CATATAN REFLEKSI MINGGUAn.docx

14
MINGGU PERTAMA ( 9 hingga 13 Ogos 2015 ) 1. Isu / Perkara yang difokuskan: Pelaksanaan Internship Program Pengsiswazahan Guru di Sekolah Rendah Pada minggu pertama saya telah menyerahkan semua butir-butir program Internship yang akan saya laksanakan sepanjang empat minggu di sekolah kepada pihak pengurus sekolah yang mana seorang guru telah dilantik menjadi mentor saya iaitu Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Zainuddin bin Jusoh. Saya telah diberi tanggungjawab mengajar Pendidikan Seni Visual kelas tahun 4 cemerlang, jadualnya ialah pada hari khamis sepanjang 4 minggu. Pada minggu ini juga saya telah mula sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya telah memilih tajuk ukiran dalam bidang/modul kraf tradisional. Saya telah berjumpa murid-murid tahun 4 cemerlang untuk memberitahu alat dan bahan yang perlu dibawa. 2. Analisis Isu / Perkara yang difokus: CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Transcript of CATATAN REFLEKSI MINGGUAn.docx

Page 1: CATATAN REFLEKSI MINGGUAn.docx

MINGGU PERTAMA

( 9 hingga 13 Ogos 2015 )

1. Isu / Perkara yang difokuskan:

Pelaksanaan Internship Program Pengsiswazahan Guru di Sekolah Rendah

Pada minggu pertama saya telah menyerahkan semua butir-butir program Internship

yang akan saya laksanakan sepanjang empat minggu di sekolah kepada pihak

pengurus sekolah yang mana seorang guru telah dilantik menjadi mentor saya iaitu

Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Zainuddin bin Jusoh. Saya telah diberi

tanggungjawab mengajar Pendidikan Seni Visual kelas tahun 4 cemerlang, jadualnya

ialah pada hari khamis sepanjang 4 minggu. Pada minggu ini juga saya telah mula sesi

pengajaran dan pembelajaran. Saya telah memilih tajuk ukiran dalam bidang/modul kraf

tradisional. Saya telah berjumpa murid-murid tahun 4 cemerlang untuk memberitahu

alat dan bahan yang perlu dibawa.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :

Walaupun pada permulaannya saya agak terkejut kerana perlu melalui program ini

yang masih samar-samar bagi saya namun saya bersikap positif dan menganggap

bahawa program ini akan memantapkan lagi keprofesionalan saya sebagai seorang

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 2: CATATAN REFLEKSI MINGGUAn.docx

guru yang bakal bergelar guru bersiswazah. Guru pembimbing saya adalah seorang

yang mempunyai pengalaman mengajar yang lama lebih kurang 25 tahun. Murid murid

tahun 4 cemerlang begitu bersungguh-sungguh dan berminat dalam pengajaran dan

pembelajaran saya pada minggu pertama.

2.2 Kelemahan:

Tarikh pelaksanaan program internship ini agak tidak sesuai dengan takwim sekolah

saya. Ini disebabkan pada bulan ini pelbagai aktiviti yang perlu dilaksanakan. Antaranya

LINUS dan Peperiksaan UPSR.

3. Cadangan penambahbaikan:

Justeru saya berharap pelaksanaan program internship ini diberitahu lebih awal dan

diberi tempoh masa yang panjang bagi saya laksanakannya dengan lebih baik dan

tidak bertindan dengan pelbagai aktiviti. Di samping saya dapat memaklumkan pada

pihak sekolah tentang program ini agar pihak sekolah dapat memberi ruang program

saya ini di dalam takwim sekolah. Apa yang saya dapati program ini amat baik dan

bagus dilaksanakan. Ia perlu ditambahbaik melalui tempoh pelaksanaannya agar

fleksibel dengan aktiviti sekolah.

Page 3: CATATAN REFLEKSI MINGGUAn.docx

MINGGU KEDUA

( 16 hingga 20 Ogos 2015 )

1. Isu / Perkara yang difokuskan:

Pada minggu kedua saya telah memilih tajuk ‘Boneka’ bidang/modul Membentuk dan

Membuat Binaan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran saya telah menunjukkan contoh-contoh boneka,

definisi dan membincangkan bahasa seni visual yang terdapat pada contoh boneka.

Teknik dan kaedah  pengajaran yang saya gunakan dalam pengajaran hari ini ialah

teknik bercerita dan yang lebihkan berkomukasi.

Dalam bahagian penutup murid mempamerkan hasil boneka mereka. Murid

menceritakan pengalaman sendiri dan rakan - rakan dalam prose penghasilan kara.

Selepas itu murid-murid membuat persembahan boneka secara spontan.

Selain itu, teknik bercerita ini membantu pelajar lemah juga turut melibatkan diri dalam

pelajaran apabila mendengar dan menyaksikan cara penyampaian pengalaman dan

pengolaan cerita daripada murid yang pandai. Di sini ia menjadi sebagai pemangkin

untuk mencungkil kebakatan dan kebolehan yang ada pada seseorang murid. 

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 4: CATATAN REFLEKSI MINGGUAn.docx

Analisis Isu / Perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :

Sebelum menjalankan pengajaran ini, saya telah merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran terlebih dahulu.Ini telah membantu saya untuk memperingatkan isi

pelajaran, menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran dan  menyediakan bahan

bantu mengajar yang sesuai berdasarkan kebolehan dan keperluan murid – murid saya.

2.2 Kelemahan:

Pengajaran saya, pada hari ini dapat dijalankan seperti mana yang telah dirancang

namun begitu, terdapat juga beberapa kelemahan dalam aktiviti pengajaran dan

pembelajaran saya. Saya seharusnya merancang set induksi lebih menarik di mana

merakam video klip tempat berekreasi  dan menanyangkan melalui komputer dengan

menggunakan kemudahan LCD.Selain itu kelemahan saya ialah saya tidak

menggunakan keadah bercerita dengan menggunakan  bahan bantu,dan guru juga

perlulah mempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin disampaikan

kepada murid-murid menjadi lebih menarik.

Kelemahan seterunya ialah penepatan masa yang ditetapkan tidak dapat diikuti.

Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p)

dilaksana dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman dan rancangan

pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk

menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya

gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil

untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak

terlalu terjejas. 

Page 5: CATATAN REFLEKSI MINGGUAn.docx

2. Cadangan penambahbaikan:

Jadi, saya  akan mengkaji kelemahan – kelemahan tersebut untuk penambahbaikan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual yang lebih berkeasan pada

masa akan datang. Saya juga akan berusaha untuk  mengubah kaedah dan teknik

pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan murid saya. Sebagai tindakan

lanjutan, guru perlulah mempelbagaikan suara dan nada supaya cerita yang ingin

disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik. Kebaikan teknik bercerita ialah

ia dapat melengkapi murid dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa 

terutamanya kecekapan lisan.

Saya seharusnya merancang set induksi lebih menarik di mana merakam video klip

tempat berekreasi  dan menanyangkan melalui komputer dengan menggunakan

kemudahan LCD.Ini akan menarik minat para murid dan pengajaran dan pembelajaran

juga menjadi lebih seronok. Selain itu, guru juga boleh menggunakan keadah bercerita

dengan menggunakan  bahan bantu seperti patung boneka, alat permainan dan

sebagainya.Pada masa yang sama, guru perlulah mempelbagaikan suara dan nada

supaya cerita yang ingin disampaikan kepada murid-murid menjadi lebih menarik.

Page 6: CATATAN REFLEKSI MINGGUAn.docx

MINGGU KETIGA

( 23 hingga 27 Ogos 2015 )

1. Isu / Perkara yang difokuskan:

Pelaksanaan Projek Inovasi 'Pengunaan Kad Tekap Dalam Teknik Mozek Untuk

Mengatasi Masalah Pertindihan Kertas’. Dan perbincangan dengan mentor tentang

Projek inovasi yang telah saya jalankan.

Pada minggu ketiga, saya telah memperkenalkan kaedah inovasi saya kepada murid

saya dari kelas Tahun 4 Cemerlang. Pada minggu ini juga saya merakam video

pengajaran dan pembelajaran dalam melaksanakan projek Inovasi ini. Pada minggu ini

pada hari khamis ( 27 Ogos 2015 ) saya telah membuat temujanji dengan guru

pembimbing saya bagi memantau dan menilai pengajaran dan pembelajaran saya

menggunakan inovasi saya.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :

Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan

memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 7: CATATAN REFLEKSI MINGGUAn.docx

apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan

ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. 

Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti

dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam

kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan

yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut

arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat

menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Penggunaan ICT juga telah menarik minat pelajar untuk belajar cara membuat mozek.

Melalui Kaedah Kad Tekap dan carta langkah yang dipersembahkan melalui power

point ini membolehkan murid lebih faham akan langkah-langkah menghasilkan gambar

dengan teknik mozek. Murid berminat dan bersungguh-sungguh untuk menyiapkan

hasil karya kerana mereka diberi pendedahan menggunakan kaedah kad tekap ini.

2.2 Kelemahan:

Kebersihan kelas masih menjadi kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran ini.

Murid sibuk akan mengunting kertas warna tanpa mempedulikan kebersihan kelas. 

Kelemahan yang seterusnya ialah kekurangan kad tekap. Sepatutnya saya perlu

perbanyakankan lagi kad tekap ini. Selain daridapa itu terdapat seorang budak

hyperaktif dalam kelas berkenaan. Budak tersebut telah melakukan pelbagai perbuatan

yang telah mengganggu murid lain dalam proses membuat mozek.

Guru yang baik juga seharusnya dapat memastikan pengurusan masa yang sesuai

dengan aktiviti yang dirancangkan. Jika masa tidak dirancang dengan baik dan tidak

bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan sudah pasti pengajaran dan pembelajaran

tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Pengurusan masa saya juga tidak

memuaskan dan perlu difikirkan semula supaya dapat melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran dengan berkesan.

Page 8: CATATAN REFLEKSI MINGGUAn.docx

3. Cadangan penambahbaikan:

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi

meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.Guru perlu sentiasa bergerak

dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang

dilakukan oleh murid ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Kaedah ini sangat

membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah

laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta

merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan

antara guru dengan murid. Masalah hyperaktif murid juga dapat diselesaikan melalui

teknik ini.

Guru juga boleh menyediakan sebuah meja dihadapan kelas untuk diletakan bahan dan

alat yang digunakan dan menunjukkan cara aktiviti yang dilaksanakan. Murid-murid

dapat melihat dan member komen yang lebih membina dalam setiap aktiviti yang

dijalankan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, saya perlu lebih yakin dalam menyampaikan

penerangan tentang kaedah inovasi saya ini kepada murid-murid yang lemah ini agar ia

lebih terperinci bagi membantu mereka faham cara dan penggunaan’ Kad Tekap’ Saya

juga perlu sabar dalam mendedahkan kaedah inovasi saya kepada murid-murid yang

lemah ini kerana sememangnya mereka perlu mengambil masa untuk menyesuaikan

serta menerima inovasi saya yang dianggap baru bagi mereka.

Page 9: CATATAN REFLEKSI MINGGUAn.docx

MINGGU KEEMPAT

( 30 hingga 3 sept 2015 )

1. Isu / Perkara yang difokuskan:

Pada minggu keempat saya telah memilih tajuk ‘Alas Dulang’ Bidang/Modul Membuat

Corak dan Rekaan. Secara keseluruhannya, sesi pengajaran saya pada hari tersebut

telah berjaya mencapai objektifnya.

2. Analisis Isu / Perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan :

Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang digemari oleh murid. Ini disebabkan

murid-murid berasa seronok apabila melakukan aktiviti yang diarahkan. Ada dikalangan

murid yang kreatif yang dapat menghasilkan corak alas dulang yang menakjubkan.

Pada hari tersebut saya telah menggunakan satu contoh rekaan sebagai panduan

murid. Terdapat 7 orang murid yang berjaya menghasilkan corak yang menarik dengan

menggunakan teknik melipat seterusnya menggunting.

2.2 Kelemahan:

Kelemahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran ini tentang pengurusan masa

saya kurang memuskan. Dalam pengajaran dan pembelajaran saya ini, murid-murid

yang cerdas dapat menghasilkan corak mengikut kreativiti masing-masing dalam masa

yang pantas. Tetapi perkara tersebut dapat diatasi dengan mengarahkan murid

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 10: CATATAN REFLEKSI MINGGUAn.docx

membina seberapa banyak rekaan dan corak alas dulang dan diwarnakan mengikut

kreativiti masing-masing.

3. Cadangan penambahbaikan:

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi

meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Saya perlukan menitikan

beratkan pengurusan masa. Guru yang baik seharusnya dapat memastikan pengurusan

masa yang sesuai dengan aktiviti yang dirancangkan. Jika masa tidak dirancang

dengan baik dan tidak bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan sudah pasti

pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna.