Sej2 soalan 1- bincangkan sistem beraja di thailand dan jepun sebelum kedatangan kuasa barat
Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang · PDF fileAntara amalan ekonomi tersendiri yang...
Transcript of Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang · PDF fileAntara amalan ekonomi tersendiri yang...
Bincangkan sumbangan Adam Smith dalam bidang ekonomi di Eropah pada abad ke 18.
A. Pendahuluan
i. Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Adam
terkenal kerana pengaruh bukunya, The Wealth of Nations dan dianggap sebagai Bapa
Ekonomi Moden.
ii. Pada tahun1751, Adam Smith dianugrahkan gelaran professor oleh Universiti Glasgow.
Pada tahun 1762, pihak Universiti Glasgow telah menganugerahkan beliau gelaran Doktor
Undang-undang. Pada tahun 1787 hingga tahun 1789, beliau memegang jawatan sebagai
Rektor Universiti Glasgow.
iii. Adam Smith merupakan pengasas kepada disiplin ekonomi moden. Beliau
memperkenalkan teori seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan
berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara.
B. Isi-isi sumbangan Adam Smith
1. Pengasas kepada disiplin ekonomi moden
i. Sekitar abad ke-18, beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang
individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan
daripada negara. Sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas
ii. Beliau juga mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantilisme,
monopoli negara, dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan berasaskan
pasaran bebas.
2. Konsep ekonomi laissez-faire
i. Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud “biarkan keadaan seperti yang
sedia ada”. Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang
mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan
ii. Doktrin ini dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat kerajaan
tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem ekonomi
berfungsi seperti biasa. Dengan cara ini, sistem ekonomi akan berfungsi dengan lebih
cekap dan memaksimumkan kebajikan umum.
3. Mengkritik dasar merkantilisme
i. Beliau mengkritik dasar merkantilisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni.
Menurut beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan
menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri.
ii. Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi
kewangan. Kritikan ini turut ditujukan kepada monopoli yang dilakukan oleh Syarikat
Hindia Timur Inggeris.
4. Teori percukaian
i. Menurutnya, teori percukaian ialah kerajaan hanya mengenakan cukai dengan cara tidak
menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara. Rakyat patut menyokong
negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri.
ii. Antara amalan ekonomi tersendiri yang dipercayainya ialah kekayaan negara dinilai dari
segi stok emas dan perak. Selain itu, negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas
dan perak serta mengenakan cukai ke atas barangan import, memberikan subsidi kepada
pengeksport, dan meindungi industri domestik.
5. Amalan perdagangan
i. Adam Smith berpendapat pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan.
Mengimport dan mengeksport barangan hendaklah memberi keuntungan kepada kedua-dua
pihak.
ii. Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Semua pihak perlu
meningkatkan kemakmuran sama seperti pertanian atau pembuata. Kekayaan sesebuah
negara bukan dalam kuantiti emas dan perak di dalam bilik kebal, tetapi jumlah
pengeluaran dan perdagangan.
6. Teori ekonomi yang sistematik
i. Menentang teori lama ekonomi perdagangan yang menekankan perlunya negara memiliki
jongkong emas dalam jumlah besar. Menolak pandangan golongan physiokrat yang
mengatakan bahawa tanah merupakan sumber utama
ii. Menekankan perkara yang paling penting ialah tenaga buruh. Beliau menekankan bahawa
peningkatan kerja dan menentang peraturan usang dan campur tangan pemerintah yang
menghalang perkembangan dan perluasan industri.
iii. Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik. Di mana pengeluar
mengeluarkan barang yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap barang
tersebut akan meningkat. Walau bagaimanapun, harga barang tersebut dalam pasaran akan
meningkat jika barang yang diperlukan itu adalah kurang berbnading dengan permintaan.
Ini akan menyebabkan keuntungan kepada pengeluar barangan tersebut.
7. Pengumpulan modal
i. Proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja.
Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi,
dengan demikian permasalahan pembangunan ekonomi secara luas adalah kemampuan
manusia untuk lebih banyak menabung dan menanam modal.
ii. Malahan, Smith menyatakan bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal
mengharapkan keuntungan. Keuntungan pula bergantung kepada iklim pelaburan pada hari
ini dan keuntungan nyata. Keuntungan cenderung menurun dengan wujudnya kemajuan
ekonomi. Keadaan ini dapat digambarkan bahawa pada waktu pengumpulan modal yang
cepat, maka persaingan meningkat antara pemilik modal dan dengan sendirinya akan
meningkatkan upah. Pada akhirnya, akan menurunkan keuntungan pemilik modal.
C. Kesimpulan
i. Kesimpulannya, Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi
utama iaitu, melindungi rakyat daripada penakluk tentera, melindungi warganegara
daripada ketidakadilan, menyediakan kemudahan seperti jalan raya dan sebagainya yang
tidak boleh disediakan oleh individu.
ii. Adam Smith telah banyak memberi sumbangan dalm bidang ekonomi moden yang
digunapakai hingga hari ini dan doktrim yang diketengahkan beliau sesuai bagi mengurus
ekonomi Negara