Contoh soalan mte 3107

download Contoh soalan mte 3107

of 7

Transcript of Contoh soalan mte 3107

  • 8/13/2019 Contoh soalan mte 3107

    1/7

    Objektif.

    ...pelajar mengetahui apa dan mengapa yang perlu dipelajari. Pelajar berupaya

    menggunakan pengetahuan sedia ada. Pelajar telah membaca secara teori apa

    yang dipelajari dan melakukan kerja praktikal secara individu atau kumpulan.

    Pendekatan pembelajaran di atas dimaksudkan ialah

    A. Ekspositori

    B. Kerja amali

    C. Pendekatan makmal

    D. Tunjuk cara

    Ciriciri berikut mencerminkan pembelajaran secara koperatif kecuali

    A. Pelajar berkongsi bahan pengajaran tetapi menyiapkan tugasan secara

    individu.

    B. Semasa belajar, semua ahli kumpulan berkongsi tugasan yang sama dan

    tiada ketua kumpulan secara formal.

    C. Pembelajaran koperatif mengkolaborasikan kemahiran sosial secara tidak

    langsung.D. Pembentukan kumpulan adalah secara heterogenus yang mengambil kira

    kebolehan dan karakter pelajar.

    Antara berikut, perbandingan manakah merupakan perbezaan antara pembelajaran

    berpusatkan guru dan pembelajaran berpusatkan murid?

    A. Pembelajaran berpusatkan guru adalah pilihan pelajar peringkat rendah dan

    pembelajaran berpusatkan murid adalah pilihan pelajar peringkat tinggi.

    B. Pembelajaran berpusatkan guru adalah bersifat aktif dan pembelajaran

    berpusatkan murid adalah bersifat pasif.

    C. Pembelajaran berpusatkan guru adalah memberi autoriti tinggi bagi pelajar

    dan pembelajaran berpusatkan murid memberi autoriti rendah kepada pelajar.

    D. Pembelajaran berpusatkan guru menekankan tanggungjawab

    sepenuhnya kepada guru dan pembelajaran berpusatkan murid

    menekankan tanggungjawab kepada pelajar.

  • 8/13/2019 Contoh soalan mte 3107

    2/7

    Pendekatan konstruktivisme perlu ditekankan dalam pembelajaran Matematik. Yang

    manakah mewakili pendekatan tersebut?

    A. Pembelajaran Matematik perlu dilakukan melalui latih tubi dan latihan.

    B. Unit pembelajaran Matematik diajarkan mengikut sub unit atau sub

    kemahiran bagi setiap topik.

    C. Pelajar digalakkan berfikir semasa menyelesaikan masalah Matematik.

    D. Pelajar digalakkan memberi motivasi seperti pujian atau gred yang baik iaitu

    sebagai insentif.

    Teori pembelajaran Humanistik percaya faktor utama yang mempengaruhi

    pembelajaran Matematik ialah faktor motivasi. Guru perlu mengaplikasikan

    pengetahuan teori ini dalam pengajaran Matematik yang merangkumi aspek

    A. Kaedah pengurusan diutamakan berbanding strategi pengajaran yang

    spesifik.

    B. Penekanan pemahaman setiap pelajar untuk diaplikasikan dalam aktiviti

    kumpulan,

    C. Fokus pelajar sebagai sumber untuk ingin tahu, bukan sebagai

    penerima maklumat.D. Penggunaan kombinasi soalan soal selidik, nota lapangan dan perbincangan

    dengan guru dan pelajar.

  • 8/13/2019 Contoh soalan mte 3107

    3/7

    Struktur.

    1. Persediaan mengajar, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) amat penting

    kepada seseorang guru untuk menghasilkan aktiviti P & P yang efektif.

    a. Nyatakan duakebaikan merancang RPH.

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    (4 markah)

    b. Nyatakan t iga langkah bagi penyediaan RPH dan terangkan setiap

    langkah tersebut.

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    ________________________________________________________

    (6 markah)

  • 8/13/2019 Contoh soalan mte 3107

    4/7

    Jawapan.

    Soalan 1.

    a. Kebaikan merancang RPH.

    1. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.

    2. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara

    yang hendak diajar.

    3. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.

    4. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap,

    kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

    5. Menggunakan masa pengajaran secara optimum.

    6. Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.

    7. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.

    8. Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk

    menyampaikan sesuatu isi pelajaran

    b. 3 langkah utama untuk persediaan RPH.

    i. Analisis Sukatan Pelajaran

    Menentukan hasil pembelajaran.

    Menentukan skop isi kandungan

    Menentukan aras hasil pembelajaran.

    ii. Analisis Maklumat Murid

    Maklumat umum muridPengetahuan dan kemahiran sedia ada

    Minat dan kecenderungan

    Gaya pembelajaran

    iii. Menentukan Objektif Pengajaran

    Menentukan hasil pembelajaran

    Dinyatakan dengan jelas dan spesifik.

  • 8/13/2019 Contoh soalan mte 3107

    5/7

  • 8/13/2019 Contoh soalan mte 3107

    6/7

    Esei.

    1. Semua guru perlu merancang pengajaran masingmasing bagi memastikan

    keberkesanan pelajaran, meningkatkan pencapaian pelajar di samping

    mengurangkan masalah masalah dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

    a. Jelaskan kepentingan penyediaan mengajar bagi seorang guru

    Matematik sekolah rendah.

    (20 markah)

  • 8/13/2019 Contoh soalan mte 3107

    7/7

    Jawapan.

    Soalan 1

    a. Kepentingan penyediaan mengajar.

    o Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran

    tercapai.

    o Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.

    o Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara

    yang hendak diajarkan.

    o Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang

    diperuntukkan.

    o Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi

    pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid

    mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan kea rah

    yang dikehendaki.

    o Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang

    lebih tersusun dan bersistem.

    o Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.

    o Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.

    o Mengehadkan skop yang diajar dalam sesuatu jangka waktu.

    o Membantu guru mengingati bahan dan pendekatan pengajaran yang

    perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.