Contoh Refleksi

4
CONTOH PENULISAN REFLEKSI DALAM BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR (Dicatat selepas setiap waktu p&p di ruang bawah RPH) Contoh Refleksi 1 Dengan menggunakan teknik bercerita saya telah berjaya mewujudkan kesediaan dan memotivasikan murid-murid saya 1 . Cerita tentang Dua Sekawan yang saya sampaikan dengan iringan muzik latar telah berjaya menarik tumpuan dan perhatian semua murid 2 . Nampaknya saya telah berjaya memotivasikan mereka. Cerita tersebut juga sememangnya amat berkaitan dengan tajuk yang saya ajar hari ini 3 . 1 Kekuatan 2 kelebihan 3 Penilaian kendiri Eloklah jika saya gunakan “puppet” semasa menyampaikan cerita agar ianya lebih realistik dan dapat menarik lebih perhatian dan tumpuan semua murid. Saya juga perlu pergi ke Pusat Sumber Sekolah untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan sumber yang ada dalam pusat sumber tersebut. Pemilihan kemahiran berfikir, iaitu kemahiran Membanding Beza adalah kurang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang saya ajar pada hari ini 4 . 4 Penambahbaikan Nampaknya saya kurang memberi perhatian tentang penerapan unsur kemahiran berfikir semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian 5 . Di samping itu, saya juga lupa menyediakan alat berfikir dan bahan rangsangan yang sesuai dengan kemahiran berfikir tersebut 6 . Saya hendaklah memastikan bahawa kemahiran berfikir yang dipilih mestilah sesuai dan berkaitan dengan tajuk dan isi pelajaran yang saya akan sampaikan 7 . 5 Kelemahan 6 kekurangan 7 Penilaian kendiri Saya harus menyediakan bahan rangsangan yang relevan dengan kemahiran berfikir yang hendak diterapkan dan bahan rangsangan tersebut juga seharusnya berkaitan dengan isi pelajaran 8 . 8 Penambahbaikan Contoh Refleksi 2 Secara keseluruhannya, saya telah menjalankan pengajaran dengan jayanya. Tayangan video dapat menarik perhatian dan minat murid dalam bidang perniagaan. Murid berminat dalam menonton video dan dapat memberikan respon yang baik dan dapat menjawab soalan guru dengan tepat. Murid-murid dapat menghasilkan peta minda yang teratur dan murid dapat melukiskan peta minda dengan kreatif dan berkaitan dengan tajuk 9 . 9 Kekuatan Murid menggunakan masa yang lebih dalam menghasilkan peta minda mengakibatkan masa yang dirancang tidak dapat dikuasai. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan sememangnya dapat 10 Kelemahan

description

Contoh Refleksi

Transcript of Contoh Refleksi

CONTOH PENULISAN REFLEKSI DALAM BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR(Dicatat selepas setiap waktu p&p di ruang bawah RPH)

Contoh Refleksi 1

Dengan menggunakan teknik bercerita saya telah berjaya mewujudkan kesediaan dan memotivasikan murid-murid saya1. Cerita tentang Dua Sekawan yang saya sampaikan dengan iringan muzik latar telah berjaya menarik tumpuan dan perhatian semua murid2. Nampaknya saya telah berjaya memotivasikan mereka. Cerita tersebut juga sememangnya amat berkaitan dengan tajuk yang saya ajar hari ini3.

1Kekuatan

2kelebihan

3Penilaian kendiri

Eloklah jika saya gunakan puppet semasa menyampaikan cerita agar ianya lebih realistik dan dapat menarik lebih perhatian dan tumpuan semua murid. Saya juga perlu pergi ke Pusat Sumber Sekolah untuk mengenal pasti jenis-jenis bahan sumber yang ada dalam pusat sumber tersebut. Pemilihan kemahiran berfikir, iaitu kemahiran Membanding Beza adalah kurang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang saya ajar pada hari ini4.

4Penambahbaikan

Nampaknya saya kurang memberi perhatian tentang penerapan unsur kemahiran berfikir semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian5. Di samping itu, saya juga lupa menyediakan alat berfikir dan bahan rangsangan yang sesuai dengan kemahiran berfikir tersebut6. Saya hendaklah memastikan bahawa kemahiran berfikir yang dipilih mestilah sesuai dan berkaitan dengan tajuk dan isi pelajaran yang saya akan sampaikan7.5Kelemahan

6kekurangan

7Penilaian kendiri

Saya harus menyediakan bahan rangsangan yang relevan dengan kemahiran berfikir yang hendak diterapkan dan bahan rangsangan tersebut juga seharusnya berkaitan dengan isi pelajaran8.

8Penambahbaikan

Contoh Refleksi 2

Secara keseluruhannya, saya telah menjalankan pengajaran dengan jayanya. Tayangan video dapat menarik perhatian dan minat murid dalam bidang perniagaan. Murid berminat dalam menonton video dan dapat memberikan respon yang baik dan dapat menjawab soalan guru dengan tepat. Murid-murid dapat menghasilkan peta minda yang teratur dan murid dapat melukiskan peta minda dengan kreatif dan berkaitan dengan tajuk9.

9Kekuatan

Murid menggunakan masa yang lebih dalam menghasilkan peta minda mengakibatkan masa yang dirancang tidak dapat dikuasai. Murid menjalankan aktiviti dalam kumpulan sememangnya dapat memupuk nilai kerjasama dalam kumpulan, tetapi murid nyaris berlaku pergaduhan akibat perbezaan idea. Guru perlu mengawal disiplin kelas10.

10Kelemahan

Saya perlu mempertingkatkan kemahiran dalam kawalan kelas dan memastikan semua murid bekerjasama dalam aktiviti kumpulan untuk meningkatkan persahabatan antara murid-murid. Saya juga perlu menguatkan perancangan membahagikan masa dalam pengajaran supaya dapat melancarkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya11.

11Cara mengatasi

Pada kelas yang seterusnya saya akan cuba mempermudahkan lagi penerangan saya mengenai peta minda dan saya juga akan cuba untuk menerangkan dengan lebih jelas dahulu sebelum menyuruh pelajar melaksanakan peta minda yang saya ajari12.

12Tindakan susulan

Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Pertama Deskriptif Pengajaran tidak dapat diteruskan kerana sebahagian pelajar lambat hadir ke kelas. Latihan kebakaran sekolah dijalankan pada waktu pengajaran. Kelas terpaksa dibatalkan. Pelajar mengantuk di dalam kelas. Masa pengajaran tidak mencukupi. Aktiviti kelas terpaksa ditangguhkan kepada pengajaran akan datang.

Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Kedua Refleksi Deskriptif

Guru mengajar dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar kurang faham apa yang disampaikan oleh guru. Guru sepatutnya cuba menerangkan sesuatu istilah dalam Bahasa Melayu.

Terdapat beberapa orang pelajar yang membuat bising di dalam kelas dan tidak menghiraukan pengajaran guru. Guru bertindak memanggil nama pelajar tersebut dan bertanyakan soalan yang berkaitan.

Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Ketiga Dialog

Contoh 1: Setelah beberapa kali diselia oleh guru pembimbing dan penyelia, saya dapati kelemahan saya adalah tidak berupaya menyediakan Bahan Bantu Mengajar yang menarik ...dan mampu mencungkil idea awal pelajar serta merangsang daya inkuiri pelajar. Mereka memberikan komen BBM yang saya gunakan tidak dapat membantu melancarkan pengajaran topik pada hari itu. Saya rasa saya patut terima kritikan tersebut secara positif. Model Refleksi juga menegaskan guru yang refleksi perlu bersikap terbuka dan menerima kritikan yang membina. Tapi saya tak kreatif. Tapi takpelah mungkin saya perlu berbincang dengan rakan dan melayari internet mencari bahan-bahan yang menarik bagi membantu saya menyediakan BBM yang efektif.

Contoh 2: Terlalu banyak kelemahan saya dalam pengajaran tentang prinsip paduan daya dan prinsip leraian daya pada hari ini. Saya tidak menyediakan contoh soalan untuk pelajar mencuba. Saya tidak dapat menumpukan satu persatu pelajar untuk menjawab soalan. Ada isi yang saya tertinggal. Saya kurang persediaan mengenai tajuk yang di ajar.

Contoh Penulisan Refleksi: Tahap Tertinggi - Kritikal Saya memang seorang yang tegas semasa mengajar. Saya tidak suka ketawa semasa mengajar. Saya mesti pastikan pelajar memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa saya menyampaikan aktiviti pengajaran. Saya akan memarahi pelajar yang tidak mengendahkan pengajaran saya.

Saya menggunakan pendekatan behaviourisme apabila mengajar kerana saya ingat lagi masa cikgu saya mengajar fizik beliau menggunakan pendekatan yang sama. Dan dengan pendekatan cikgu tersebut berjaya mendidik saya menjadi insan yang berjaya.

Oleh itu, saya percaya pendekatan tersebut akan dapat membantu pelajar mempelajari fizik. Tetapi....setelah beberapa minggu, saya dapati pendekatan saya ini menyebabkan prestasi pelajar dalam fizik merosot ... saya dah mula menggelabah...takut dipersalahkan oleh guru pembimbing... Kemudian saya cuba melakukan pemikiran dan amalan refleksi seperti yang disarankan barulah saya tahu betapa zalimnya saya kerana tidak memerhatikan pelajar yang memerlukan pendekatan yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Saya perlu ubah pendekatan pengajaran saya...Saya perlu perbanyakan aktiviti pengajaran yang dapat menggalakkan pelajar berfikir serta berupaya mencungkil idea awal pelajar...

Contoh-Contoh Lain:

1.Pengajaran hari ini berjalan seperti dirancang. Masa dapat diuruskan dengan baik. Murid menyiapkan latihan dalam waktu ditetapkan. Terdapat 6-8 orang murid di barisan belakang gagal menyiapkan latihan seperti diarahkan1. Mereka cuma menjawab soalan 1 dan 6 secara ringkas, sedangkan arahan saya ialah menjawab dengan lengkap soalan 2 hingga 6. Mereka memberitahu mereka tidak faham dan tidak jelas berhubung arahan saya2. Apabila saya tanya kepada murid lain, terdapat beberapa orang lagi memberitahu arahan saya memang kurang jelas.

Saya fikir kelemahan saya dalam pengajaran hari ini telah menyebabkan objektif pelajaran tidak tercapai sepenuhnya. Kelemahan ini mesti saya atasi dalam pengajaran akan datang3.

1Apa?

2Mengapa?

3Tindakan susulan

2. Pengajaran hari ini bermula dengan baik dan lancar1. Murid semuanya terlibat dengan seronok. Melihat keseronokan murid, beberapa aktiviti tambahan1 telah saya jalankan untuk melibatkan semua murid supaya berlaku adil. Kemudiannya saya dapati waktu pengajaran sudah tamat tanpa sempat membuat penutup. Saya fikir pengajaran saya hari ini gagal.

Kesilapan saya ialah lari daripada perancangan asal p&p saya2. Saya sepatutnya mengawal pengajaran saya dan tidak menambah aktiviti spontan. Untuk pengajaran akan datang, saya mesti menentukan aspek pengurusan masa tidak terabai3. 1Apa?

2Mengapa?

3Tindakan susulan