bm khawin

30
Pengenalan Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat. Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar. Antara objektif yang telah dibincangkan adalah: 1. Untuk memberi pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan Melayu kepada masyarakat. 2. Mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu. 3. Mengajak masyarakat sama-sama memelihara warisan nenek moyang 4. Memberi petunjuk dan sedikit pengetahuan kepada golongan yang bakal mengakiri zaman bujang mereka. 5. Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan 6. Membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran sosial setiap ahli kumpulan Langkah Pertama - Adat Merisik

description

hi

Transcript of bm khawin

Pengenalan

Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat istiadat.

Adat perkahwinan Melayu merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling dipegang teguh oleh kebanyakan orang Melayu. Namun pada zaman sekarang, tidak semua orang mengetahui apakah adat perkahwinan Melayu yang sebenar.

Antara objektif yang telah dibincangkan adalah:

1. Untuk memberi pendedahan yang mendalam terhadap adat perkahwinan Melayu kepada masyarakat.2. Mengajak masyarakat mengenal adat perkahwinan Melayu.3. Mengajak masyarakat sama-sama memelihara warisan nenek moyang4. Memberi petunjuk dan sedikit pengetahuan kepada golongan yang bakal mengakiri zaman bujang mereka.5. Memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan6. Membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran sosial setiap ahli kumpulan

Langkah Pertama - Adat Merisik

Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkatmerisik.Adat ini juga dipanggilmeninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkanteruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antarawakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untukmenghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayukalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapaknya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahawapandangan dan restu orang tuaperlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan.

Tujuanadat ini dilakukan adalah untukmemastikan bahawa gadisyang dihajati oleh seorang lelaki itu masihbelum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itudilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untukmenyelidik latarbelakang si gadis.

Lazimnya adat ini akandijalankan oleh saudara maraterdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Prosesi merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.Bagi pihak si gadis, terdapat beberapakriteriayang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialahlelakitersebut perlulah mempunyailatar belakang agamaserta mempunyaipekerjaan yang baik.

Apabila wakil pihak lelaki sampai di rumah si dara, parawakil keluarga lelakiakanbercakap-cakap mengenai keadaan kehidupan, pekerjaan, maupun isu-isu terkinisembil menikmati jamuan yang dihidangkan dan dihantarkan sendiri oleh si dara. Pada saat si dara menghidangkan jamuan itulah para wakil dari pihak lelaki berkesempatan untuk melihat wajah si dara. Setelah itu,topikpembicaraan mulaidifokuskanuntukmenyampaikan maksud kedatangan pihak teruna, danpantununtuk merisik mulai diperdengarkan oleh juru cakap mereka. Pada tahap ini, pihak terunamenyatakan kehendak hatiuntuk memetik bunga yang sedang menguntum apabila si dara belum memiliki pasangan.

Dalam adat Melayu, pihak si dara biasanya tidak langsung menjawab apa yang menjadi kehendak pihak lelaki.Sesudah berpantun wakil lelakitersebut akanmemberikan sebentuk cincintanyaberupa cincin belah rotandan jika pihak gadis bersetujumereka akanmenetapkan tarikh untuk peminangan. Walau bagaimanapun adat merisik jarang dilakukan lagi kerana pasangan tersebut telah berkenalan terlebih dahulu, justeru itu mereka akan terus menjalankan adat meminang untuk menjimatkan kos dan masa.

. MEMINANG & BERTUNANG

Setelah katapersetujuan dicapai oleh keluarga di pihak lelaki, wakil dari pihak lelaki yang biasanya dipilih dari kalangan orang tua-tua akan diutuskan oleh ibu bapa lelaki tersebut untuk mewakili merekameminang anak dara yang telah dipilih.Biasanya, ibu bapa kepada anak dara tersebut tidak akan memberi jawapan yang muktamad kepada pihak yang datang meminang kerana mengikut adat, mereka sepatutnya diberi tempoh untuk memberi jawapan atau dipanggil bertangguh. Ini kononnya kerana hendak berpakat dengan ahli-ahli keluarga dan waris yang rapat, walaupun sebenarnya mereka memang sudah bersedia untuk menerima pinangan itu. Sebenarnya,adat bertangguh ini mencerminkan budaya Melayu yang amat berhati-hati dalam menentukan jodoh dan menunjukkan kesopanan dalam setiap tingkahlaku.Sudah menjadi rutin dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu untuk tidak tergopoh-gapah dalam mengendalikan apa sahaja dan adalah menjadi pegangan bahawa setiap hal yang dilaksanakan perlu dijalankan dengan rapi dan tersusun mengikut adat yang ditetapkan.

Setelah tamat tempoh yang diberikan, biasanya 2 hari, ada juga yang sampai seminggu, pihak perempuan akan menghantar rombongan yang dihadiri oleh orang tua-tua yang mewakili pihak mereka untuk memberikan jawapan. Sekiranyapinangan diterima, pada pertemuan itu mereka akan berbincang tentang segalasyarat berkenaan mas kahwin dan hantaran perbelanjaan majlis perkahwinan. Tarikhyang sesuai juga akan dipilih untuk melangsungkanperkahwinan. Sekiranya perkahwinan ituagak lambat dijalankan,pihak lelaki biasanya akanMenghantar Tanda terlebih dahulu kepada pihak perempuan.Konsep Menghantar Tanda adalah diertikan sebagaiputus cakap.Ini bermaksud pinangan dari pihak lelaki sudah pun diterima oleh pihak perempuan. Oleh yang demikian, maka penghantaran tanda daripada lelaki kepada anak dara yang bakal dikahwininya akan dilakukan melalui upacara bertunang. Upacara ini membawa pengertian bahawa anak dara tersebut sudah pun dimiliki dan kini dipanggil tunangan orang. Tanda yang dihantar oleh lelaki tersebut mengikut adat lazimnya adalahsebentuk cincin sahaja,iaitu cincin berbatu intan atau berlian,besarnya mengikut citarasa dan kemampuan ibu bapa lelaki tersebut.

Namun begitu, bagi masyarakat Melayu, selain cincin, beberapa barangan lain turut diberikan seperti sepasang kain dan selendang, selipar atau sepatu, kuih-muih, manisan, dan yang paling utama dan dianggap sakral, sirih junjung. Semuahantaran akan dihias dengan cantikdan menarik serta akan dibalas oleh pihak perempuan sebagai tanda setuju menerima pinangan. Jumlah hantaran yangdihantar oleh pihak lelakiakan dibuat dalamangka ganjil dan dibalas lebih oleh pihak perempuan, selalunya sebanyak dua dulang.Contohnya, jika pihak lelaki memberikan 7 hantaran dulang, biasanya pihak perempuan akan membalas 9 dulang. Hantaran dari pihak perempuan biasanya berupa sirih junjung, sepersalinan baju melayu, capal dan kuih-muih.*PERTUNANGAN DI SISI SYARAK*Terbahagi kepada lima cara:- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

*PERTUNANGAN DI SISI ADAT*Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkancincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang oleh ibu/saudara pihak lelaki. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

HEBAHAN PERTUNANGANTidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

. MAS KAHWIN MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

1.JOHORANAK DARARM 22.50JANDARM 22.50

2.MELAKAANAK DARARM 40JANDARM 40

3.NEGERI SEMBILAN-BUKAN WARISANAK DARARM 24JANDARM 12

-AHLI WARISANAK DARARM 48JANDARM 24

-KERABAT DIRAJARM 725

4.SELANGOR

-PUTERI SULTANANAK DARARM 2500JANDARM 625

-PUTERI RAJA MUDA ATAU PUTERI KEPADA PUTERA SULTANANAK DARARM 2000JANDARM 500

-PUTERI KERABAT DIRAJAANAK DARARM 1000JANDARM 250

-PUTERI ANAK RAJA (WARIS)ANAK DARARM 550JANDARM 137.50

-PUTERI ANAK RAJA (YANG LAIN)ANAK DARARM 300JANDARM 75

-ANAK PEREMPUAN ORANG-ORANG BESARANAK DARARM 300JANDARM 75

-CUCU ORANG-ORANG BESARANAK DARARM 200JANDARM 50

-ORANG KEBANYAKKANANAK DARARM 80JANDARM40

5.KUALA LUMPURANAK DARARM 80JANDARM 40

6.PERAKANAK DARARM 101

7.PULAU PINANGANAK DARARM 24JANDARM 24

8.PAHANGANAK DARARM 22.50JANDARM 22.50

9.KEDAH-TIDAK DITETAPKAN

10.PERLIS-TIDAK DITETAPKAN

11.TERENGGANU-TIDAK DITETAPKAN

12.KELANTAN-TIDAK DITETAPKAN

13.SABAHANAK DARARM 100JANDARM 80

14.SARAWAKANAK DARARM 120JANDARM 120

15.WILAYAH PERSEKUTUANANAK DARARM 80JANDARM 80

Mas kahwin dan hantaran adalah dua perkara yang berbeza. Mas kahwin telah ditetapkan mengikut negeri seperti yg ditunjukkan di atas tetapi hantaran pula terpulang kepadapersetujuan kedua-dua belah pihak pengantin. kebiasaannyajumlah hantaran dihantar dengan nombor yang ganjil seperti lima, tujuh,sembilan dan sebelas. Jumlah hantaran daripada pihak pengantin lelaki adalah lebih kecil daripada jumlah hantaran pengantin perempuan. contohnya, jika pihak pengantin lelaki menghantar hantaran sebanyak tujuh dulang hantaran maka pihak pengantin perempuan akan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran. Gambar di atas merupakan hantaran-hantaran yang selalunya dihantar.

ADAT BERINAI

Majlis berinai di dalam masyarakat Melayudijalankan secara berperingkat. Terdapat3 peringkatberinai iaituberinai curi,berinai kecildanberinai besar.

Pengantin perempuanakan memakaiinai pada kesemua jari tangan dan kakitermasuklah padatapak tangan. Sebaliknya,pengantin lelakihanya memakaiinai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantupadasebelahtangan sahaja.Namun kini, masyarakat hanya membuat majlis berinai secara kecil-kecilan kerana faktor kos yang tinggi jika mahu melaksanakan adat berinai besar.

BERINAI CURIBerinai curi biasanya diadakan pada waktu petang hari selepas hari yang tangan dan tapak kaki bakal pengantin perempuan diinai. Bakal pengantin perempuan dihiasi dan didudukkan di atas pelamin. Ia juga dikatakan diadakan tiga malam sebelum hari langsung dan hanya untuk tatapan saudara mara terdekat sahaja.

BERINAI KECILBerinai kecil juga diadakan pada waktu petang seperti berinai curi. Namun ia dilakukan selepas hari berinai curi. Adat ini diadakan dua malam sebelum hari langsung untuk saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

ERINAI BESAR

Istiadat ini dijalankan padamalam sebelum majlis langsung atau selepas majlis akad nikahuntuk parajemputan khas daripada kedua-dua belah pihak pengantin. Pada majlis tersebut,pengantin lelaki akan diinaikanterlebih dahuludi atas pelamin diikuti pengantin perempuan. Istiadat berinai besarbermuladengan paratetamu lelaki naik ke pelaminuntukmembuang sedikit nasi kunyit pada sebelah kiri kanan pengantin lelaki.Kemudian dilakukan denganbertih,diikuti olehtangkai daun wangiyangdicelupkan ke dalam air daun setawardan kemudian digunakan untukmenyentuh kedua-dua belakang tangan pengantin lelaki. Akhirnya,tetamuakan mengambilsedikitpes inaidari longgok di tengah dulang dan selepas meletakkannya pada daun sirih yang disediakan oleh emak pengantin, akanmeletakkannya pada tapak tangan pengantin lelaki.Daunsirihitu bertujuanuntukmengelakkan mengotorkan tangan pengantin. Sejurus selepas ini, emak pengantin akan merapatkan kedua-dua tangan pengantin dan menaikkannya pada aras dada sebagai tanda menyembah kepada tetamu yang melakukan istiadat ini. Istiadat ini biasanyadilakukan oleh semua tetamu yang minat, tetapi bilangan mereka harus merupakanbilangan ganjildan bukannya genap.

Ketika tetamu lelaki telah siap, para tetamu perempuan akan turut menjalankan istiadat ini dengan cara yang sama. Selepas semua tetamu yang minat telah menjalankan istiadat ini, seorang wakil daripada kalangan tetamu lelaki akan ke depan untukmembaca doa selamat.Pengantin lelakikemudian akanpulangke rumah sendiri, danpengantin perempuanturutdidudukkan di atas pelaminuntuk menjalankan istiadat yang sama. Istidat inidiakhiriseperti biasa denganjamuan kari dan nasi.Post Last Edit by ciksurie at 13-3-2012 10:25

AKAD NIKAH

Upacara akad nikah merupakan kemuncak kepada kesahihansesebuah ikatan perkahwinan dalam ajaran Islam. Akad nikah boleh dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau pun di rumah pengantin perempuan dan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Di dalam upacara akad nikah, bapa pengantin perempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya. Walau bagaimanapun, dia juga boleh mewakilkannya kepada tok kadi atau imam.

Majlis ini kebiasaannya akan dijalankansehari sebelum majlis perkahwinandiadakan. Lazimnya sementara menanti kedatangan rombongan pengantin lelaki,majlis berzanjiataupukulankompangdiadakan. Sebelum upacara dijalankan,wang belanja, mas kahwin dan lain-lain hantaran akan diperiksa oleh tuan kadi dan dua orang saksibagi pihak perempuan.

Seterusnya pengantin lelaki akan duduk di atas sebidang tikar di tengah-tengah majlis. Tok imam atautok kadi akan menemui pengantin perempuan di dalam bilik untuk bertanyakan samada diabersetuju atau tidak dengan pernikahan itu. Tok kadi juga akan membacakan khutbah nikahdan menerangkan secara umum akan tanggung jawab suami isteri dan lain-lain hal berkaitan rumahtangga dari sudut agama.

Selepas itu, tok kadi atau imam akan membacakanlafaz nikahsambil berjabat tangan dengan pengantin lelaki dan pengantin lelaki dikehendaki mengulangnya sebaik sahaja tok imam menggoncangkan tangannya. Lafaz nikah berbunyi"Aku nikahkan dikau.(nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak ..(mengikut negeri) tunai"dan disambut olehpengantin lelakidengan lafaz berbunyi"Aku terima nikahnya..(sama seperti yang dilafazkan oleh tok kadi).Saksi akan mengesahkan samada lafaz tersebut jelas didengar atau tidak, sekiranya tidak jelas, pengantin lelaki tersebut akan mengulangnya sehingga saksi tersebut berpuas hati.

MAJLIS PERSANDINGAN

Sebelum majlis persandingan dijalankan, pelamin akan disiapkan terlebih dahulu. Pelamin adalah berbentuk seperti suatu singgahsana yang dilengkapi dengan bangku atau kaus atau dua buah kerusi yang dipanggil peterakna sebagai tempat duduk kedua-dua pengantin tersebut semasa bersanding. Di hadapan pelamin tersebut diletakkan satu pahar yang berisi nasi kunyit yang dihiasi dengan bunga-bunga telur dan di kemuncak gubahan nasi kunyit itu dicacakkan sejambak karangan bunga.

Pengantin lelaki yang juga sudah siap berpakaian selengkap pakaian cara Melayu asli iaitu bertengkolok, berbengkong dan berkeris, akan mula dibawa berarak dengan berjalan kaki. Pengantin lelaki serta rombongannya yang diarak akan diiringi dengan selawat dan pukulan rebana dari rumahnya atau tempat persinggahannya ke rumah pengantin perempuan. Hantaran akan dibawa bersama jika ia belum dihantar terlebih dahulu.

Di hadapan halaman rumah pengantin pula adalah tempat untuk orang-orang lelaki berhimpun untuk menyambut ketibaan mempelai. Mereka turut bersedia dengan paluan kompang dan rebana. Marhaban dan zikir turut dialunkan bagi memeriahkan suasana. Apabila rombongan mempelai telah tiba, mereka akan berhenti pada jarak lebih kurang sepuluh ela dari rumah pengantin. Pertunjukan silat akan dijalankan dalam masa beberapa minit.

Mempelai kemudiannya akan dipimpin ke pintu rumah dan sebelum masuk, salah seorang wakilnya akan membacakan selawat sebanyak tiga kali dengan alunan yang sedap dan kuat sebagai tanda memberi selamat kepada mempelai sebelum masuk ke rumah. Kedua-dua pengantin akan duduk bersanding di hadapan kesemua tetamu dan keadaan inilah yang disinonimkan dengan istilah raja sehari.

Semasa bersanding, emak pengantin akan menjalankan adat bersuap-suapan di antara kedua-dua pengantin. Emak pengantin akan menjemput sedikit nasi kunyit daripada pahar astakona dan diletakkannya ke tangan pengantin perempuan. Dengan memegang nasi itu menggunakan dua jari, tangan pengantin perempuan akan diangkat oleh emak pengantin lalu disuapkan ke mulut mempelai itu. Setelah itu, giliran pengantin lelaki pula.

Setelah itu majlis diteruskan dengan adat merenjis atau menepung tawar pengantin. Adat ini merupakan simbolik kepada penyucian diri pengantin tersebut. Antara bahan yang digunakan untuk upacara ini adalah air mawar, bunga rampai serta beras kunyit. Upacara ini biasanya dimulakan oleh kedua ibu bapa pengantin, kemudian diikuti oleh saudara-mara serta para tetamu yang lain. Bagi upacara ini, kedua-dua mempelai akan direnjis terlebih dahulu dengan air mawar. Kemudian, beras kunyit akan ditabur pada pengantin dan diakhiri dengan meletakkan bunga rampai di atas kedua-dua tapak tangan pengantin. Setelah selesai merenjis pengantin, perenjis akan diberi bunga telur sebagai penghargaan terima kasih.

KENDURI KAHWIN (WALIMATUL URUS)

Menurut kamus dewan, adat bermaksud peraturan yang lazimnya dijalankan sejak dahulu kala. Manakala istiadat pula bermaksud berbagai-bagai adat diikuti. Antara adat perkahwinan yang lazimnya dilakukan oleh masyarakat Melayu ialah walimatul urusiaitu majlis perkahwinan. Tujuan diadakan kenduri perkahwinan atau walimatul urus ini adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa pasangan tersebut telah pun berkahwin seterusnya mengelakan fitnah. Terdapat beberapa adat yang dijalankan sebelum dan semasa walimatulurus, iaitu rewang, mandi limau, menyambut menantu, cukai pintu dan makan beradap.Rewang (GOTONG ROYONG)Rewang adalah acara persiapan yang dijalankan sebelum majlis walimatul urus. Rewang atau gotong-royong kebiasannya dilakukan oleh penduduk kampung atau jiran tetangga untuk membantu tuan rumah menyediakan persiapan ketika atau sebelum kenduri perkahwinan. Selain itu, penanggah juga bertanggungjawab menghidangkan makanan atau juadah kepada para tetamu. Kebiasaanya tuan rumah akan memberi upah kepada jiran tetangga yang membantu dalam bentuk wang atau hadiah. Walau bagaimanapun, adat rewang ini semakin pudar dikalangan masyarakat Melayu kerana budaya buffet atau katering kian popular dan sering diamalkan oleh masyarakat kita.

Mandi LimauTerdapat satu lagi adat yang penting namun masyarakat pada zaman ini tidak ramai mengamalkannya . Adat yang dimaksudkan ialah mandi limau. Ketika adat ini dijalankan, pengantin akan duduk diatas pelamin dalam pakaian terbaik dihadapan para tetamu. Untuk istiadat ini, mereka tidak berpakaian pengantin tetapi memakai pakaian Melayu yang biasa. Selepas itu, emak pengantin akan memercikkan air sintuk atau limau purut pada pasangan pengantin. Tujuan adat ini dijalankan adalah untuk membuang sial pada pasangan pengantin. Adat ini dijalankan sebelum kenduri kahwin dijalankan.

Menyambut Menantu dan Cukai PintuAdat atau acara yang popular ketika walimatul urus dijalankan ialah adat menyambut menantu. Ketika ini, suami atau isteri dan keluarganya akan membawa pengantin perempuan atau lelaki bertandang ke rumah mereka. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan masuk ke rumah pengantin perempuan, adat cukai pintu dikenakan ke atas pengantin lelaki. Pengantin lelaki akan memberi wang kepada pengapit dan kaum keluarga terdekat si pengantin perempuan. Kebiasaanya, wang yang diberi bergantung kepada si pengantin lelaki. Selepas selesai upacara tersebut, barulah si pengantin lelaki di banarkan masuk dan melihat si pengantin perempuan .

Kompang, Silat dan TarianSepanjang kenduri dijalankan , terdapat juga beberapa hiburan di jalankan. Iringan paluan kompang berkumandang mengiringi mempelai memeriahkan lagi majlis perkahwinan. Selain itu, seni silat turut dipersembahkan dihadapan pengantin di tambah dengan tarian yang dipersembahkan untuk menghiburkan pengantin dan para tetamu. Adat istiadat ini masih diamalkan oleh masyarakat Melayu sehingga ke hari ini. Namun, pada zaman sekarang, beberapa bentuk hiburan yang moden dipersembahkan seperti nyanyian karaoke dan ditambah dengan celoteh deejay yang dijemput khas bagi memeriahkan majlis perkahwinan.

Makan BeradapDi samping itu, terdapat satu lagi adat yang wajib dilakukan ketika kenduri perkahwinan dijalankan, iaitu makan beradap. Makan beradap kebiasaanya dijalankan untuk pasangan pengantin dan turut ditemani oleh ibu bapa kedua-dua mempelai. Hidangan yamg disediakan untuk adat makan beradap lebih istimewa berbanding makanan yang lain. Kemuncak untuk adat ini ialah pengantin lelaki dan perempuan akan menyuapkan makanan kepada pasangan mereka. Adat makan beradap diakhiri dengan upacara memotong kek atau pulut kuning. Kemudian dihidangkan kepada para tetamu yang dijemput.