Contoh refleksi

download Contoh refleksi

of 1

description

refleksi

Transcript of Contoh refleksi

Contoh-contoh penulisan refleksi kendiri

1. Pengajaran dan pembelajaran pada hari ini sangat memuaskan.2. Saya dapati pengajaran saya hari ini baik. Pelajar-pelajar saya dapat menyempurnakan latihan dan tugasan yang diberi. Semuanya adalah betul belaka.3. Saya telah mengajar tajuk ............... Hari ini saya telah menggunakan alat-alat bantu mengajar yang berwarna-warni. Saya dapati murid-murid saya sungguh seronok dan dapat memberi respon yang baik dengan menjawab soalan-soalan yang saya kemukakan. Saya sungguh puas hati.4. Saya dapati pengajaran pada hari ini dijalankan seperti yang dirancang. Namun begitu, saya dapati saya seharusnya lebih peka terhadap latar belakang pelajarsaya. 5. Saya telah menggunakan peta yang ........................6. Saya berasa puas hati dengan pelajaran hari ini. Saya akan menggunakan teknik bercerita untuk menyampaikan pelajaran pada masa akan datang.7. Rancangan P&P yang disediakan didapati perlu kepada ubahsuai kerana maklumat sedia ada tidak dapat membantu mencapai aras satu. Aktiviti yang dirancang bagi langkah 2 kurang sesuai kerana terlalu tinggi aras kesukarannya berbanding dengan kumpulan pelajar.8. Perancangan P&P telah dapat dijalankan sepenuhnya dengan sedikit pengubahsuaian. Murid-murid didapati begitu seronok belajar mungkin kesan penggunaan persembahan multimedia (Powerpoint). Murid-murid telah melibatkan diri dengan aktif untuk menjawab soalan menggunakan kemudahan ICT.9. Semua pelajar telah berjaya mencapai aras ini.10. Didapati hanya 25/30 orang pelajar telah berjaya mencapai aras ini.11. Didapati 3 orang murid kumpulan lemah dan 1 orang kumpulan sederhana gagalmencapai aras ini. Semua pelajar kumpulan cerdas telah berjaya mencapai aras ini.12. Suasana persekitaran bilik darjah sangat kondusif dan tenang pada 40 minit pertama,tetapi berlaku gangguan pada 10 minit berikutnya akibat daripada kebisingan pelajaryang lalu setelah pulang daripada aktiviti PJ.13. Tugasan ini banyak membantu saya meningkatkan dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya sebagai seorang guru. 14. Secara amnya saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. 15. Secara keseluruhannya saya juga berpuas hati dan berbangga kerana objektif pengajaran pada hari itu tercapai dengan cemerlang. 16. Murid-murid juga bersemangat dan memberi kerjasama yang sepenuhnya menyebabakan tiada masalah dari segi pengawalan kelas. 17. Fizikal kelas saya pada hari ini juga sangat ceria dan di sini dapatlah memberi keselesaan kepada murid-murid saya belajar dengan lebih kondusif, ceria dan mantap. 18. Saya juga mempunyai personaliti yang baik seperti cara berpakaian adalah mengikut kod etika perguruan dan bersesuaian dengan gelaran seorang guru.19. Proses pengajaran dan pembelajaran juga berlaku dua hala. Murid-murid memberi respon kepada soalan-soalan yang saya kemukakan.