormati adat resam, budaya dan agama yang dianuti semua.Bagi pelajar bukan Islam, beliau berkata pendidikan moral yang menekankan nilai-nilai murni harus dipupuk supaya menjadi manusia bijak pandai, nilai-nilai hidup tinggi, budi perkerti, dan berakhlak mulia yang dituntut rakyat Malaysia. Perbezaan yang wujud antara satu tamadun dengan yang lain juga perlu ditanganidengan bijaksana. Perlu ada sikap positif terhadap perbezaan sama ada perbezaan dari segi kepercayaan, anutan nilai, pendapat atau adat resam. Sikap positif ini perlu diterjemahkan kepada amalan toleransi terhadap cara hidup lain yang tidak sebulu dengan cara hidup kita dalam kehidupan harian. Adalah diakui bahawa perbezaan budaya boleh mencetuskan ketegangan dan konflik antara budaya.Tidak ada percanggahan antara pendekatan yang dimaksudkan dengan komitmen kepada nilai-nilai tradisi sendiri. Yang hendak dicapai menerusi pendekatan tersebut di atas ialah rukun hidupbermasyarakat yang boleh menjamin kesejahteraan, keharmonian dan perpaduan bagimasyarakat majmuk seperti Malaysia. Seorang pelajar Islam, misalnya, boleh berpegang teguh pada nilai-nilai hidup yang diajarkan oleh agama Islam tetapi pada masa yang sama bersediauntuk menunjukkan toleransi terhadap agama dan budaya lain.